Khamis, Ogos 22, 2013

SALLEH MAKIN LANTANG

KOTA BELUD: Kebelakangan ini Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak ada beberapa kali membuat gesaan atau lebih tepat “teguran” kepada beberapa kementerian persekutuan berhubung Sabah. Yang terbaru ialah gesaannya supaya Kementerian Pendidikan pusat memberikan lebih kuasa autonomi kepada Jabatan Pelajaran Sabah dalam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan pendidikan di negeri kedua terbesar itu. Sebelum ini Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, juga “menembak” sekurang-kurangnya dua kementerian persekutuan yang kebetulan diterajui dua pemimpin Umno Sabah sendiri. Salleh menegur dua kementerian khusus untuk pembangunan luar bandar dan juga perumahan supaya mengubah tabiat mereka daripada melaksanakan sendiri projek-projek di bawah kementerian masing-masing kepada merujuk kerajaan negeri dan menyalurkan terus peruntukan yang banyak dari dua kementerian itu kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Dua kementerian yang terkena itu ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diterajui Datuk Seri Shafie Apdal dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diterajui Datuk Abdul Rahman Dahlan. Musa juga merupakan Ketua Perhubungan Umno Sabah, dan dilaporkan kurang senang dengan cara kementerian pembangunan luar bandar mengendalikan projek di Sabah tanpa merundingi dan melibatkan kerajaan negeri pimpinannya. Sementara itu Salleh juga menyebut peruntukan lain untuk infrastruktur dan pertanian sepatutnya disalur terus kepada kerajaan negeri. Shafie, Naib Presiden Umno, yang dianggap tidak sebulu dengan Musa, memang dingin kepada gesaan seperti ini manakala Abdul Rahman yang dikira orang Musa tetapi saingan Salleh sendiri di Kota Belud, turut mendiamkan diri. Salleh ketika membuat teguran yang terbaru pada suatu majlis hari raya di Kota Belud beberapa hari lepas dilaporkan berkata , “Perwakilan kuasa perlulah disokong dengan dana mencukupi dan mengurangkan proses birokrasi”. Beliau mendakwa banyak usaha pembangunan pendidikan di Sabah terjejas berikutan amalan gemar merujuk ke Putrajaya berkaitan perkara-perkara remeh. “Banyak bangunan sekolah di Sabah memerlukan usaha penambahbaikan dan projek pendidikan tidak dilaksanakan secara sistematik kerana amalan ini,” katanya memberi alasan kuasa yang lebih kepada Jabatan Pelajaran Negeri adalah selari dengan tranformasi bidang pendidikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kebetulan Pengarah Pendidikan Sabah yang baru, Jame Alip, adalah dari Kota Belud, sama daerah dengan Salleh dan dikatakan sentiasa berbincang berhubung permasalahan pembangunan pelajaran Sabah khususnya projek infrastruktur yang dikatakan bertimbun-timbun. Menuntut Janji Ditepati Dalam gesaannya yang disiarkan dalam bentuk kenyataan kepada media massa, nyata Salleh merujuk kepada janji-janji Menteri Pendidikan sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang telah bersetuju mewakilkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Sarawak bagi menguruskan projek-projek pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri berkenaan. Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan Konvensyen Tahunan ke-26, Parti Bersatu Sabah (PBS) di KDCA, Penampang dipetik sebagai berkata, ia adalah munasabah untuk mewakilkan kuasa itu, memandangkan Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang besar dari segi jumlah dan juga saiz sekolah. “Saya melihat kesesuaian dalam mewakilkan kuasa ini kepada Sabah dan Sarawak. Satu cara adalah mewakilkan kuasa itu kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk melihat bagaimana sesetengah projek yang kita laksanakan di peringkat negeri boleh sama-sama diuruskan,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata. Kenapakah Salleh semakin lantang membuat teguran-teguran sedemikian? Kenapa “hentam” kementerian-kementerian tertentu sahaja dan tidak hentam terus Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib sebab Najiblah yang berkuasa menentukan gaya Kabinetnya? Atau ia sudahpun berupa hentaman kepada pimpinan Najib? Cuma media massa dan para penganalisis gagal membaca mesej politik dari Sabah? Apabila seseorang pemimpin kanan seperti Salleh menegur cara layanan kabinet Najib kepada Sabah, adakah ia amaran awal Umno Sabah akan bersuara keras, kalau tidak berpaling tadah, pada perhimpunan agung Umno Oktober ini? Atau adakah inilah yang dikatakan “kuasa politik penentu” Sabah dan Sarawak bagi memaksa Kuala Lumpur mendengar rintihan dan gesaan dari Sabah. Tetapi kenapa Salleh berseorangan dalam membuat gesaan? Tiada yang menyokong saranannya setakat ini. Di Sabah, Musalah yang paling berkuasa dalam Umno mahupun kerajaan negeri. Sebelum pilihanraya umum lalu memang ada desas-desus Najib mungkin membuat rombakan di Sabah tetapi semua itu tidak menjadi. Musa terus juga Ketua Menteri. Persoalan yang semakin menarik sekarang ialah apakah Salleh akan terus mengekalkan rentak dan momentum tegurannya terhadap dasar Umno kepada Sabah, atau sekadar setakat ini sahaja. Jika ia, adakah Salleh sedang menyediakan “exit point” yang strategik untuknya pada pilihanraya umum akan datang, yang menunjukkan trend menyokong pembangkang. Adakah ini ada kaitan dengan semakin tipisnya peluang Salleh kembali ke dalam kabinet Sabah, sesuatu yang tidak mustahil berlaku memandangkan beliau adalah ahli dewan undangan negeri sekali gus orang kedua paling penting dalam Umno Sabah…? (dipetik dari freemalaysiatoday.com)

Isnin, Ogos 19, 2013

SUKARNYA MENJUAL BARANG BERKHADAM

Kisah misteri yang dipaparkan ini adalah kisah benar. Tetapi nama-nama watak telah ditukar untuk tidak menyinggung perasaan orang berkenaan. Tujuan saya menulis kisah ini adalah untuk pengajaran kepada kita supaya tidak terlibat dengan perbuatan karut seperti ini. Ali adalah seorang broker barang-barang mistik. Sebagai broker, Ali mencari pembeli kepada orang yang mahu menjual batu delima merah, rantai babi, besi kuning dan pelbagai barang mistik yang lain. Barang-barang ini dikatakan kebal umum. Maknanya jika memakai barang berkenaan maka orang itu kebal, tidak lut ditembak dan sebagainya. Biasanya barang kebal umum diuji dengan memotong rambut. Apabila pembeli pegang barang tersebut, tester akan menguji barang itu sama ada kebal atau tidak dengan memotong rambut pembeli menggunakan razor blade. Jika rambut itu putus, maknanya barang itu tidak kebal. Sebaliknya jika rambut tidak putus, ini bermakna barang itu memang kebal. Kenapa barang-barang ini jadi kebal? Ia adalah kerana barang-barang ini ada khadam. Khadamlah yang menyebabkan tuan punyanya menjadi kebal. Harga barang kebal umum seperti batu delima merah, rantai babi dan besi kuning biasanya mencecah sampai RM5 juta. Ramai broker yang jadi jutawan menjual barang-barang mistik ini kerana penjual tidak tahu harga pasaran. Kalau penjual bersetuju menjual RM1 juta, ini bermakna broker yang kenyang kerana RM4 juta akan dibahagi sama rata di kalangan broker terlibat. Ali dahulu seorang pegawai kerajaan di sebuah bandar di Johor. Tetapi dia meletakkan jawatan kerana mahu menjadi kontraktor kelas F. Oleh kerana di daerahnya ramai sangat kontraktor kelas F, maka peluangnya untuk mendapat projek agak terhad. Entah macam mana akhirnya dia terlibat menjadi broker barang-barang mistik. Ali gembira apabila Pak Wan, tuan punya batu delima menghubunginya untuk menjual barang tersebut. “Datang ke FELDA Cherul. Bawa pembeli, Saya mahu RM3 juta sahaja,” kata Pak Wan melalui handphone. “Okay saya akan bawa Datuk Munir ke rumah,” jawab Ali. Barang kebal Dari Muar, Ali naik bas ke Kuala Lumpur untuk menemui kawannya Latif yang mana dia yang ada hubungan terus dengan Datuk Munir yang suka membeli barang-barang kebal. “Kamu pergi Cherul dulu tengok barangnya dan test delima itu. Jika confirm rambut tak putus, saya akan bawa duit RM5 juta ke rumah Pak Wan,” kata Datuk Munir kepada Latif dalam handphone. Ali yang ada di sisi Latif senyum kerana mereka berdua akan dapat RM1 juta seorang. Esok mereka akan ke FELDA Cherul untuk melihat barang Pak Wan. Esoknya, sebelum bertolak ke Kemaman dengan kereta buruk Latif, Ali ajak Latif singgah di sebuah kedai menjual kereta Mercedes Benz di Kampung Baru. “Ini I punya, itu U punya,” kata Ali sambil memegang Mercedez Benz model terbaru berwarna biru manakala Latif memegang kereta warna merah. “Esok balik dari Kemaman, dapat kami beli kereta ini,” kata Latif sambil memberitahu jurujualnya bahawa esok mereka datang beli kereta tersebut. Mereka terus bertolak ke FELDA Cherul melalui Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Jerangau-Jabor. Empat jam kemudian mereka tiba di rumah Pak Wan. “Ini Ali ke?” tanya Pak Wan. “Ya saya Ali, Pak Wan. Ini Latif, partner saya,” kata Ali. Malam itu Pak Wan ajak mereka berdua tidur di rumahnya. Mereka nak tidur di hotel bajet di Kuantan tetapi Pak Wan kata nak pergi ke sana, jauh juga, jadi lebih baik tidur di rumahnya. Lagi pun di rumah itu tiada orang hanya Pak Wan dan Mak Wan saja. Tiga orang anak mereka sudah berumah tangga dan duduk berasingan. Malam itu Latif test batu delima Pak Wan. Ali berikan razor blade baru kepada Latif yang bersedia memotong rambut Pak Wan. Ternyata rambut Pak Wan tidak putus. Seronok Ali dan Latif melihat hasil test tersebut. Pagi esoknya, Datuk Munir tiba di rumah Pak Wan membawa sebuah van Securicor yang membawa wang tunai sebanyak RM5 juta. Dua orang pengawal keselamatan bersenjata turut datang bersama van tersebut. “Pak Wan, ini pembelinya, Datuk Munir,” kata Latif memperkenalkan Datuk Munir kepada Pak Wan. Teratak buruk “Sila masuk Datuk ke teratak buruk saya,” ujar Pak Wan sambil merendah diri. “Buruk apa. Saya kira rumah ini yang paling besar di FELDA Cherul ini,” jawab Datuk Munir. Selepas berbual sekejap, maka Pak Wan pun panggil Datuk Munir untuk menyerahkan batu delima merah itu. Oleh kerana Latif sudah menjalankan test malam tadi, maka Datuk Munir tidak mahu memotong rambut sekali lagi. “Saya serah delima merah ini kepada Datuk,” kata Pak Wan. Tiba-tiba tubuh Pak Wan menggigil dan matanya sudah naik putih. Rupa-rupanya khadam delima merah itu tidak mahu dipindahmilik. Khadam itu sudah sebati dengan Pak Wan. Dia tidak nak dipindahmilikkan kepada Datuk Munir. Puas Pak Wak memujuk khadamnya untuk pergi ke tuan baru, tetapi khadamnya berdegil sehingga mata Pak Wan naik putih. Maka urusan jual beli itu tidak dapat diteruskan. Datuk Munir pulang hampa kerana dia tidak dapat membeli delima merah itu. Yang paling hampa sudah tentu Ali dan Latif yang sudah pegang kereta Mercedez Benz di Kuala Lumpur semalam. “Memang susah jual barang berkhadam,” kata Latif memujuk Ali yang kecewa. “Tak ada rezekilah tu,” jawab Ali dan mereka terus pulang ke Kuala Lumpur selepas satu jam Datuk Munir membawa balik van Securicor itu. Peristiwa itu tidak mematahkan semangat Ali dan Latif. Mereka terus urus jual barang-barang kebal walaupun tidak pernah berhasil kerana khadam tak mahu beri kerjasama. Di hadapan kita memang khadam tunjuk keindahan dengan membuatkan rambut tidak putus tetapi di hadapan pembeli khadam sengaja buat rambut putus supaya ia tidak berpindah ke tuan baru. (freemalaysiatoday.com)

TARIK DUIT

Selepas banyak kali gagal menjual barang berkhadam, Latif berhenti membuat kerja tak berfaedah itu. Tetapi Ali masih tidak putus asa. Dia terus menjadi broker barang mistik. Kali ini saya mahu ceritakan pengalaman Ali terlibat dalam tarik duit. Mungkin anda pernah mendengar kisah ini. Selepas Latif berhenti, Ali mengenali Zaki. Zaki yang mempunyai anak bini di Perak menyewa sebuah bilik di Kepong. Ali menumpang tidur di bilik Zaki. Zaki tidak ada kerja tetap. Maka dia tertarik dengan cara Ali mencari makan dengan menjadi broker barang mistik. Oleh kerana Ali pernah berjaya dalam kes tarik duit, ia merangsang minat Zaki untuk bekerja bersama Ali. Harapan Zaki bila semua dealnya dengan Ali berjaya, dapat dia bayar hutang. Malah bilik sewaannya itu sudah empat bulan tidak dibayar. Cina taukeh bengkel di tingkat bawah biliknya sudah bising kerana gagal dapat RM1,000 yang mana sewa bulanannya ialah RM250. Zaki terpesona mendengar cerita Ali yang pernah terlibat dalam tarik duit. Ali pernah berjaya. Dengan rakan-rakannya menggunakan batu kebal kulit. Tetapi tarik duit yang dilakukan oleh Ustaz Mahri itu tak banyak dapat. Dapatlah RM22,000 seorang. Ustaz Mahri menggunakan Surah al-Waqiah. Maka muncullah duit di bawah sejadah. Laju duit itu masuk di bawah sejadah. Bunyinya macam mesin teller di bank mengira duit. Itulah kali pertama Ali berjaya dalam tarik duit yang istilahnya dipanggil “proses”. Mereka tak kata Ustaz, tolong tarik duit. Sebaliknya mereka akan kata, Ustaz tolong proses. Itulah kali pertama Ali berjaya. Lepas itu banyak kali dia gagal dalam tarik duit. Tapi Ali tetap bersemangat. Ada peluang tarik duit dia tetap pergi. Keris bergerak Pernah berlaku tarik duit dibuat dengan keris bergerak. Bila keris bergerak, maka duit pun muncul. Nampak sudah tinggi duit not RM100 muncul dalam rumah itu di hadapan semua ahli jemaah. Agaknya ratusan juta. Ahli jemaah seramai 10 orang berzikir sepanjang Ustaz Zahir prosesnya. Tiba-tiba Ustaz Zahir suruh tuan punya keris yang duduk di hadapan baca ayat Qursi dan Surah Quliya. Tuan punya keris panik dan mulutnya terkumat-kamit tak dapat baca ayat Qursi dan Surah Quliya. Maka duit yang sudah tinggi itu semakin lama semakin turun dan hilang. Maka selesailah proses tarik duit tersebut. Ustaz Zahir diam. Dia pun kecewa juga kerana dia sudah sedaya upaya proses keris itu menarik duit. Ahli-ahli jemaah menyumpah tuan punya keris kerana tak tahu baca ayat Qursi dan Surah Quliya. Kalau dari awal mereka tahu, mereka suruh orang yang hafal kedua-dua surah itu duduk di hadapan Ustaz Zahir. Impian mereka untuk jadi jutawan hancur berkecai. Apatah lagi mereka keluar modal RM100 seorang untuk memanggil Ustaz datang ke rumah tuan keris. Ustaz Zahir dapat RM1,000 kosnya datang ke Batu Pahat dari Kuala Lumpur. Bila proses selesai, jika dapat RM10 juta, Ustaz Zahir tak boleh ambil duit itu. Sebaliknya 10 jemaah akan dapat RM1 juta seorang. Dengan duit RM1,000 itu Ustaz Zahir buat belanja, isi minyak keretanya dan makan minum sepanjang perjalanan. Zaki teruja mendengar pengalaman Ali dalam tarik duit. Maka dia mahu ikut Zaki. Manalah tahu ada rezeki dia jadi jutawan. Hari yang ditunggu pun tiba. Kebetulan Zaki kenal Ustaz Mahmud. Zaki memperkenalkan Ali kepada Ustaz Mahmud yang duduk di Kepong juga. Besi kuning “Ustaz malam esok ada orang nak bawa besi kuning untuk proses di rumah ustaz,” kata Ali. “Datanglah jam 9 malam,” kata Ustaz Mahmud. Malam esoknya tuan punya besi kuning, Dollah datang lapan orang dengan dua buah kereta dari Kuantan. Ali yang kenali Dollah memperkenalkan Dollah kepada Ustaz Mahmud. Ustaz Mahmud pun pegang besi kuning Dolah. Lama Ustaz Mahmud memegang besi kuning itu. Sebelum proses, ustaz akan uji besi kuning terlebih dahulu. Potong rambut tak putus, baru boleh diproses. Zaki dan Ali siang tadi telah membeli persiapan untuk proses. Mereka beli tiga jenis pisang, pisang tanduk, pisang raja dan pisang emas; tujuh jenis bunga dan sebiji kelapa muda. “Khadam ada tapi dia ada di bawah. Tak naik. Enta pergi panggil khadam masuk,” kata Ustaz Mahmud. Dollah turun ke bawah. Rumah Ustaz Mahmud di tingkat empat rumah kedai itu. Dollah puas memujuk khadamnya tetapi khadam enggan masuk ke rumah Ustaz Mahmud. Maka proses tarik duit tak dapat dilakukan. “Pisang ini macam mana Ustaz?” tanya Zaki. “Kita makanlah,” kata Ustaz Mahmud sambil disambut ketawa ahli-ahli jemaah. Dalam ketawa, ahli-ahli jemaah kecewa kerana mereka tak dapat duit tarik malam itu. Apatah lagi mereka datang dari jauh.

TOYOL UNTUK DISEWA

Ali dan Zaki walaupun gagal dalam kes tarik duit tapi mereka berdua masih lagi terlibat dalam urusan mistik itu. Sudah banyak duit yang dikeluarkan tetapi kejayaan tetap tidak kunjung tiba lagi. Tetapi mereka berdua tetap tidak putus asa. Sudah banyak Ali pinjam duit kawan-kawannya di Johor tetapi semuanya tidak game. Zaki pula ramai kenalan perempuan dalam facebook. Maka Ali gunakan perempuan yang berada untuk pinjam duit. Banyak juga duit mereka Zaki pinjam untuk terlibat dalam urusan jual-beli barang mistik ini. “Bilalah kita nak berjaya Ali?” soal Zaki. “Entahlah. Belum ada rezeki kita,” jawab Ali. “Kawan-kawan perempuan I tak nak beri pinjam duit lagi,” Zaki mengadu. “Susah kita macam ini nak makan minum pun susah,” kata Ali. “Kita kena fikirkan sesuatu,” kata Zaki. “I ada idea. Kita pergi ke Tanjung Karang sewa toyol. I kenal Haji Zamri,” cadang Ali. “Sewa toyol? Biar betul Ali. I tak pernah dengar pun toyol boleh disewa. Ali pun ceritakan hal Haji Zamri. Dia kenali Haji Zamri melalui Haji Meon orang Muar. Haji Meon memang rapat dengan Haji Zamri. Dia bela beberapa ekor toyol dikebunnya di Tanjung Karang. Curi duit Kerja Toyol mencuri duit orang tetapi kalau orang tu ada RM10 dalam poket seluar, toyol curi RM8 sahaja. Toyol tak curi semua. RM2 tetap dia tinggalkan untuk orang berkenaan. Paling tinggi toyol dapat mencuri RM70 ribu satu hari. “Berapa sekali sewa?” soal Zaki. “Kita rundinglah dengan Haji Zamri,” kata Ali. “Kalau kita sewa seminggu, kita dapat RM490 ribu. Setengah juta tu,” kata Zaki. “Tapi kena cari perempuan untuk diberi darahnya kepada toyol. Ada ke perempuan yang sanggup jarinya dihisap sebelum toyol buat kerja mencuri?” tanya Ali. Zaki teringat kepada Ani girl friend Ismail. Ismail juga terlibat dalam urusan barang mistik. Setiap kali menemui Zaki, Ismail selalu membawa Ani sekali seorang janda anak dua berumur 34 tahun. Tubuh Ani memang solid. Entah macam mana bila Ani tangkap Ismail ada skandal dengan perempuan lain, maka Ani mencurangi Ismail dengan berpaling tadah kepada Zaki pula. Zaki pula macam orang mengantuk disarung bantal, peluang yang diberi Ani diambil sepuasnya. Maka banyak kali Zaki dapat menikmati tubuh Ani tanpa pengetahuan Ismail. Zaki terus sms kepada Ani supaya menjadi ibu angkat kepada toyol. Ani bersetuju kerana Zaki berjanji nak beri RM5,000 kepada Ani. Ani sanggup memberi darahnya kepada toyol. Apabila Ani sudah setuju, maka Ali pun menghubungi Haji Zamri di Tanjung Karang. Anak angkat “Assalamualaikum Tuan Haji Zamri. Esok Tuan Haji ada di Tanjung Karang?” tanya Ali. “Siapa ni?” soal Haji Zamri. “Ali Muar kawan Haji Meon,” jawab Ali. “Ada apa?” soal Haji Zamri. “Esok saya nak datang rumah. Kalau boleh nak ambil anak angkat. Nak sewa seminggu,” kata Ali menyebut toyol sebagai anak angkat. “Sampai di Tanjung Karang call saya,” jawab Haji Zamri. Malam itu sebelum tidur Zaki berangan dalam satu minggu mereka dapat RM490 ribu berdasarkan hasil curian totol RM70 ribu satu hari. “Kaya kita,” kata Zaki kepada Ali. Pagi esok jam 7 mereka sudah menunggu bas ke Kuala Selangor di Kepong. Dua jam kemudian mereka sampai di Kuala Selangor. Dari situ mereka naik teksi ke Tanjung Karang. Jam 10 mereka sudah sampai di stesen bas Tanjung Karang kerana Haji Zamri berjanji nak jemput mereka di situ. “Tak payah call Haji Zamri lagi, kita minum dulu,” kata Zaki. Ali pun order teh o ais minuman kegemarannya. Tidak jawab Lepas minum pagi, Ali pun call Haji Zamri. “Apa hal pulak Haji Zamri tak angkat. Dia yang suruh datang,” kata Ali. “Sabar,” kata Zaki. Hampir satu jam Ali call Haji Zamri, Haji Zamri masih tak angkat call . Entah sudah banyak missed call dalam handphone Haji Zamri. Malah sms pun dia hantar. Tapi tiada jawapan. Satu jam kemudian isteri Haji Zamri angkat call. “Haji Zamri pergi ke Sungai Besar. Dia tertinggal handphonenya,” kata isterinya. “Bila Tuan Haji balik?” soal Ali. “Petang nanti baliklah,” jawab isteri Haji Zamri. “Kita nak balik Kuala Lumpur bila?” soal Zaki. “Alang alang mandi biar basah. Alang alang dah sampai di Tanjung Karang, kita tunggu sampai jumpa Haji Zamri,” jawab Ali. Tidur “Kalau begitu kita tidur di sini malam ini,” kata Zaki. “Kita tidur di surau di hospital,” cadang Ali. “Okaylah. Asalkan kita dapat sewa toyol. Hahaha,” kata Zaki sambil ketawa. Malam itu selepas solat Isyak di masjid Tanjung Karang, Ali call Haji Zamri lagi. Tapi Haji Zamri tetap tak angkat call Ali. Sampai jam 11 malam Ali tetap call Haji Zamri, tapi tiada jawapan. Malam itu mereka tumpang tidur di surau di hospital di pekan tersebut. Pagi esok mereka call lagi Haji Zamri. Sampai jam 10 pagi Haji Zamri tetap tak angkat call Ali. “Kita baliklah,”kata Zaki. “Yang peliknya dia yang suruh datang. Bila kita datang, dia tak angkat call pulak. Agaknya toyol-toyol belaannya dah bunuh dia kot,” kata Ali. “Hahaha,” kata Zaki ketawa. Mereka pulang ke Kuala Lumpur dengan penuh hampa kerana tidak dapat menyewa toyol Haji Zamri. Ani pun kecewa kerana tidak dapat duit RM5 ribu sebagai upah menjadi ibu angkat kepada toyol Haji Zamri.

BOMOH EKOR

Balik dari Tanjung Karang, Ali merenung nasibnya yang selalu malang. Dia tertanya dalam hati kenapa setiap dealnya tidak berjaya. Adakah dia melanggar pantang larang selama ini? Walaupun Ali tak tinggal solat lima waktu, tetapi dia suka beli nombor ekor. Dia memang peminat KTM. KTM bukan Keretapi Tanah Melayu tetapi Kuda, Toto, Magnum. Biasanya setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad dia akan membeli KTM. Zaki pelik dengan perangai Ali yang solat tapi kuat beli KTM. “Tak payah berjudi Ali, tak baik,” nasihat Zaki. Tapi nasihat itu sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja. “Buang duit aja. Bukannya menang pun. Lagipun bukan kita ada duit nak beli KTM. Mujur kawan u selalu masuk duit RM30 satu hari untuk makan,” kata Zaki lagi. “Kalau begitu mari kita jumpa bomoh ekor,” kata Ali. Ali menceritakan pengalaman kawannya Mansor yang pernah menemui tok guru yang menjaga Gunung Panti. Mansor berlima mendaki gunung itu untuk mencari tok guru yang pandai buat nombor ekor. “Ada apa cucu datang ke mari?” tanya Tok Guru yang berjanggut putih serta panjang sampai ke tanah. “Kami nak nombor ekor Tok,” jawab Mansor. “Masya Allah. Tak ada benda lain ke kamu nak minta?” marah Tok Guru. Bayar hutang “Kami susah Tok. Tolonglah Tok beri kami nombor. Kami nak bayar hutang dan beli harta,” kata Mansor ikhlas. “Oleh kerana kamu minta nombor, kamu pergi ke Kota Bharu tempat banjir bawak duit RM2,356 beri bantuan kepada mereka,” kata Tok Guru. Mansor terfikir mana nak cari duit sebanyak itu sedangkan yang ada dalam poket hanya RM50 sahaja. Mansor pun ajak kawan-kawannya pulang. Esok keluar nombor 2356 dalam keputusan Magnum. Naik hadiah pertama. Terkejut Mansor dan kawan-kawannya. Rupa-rupanya Tok Guru beri nombor secara tidak langsung. Semua garu kepala kerana mereka tak beli nombor itu. Zaki terpegun mendengar cerita Ali. Zaki yang tak pernah main nombor ekor ingin mengikut Ali pergi ke Sungai Besar menemui Wak Kamarul. “Kita pergi pasar borong Selayang cari pisang kembar ke, nangka kembar ke. Wak Kamarul suruh cari barang kembar,” kata Ali. Mereka pergi ke pasar borong itu dan mereka bernasib baik dapat beli pisang kembar. Esoknya mereka tumpang Datuk Rejab ke Sungai Besar menemui Wak Kamarul. Datuk Rejab yang tahu di mana letaknya rumah Wak Kamarul. “Lama tak jumpa Wak,” kata Datuk Rejab. “Yalah. Datuk kan sibuk. Apa hal Datuk?” tanya Wak Kamarul yang tidak berbaju. Dia cuma pakai seluar jeans. Pisang kembar “Ini kawan saya Ali nak minta nombor. Ali ada bawa pisang kembar,” kata Datuk Rejab. “Mana pisang tu. Biar Wak tengok,” kata Wak Kamarul sambil meminta Ali beri pisang kembar kepadanya. Wak Kamarul pun ambil pisang. Dia tutup pisang itu dengan bendera Barisan Nasional. Datuk Rejab yang kuat PKR ketawa melihat Wak Kamarul menutup pisang dengan bendera BN. Ali tarik bendera BN, maka nombor 6739 timbul di atas kertas putih. “Ada lagi yang nak buat nombor? Keluarkan apa yang ada dalam poket baju,” kata Wak Kamarul. Zaki yang ada di sebelah Ali bawa keluar duit siling 10 sen. Wak Kamarul pun bungkus duit siling itu dengan bendera BN. Lima minit kemudian keluar nombor 3825. Datuk Rejab tidak ketinggalan keluarkan al Quran kecil untuk buat nombor ekor. Wak Kamarul pun bungkus kitab kecil itu dengan bendera BN. Lima minit kemudian keluar nombor 4173. Selepas memberi bayaran RM30 seorang kepada Wak Kamarul, mereka bertiga pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di kedai Magnum di Sekinchan terus mereka beli nombor yang diberi Wak Kamarul. Pagi esok mereka tengok keputusan Magnum yang tersiar dalam akhbar The Sun. Pusing nombor “Tak keluar pun nombor I,”kata Ali. “Yang keluar 6749,” kata Zaki. “You punya macam mana?” tanya Ali. “Hadiah pertama 8523, “jawab Zaki hampa. “Nombor you 3825, yang keluar 8523. Kenapa you tak pusing nombor atau beli i-box? Kalau u beli i-box dapat RM2,000 hari ini,” kata Ali. “Manalah I tahu boleh pusing. Ni kali pertama I beli ekor,” kata Zaki. “Nampaknya bawak pisang kembar nombor tak naik, yang naik nombor u yang guna duit siling tapi tak buat i-box pula” kata Ali. “Melepas I RM2,000 hari ini,” kata Zaki dalam nada kesal. “Nombor Datuk Rejab naik?” tanya Ali. “Dia dah call tadi. Nombornya pun tak naik. Buang duit kita pergi Sungai Besar,” Kata Zaki lagi.

CEK BUNIAN

Pada hari Sabtu lepas, seramai 3,210 orang sudah baca kisah yang saya tulis, Bomoh Ekor. Saya terkejut kerana ramai yang membaca kisah benar itu. Ada yang mengatakan ia adalah cerita karut tetapi ia adalah pengalaman benar Ali dan Zaki. Minggu ini saya akan tulis pengalaman mereka tentang cek bunian. Biasanya kita tengok cek bank CIMB atau Maybank atau lain-lain bank komersial, tapi kali ini saya mahu ceritakan tentang cek bunian yang dikeluarkan oleh kerajaan bunian. Tentu pelik bagi kita mendengarnya. Sebenarnya alam bunian memang wujud. Orang bunian dikatakan berasal dari jin Islam.Tetapi manusia tidak dapat melihatnya. Mereka dikatakan tinggal di hutan belantara. Malah mereka suka kalau anak gadis mereka dinikahkan dengan manusia kerana mereka mahu zuriat daripada manusia. Ali mengenali Haji Amin yang duduk di Senai, Johor. Haji Amin pernah disekat orang gila pada tahun 70an ketika mahu pergi ke masjid pada hari Jumaat. Orang gila itu berkata, tak payah pergi ke masjid, jom ikut saya. “Nak ke mana?” tanya Haji Amin. “Ikut sajalah. Pegang bahu saya dan pejamkan mata,” kata orang gila itu. Haji Amin pegang bahu orang gila itu dan pejamkan mata. 10 minit kemudian bila Haji Amin celikkan mata, dia terkejut dia berada di Mekah. Rupa-rupanya tadi bukan orang gila yang menyekatnya. Dia adalah wali Allah yang membawa Haji Amin ke Mekah. “Kita solat di masjidil haram ini. Tunggu saya di pintu ini bila selesai solat nanti,” pesan wali itu. Selesai solat Haji Amin tunggu wali di pintu yang dijanjikan. Maka mereka pulang semula ke tanah air sekelip mata. Haji Amin tidak cerita kepada kawan-kawannya tentang kejadian aneh ini. Sejak itu dia mempunyai kelebihan berubat orang sakit. Pelbagai penyakit yang boleh diubatinya termasuk penyakit gila. Sekembalinya dari Mekah, Haji Amin diberi kelebihan untuk berinteraksi dengan orang bunian. Haji Amin sering kali masuk ke perkampungan bunian yang terdapat di sebuah gunung di Pulai. “Zahid ini ada cek bunian, Zaki,” kata Ali kepada Zaki ketika mereka bertemu dengan Zahid di sebuah restoran mamak di Kepong. “Berapa nilainya?” soal Zaki yang ingin tahu. Inilah kali pertama Zaki melihat cek bunian yang tiada tulisan. Tetapi bila kertas putih itu disuluh dengan lampu picit terdapat tulisan jawi yang menulis nilai wang itu. “RM5 juta,” kata Zahid. “Banyaknya,” kata Zaki terkejut. “You ada orang yang boleh tukar cek ini?” tanya Zahid kepada Ali. “Saya kenal Haji Amin di Senai. Dia selalu masuk ke alam bunian. Mungkin dia boleh tukarkan cek ini,” kata Ali. “Bagus tu. Bila kita nak ke Senai?” tanya Zahid. “Anytime boleh pergi. Tapi kami tiada duit,” kata Ali. “Kita collect duit dari ahli jemaahlah,” kata Zahid. “Berapa orang kita semua?” tanya Zaki. “Saya ada lima orang. You punya berapa orang?” tanya Zahid. “I berempat dengan Zaki,Hisham dan Cikgu Lazim,” jawab Ali. Maka mereka pakat kumpul duit RM50 seorang untuk beli minyak kereta. Mereka sembilan orang pergi dengan dua kereta ke sana. Sampai di rumah Haji Amin, Ali sampaikan hajat Zaki untuk menukar cek bunian. “Mana kamu dapat cek ini?” tanya Haji Amin. “Cek ini diberi kepada orang tua saya sebagai pemegang amanah. Orang tua sudah uzur, Umur hampir 90 tahun. Dia lumpuh di rumah. Jadi dia suruh saya tukarkan cek ini,” kata Zahid. Haji Amin setuju untuk bawa cek ke perkampungan bunian. Zahid dan Ali ikut sama, Manakala Zaki dan lain lain menunggu mereka di rumah Haji Amin. Pagi itu Haji Amin bertiga sudah pergi ke sebuah gunung di Pulai. Mereka masuk ke perkampungan alam bunian. Dari kampung itu ketua kampung Syed Alwi yang mengenali Haji Amin membawa mereka ke bandar bunian pula. Zahid kagum dengan keindahan bandar bunian itu. Keadaan sama dengan bandar kita yang penuh dengan pembangunan. Malah kereta mewah seperti Mercedes Benz pun ada di bandar tersebut. Banyak bank yang terdapat di bandar itu. Maka Syed Alwi bawa Haji Amin, Zahid dan Ali menunggu di bilik pengurus bank di sebuah bank komersial di bandar bunian itu. Cek sebanyak RM5 juta sudah ditunaikan. Zahid lega kerana sudah lama dia berhasrat menukarkan cek itu akhirnya menjadi kenyataan. Sudah sampai mereka bertiga berpisah dengan Syed Alwi di sempadan kampung. Entah macam mana timbul perasaan tamak di hati Zahid. Daripada aku bahagi RM5 juta kepada 10 orang termasuk Haji Amin, lebih baik aku sapu sorang. Sampai di sebuah stesen minyak di Senai, Zahid terus tinggalkan Haji Amin dengan Ali di situ. Zahid terus memandu keretanya ke Kuala Lumpur dengan wang tunai RM5 juta. Haji Amin terpinga-pinga dengan ketamakan Zahid. Ali terlopong kerana dia sudah kehilangan RM500,000. Sudah tentu Zaki dan kawan-kawan lain yang menunggu di rumah Haji Amin akan terkejut juga mendengar berita ini. “Orang tamak selalunya rugi. Zahid takkan selamat di dunia. Percayalah cakap saya Ali,” kata Haji Amin. Mulut orang yang tidak tinggal solat tahajud memang masin. Dua jam kemudian mereka mendapat berita Zahid mati kemalangan berhampiran dengan persimpangan Tangkak. Kereta Proton Wiranya terbabas dan terbakar serta wang RM5 juta hangus dalam kemalangan tersebut.

JENGLOT

Anda tentu pernah mendengar cerita tentang jenglot. Banyak dari kita yang bahkan belum mengetahui apakah jenglot itu. Menurut cerita yang beredar dari mulut ke mulut, hantu jenglot adalah mumia dengan bentuk menyerupai manusia. Mumia ini berukuran kecil. Dari beragam versi jenglot yang ditemukan (menurut pemiliknya, mereka menemukan jenglot itu), jenglot terkecil berukuran 10 sentimeter dan jenglot terbesar berukuran lebih kurang 17 sentimeter. Secara umum, jenglot memiliki bentuk seperti manusia, lengkap dengan dua kaki serta panjang rambut yang bahkan melebihi panjang tubuhnya sendiri. Desas-desus mengatakan bahawa rambut itu tidak berhenti tumbuh meskipun si hantu jenglot itu telah mati. Mumia hantu jenglot ini memiliki tekstur kulit yang kasar dengan warna gelap, khasnya mumia. Bentuk muka hantu jenglot ini menyerupai tengkorak dilengkapi dengan taring mencuat. Pemilik jenglot percaya bahawa jenglot yang mereka miliki adalah mumia dari jenglot hidup. Berdasarkan cerita yang beredar mengenai jenglot, banyak orang menyatakan bahwa mereka pernah mendapati jenglot hidup di beberapa daerah di Indonesia. Di daerah Jawa Timur misalnya, pernah seorang mendakwa melihat secara langsung jenglot hidup. Orang tersebut menyatakan bahawa pada saat itu, setidaknya ada 8 jenglot hidup sedang berada di pinggir pantai di daerah Jember tersebut. Ali tahu bahawa jenglot boleh diproses (dibuat tarik duit). Tapi biasanya selepas proses, jenglot itu akan disempurnakan (dibunuh). Jika tidak jenglot itu akan mengganggu semua ahli jemaah tarik duit tersebut. Malah jenglot juga boleh dijual dengan harga RM5 juta jika ia boleh angkat kotak rokok. Lebih mahal lagi kalau jenglot itu boleh angkat kereta atau tong gas. Proses “Ada orang nak jual jenglot. Ada buyer? ” kata Hisham kepada Ali. “Buyer ada tapi lebih baik kita proses,”” jawab Ali. “Nanti saya tanya tuan jenglot sama ada dia nak jual atau proses,” kata Hisham. “Kalau jual setakat RM5 juta saja. Tapi kalau proses, lebih banyak kita dapat. Jenglot ini ada di mana?” tanya Ali. “Ada di Taiping. Kawan saya, Eric yang kenali tuannya, Pak Mail,” jawab Hisham. Hisham terus call Eric yang mengenali tuan jenglot Pak Mail. Pak Mail serah kepada Eric sama ada mahu jual atau proses Jenglot itu. Eric setuju jenglot itu diproses. “U dah tengok ke jenglot tu dapat angkat kotak rokok?” tanya Ali yang turut bercakap dengan Eric. “I tak sempat tengok. Tapi Pak Mail kata kereta pun dia boleh angkat,” jelas Eric orang Iban Sarawak yang duduk di Taiping selepas kahwin dengan orang Cina Taiping. “U tahu selepas proses, kita kena bunuh jenglot itu?” soal Ali. “Ya ke? Kenapa?” tanya Eric. Jemaah “Kalau tidak semua jemaah kita akan dibunuh,” jelas Ali. “Ustaz Yahya pandai ke bunuh jenglot?” soal Eric. “Itu memang kerja Ustaz Yahya. Dia yang lebih arif. Bila u nak datang KL?” soal Ali. “Ada masalah sikit. Saya pun tak ada duit nak isi minyak dan bayar tol nak ke Kuala Lumpur. Kita kongsi dengan ahli jemaahlah,” cadang Eric. “Okay kita semua lima orang keluar duit RM100 seorang untuk isi minyak, tol dan makan minum kalian,” Ali beri jaminan. Petang itu bila Zaki balik kerja, Ali beritahu projek barunya itu untuk proses jenglot dengan Ustaz Yahya. “Betul ke jenglot tu boleh angkat kereta?” tanya Zaki. “Eric kata Pak Mail cakap macam tu. Entahlah kot kot kereta mainan. Hahaha,” kata Ali. Petang Jumaat Pak Mail tiba di Kepong dengan Eric. Hisham yang mengenali Eric menyambut mereka sementara menunggu Ali dan Zaki sampai. Di kedai mamak itu. Malam itu terus mereka pergi ke rumah Ustaz Yahya. “Mana jenglotnya?” tanya Ustaz Yahya. “Dalam kotak ini,” kata Pak Mail sambil membuka kotak itu. Ustaz Yahya memerhati jenglot itu. “Minta maaf ya Pak Mail. Jenglot ini mati. Bukannya hidup. Kalau hidup boleh buat proses,” beritahu Ustaz Yahya dengan jujur. “Mati? Kata ia boleh angkat kereta?” tanya Ali. “Entahlah. Pak Mail yang cakap macam itu,” kata Eric. “Nampaknya terbang lagi duit aku,” kata Zaki. Mereka semua kecewa kerana jenglot yang dibawa Pak Mail bukannya hidup. Angan-angan mereka nak jadi jutawan pada malam itu gagal lagi. (dipetik dari freemalaysiatoday.com)

UMNO SABAH AKAN BERKOMUNIKASI DENGAN UMNO SEMENANJUNG

KOTA KINABALU: Umno Sabah akan “berkomunikasi” dengan rakan Umno di Semenanjung berhubung kewajaran mencalonkan Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini. “Sebagai pemimpin dari Sabah, kami mempunyai alasan kukuh dan kami berpendapat mereka dapat diyakinkan dan bersetuju dengan kami bahawa Musa pilihan terbaik untuk mengisi satu daripada tiga jawatan naib presiden,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubugan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, di sini hari ini. Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Yahya Hussin baru-baru ini bahawa Umno Sbah sudah bersedia menggerakkan jenteranya sekiranya Musa memutuskan bertanding jawatan itu. Yahya juga dipetik sebagai berkata setakat ini lebih 20 Bahagian Umno telah mengikrarkan sokongan padu kepada Musa, dan menambah Ketua Menteri ialah antara tiga calon teratas bagi jawatan Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan parti bagi dua penggal berturut-turut. “Sokongan padu daripada lebih 20 Bahagian itu atas keyakinan mereka terhadap keupayaan dan kapasiti Datuk Seri Musa sebagai pemimpin parti,” kata Timbalan Ketua Menteri. Salleh berkata kejayaan Musa menerajui Barisan Nasional (BN) Sabah mengekalkan kuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48 daripada 60 kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, telah membuktikan komitmen, kerja keras dan kesetiaan beliau kepada parti. BN negeri juga memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN di peringkat persekutuan. Salleh juga melahirkan keyakinan Musa akan mampu, bersama-sama dengan pemimpin yang lain, memperkukuhkan Umno untuk menang selesa dalam pilihan raya umum akan datang. 9dipetik dari freemalaysiatoday.com)
-Bernama

Rabu, Ogos 14, 2013

100 HARI MUKHRIZ JADI MB KEDAH

Senario 1 Sewaktu menghadiri majlis kenduri perkahwinan di Kuala Kedah baru-baru ini, tuan rumah meminta saya untuk tunggu sebentar. "Jangan balik lagi," kata beliau yang merupakan saudara terdekat saya. "Kenapa?" tanya saya. "Dato' Mukriz nak datang," kata beliau penuh bangga. Saya memandang beliau kehairanan. Beliau yang merupakan saudara saya pernah memberitahu yang dia sudah "cemuih dengan UMNO." Senario 2 Ketika berucap dalam satu perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir menyebut mengenai sejumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan. "Sebenarnya hutang ni bukanlah berlaku dalam tempoh kepimpinan kerajaan lima tahun lalu, tetapi sebelum itu lagi," katanya. Selepas mesyuarat, saya berbual dengan beberapa orang pegawai kanan kerajaan. Seorang pegawai menyebut bahawa beliau suka dengan pendekatan Mukriz yang tidak menyalahkan kerajaan lalu. "Ini berbeza dengan Menteri Besar (beliau sebutkan nama negeri) yang asyik salahkan Menteri Besar dulu walaupun dia sudah lima tahun duduk di kerusi itu," katanya. Senario 3 Bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abd Razak tidak menghadiri majlis angkat sumpah Mukhriz sebagai Menteri Besar yang baru di Istana Anak Bukit. Puncanya, beliau sakit dan dimasukkan di Kedah Medical Center (KMC). Selepas angkat sumpah, Muhriz menziarahi beliau di KMC. Apabila Azizan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang, Mukriz beberapa kali melawat beliau di sana. Selain itu, Mukhriz juga mengadakan majlis bacaan doa di Masjid Zahir Alor Setar untuk bermunajat agar Azizan segera sembuh. Muhriz pernah memberitahu beberapa orang, apa saja yang baik yang dilakukan oleh Azizan, akan diteruskannya. Sebagai contoh, majlis ilmu yang diadakan Azizan di kediaman rasmi di Mentaloon diteruskan oleh Mukhriz. Senario 4 Sejak menjadi Menteri Besar, Mukhriz masih tinggal di kediaman keluarganya di Titi Gajah. Sama seperti Azizan, Mukhriz tidak berpindah ke kediaman rasmi Menteri Besar. Apabila soalan ini diajukan kepada pegawainya, alasan yang diberikan ialah Mukriz tidak mahu membelanjakan kos yang tinggi untuk membaikpulih kediaman rasmi tersebut. Untuk masa ini, beliau memilih untuk tinggal di Titi Gajah. Malah, ada pegawai pejabat beliau yang menumpang di rumah tersebut untuk sementara waktu. * * * * * Sehingga 100 hari kepimpinannya, Mukhriz telah melangkah dengan baik. Rata-rata, penduduk Kedah selesa dengan Mukhriz. Beberapa orang penyokong PAS yang ditemui juga senang dengan kepimpinannya. Ini adalah satu permulaan yang baik. Bagaimanapun, ini bukan bermaksud Mukhriz tidak akan berhadapan dengan cabaran. Sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz harus memikirkan bagaimana untuk memajukan negeri itu dengan sumber yang terbatas. Mukhriz ada idea yang banyak. Persoalannya ialah adakah dia juga ada sumber yang diperlukan untuk memajukan Kedah. Usaha menarik pelabur bukanlah satu usaha yang mudah. Industri pelancongan berkembang pesat di Langkawi, tetapi di tanah besar tidak begitu. Sektor pendidikan dan perkilangan mempunyai potensi. Begitu juga pertanian yang selama ini mendominasi ekonomi negeri perlu dimajukan. Bagi menggembeling agensi dan pemikir, Mukhriz menganjurkan Makmal Transformasi Kedah mulai 1 September ini. Terus-terang, beliau mempunyai harapan yang besar kepada makmal ini. Namun, mampukah makmal ini menjana idea-idea baru? Dalam politik, Mukhriz bukanlah Ketua UMNO Bahagian, namun beliau diberikan kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Ini adalah satu amanah yang besar. Kemampuan Mukhriz menguruskan Ketua-ketua UMNO Bahagian - dan mengambil pendekatan inklusif - akan memperlihatkan skil kepimpinan politik beliau. Sekarang sudah ada suara-suara yang inginkan beliau bertanding Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan datang. Saya kurang pasti sekuat manakah suara-suara tersebut, namun saya fikir eloklah pada masa ini beliau tumpukan kepada kepimpinan di negeri Kedah. Masih banyak yang perlu dilakukan. Satu lagi cabaran Mukhriz ialah menguruskan Perkhidmatan Awam Kedah (Kedah Civil Service). Sebahagian anggota KCS, ada yang tidak menunjukkan prestasi yang baik (deadwoods). Semua orang tahu sikap "longleh" sesetengah kakitangan awam di negeri itu. Bagaimanakah Mukhriz mengendalikan kes-kes ini tanpa memberikan mesej yang salah kepada kakitangan awam. Apa pun, seperti yang disebutkan di awal tadi, Mukhriz mula menapak dengan betul pada 100 hari pertama beliau menjadi Menteri Besar. Sekarang, rakyat sedang memerhatikan bagaimanakah beliau akan berlari untuk lima tahun seterusnya! (dipetik dari blog www.
nobisha.blogspot.com)

Selasa, Ogos 13, 2013

DON'T CREATE PACKAGE FOR UMNO POSTS

The contest for the Umno vice-president posts and the Supreme Council (MT) posts will allow party members to make the best choice. Sabah Umno deputy chairman Salleh Tun Said said the election of party leaders is also in line with the democratic principles practised by Umno. “Do not attempt to create a package for all the posts via negotiations as it is not good for Umno,” he told reporters after attending an Aidilfitri function organised by Kampung Pengkalan Abai Umno brach here last night. Salleh, who is also the Speaker of the State Assembly, however agreed that the posts of Umno president and deputy president should not be contested. “The vice-president posts should be contested as there are three slots, unlike the president and deputy president posts which have only one each,” he said commenting on Sabah Umno leaders support for Chief Minister Musa Aman to contest the Umno vice-president’s post. Salleh was reported as saying that Musa is a good candidate for the Umno vice-president’s post considering his good track record having led Sabah Umno to victory in the 13th general election (GE13). Following his statement, several Sabah Umno division chiefs openly supported Musa should he decide to contest the Umno vice-president’s post in the party elections later this year. Meanwhile, Salleh reminded all Umno members to always give priority to unity for the sake of the party’s survival. “As the dominant party and the backbone of the state, Sabah Umno should always remain united and strong as it reflects the stability of the government,” he said. - Bernama

PELUANG TERBAIK BUAT MUSA AMAN

KOTA KINABALU: Sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini semakin meningkat. Semalam Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin memberi sokongan 100 peratus kepada Musa sekiranya Ketua Menteri itu mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. “Cadangan itu sebenarnya pernah diajukan kepada Ketua Menteri pada penggal pemilihan lepas tetapi Musa mengambil keputusan bertanding jawatan Majlis Tertinggi sahaja,” katanya. Yahya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, pertandingan bagi jawatan Naib Presiden UMNO tidak akan menimbulkan masalah walaupun ada dua pemimpin UMNO dari Sabah bertanding jawatan sama kerana perkara demikian sudah menjadi kebiasaan dalam parti. Kewibawaan Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad juga menyatakan sokongan terbuka kepada Musa jika beliau memutuskan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti tahun ini. “Beliau (Musa) bukan saja berjaya membawa kestabilan politik, malahan telah membawa negeri ini terus membangun dan maju,” katanya. Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, UMNO bahagian itu akan memberi sokongan penuh kepada Musa jika beliau menyatakan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. “Tidak ada keraguan terhadap kewibawaan beliau. Selama dua penggal prestasi BN cukup cemerlang di negeri ini dan selaku pentadbir beliau telah memulihkan ekonomi negeri ini dengan baik sekali,” katanya. Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh pula berkata, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri bertanding sebarang jawatan dalam parti termasuk Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang. Abdul Ghapur yang juga anggota Parlimen Kalabakan berkata, pertandingan kepada semua berdasarkan amalan demokrasi yang diamalkan UMNO sejak sekian lama. Peluang Pada hemat saya, ini adalah peluang terbaik buat Musa Aman untuk bertanding jawatan tersebut. Pada tahun 2009, beliau menang kerusi ahli majlis tertinggi Umno di tempat kedua dengan 2,084 undi, sama banyak undi dengan bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar. Selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam jadi Naib Presiden Umno (2004-2009), Kelab MB sudah tidak ada wakil dalam Naib Presiden Umno. Maka jika Musa bertanding, beliau akan jadi wakil Kelab MB dalam Naib Presiden. Peluang Musa untuk menang adalah cerah kerana beliau adalah Ketua Menteri tunggal yang bertanding kerusi tersebut. Soal dua orang calon dari Sabah tidak timbul kerana Umno pernah ada dua naib presiden dari Johor (Tun Sardon Jubir dan Tun Hussein Onn) dan Pulau Pinang (Tun Abdullah Ahmad badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim). Seperti kata bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah, BN Sabah yang menyebabkan BN kekal berkuasa di negara ini. “Jadi apa salahnya kalau dua orang Naib Presiden Umno datangnya dari Sabah,” katanya sambil merujuk kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan. Budi bicara Ada yang berpendapat jika Musa kalah, beliau akan hilang jawatan ketua menteri. Kuasa melantik ketua menteri adalah budi bicara Perdana Menteri. Jadi tak timbul beliau akan digugurkan sebagai ketua menteri jika kalah bertanding jawatan tersebut. Pada tahun 2009, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin kalah bertanding jawatan Naib Presiden Umno mendapat tempat keempat selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Hussein dan Shafie Afdal. Tapi akhirnya beliau jadi Menteri Besar Johor pada pilihanraya umum lalu. Menang atau kalah bertanding dalam parti tidak menjamin ada jawatan dalam kerajaan. Noh Omar masih ahli majlis tertinggi tapi digugurkan jadi menteri. Malah ramai yang tidak jadi ahli majlis tertinggi Umno tetapi dilantik menteri. Oleh itu soal kekal atau tidak jawatan dalam kerajaan tidak timbul sama sekali. Asset Musa adalah asset kepada Umno. Beliau yang banyak menyumbang wang peribadi kepada Umno Malaysia yang menyebabkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah sehingga sekarang. Lagipun beliau telah terbukti berjaya mengekalkan kemenangan BN di Sabah. Maka apa salahnya perwakilan Umno memilih beliau sebagai salah seorang Naib Presiden Umno. Jika Musa dan Shafie menang jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini, siapa seorang lagi yang akan menang? Adakah Zahid atau Hishamuddin?

Isnin, Ogos 12, 2013

SHAFIE TIDAK GUSAR JIKA MUSA TANDING NAIB PRESIDEN

SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak gusar dengan hasrat mana-mana anggota parti yang berhasrat bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan Oktober depan. Beliau berkata terpulang kepada diri masing-masing untuk bertanding namun hasrat bertanding berkenaan seharusnya berasaskan hasrat mengukuhkan parti. “Itu hak mereka, terserah, kita bersifat demokratik, kebebasan diberi, tak ada sekatan untuk mana-mana pihak. Apa yang penting dalam menawarkan diri untuk bertanding ialah keutuhan parti perlu menjadi keutamaan,” katanya ketika mengulas kemungkinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Shafie bercakap kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, mengenai ura-ura beberapa tokoh yang berhasrat bertanding merebut jawatan tersebut. Fitnah Dalam pada itu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengingatkan anggota parti yang bertanding supaya tidak menabur fitnah atau mereka-reka cerita terhadap calon lain. Pada mulanya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak yang disebut-sebut akan bertanding jawatan tersebut. Namun demikian, Salleh berkata Musa yang lebih layak bertanding jawatan nombor tiga itu. Cadangan Salleh itu mendapat sokongan penuh bahagian-bahagian dari Sabah termasuk pemuda dan wanita Umno begeri. Malah Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan tidak menghalang Musa bertanding jika beliau rasakan beliau layak menyandang jawatan tersebut. Musa masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan Naib Presiden atau ahli majlis tertinggi Umno sahaja. Jika Musa masuk bertanding, ini bermakna Sabah menghantar dua calon merebut kerusi Naib Presiden Umno. Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah berkata apa salahnya Sabah ada dua orang naib presiden Umno. “BN berjaya mengekalkan kerajaan pusat kerana sokongan kuat rakyat Sabah kepada BN. Oleh itu sudah sampai masanya perwakilan Umno memilih dua orang Naib Presifen Umno dari Sabah,” katanya. Sehingga ini tiga orang calon sudah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut iaitu Shafie, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Dijangka Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam akan membuat pengumuman yang sama tidak lama lagi.

TAK SALAH DUA CALON DARI SABAH TANDING NAIB PRESIDEN UMNO

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah berkata tidak salah Sabah mengemukakan dua calon Naib Presiden dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober depan. Menurut beliau, Sabah telah memberi kemenangan kepada BN mengekalkan kerajaan pusat. “Justru itu apa salahnya kalau dua orang Naib Presiden Umno datangnya dari Sabah,” kata beliau mengulas kemungkinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut bertanding jawatan Naib Presiden Umno selain dari Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan. Beliau yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Tenom berkata Johor pernah ada dua orang Naib Presiden Umno (Tun Sardon Jubir dan Tun Hussein Onn) serta Pulau Pinang pernah ada dua juga (Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim) maka tidak ada sebab perwakilan menolak dua Naib Presiden Umno dari Sabah. Budi “Jika perwakilan Umno mengenang budi sokongan kuat Sabah kepada BN, maka sudah sampai masanya mereka memilih dua orang naib Presiden Umno dari Sabah,” tegasnya yang menyokong penuh jika Shafie dan Musa bertanding jawatan tersebut. Beliau bersetuju dengan pandangan seorang pensyarah universiti bahawa jika Tunku Abdul Rahman tidak masukkan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada tahun 1963, sudah pasti BN sudah tumbang di Semenanjung. Rizalman berharap perwakilan dapat mengundi secara matang dan bukannya kerana sentimen kenegerian dalam menentukan siapa yang layak jadi Naib Presiden Umno. Layak Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Papar Datuk Abdul Rahim Ismail menyokong jika Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini. Rahim berkata, Musa sememangnya layak untuk bertanding jawatan itu kerana UMNO serta Barisan Nasional (BN) terutamanya di Sabah semakin kuat dan kukuh di bawah kepimpinan beliau yang juga Ketua Menteri Sabah. Katanya, kelayakan Musa sebagai pemimpin UMNO Sabah tidak perlu dipertikai kerana telah terbukti kepimpinan beliau telah membawa kemenangan kepada parti itu dan BN khususnya dalam pilihan raya umum (PRU13) lepas. Rahim bercakap kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri, di kediamannya, di sini hari Ahad. Turut hadir anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; dan mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh. Dalam pada itu, Rahim yang juga ADUN Pantai Manis berkata beliau akan terus mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Papar pada pemilihan kali ini.

MUSA BOLEH TANDING JIKA DIA RASA LAYAK

PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berpendapat sesiapa yang rasa mereka layak bertanding, mereka boleh bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Menurut setiausahanya, Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman boleh bertanding jika beliau rasa beliau layak bertanding. “Sehingga ini saya belum mendengar beliau mahu bertanding jawatan tersebut,” katanya kepada FMT ketika mengulas desas-desus Musa akan bertanding merebut kerusi itu daripada tiga orang penyandang jawatan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal. “Apa yang saya dengar dari abang dan adiknya yang bercakap kemungkinan Musa bertanding, ” katanya lagi. Abang Musa, Datuk Ayub Aman dalam FMT berpendapat Musa tidak perlu bertanding jawatan tersebut kecuali beliau mahu jadi pemimpin utama negara kerana jawatan Naib Presiden adalah tiket menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya adik Musa, Datuk Seri Anipah Aman yang juga Menteri Luar berkata beliau optimis Musa akan dapat sokongan penuh dari Sabah jika Musa berhasrat untuk bertanding jawatan tersebut. Ditanya jika Musa bertanding, adakah Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan akan menyokongnya, Syed Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras berkata beliau boleh memberitahu para perwakilan untuk mengundi calon-calon tertentu tetapi bukan senang nak kawal perwakilan kerana perwakilan kali ini terlalu ramai. Katanya, Wilayah Persekutuan ada 13 bahagian. Ini bermakna kalau satu bahagian ada seramai 300 perwakilan, ini bermakna ada 3,900 perwakilan dari Wilayah Persekutuan. “Bukan senang nak suruh mereka undi calon-calon tertentu kerana kami tidak ada kuasa untuk mengawal mereka,” katanya. Lagipun, beliau mengaku beliau tidak ada hak untuk bercakap bagi pihak Umno Wilayah Persekutuan, kerana 13 bahagian ada kuasa untuk memilih Naib Presiden Umno sendiri. Sehingga ini tiga penyandang jawatan sudah mengesahkan mereka akan mempertahankan jawatan mereka. Selain itu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dijangka turut bertanding. Sementara itu Pemuda Umno Sabah menyokong penuh jika Ketua Menteri Sabah mahu bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Menurut Ketua Pemuda negeri, Datuk Awang Kadin Tang, Musa bukan sahaja akan mendapat sokngan dari Sabah malah dari semua negeri. “Kemampuan beliau mengekalkan Sabah di tangan BN pada pilihanraya umum lalu membuktikan bahawa beliau layak diberi peranan yang lebih penting dalam parti,” katanya kepada Bernama.

MB TIDAK DILANTIK SECARA AUTOMATIK MAJLIS TERTINGGI UMNO

Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak dilantik secara automatik dalam ahli majlis tertinggi Umno, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, mereka kena bertanding jika mahu bersuara dalam majlis tertinggi Umno. “Tidak betul fakta itu. Saya sekarang bukannya ahli majlis tertinggi Umno. Cuma sebagai turut hadir sahaja,” kata beliau mengulas kenyataan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dalam FMT yang mengatakan semua Menteri Besar tak perlu bertanding jawatan tersebut kerana mereka akan dilantik secara automatik. Menurut Saifudin, mereka tak perlu bertanding kerana selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri mereka akan dilantik dalam majlis tertinggi. Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan berharap ahli Umno tidak keliru dengan kenyataan tersebut kerana Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak dilantik secara automatik sebagai ahli majlis tertinggi Umno. Katanya, sebagai turut hadir, beliau tidak boleh bercakap melainkan dengan izin presiden dan tidak boleh mengundi. “Saya dijemput sebagai turut hadir sahaja,” katanya lagi dan enggan menjawab soalan sama ada beliau akan turut bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada 5 Oktober ini. Selain daripada Mohamad Hassan, empat orang Menteri Besar lain yang turut hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno ialah Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Khalid Nordin (Johor), Datuk Mukriz Mahathir (Kedah) dan Azlan Man (Perlis). (dipetik dari freemalaysiatoday.com)

Selasa, Ogos 06, 2013

NAJIB TAK PERLU BERUNDUR

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tak perlu berundur walaupun BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu. Menurut ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, walaupun prestasi Najib (133 kerusi) lebih teruk dari prestasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (140 kerusi) pada pilihanraya umum 2008 tetapi Umno menang besar kali ini. “Maka senario yang dihadapi Pak Lah tak sama dengan Najib,” kata beliau dalam satu wawancara khas dengan FMT di pejabat FMT Jumaat lalu. Sebaliknya, katanya, apa yang berlaku pada tahun 2008 menyebabkan BN “terkejut badak” kerana BN tak pernah gagal dapat majoriti dua pertiga. Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menambah pada pilihanraya umum lalu BN tidak mengharapkan kemenangan besar. “Maka BN tetap menang walaupun tidak dapat majoriti dua pertiga,” katanya. Beliau tidak nampak Najib akan dicabar dalam pertandingan Presiden Umno pada 5 Oktober nanti. Katanya, Najib lebih terbuka kerana berani menghapuskan kuota pencalonan yang membolehkan sesiapa sahaja mencabar kedudukannya sebagai Presiden Umno. “Najib sejak tahun 1978 sentiasa berada dalam kerajaan, maka beliau mempunyai kelebihan untuk mempertahankan jawatan berbanding Pak Lah yang pernah ada cuti sabastikal (tidak berada dalam kabinet selama tiga tahun),” katanya lagi. Saifuddin menambah satu lagi kelebihan Najib ialah beliau pernah jadi Ketua Pemuda Umno manakala sebahagian besar Ketua Bahagian sekarang adalah bekas ketua pemuda di zamannya. “Oleh itu saya tak nampak beliau akan dicabar. Tambahan pula ahli-ahli Umno merasakan gandingan Najib-Tan Sri Muhyidin Yasin adalah gandingan yang paling baik untuk menghadapi perang besar pada tahun 2018,” katanya lagi.

MB TAK PERLU TANDING MAJLIS TERTINGGI

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata semua Menteri Besar tidak perlu bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada 5 Oktober ini. Katanya, mereka selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri secara automatik akan dilantik sebagai ahli majlis tertinggi. “Oleh itu saya rasa mereka tak perlu bertanding,” katanya dalam satu wawancara khas dengan FMT di pejabat FMT di sini Jumaat lalu. Menurut ahli majlis tertinggi Umno itu, perwakilan biasanya akan memilih menteri terlebih dahulu di peringkat pertama, di peringkat kedua mereka mengundi timbalan menteri dan menteri besar dan di peringkat ketiga baru orang yang tidak ada jawatan. “Kali ini saya masuk bertanding di peringkat ketiga, tak ada jawatan dalam kerajaan,” katanya yang berharap perwakilan dapat mengundinya untuk terus bersuara dalam majlis tertinggi. Saifuddin mengakui bahawa tanpa jawatan dalam kerajaan, ia akan menjejaskan undi beliau tetapi dengan pertolongan kawan-kawan dalam Majlis Belia Malaysia (MBM) dahulu, beliau berharap mereka dapat berkempen untuknya. Beliau yakin cara baru pemilihan Umno dapat menghapuskan politik wang. “Perwakilan seramai 146,000 orang. Mana mampu calon tabur duit kepada semua,” katanya lagi. Mengulas kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu di Temerloh, beliau tidak nampak sebarang konspirasi di kalangan pemimpin Umno Bahagian Temerloh untuk mengalahkannya. “Di mana-mana pun ada orang tak keluar mengundi. Maka ia adalah fenomena biasa,” katanya yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh. Bahagian itu diketuai Datuk Sharkar Shamsudin yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang. Beliau kalah kepada calon PAS, Nasrudin Hassan dengan majoriti 1,070 undi. Nasrudin mendapat 28,267 undi manakala Saifudin mendapat 27,197 undi.(dipetik dari freemalaysiatoday.com)

KENAPA PERLU ADA PAKATAN?

Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa beliau dan dua lagi rakan naib presiden akan bekerjasama rapat bagi mendepani cabaran pada pemilihan parti itu akan datang menimbulkan tanda-tanya. Hal demikian itu timbul selepas beliau dan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam Umno. Kenapa tiga orang calon naib Presiden Umno ini perlu ada pakatan seolah-olah menyekat calon lain mahu bertanding.Sehingga kini dua orang bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam dijangka turut bertanding. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dijangka bertanding juga jika Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman tidak berminat. Kenyataan Hishamuddin ini.seolah-olah memberi indikasi bahawa tiga calon ini direstui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jika ia benar, ia adalah tidak sihat kepada Umno yang tidak beri kebebasan kepada 146,000 perwakilan memilih Naib Presiden menurut selera mereka. Kenapa kita mahu kembali kepada pemilihan 1975? Ketika itu Tun Razak menyebut tiga nama, Tun Ghafar Baba, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai naib presiden dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno yang menyebabkan perwakilan marah. Kenapa Hishamuddin tak berani bertarung secara sendirian? Kenapa perlu berpakat dengan Zahid dan Shafie? Adakah kerana beliau sepupu Najib yang seolah-olah Najib merestui mereka bertiga terus kekal sebagai Naib Presiden Umno? Najib sepatutnya membuat kenyataan supaya calon-calon yang bertanding tidak menjaja namanya untuk meraih undi. Bagi saya, pertandingan ini biarlah terbuka kepada semua. Perwakilan hendaklah diberi peluang memilih tokoh terbaik sebagai Naib Presiden Umno dan bukannya menang kerana pasukan. Oleh itu jangan buat pakatan seperti pasukan wawasan pada tahun 1993- Najib, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berjaya menyingkirkan dua penyandang jawatan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Sanusi Junid.

ADIK MUSA SOKONG MUSA TANDING

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bercanggah pendapat dengan abangnya Datuk Ayub Aman mengenai sama ada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman patut bertanding jawatan Naib Presiden Umno atau tidak. Ayub yang juga abang sulung Musa dan Anifah mahu Musa mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno sahaja tetapi adiknya, Anifah optimis bahawa Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah akan menerima sokongan padu daripada Umno Sabah sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini. Dalam FMT semalam, Ayub berpendapat Musa patut bertanding kerusi ahli majlis tertinggi sahaja kerana beliau tidak bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya Anifah percaya sekiranya ketua menteri mahu bertanding jawatan naib presiden, beliau pasti Musa akan mendapat sokongan padu dari Sabah, Anifah, adik Musa, diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said pada Sabtu bahawa Musa adalah pilihan tepat dari negeri ini untuk bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden. Salleh dipetik sebagai berkata bahawa Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, seorang pemimpin yang berwawasan dan berpengalaman dengan kualiti kepimpinan baik. “Setiap orang mempunyai pendapat sendiri tetapi saya tidak fikir setiap orang dalam parti berhak untuk bertanding.Apa pun, ketua menteri akan buat keputusan — apa yang terbaik untuk parti dan apa yang terbaik untuk rakyat,” kata Anifah di majlis berbuka puasa di kementeriannya malam tadi. Pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini, BN Sabah diterajui Musa, mengekalkan kuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri. BN negeri juga memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN di peringkat persekutuan. Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan di peringkat Majlis Tertinggi Umno, Anifah berkata kemungkinan tidak kerana beliau akan mendapati agak sukar untuk membahagikan masa sebagai menteri kabinet dan mengendalikan hal ehwal parti. Katanya beliau juga tidak pasti sama ada akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kimanis.

SALLEH MASIH BERDIAM DIRI

KOTA BELUD : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak, yang diwar-warkan mendapat sokongan lebih separuh bahagian UMNO di Sabah untuk bertanding jawatan naib presiden UMNO masih mengambil sikap berdiam diri. Hari ini Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan di sini menjawab teks FMT dengan sekadar berkata: “Tiada apa-apa komen ketika ini”. Kenyataan beliau menimbulkan tanda-tanya kempen politik yang sedang mula hangat diperkatakan di sini kemungkinan beliau akan berentap dengan seorang lagi pemimpin Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan naib presidennya. Walaupun ramai berpendapat Salleh, juga seorang bekas ketua menteri, dan dilihat penyokong Ketua Menteri sekarang Musa Aman, namun Salleh juga dikatakan tiada masalah hubungan malah sentiasa berhubung dengan Shafie, Ahli Parlimen Semporna itu. Para pemerhati politik tempatan berpendapat Salleh dan Musa sedang menguji keadaan sama ada terdapat sokongan yang kuat kepada rancangan meletakkan dua calon naib presiden dari Sabah kali ini. Ini kerana, menurut beberapa pemimpin UMNO di sini itu bukan perkara mustahil sedangkan Johor juga pernah mengemukakan tiga calon dari negeri itu untuk jawatan naib presiden suatu masa dulu. “Kalau Johor pernah mengemukakan tiga calon Naib Presiden iaitu Hishamudin Hussein, Khalid Nordin dan Syed Hamid Albar, apa salahnya Sabah mengemukakan dua calon Shafie dan Salleh,” hujah beberapa ahli UMNO Sabah. Para pemerhati juga sependapat sekiranya ada sokongan yang baik, maka Salleh akan turut serta bertanding naib. Sebaliknya jika kelak sokongan tidak seberapa, pemimpin UMNO itu dijangka bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi sahaja, dan berharap mendapat undi yang tinggi. “Salleh seorang veteran politik UMNO tidak akan membiarkan dirinya sebagai bidak semata-mata kepada seseorang, beliau sendiri mahu menjadi raja umpama dalam permainan catur,” kata seorang pemerhati politik Sabah sambil menambah Salleh tidak akan berani bertanding jawatan itu jika tahu peluang meraih undi sangat tipis. Sebaliknya, menurut beberapa pemimpin UMNO, Salleh berkemungkinan mendapat sokongan dari beberapa negeri di Semenanjung sebagai “persiapan” percaturan politik negeri Sabah pada masa terdekat. “Ada juga pihak di Semenanjung tidak mahu soal kepimpinan UMNO Sabah ini selalu dikaitkan dengan hanya dua personaliti berkuasa, Musa dan Shafie, mungkin perlu ada pihak ketiga, begitulah kebiasaan percaturan dalam politik,” kata seorang pemerhati. Menurut beliau, para pemimpin bahagian UMNO di Sabah juga sudah mula “menari” ikut rentak dengan sesetengah bahagian menyatakan sokongan kepada Salleh tetapi pada masa yang sama menyokong hasrat Shafie mempertahankan jawatannya. “Semua mereka ada kepentingan dalam percaturan UMNO ini. Banyak senario boleh anda bayangkan ekoran penyertaan Salleh dan Shafie bertanding naib presiden ini. “Katakan menjadi, dan kedua-dua Salleh dan Shafie kalah, siapalah yang untung di Sabah? Kalau kedua-dua mereka pula menang, siapalah yang akan terasa tergugat? Mungkin mereka semua ada formula cuba mencapai suatu kedudukan yang lebih kukuh, tak mungkin untuk mencapai kedudukan yang rapuh,” hujahnya lagi. Apa pun, di Sabah, ramai berpendapat ia merupakan pertembungan antara Musa dan Shafie. Salleh berada di tengah-tengah sedang memikirkan untung nasib terus memberikan khidmat bakti kepada parti kesayangannya UMNO dan para pengikutnya sendiri.

PELUANG SHAFIE TIDAK TERJEJAS

SANDAKAN: Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Sapi, Sapari Idal menolak dakwaan penyertaan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dalam pertandingan Naib Presiden Umno pada 5 Oktober ini akan menjejaskan peluang Menteri Pembangunan Luar Bandar,Datuk Seri Shafie Afdal. Katanya, undi Shafie tidak terjejas kerana sebagai menteri, beliau dikenali di seluruh negara. “Sebaliknya Salleh yang sudah lama tidak berada dalam majlis tertinggi Umno kena bekerja kuat jika beliau mahu menang dalam pertandingan tersebut,” katanya mengulas kemungkinan Salleh turut bertanding merebut kerusi itu. Salleh yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno pada tahun 1996-1999 dan 1999-2004. “Perwakilan yang memenangkan Salleh pada tahun 1999 sudah ramai yang tidak jadi perwakilan sekarang. Tambahan pula perwakilan dahulu seramai 2,500 orang sudah meningkat kepada 150,000 orang. Maka Salleh perlu kerja kuat jika beliau mahu menang,” katanya lagi. Namun demikian beliau menambah Salleh yang kini adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah tidak perlu bimbang kerana semua penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Shafie juga mengejar undi daripada 150,000 orang perwakilan. Sehingga ini Shafie dan Zahid sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatan manakala Hishamudin masih membisu. Tan Sri Isa Samad sudah memberitahu jenteranya akan bertanding tetapi Salleh masih berdiam diri. Sapari yakin ia tidak akan menjejaskan undi dari Sabah walaupun dua calon bertanding dari negeri itu. “Mereka perlu cari undi dari Semenanjung untuk menang. Jadi berapa orang calon dari Sabah bertanding tidak akan memberi kesan kepada mereka kerana majoriti pengundi terletak di Semenanjung,” katanya lagi.

MUSA TIDAK MAHU TERPERANGKAP

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, yang mula dicanang sesetengah kumpulan dalam Umno Sabah, sebagai calon naib presiden Umno, tahu benar ada pihak yang mahu sangat jatuhkannya dari tampuk kekuasaan di negeri di bawah bayu itu. Musa juga tahu kumpulan yang hendak menjatuhkannya itu mungkin mereka yang berpura-pura menyokongnya, termasuklah untuk bersaing dengan Datuk Seri Shafie Apdal, seorang lagi pemimpin Umno Sabah, untuk jawatan naib presiden. Musa pun tahu bukan senang menjatuhkan Shafie. Tiada jalan memujuk Shafie jangan bertanding sebab Shafie sendiri pun dikatakan telah beberapa kali berkata dia bukan hendak merebut jawatan orang lain, hanya mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya sebelum ini. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah nyata memberi sindiran kepada mereka yang cuba “merebut” jawatannya. Yang gah mencadang nama Musa bertanding naib presiden Umno ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak, yang juga merupakan timbalan Musa dalam Umno Sabah. Sebelum cadangan itu, ditimbulkan pula entah dari mana ura-ura Salleh yang akan bertanding naib presiden. Bagaimanapun, hanya beberapa hari khabar itu bertiup di media dan mendapat sokongan beberapa bahagian, Salleh terus menyentap lamunan orang-ramai dengan membuat kenyataan bahawa Musalah yang paling layak bertanding jawatan naib itu. “Permainan wayang politik” Umno Sabah ini sedang diikuti rapat oleh pemerhati Umno. Umum mengetahui Musa dan Shafie tidak serasi, walau apapun alasan dan penafian mereka, itulah hakikatnya. Sedangkan Salleh pula cuba menggambarkan kepada dunia bahawa beliau boleh bekerjasama dengan kedua-dua pemimpin itu dan mengelak daripada bermusuh politik dengan mana-mana kumpulan dalam Umno Sabah. Senarionya jika Musa dan Shafie bersaing, dan Musa kalah, sudah tentu musuh Musa akan berkata pengaruh Musa tidak kuat dan mungkin selepas itu ditimbulkan rombakan kabinet Sabah. Salleh adalah Ahli Dewan Undangan Negeri manakala Shafie bukan. Jika Musa menang dan Shafie gagal mempertahankan kedudukannya, maka golongan yang mencanang Musa akan tersenyum menuntut “habuan” dan pelbagai laluan untuk keselesaan masing-masing, sama ada menerusi projelkatau kedudukan dan pangkat baru dalam parti dan kerajaan negeri! Sekarang, kalau Musa menolak bermakna beliau memberi laluan kepada Shafie mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden Umno, sesuatu yang besar kemungkinan akan berlaku. Jika enggan bertanding, Musa bakal dicap sama ada sebagai pengecut atau seorang yang berjiwa besar, tetap ada pihak dalam Umno Sabah membuat cerita, bergantunglah kepada kiblat politik mereka. Biasanya golongan oportunis ini mengubah kiblat kepada yang menang kerana di situlah mereka boleh menikmati kesenangan. Bagi yang selalu mempermosi situasi menang-menang, apa pun terjadi tidak menjadi masalah bagi mereka. Ada kemungkinan persaingan calon dari Sabah ini hanyalah wayang untuk menguji tahap penerimaan bahagian-bahagian Umno termasuk di Semenanjung, siapa yang lebih popular dan berada di barisan “hadapan” Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Sebelum mencadangkan Musa, Salleh mengeluarkan kenyataan mengesyorkan agar kementerian persekutuan terutama sekali kementerian yang dipegang Shafie menyalurkan terus peruntukan kementeriannya untuk Sabah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Musa. Yang sebenarnya ini adalah antara punca Musa dan Shafie dikatakan “bertelagah” memandangkan Musa tidak mempunyai pengaruh menentukan projek dan kontraktor untuk projek-projek pembangunan luar bandar di bawah kementerian Shafie. Shafie pula tahu kuasa itulah yang boleh meletakkanya pada kedudukan selesa “mengatur” perkembangan politiknya di Sabah, sesuatu yang telah ditafsirkan sebagai ingin mencabar pengaruh Musa sebagai pemimpin nombor satu Sabah. Kementerian Shafie merupakan salah satu kementerian pusat yang memiliki dana terbesar iaitu kira-kira RM6 bilion setahun, suatu jumlah yang boleh mempengaruhi suasana politik pembangunan di Sabah. Baru-baru ini pula, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pakatan NGO Pro-BN yang dilihat pro-Musa, mengeluarkan amaran akan mendedahkan pihak yang membuat rancangan menjatuhkan Musa, termasuk melalui laman-laman sosial seperti facebook. Presidennya Zulkarnain Mahdar berkata, kumpulan itu sangat aktif sebelum pilihan raya sehinggalah sekarang dan menyebarkan pembohongan mengenai Musa. Katanya kumpulan tersebut seharusnya membantu Ketua Menteri untuk membangunkan Sabah dan bukannya menjatuhkannya. Kenyataan Zulkarnain itu membayangkan kumpulan berkenaan juga turut berada dalam kerajaan. “Mereka harus ingat bahawa Musa dipilih oleh kerajaan pusat kerana mereka nampak kebolehan Musa dan sebab itulah Musa dikekalkan sebagai Ketua Menteri Sabah. “Musa telah memberi perkhidmatan kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pencapaian Sabah di bawah pimpinan Musa sangat menyerlah setelah beliau mengambil alih daripada bekas Ketua Menteri, Chong Kah Kiat,” katanya lagi. Zulkarnain yang kerap memuji Musa di media massa Sabah berkata simpanan Kerajaan Negeri ketika Musa mengambil alih hanya berjumlah RM184 juta tetapi selepas 10 tahun di bawah Musa, simpanan Kerajaan Negeri Sabah meningkat sekitar RM3.2 bilion. “Bahkan di bawah pimpinan Musa, indeks kemiskinan di Sabah telah menurun daripada 19,7 peratus kepada 8.1 peratus antara 2009 dan 2012, manakala kadar kemiskinan di kawasan luar bandar pula menurun daripada 32.8 peratus kepada 12.9 peratus bagi tempoh yang sama di bawah pentadbiran Musa. “Sabah menerima pelaburan asing bernilai RM10.2 bilion yang tertinggi di negara ini pada tahun 2012. Pada masa yang sama juga, tanah Sabah tidak seincipun diluluskan kepada individu atau syarikat besar,” kata Zulkarnain lagi tanpa memberi sedikitpun kredit kepada kementerian luar bandar yang diterajui Shafie.

UMNO NEGERI SEMBILAN SOKONG MUSA TANDING

SEREMBAN : Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengalu-alukan cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 5 Oktober ini. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan berkata lebih ramai pemimpin yang hendak menawarkan diri ke jawatan Naib Presiden adalah lebih baik. “Ini kerana ia akan dapat memberikan ahli-ahli Umno banyak pilihan bagi memilih pemimpin untuk menentukan masa depan parti,” kata beliau kepada FMT ketika mengulas cadangan Salleh bahawa Musa adalah calon yang paling layak dari Sabah bertanding jawatan tersebut. Menurut Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, dengan kepimpinan dinamik Musa, BN Sabah berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum lalu. BN menang 48 kerusi manakala pembangkang menang 12 kerusi sahaja. Sehingga ini tiga penyandang jawatan telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Shafie Afdal: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Dijangka Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam akan bertanding juga kali ini

ABANG MUSA TAK SETUJU MUSA TANDING NAIB PRESIDEN UMNO

KOTA KINABALU: Pemimpin yang bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri wajar bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Menurut bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Ayub Aman (gambar) jawatan Naib Presiden Umno adalah langkah pertama sebelum bertanding jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya jawatan Presiden parti. “Kalau setakat mahu jadi Ketua Menteri Sabah, tak payahlah Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno,” kata beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak bahawa Musa adalah calon yang paling sesuai bertanding jawatan tersebut. Semalam Salleh berpendapat Musa yang memimpin BN Sabah menang dengan majoriti dua pertiga wajar diketengahkan sebagai calon Naib Presiden Umno. Ayub yang juga abang Musa berpendapat adiknya itu hanya wajar mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno sahaja. “Saya pun tak pernah terfikir adik saya akan jadi Ketua Menteri kerana beliau diminta aktif dalam Usno sedangkan Usno ketika itu adalah parti pembangkang di Sabah,” katanya yang pernah menjadi menteri di zaman kerajaan Berjaya (1976-1995). Selain Ayub dan Musa aktif dalam politik, seorang lagi adiknya Anifah Aman adalah Ahli Parlimen Kimanis dan Menteri Luar. Menurut Ayub lagi, Ketua Menteri atau Menteri Besar tak perlu tanding jawatan Naib Presiden Umno kecuali beliau mahu jadi nombor satu. “Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pernah jadi Naib Presiden Umno tetapi akhirnya tak ke mana juga,” katanya. Katanya, dalam sejarah Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin seorang Menteri Besar yang berjaya jadi Timbalan Presiden Umno kerana beliau menang Naib Presiden Umno pada tahun 1993 ketika masih jadi Menteri Besar Johor. “Oleh itu, bagi saya, Musa yang tak pernah berhasrat jadi nombor satu negara tak payah bertanding jawatan Naib Presiden Umno,” tegasnya.(dipetk dari freemalaysiatoday)

MUSA THE IDEAL CANDIDATE

Chief Minister Musa Aman is an ideal candidate to run for one of the three Umno vice-president posts in the coming party elections, said Sabah Umno liaison deputy chief Salleh Said Keruak. Sabah Umno deputy liaison chief Salleh said Musa, who is the state Umno liaison chief and state Barisan Nasional (BN) chairman, is a visionary and experienced leader with good leadership qualities. He added that Umno Sabah will be solidly behind the chief minister “if he decides to bid for Umno vice-president post.” “Musa is a committed party worker and delivers what he promises unlike some leaders who just play politics and create his own grouping,” he told reporters after meeting a group of Umno grassroot leaders at his residence in Likas, near here today. Spearheaded by Musa, BN retained Sabah with a two-third majority in the 13th general election by winning 48 of the 60 state seats. The state BN also won 22 of 25 parliamentary seats in Sabah, leading to the formation of the BN government at federal level. Salleh, who is also the State Legislative Assembly Speaker, said Umno Sabah is not aiming for higher positions in the party. “What we want is for the top leadership to recognise our struggle and the unique political situation in Sabah. “We also want to bring development to our people and more de-centralisation and delegation of power to the state government led by Umno,” he said. Salleh added that this is what Sabahans are fighting for and that, whenever possible fund must be channelled to the state government. “Sabah has been part of Malaysia for 50 years and we, Sabahans, are capable of bringing about development in the state,” he said. Salleh has recently called on the federal government to streamline the rural infrastruture allocation system for Sabah with federal government channelling funds directly to the state government to boost the effectiveness of project implementation, particularly the four components of rural development projects. The four are Rural Roads (JLB), Rural Water Supply (BALB), Rural Electricity Supply (BELB) and Housing Aid Programme (PBR).(dipetik dari freemalaysiatoday)

SOKONGAN BUAT SALLEH KIAN MENINGKAT

KOTA KINABALU: Sungguhpun Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak belum lagi mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 5 Oktober ini tetapi sokongan kepada beliau semakin meningkat. Sehingga kini 15 Bahagian di Sabah sudah menyokong hasrat Salleh itu iaitu Tenom, Tuaran, Pensiangan, Keningau, Kota Belud, Sipitang, Sandakan, Batu Sapi, Kinabatangan, Sepanggar, Penampang,Beaufort, Papar, Kalabakan dan Kudat. Umno Sabah mempunyai 25 Bahagian. Sungguhpun 15 Bahagian ini menyokong hasrat Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri bertanding, mereka juga menyokong hasrat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Afdal mempertahankan jawatan. Menurut sumber, kemasukan Salleh bukannya mahu menipiskan peluang Shafie mempertahankan jawatan tetapi ia adalah untuk menawarkan seorang lagi calon dari Sabah. “Kalau Johor pernah mengemukakan tiga calon Naib Presiden iaitu Datuk Seri Hishamudin Hussein, Datuk Khalid Nordin dan Datuk Seri Syed Hamid Albar, apa salahnya Sabah mengemukakan dua calon Shafie dan Salleh,” hujah sumber. Sehingga ini tiga calon sudah mengesahkan akan bertanding iaitu Shafie, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Samad. Sumber itu menambah bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah memenangi kerusi ahli majlis tertinggi Umno selama dua penggal. “Beliau sudah ada sokongan dari seluruh negara. Maka tidak ada sebab perwakilan tidak mengundi Salleh jika beliau berhasrat bertanding jawatan Naib Presiden Umno,” kata sumber itu lagi.(dipetik dari freemalaysiatoday)

UMNO TUARAN SOKONG SALLEH

Umno Bahagian Tuaran sedia menyokong Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak jika beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Menurut Timbalan Ketua Bahagiannya, Datuk Aliasgar Basri Salleh bukan orang baru dalam politik maka beliau wajar bertanding jawatan nombor tiga itu kerana beliau pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno selama dua penggal. “Rangkaiannya di seluruh negara ramai kerana beliau pernah menjadi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Maka saya menyokong penuh hasratnya untuk bertanding,” katanya kepada FMT. Beliau yang pernah menjadi ahli majlis tertinggi Persatuan Belia Sabah (SANYA) bersama Salleh ketika Salleh mengetuai SANYA. “Jika bekas Ketua Menteri Sabah itu menawarkan diri maka ia bukanlah berniat untuk menyekat kemenangan calon penyandang dari Sabah, Datuk Seri Shafie Afdal tetapi ia bertujuan untuk memberi pilihan kepada 150,000 orang perwakilan dari seluruh negara untuk memilih Naib Presiden Umno yang terbaik,” tegasnya. Sehingga ini tiga calon sudah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut. Mereka ialah Shafie Afdal, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Samad. Manakala seorang lagi penyandang jawatan, Datuk Seri Hishamudin masih belum membuat pengumuman. Salleh juga masih membisu sama ada beliau akan bertanding atau tidak. “Saya percaya jika dua calon bertanding dari Sabah di peringkat Naib Presiden Umno, ini bermakna Sabah tidak ketandusan calon untuk diketengahkan sebagai pemimpin nombor tiga di peringkat nasional,” kata Aliasgar Basri yang sama sekali tidak kecewa tidak dipilih sebagai calon BN di DUN Sulaman baru-baru ini menggantikan ketua bahagiannya, Datuk Hajiji Mohd. Noor (dipetik dari freemalaysiatoday.com)