Selasa, Februari 17, 2009

AHMAD SAID TUJU KEPADA SIAPA?


Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mahu kerajaan bertindak tegas termasuk menahan atau menangkap para penderhaka yang kian sombong serta angkuh terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Beliau berpendapat, hanya menerusi tindakan sedemikian boleh menghapuskan keangkuhan atau kesombongan mereka yang kian bermaharajalela.

Katanya, keputusan sultan seharusnya dihormati dan beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap penderhaka menerusi peruntukan undang-undang sedia ada.

‘‘Sebab itu dalam kes sekarang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) amat diperlukan. Walaupun ada orang mempersoalkan ISA tetapi ia wajar bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

‘‘Kenapa golongan biadab berleluasa, tahan sahaja mereka menerusi ISA, paling lama dua tahun sudah cukup untuk mengajar mereka yang bersikap biadab ini,” katanya.

Kepada siapa Ahmad Said tuju kenyataannya itu? Kepada Karpal Singh seorang atau kepada 22 orang ADUN yang turut menderhaka kepada Sultan Terengganu? Oleh itu kerajaan hendaklah ambil tindakan kepada semua tanpa mengira bulu.