Selasa, Januari 06, 2009

KHAIRY PANDANG KE DEPAN





Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin ternyata berfikiran jauh kehadapan apabila mengajak pimpinan PAS untuk terus mengadakan muzakarah bagi memastikan survival politik, bangsa melayu dinegara ini dapat di kekalkan




Katanya, wacana transformasi politik negara adalah menjadi tanggungjawab bersama, pemimpin bangsa Melayu, baik UMNO maupun PASUntuk merealisasikan hasrat murni itu, muzakarah, yang tertunda dan tertangguh, perlu diteruskan semula




Alasan yang diberikan Khairy Jamaludin, PAS bukanlah sebuah parti politik yang kuat sebaliknya ia hanya menumbang parti pakatan Pembangang termasuk DAP dan PKRDalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, PAS cuma memenangi 23 kerusi parlimen, berbanding PKR 31 dan DAP 28Barisan Nasional,B-N memenangi 140 kerusi Parlimen dan Pakatan Pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen




Perjuangan PAS selama 50 tahun cuma dapat memenangi 23 kerusi parlimen berbanding PKR dalam masa sepuluh tahun sudah dapat memenangi 31 kerus ParlimenMeskipun mendapat kecaman keras dari Naib Presiden PAS, Datuk Husham Musa, PAS bukanlah parti politik kecil yang menumpang Pakatan Pembangkang sebaliknya memberi jaminan PAS akan melaksanakan hukum hudud, jika Barisan Nasional, BN dikalahkan dan Pakatan Rakyat memerintah negara




Menolak dakwaan Khairy yang mengatakan PAS sudah meninggalkan asas perjuangan khususnya membabitkan perlaksanaan Hukum Hudud, beliau menegaskan PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan tapi tidak mendapat sokongan dari pucuk pimpinan UMNO




Sebaliknya beliau berkata, bagi mengingati perjuangan PAS adalah perjuangan yang sentiasa konsisten, beliau berkata, PAS Kelantan tiap-tiap tahun mengadakan Hari Hudud di Kelantan




Beliau memberi jaminan akan melaksanakan hukum hudud, apabila Pakatan Rakyat, memerintah negaraHusham mendakwa, dalam jangka masa panjang, perjuangan UMNO, berasaskan "Kebangsaan" (nasionalisme) tidak lagi akan mendapat sokongan bangsa lain, seperti China dan India




Sebaliknya beliau mendakwa kaum China dan India dapat menerima kehadiran perjuangan Islam, jika mereka memahami erti keadilan sosial, menurut perspektif Islam




Beliau yakin, Islam yang diperjuangkan PAS lebih dapat diterima rakyat berbanding UMNO yang memperjuangkan semangat "assobiyah", kebangsaan (nasionalisme) pada masa hadapanWacana Transformasi Politik Negara dianjurkan Urusetia Peneragan Kerajaan Negeri di Balai Islam Lundang




Ahli panel yang hadir dalam majlis itu Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari manakala Prof Madya Dr Mohamaed Agus Yussof sebagai pengerusi wacana.




Dianggarkan kira-kira tiga ribu penonton hadir dalam majlis yang mengandungi sejumlah makna dan peristiwa yang bersejarah ituKhairy dalam hujjahnya berkata, Pakatan Rakyat, PKR "bagaikan retak mencari belah" kerana masing-masing parti komponen PKR, mempunyai agenda politik, ideologi politik dan asas perjuangan yang berbeda




Beliau mendakwa, semasa kempen pilihanraya dulu, pucuk pimpinan parti pembangkang memberi jaminan akan mengarahkan semua anak buahn (wakil rakyat mengistiharkan harta benda) tapi sampai kehari ini ianya tidak dilaksanakan




Dulu jaminan diberikan pada musim pilihanraya tapi kini janji itu tinggal janji-janji kosongKhairy berkata, pihak pembangkang tidak sepatutnya terikut dengan rentak dan irama parti-parti pembangkang dalam meneruskan agenda, perjuangan untuk memartabat dan mendaulatkan bangsa Melayu




Ini katanya semua sudah termaktub dalam Perlembagaan dan Undang-undangSoal agama Islam,kontrak sosial, Raja-Raja Melayu sudah termaktub dalam perlembagaan negara justru itu, isu seumpama itu, tidak perlu dipanaskan pihak pembangkangKhairy juga berkata, dalam isu membasmi kegiatan dan budaya rasuah, semua pihak mesti mempunyai iltizam dan hasrat untuk sama-sama menghapuskan kegiatan rasuah.




Menurut seorang pengamat politik tempatan, Mohd Jaafar Mohamed,60, idea Khairy mengajak PAS untuk meneruskan muzakarah satu cadangan baik dan mempunyai visi dan misi, yang jauh kehadapanKatanya, paling tidak cadangan briliiant dan luar biasa itu jika dapat dilaksanakan akan memberi kebaikan kepada bangsa Melayu di negara ini




"Lihat saja , pada tahun 1973, apabila Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, mengajak PAS bergabung, demi kepentingan Melayu, perpaduan Melayu, bangsa Melayu tiba-tiba menjadi kuat dan disegani parti politik kaum lain," katanya




Dan pada hari ini, beliau tidak melihat kenapa UMNO dan PAS, PAS dan UMNO tidak dapat bergabung, demi survival politik bangsa Melayu pada masa hadapan," katanya




Seorang lagi penonton.,Zahari Awang, 60, berkata, adalah lebih baik bagi PAS bergabung dengan UMNO berbanding dengan DAP dan PKR, untuk jangka masa politik panjang bangsa Melayu.




(tulisan Goenawan Mohamad dalam WATAN 11 Januari 2008)

MENANGKAN WAN FARID UNTUK DAPAT TIMBALAN MENTERI SEMULA


Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak bahawa jika calon BN, Wan Farid Wan Salleh memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini beliau akan dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri sudah tentu melegakan para pengundi Kuala Terengganu.


Oleh itu mereka perlu pastikan BN menang,. Jika tidak mereka akan kehilangan seorang timbalan menteri. Sebelum ini Wan Farid adalah seorang senator dan timbalan menteri. Oleh itu memang wajarlah jawatan itu dikembalikan semula kepadanya bila beliau menang nanti.


Dahulu parlimen Kuala Terengganu ada dua orang timbalan menteri, ahli parlimen arwah Razali Ismail dan ketua bahagian, Wan Farid. Jika BN menang, Kuala Terengganu kekal dengan seorang timbalan menteri setelah hilang satu akibat kematian arwah Razali.


Sebaliknya jika BN kalah, Kuala Terengganu hilang dua timbalan menteri (Pelajaran dan Dalam Negeri) kepada ahli parlimen lain pula. Oleh itu menangkanlah Wan Farid

ISA ADA KELEBIHAN


Pada tahun 2004, Tan Sri Isa Samad selaku Menteri Wilayah Persekutuan telah memenangi kerusi Naib Presiden UMNO di samping Menteri Pertanian dan Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam.


Tapi nasib kurang menyebelahi Isa bila beliau didakwa mengamalkan politik wang. Beliau terpaksa melepaskan jawatan itu pada tahun 2005 setelah memiliki jawatan itu selama lapan bulan. Apa yang beliau mampu buat dalam tempoh lapan bulan?


Hukuman selama tiga tahun berakhir pada tahun lepas. Beliau layak bertanding semula dan mendapat 27 pencalonan.


Tanpa sebarang jawatan menteri dan ahli parlimen, Isa mampu mendapat 27 pencalonan. Boleh dikatakan hebat juga kerana beliau sudah tidak ada kuasa lagi. Jadi peluangnya untuk menang tetap ada kerana trend jawatan naib presiden pernah dimenangi oleh orang yang bukan menteri.
Pada tahun 1978, 1981 dan 1984, Tun Ghafar Baba bukan menteri tetapi tetap terpilih sebagai Naib Presiden UMNO. Pak Lah pernah mencipta sejarah memenangi kerusi naib presiden tanpa sebarang jawatan menteri pada tahun 1990. Jadi dapatkah Isa menjejak langkah Ghafar dan Pak Lah pada kali ini?


Jika para perwakilan matang, dari tiga jawatan, apa salahnya satu jawatan naib presiden diberi kepada bukan menteri supaya ada check and balance. Terpulanglah kepada kebijaksanaan para perwakilan untuk menentukan nasib Isa pada Mac ini.


Jika Isa menang, beliau mahu menebus kembali peluang yang tidak sempat beliau jalani sebagai naib presiden pada tahun 2004-2008 dahulu.


Kelebihan Isa jika dia dapat bersalam dengan ramai perwakilan, perwakilan akan tertarik kepada sense of humournya. Bertubuh kecil tapi orangnya cerdik. Dia menerjuni politik pada tahun 1978 secara kebetulan apabila sedang bermain sepakraga di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban (SDAR). Beliau ketika itu adalah guru. Tiba-tiba Tengku Razaleigh Hamzah datang menemuinya dan menawarkan kepada beliau untuk menjadi calon pilihan raya. Siapa yang mahu menolak tuah yang datang bergolek? Sejak itu beliau menjadi YB dan terus dilantik Exco Kerajaan Negeri Sembilan.


Apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ditarik ke pusat untuk bertanding kerusi parlimen pada tahun 1982, Isa dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru.
Beliau kekal menjadi Menteri Besar selama 22 tahun sehingga tahun 2004 ditarik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Walaupun beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, beliau dipilih bertanding kerusi parlimen Jempol kerana kerusi parlimen Teluk Kemang diberi kepada MIC.


Sudah tentu ada sesuatu yang menarik pada Isa yang menyebabkan beliau kekal lama sebagai menteri besar. Walaupun istana menolak namanya, tetapi di atas campurtangan Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba pada tahun 1986, beliau kekal sebagai menteri besar. Inilah kelebihan Isa.


Saya pernah berurusan dengan kawan saya di pejabat Isa ketika menjadi menteri besar pada tahun 1994. Setiap kali kawan saya jumpa Isa, Isa pelawanya datang ke pejabat. Maka kami pergilah ke pejabatnya di Seremban pada suatu pagi. Terkejut kawan saya kerana stail Isa bila jumpa dengan orang ramai, dia panggil 10 orang sekali gus. Jadi kawan saya yang ada hajat peribadi segan mahu beritahu Isa di depan orang ramai. Sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur, bukan main marah kawan saya kepada Isa.


Katanya, kalau tahu begitu tak datang dari jauh untuk jumpa Isa.


Saya difahamkan Menteri Besar Kelantan pun, Datuk Nik Aziz Nik Mat buat stail yang sama dengan Isa. Ramai yang bawa surat memohon kawasan balak tak jadi hulur surat kepada Nik Aziz bila 10 orang ada di dalam biliknya. Maka orang yang datang itu pulang dengan tangan kosong saja.


Walaupun Isa kini bukan lagi menteri, beliau tetap popular. Kenduri perkahwinan anaknya mendapat kunjungan orang ramai yang amat luar biasa walaupun beliau adalah Naib Presiden UMNO yang digantung ketika itu. Ini menunjukkan Isa ada peluang untuk menang jika perwakilan mengundi calon bukan berdasarkan ada jawatan dalam kerajaan.