Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa, pengguguran Muhyiddin dibuat kerana beli­au didakwa turut bersama pe­mimpin pembangkang merancang meluluskan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Najib  Razak di Parlimen.

Bagaimanapun Raja Petra men­dakwa dalam portal itu, komplot tersebut tidak berjaya kerana Pre­siden Pas, Abdul Hadi Awang tidak mahu menyertai kons­pirasi berkenaan sekali gus menye­babkan mereka kekurangan undi.

“Mereka memerlukan semua undi dari Pakatan Rakyat dan lagi 30-40 undi dari Barisan Nasional, yang didakwa akan diusahakan oleh Muhyiddin. Tanpa undi Pas, usaha itu akan sia-sia.

“Situasi itu yang menyebabkan Najib perlu memecat Muh­yiddin. Ia tidak mempunyai kaitan de­ngan 1MDB. Ia disebabkan undi tidak percaya yang dirancang oleh Muhyiddin. Isu 1MDB akan menjadi alasan untuk melaksanakan undi tidak percaya itu,” katanya.