Sabtu, Jun 11, 2011
MCA MIMPI DI SIANG HARI
DAP menang banyak kerusi di Sarawak baru-baru ini tetapi MCA masih mimpi di siang hari.MCA berangan kosong bila ia berkata sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu kian meningkat.
Apa buktinya sokongan makin meningkat sedangkan dalam semua pilihanraya kecil majoriti pengundi Cina tidak menyokong BN? BN kena hukum MCA kali ini. Kalau parti itu gagal menawan semula hati para pengundi Cina, tak payah lantik seorang pun wakil MCA sebagai menteri. Yang peliknya MCA menang di kawasan majoriti Melayu sahaja. Oleh itu MCA tidak boleh mendabik dada bahawa ia mendapat sokongan orang China.
MCA melihat sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) semakin meningkat terutama untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti, kata naib presidennya Datuk Wira Chor Chee Heung.
Chor, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata ia berdasarkan penerimaan masyarakat Cina terhadap gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita sudah nampak angin perubahan yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina terhadap sokongan mereka kepada kerajaan BN semakin hebat kesan daripada keyakinan mereka terhadap gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wat Chinpraddittharam di Kampung Tendong dekat sini Jumaat.
Pada majlis itu, Chor memberikan bantuan segera RM10,000 untuk membina pagar wat itu di samping akan menimbang peruntukan tambahan yang diperlukan untuk rumah ibadat masyarakat keturunan Thai itu.
Langgan:
Catatan (Atom)