Jumaat, Januari 23, 2009

NORZA KENA ANAIYA?


Tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang bertegas menangkap ahli-ahli UMNO yang terlibat dalam politik wang. Ada yang mengatakan bahawa kenapa SPRM soalsiasat Datuk Norza Zakaria sahaja sedangkan pemimpin lain yang main politik wang terlepas?

Soalnya, bukan Norza dianaiyai. Norza yang salah kerana kumpul orang di rumah perwakilan dan hulur wang. Kalau dia setakat jumpa dan tidak hulur wang tidak salah. Sudah banyak kali dipesan jangan main wang, Norza tak dengar. Jadi tanggung sendirilah.

Selepas ini pemimpin UMNO kena berhati-hati kerana mungkin ada di kalangan perwakilan yang minta wang itu adalah ejen SPRM. Jika tidak masakan SPRM cepat bertindak selepas 10 minit Norza beredar dari majlis tersebut.

Oleh itu kita berharap SPRM lebih pro-aktif menjelang Mac ini kerana cara wang diberi bukan lagi secara hulur tangan tetapi melalui akaun bank juga. Maka semua akaun perwakilan UMNO di seluruh negara perlu dipantau supaya gejala politik wang ini dihapuskan secara drastik.