Selasa, Januari 09, 2018
KERUSI BERSATU GRED C SUKAR MENANG PRU
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diramalkan sukar memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana diberi kerusi gred C oleh Pakatan Harapan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr.Ibrahim Ali berkata, hal ini berbeza dengan PKR dan DAP yang mendapat kerusi-kerusi Parlimen yang berkualiti serta berpotensi untuk menang.
Katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas,kerusi-kerusi untuk PKR dilihat lebih menepati demografi penduduk yang memiliki sekurang-kurangnya 55 peratus pengundi Melayu.
“Saya bercakap demikian atas kapasiti diri saya yang sudah 35 tahun dalam arena politik. Saya telah menilai kerusi-kerusi yang dipertaruhkan Pakatan Harapan ini.
“Bukan untuk memihak kepada mana-mana parti,kerusi-kerusi heavyweight kini banyak disandang Barisan Nasional. DAP ikut kekuatan biasa iaitu mungkin boleh menang kerusi yang sudah lama dimenangi mereka atau mungkin tidak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perkasa di sini hari ini.
Pakatan Harapan diketuai DAP mengumumkan akan bertanding 165 kerusi Parlimen dalam PRU-14 akan datang.
Keputusan gabungan pembangkang itu bersetuju mengagihkan 52 kerusi Parlimen untuk ditandingi PPBM, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan PAN 27 kerusi.-
PENGUMUMAN PAKATAN HARAPAN TIDAK MEMERANJATKAN
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Pengumuman Pakatan Harapan berhubung calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya ia berkuasa memberi isyarat jelas kepada anggota pakatan itu bahawa sesiapa sahaja boleh dijadikan alat dan disisihkan dalam Percaturan Kuasa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata pengumuman siapa yang akan menyandang dua jawatan itu sekiranya pakatan berkenaan memenangi pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14) juga mencetuskan 'keadaan yang agak kecoh' kerana beberapa sebab.
"Pertama, semua orang tahu Pakatan tidak ada pilihan, selain menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad (pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sebagai bakal pardana menteri mereka.
"Menamakan orang lain akan membawa padah kerana Pakatan boleh berkecai dalam masa 24 jam sahaja akibatnya. Maka, jadilah seperti kata orang 'bukankah saya dah nyatakan begitu kepada anda," kata Salleh melalui catatan dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.com, hari ini.
Salleh berkata pembangkang juga tidak mempunyai pilihan, selain menamakan presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai bakal timbalan perdana menteri mereka dan sama jugalah, menamakan orang lain untuk jawatan itu umpama 'membunuh diri'.
"Tetapi, tentulah ada pemimpin penting lain yang telah banyak berkorban, termasuk melepaskan jawatan menteri dan jawatan dalam parti.
"Mengapakah nama-nama ini tidak dipertimbang, sebaliknya diketepikan?" tanya Salleh.
Semalam, Pakatan Harapan mengumumkan Dr Mahathir sebagai calonya untuk menjadi perdana menteri dan Dr Wan Azizah sebagai calon timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU14.
-- BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)