Rabu, Mac 08, 2023

ENAM HARI LIMA MALAM DI SANDAKAN

SUDAH 33 tahun saya tak pergi ke Sandakan, Sabah. Apabila anak saudara saya Abdul Latif ajak pergi ke Sandakan pada 2 Mac lalu saya rasa teruja.

Abdul Latif bertunang dengan Siti Khadijah binti Razali, 17 tahun, orang Sungai yang duduk di PPR Taman Murni berhampiran dengan airport Sandakan. Razali, 54 tahun,  yang bekerja di pejabat ukur Sandakan rupa rupanya anak buah Malek Chua seorang pemimpin Berjaya dahulu. 

Hari pertama (2 Mac)

Saya bertemu dengan Latif, 26 tahun, di KLIA2. Latif datang bersama kakaknya, Maghfirah dan suaminya Yusof dan dua orang anak. Flight Airasia kami jam 1.30 petang direct ke Sandakan. Jam 4.30 petang kami sampai di airport sandakan. Latif uruskan sewa kereta Axia untuk empat hari. Senang mereka nak bergerak. Kami terus ke homestay di Batu 8, Taman Permata. 

6.30 petang dah masuk waktu maghrib. Selepas solat maghrib  kami ke restoran Ikhwan Global dekat supermarket Barnabas. Sedap nasi goreng tapi masin. Kami singgah di supermarket itu beli barang keperluan untuk homestay kami.

Hari kedua (3 Mac)

jam 6.30 pagi Maghfirah dan Yusof sudah pergi ke pasar Sandakan beli udang, ketam, ayam. Magfirah masak nasi dengan udang yang besar. Puas hati makan nasi di awal pagi. Mereka pergi ke Sepilok tapi saya minta Yusof hantar saya ke perpustakaan buat kerja.

Besar perpustakaan Sandakan tetapi line internet slow. Sampai ke sudah saya tak dapat buka email saya. Saya balik dengan bas ke Batu 8. Dari perpustakaan ke bandar tambang RM1.50 manakala dari bandar ke Batu 8 tambang RM3.00. Seronok naik bas mini di Sandakan tetapi kalau di Semenanjung bas mini itu seperti van sahaja.

Hari ketiga (4 Mac)

sahabat lama saya Sapari Idal datang menemui saya dari Bukit Garam 80km Bukit Garam Sandakan. Sapari nak pergi ke Kota Kinabalu dengan flight pukul 11 pagi. Kami makan di restoran Pak Mus sahabat kami yang buka cawangan utama di Kota Kinabalu.

Selepas makan dia hantar saya ke perpustakaan buat kerja. Saya balik ke homestay naik bas lagi.

Hari keempat (5 Mac)

hari pertunangan tiba jam 10 pagi di rumah bakal tunang Latif di PPR Taman Murni dekat dengan kem tentera. Saya beritahu tuan rumah saya kenali Datuk Seri Bung Mokhtar, Datuk Johari Janan, Arwah Kepli Abas dan Sapari Idal pemimpin Usno dan SANYA dari tahun 1990 lagi. Apabila mereka datang dari Sandakan, saya yang ambil mereka di airport Kota Kinabalu. Mereka sudah macam saudara rapat. Sampai sekarang tak putus persahabatan kami.

Razali tanya saya kenal tak Majid Lindan pegawai khas Bung Mokhtar. Saya kata kenal sejak 1990. Rupa rupanya Latif bertunang dengan anak buah Majid Lindan. Saya call Majid. Dia ada di Kota Belud. Dia kata kalau Razali beritahu sudah tentu dia datang ke Sandakan. Majid kini duduk di Kota Kinabalu. Tahun depanlah kami berjumpa masa akad nikah nanti.

Oleh kerana Siti Khadijah belum cukup umur 18 tahun, maka mereka bertunang selama satu tahun sehingga April tahun hadapan. Ikut undang undang MUIS tak boleh nikah di bawah umur. Maka majlis nikah ditetapkan pada 1 Julai 2024 dengan hantaran sebanyak RM13,000. Selama 1 tahun bertunang Siti Khadijah dapat elaun bertunang sebanyak RM50 sebulan atau RM600 satu tahun.

Petang kawan lama di MRSM Seremban datang dari Lahad Datu ke Sandakan mencari saya. Kassim Sulaiman yang saya kenali di MRSM 51 tahun lepas sanggup naik kereta 3 jam untuk menemui saya. Saya sangat terharu. Beliau kini pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Yusof Apdal.

Hampir dua jam kami berbual. Jam 4 dia balik ke Lahad Datu. Kawan kawan MRSM yang berasal dari Sandakan kini ramai yang menetap di Kota Kinabalu.

Hari kelima (6 Mac)

Awal pagi saya ke perpustakaan. Tengahari saya sudah balik ke homestay. Maghfirah dan Yusof balik ke KLIA petang ini. Mereka duduk empat hari sahaja tambang pergi balik RM900. Kami lima hari tambang pergi balik RM500. Jimat RM400.

Hari keenam (7 Mac)

jam 1 pagi saya bangun tidur wasap kepada isteri, Zaitun yang sambut harijadinya yang ke 61. Saya tiada semasa isteri sambut harijadi.

Pagi ini kami tak ke mana mana. Kereta sewa Axia sudah diserah petang semalam di airport masa Maghfirah dan Yusof terbang ke KLIA jam 7.30 petang semalam. Jam 4 petang kami naik grab ke MCDonald di Taman IJM. Kami makan bersama Razali, isterinya dan tunang Latif. Selepas itu Razali hantar kami ke airport naik flight jam 7.30 petang.

jam 10.30 malam kami mendarat di KLIA2 tetapi juruterbang mendarat dengan tidak smooth. Semua penumpang terkejut masa juruterbang touch down. Syukurlah kami selamat tiba di destinasi. Pada 1 Julai 2024 kami datang lagi.









BERMULA DARI BAWAH KUNCI KEJAYAAN MAHDZIR KHALID

 Calon Naib Presiden UMNO nombor 2, Datuk Seri Mahdzir Khalid memulakan karier politiknya di bahagian Padang Terap sebagai naib ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan ketua bahagian dan seterusnya sebagai ahli   majlis tertinggi Umno.

Sudah 20 tahun beliau bersama dengan Umno meniti dari ahli majlis tertinggi Umno dan seterusnya menang Naib Presiden Umno pada tahun 2018 selepas Umno kalah. Mempertahankan jawatan bukannya mudah apatah lagi beliau bukan lagi seorang menteri.

Dahulu beliau pernah jadi Menteri Pendidikan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kalah dalam PRU 2013, beliau tidak dilantik senator sebaliknya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno tanpa jawatan dalam kerajaan dikatakan sukar.

Tetapi para perwakilan senang dengan beliau yang tidak sombong sejak menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Kedah. Tidak kira di mana beliau berada sama ada di negeri atau di persekutuan Mahdzir Khalid tetap menjadi tarikan kepada para perwakilan.

Seperti Tun Ghafar Baba yang tiada jawatan dalam kerajaan selama 25 tahun, beliau tetap menang naib presiden Umno. Mahdzir Khalid bakal menjejak langkah Ghafar yang akan menang naib presiden Umno buat penggal kedua.


"Bukan mudah menguruskan parti di saat saat parti kalah pada tahun 2018. Kita perlu semangat yang kuat,"kata beliau yang menjadi ahli majlis tertinggi Umno sejak tahun 2005.

Beliau berharap para perwakilan dapat memberi undi kepada beliau walaupun beliau tiada jawatan dalam kerajaan.

"Kebersamaan Demi Perjuangan" ialah gagasan besar beliau untuk parti dan negara.  

"Sama sama kita teguhkan setiakawan, janakan kesatuan dan bulatkan tekad untuk memulihkan semula Umno, katanya. 

Walaupun beliau kalah dalam PRU, beliau tetap setia dengan Umno. Jika beliau menang naib presiden Umno, mudah beliau menguruskan parti kerana beliau ada sepenuh masa untuk menjaga parti.