Isnin, Disember 21, 2009

SIDANG DUN TERENGGANU RANCAK


Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sebelum ini disifatkan agak "muram", Isnin bertukar rancak dan sekali sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional sendiri.

Sesi soal jawab pagi ini dimulakan dengan soalan daripada Din Adam (BN-Bukit Besi) yang mahukan penjelasan berhubung nama syarikat pengendali bijih besi di Bukit Besi dan manfaat kepada rakyat tempatan.

Menjawab soalan itu, Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan pelantikan tiga syarikat untuk melakukan perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang terletak di Dungun.

Beliau berkata dengan pembukaan semula kawasan perlombongan di kawasan itu, ia dijangka mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Din minta penjelasan tentang nama syarikat yang dilantik dan kemampuannya selain mempertikaikan sama ada benar syarikat tersebut melantik 50 peratus rakyat Terengganu menjadi tenaga kerja situ.

"Saya hanya tahu mengenai pembukaan kawasan lombong itu melalui pekerja kawasan itu. Saya orang Bukit Besi, duduk di Bukit Besi dan menjadi wakil rakyat Bukit Besi tetapi tidak tahu menahu tentang perkara tersebut," kata Din.

Ahmad berkata kerajaan Terengganu bercadang untuk membuka semula kawasan perlombongan di kawasan itu setelah perunding yang dilantik mengesahkan masih terdapat lima juta metrik tan bijih besi di situ.

Untuk itu, katanya, kerajaan negeri telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Shd Bhd yang kesemuanya beralamat di Terengganu.

Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri.

Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong.

Ketika ditemui di luar dewan, Ahmad berkata beliau melihat perubahan pada persidangan kali ini sebagai satu petanda baik.

"Ini satu petanda baik walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan...seolah-olah sebagai parti pembangkang...tapi kita tidak kisah.

"Kita boleh melihat bagaimana kematangan bukan sahaja di kalangan wakil rakyat tetapi juga keintelektualan pihak kerajaan menjawab soalan. Saya tidak ada masalah," katanya.

Dewan Undangan Terengganu mempunyai 24 anggota BN dan lapan daripada Pas.

GERAKAN DOES NOT HAVE THE RIGHT TO REJECT


Parti Gerakan does not have the right to reject the state Umno leader's request that the post of the state Barisan Nasional (BN) chairman be held by Umno as the decision is up to the national BN chairman who is also the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak.

State Umno Liaison deputy chairman Datuk Zainal Abidin Osman said Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, who is also the incumbent State BN chairman, had no right to reject the request of the state Umno.

"Tsu Koon should look at the Umno request in a positive manner because the proposal was not made indiscriminately but in the interest of the state BN and has its rationale," he said when contacted, here Sunday.

He was commenting on the statement by Dr Koh yesterday which rejected the request by the State Umno leader that the post of State BN chairman, held by the Gerakan for more than 35 years, be handed over to Umno.

Zainal Abidin pointed out that it was not the right of any individual or party to hold the post for generations or for life, and as such, it was not wrong for the Penang Umno's request to be considered in the best manner.

He added that Umno, which had won 11 state seats and two parliamentary seats in the last general election, should be given a chance to lead the state BN.

The Penang Umno's desire to hold the State BN chairman's post was announced by Penang Umno Liaison chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi on Friday.

KELAB PERKASA DI LUAR NEGARA


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menubuhkan Kelab Perkasa khusus buat penuntut Malaysia yang sedang belajar di luar negara mulai tahun depan, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata penubuhan kelab itu akan dimulakan selepas Perkasa mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang dijadualkan pada Mac 2010.

"Selepas itu Kelab Perkasa akan ditubuhkan di United Kingdom, Mesir, dan Indonesia, yang kemungkinan akan berpusat di Bandung dan di Melbourne, Australia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Perkasa Negeri Perak di Dewan Utama UiTM Perak di sini pada Sabtu yang disempurnakan oleh bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid.

Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas berkata ketika ini Perkasa sedang menumpukan penubuhannya di peringkat negeri yang bakal melibatkan pelancaran di Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka selepas pelancaran di Perak.