Ahad, Februari 06, 2011
RASHID SIBIR POPULAR DI ASTRO OASIS
Dua hari berturut-turut Astro Oasis menyiarkan drama arahan Rashid Sibir. Petang semalam drama Wangi Setanggi lakonan Zami Ismail, Wan Maimunah, Jalil Hamid, Wan Sharmila dan Sabri Yunus. Manakala petang tadi pula drama Titian Siratulmustaqim lakonan Nasir Bilan khan, fauziah nawi, Vanida Imran, Amiza Adnan dan mak Engku.
Rashid Sibir dikenali sebagai pengarah drama air mata. Drama-dramanya mesti berakhir dengan kematian. Ia penuh dengan mesej yang memberi pengajaran kepada kita semua. Wangi Setanggi mengisahkan jalil hamid memfitnah abang iparnya zami Ismail memperkosa anaknya Wan sharmila. dengan fitnah itu jalil dan isterinya wan maimunah dapat menghalau zami dari rumahnya.
Zami yang tidak pernah kahwin duduk serumah dengan adiknya. Sejak emak dan ayahnya meninggal dunia, zami lah yang membesarkan adiknya. Zami enggan menjual tanah pusaka yang menimbulkan kemarahan kepada Jalil hamid yang suka berjudi. Jalil yang pernah muncul dalam drama Rashid Sibir sebelum ini membawa watak hitam sekali lagi. Dia bukan sahaja kaki judi tapi kaki perempuan dengan menyimpan perempuan (natasha Hudson) yang mengandung anak luar nikahnya. Di akhir cerita bukan saja zami meninggal dunia malah wan maimunah dilanggar oleh kereta jalil. jalil turut meninggal dihempap besi ketika terkejut melihat dia terlanggar isterinya sendiri.
penonton tidak henti menangis melihat adegan sedih dalam drama ini. begitu juga dalam drama Titian Siratulmustaqim. nasir bilan khan seorang suami yang setia dengan isterinya Fauziah Nawi. fauziah yang cemburu dengan suaminya yang bercakap dengan janda kaya, mak Engku ditimpa penyakit angin ahmar akibat menderhaka kepada suami. Nasir cool menghadapi dugaan dari allah. Sebaliknya Nasir yang pergi terlebih dahulu dari isterinya yang akhirnya pulih dari penyakit itu.
Kalau tidak menangis, itu bukan drama Rashid sibir kerana trademark dramanya ialah drama air mata walaupun baru-baru ini Rashid Sibir telah cuba mengarah drama seram pula. Sebagai peminat setia Rashid Sibir, saya tetap menunggu karyanya di masa akan datang.
Langgan:
Catatan (Atom)