Khamis, Julai 19, 2012

RAJESH KHANNA DI ZAMAN KEAGUNGANNYA

Pelakon filem Hindustan pertama yang mendapat gelaran Superstar, Rajesh Khanna meninggal dunia di Mumbai semalam dalam usia 69 tahun. Rajesh Khanna atau nama sebenarnya Jatin Khanna dilahirkan pada 29 Disember 1942 pernah menjadi produser filem dan ahli politik. Dia muncul dalam 163 buah filem yang mana menjadi hero dalam 128 buah filem. Rajesh Khanna menang tiga kali hadiah pelakon terbaik Filmfare Award.Pada tahun 1991, Filmfare menganugerahkannya hadiah Khas kerana berjaya berada dalam industri filem selama 25 tahun dengan 106 buah filem sebagai hero. Dia muncul kali pertama sebagai pelakon pada tahun 1966 dalam filem Aakhri Khat dan mucul dalam Raaz, Baharon ke sapne, Ittefaq dan aradhana. Sebanyak 73 filem lakonannya mendapat sambutan Golden Jubilee Hits manakala 22 Silver Jubilee Hits.
Saya mengenali rajesh Khanna atau kaka melalui filem Haathi Mere Saathi pada tahun 1972 ketika berusia 13 tahun. Saya rasa lima kali saya menontonnya di pawagam Rex, Kuala Terengganu. Sejak itu saya banyak menonton filem lakonan rajaesh Khanna seperti Amar prem, Apna Desh. Dia menjadi kegilaan ramai tetapi popularitinya merudum apabila dia berkahwin dengan pelakon Bobby, Dimple Kapadia. Dengan Dimple dia memperolehi dua orang anak, Twinkle dan Tina.Perkahwinannya dengan Dimple tidak kekal lama dan akhirnya mereka bercerai. Pelakon popular kini, Aksyay Kumar adalah menantu rajesh Khanna. Di zaman keagungannya sebanyak 15 buah filemnya mendapat sambutan box office berturut-turut yang jarang dibuat oleh pelakon masa kini. Rajesh Khanna lebih dikenali sebagai pelakon romantik dan kemunculan Amitabh bachchan menenggelamkan populariti Rajesh Khanna. Bila dia kahwin dengan Dimple, popularitinya jatuh mendadak yang menyebabkan ada gadis yang bunuh diri. Itulah kehebatan rajesh khanna di zaman kegemilangannya.