Rabu, Februari 22, 2012

HAJI HADI TAKUT PADA BAYANG BAYANG


Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Selasa.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat".

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Ulasan saya, Haji Hadi nampaknya takut sangat dengan wakil rakyatnya yang akan melompat ke BN jika BN gagal mendapat simple majoriti pada pilihan raya umum akan datang.

PAS rela bersengkongkol dengan penentang hudud, DAP daripada berkawan dengan BN. Adakah PAS ini Islam sehingga buat bai'ah ini? Jangan takut pada bayang=bayang Hadi. Bimbang ia menjadi senjata makan tuan nanti.

Isnin, Februari 20, 2012

MAULUD NABI: BUKAR SEKADAR BERARAK


Setiap tahun kita menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w iaitu Maulud Nabi dengan mengadakan perarakan. Kononnya melalui perarakan dapat meningkatkan perpaduan sesama orang Islam.

Sebenarnya perarakan tidak penting, yang penting sejauh mana kita menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan mengamalkan tingkahlaku Baginda. Rasulullah adalah pemimpin yang adil, tidak pilih kasih, tidak pilih bulu, selalu qiyamulail, tidak dendam, pemaaf, tidak marah=marah, tidak panas baran dan sentiasa senyum. jika kita selaku pemimpin di peringkat negeri, daerah, mukim, kampung, rumah dapat mengamalkan sifat Nabi ini maka tercapailah matlamat menyambut Maulud Nabi setipa tahun.

Jika tidak kita sekadar buang masa, buang tenaga berarak sejauh 7km tapi pahala tak dapat kerana berarak semata=mata mahu menang hadiah sebagai pasukan terbaik dalam pertandingan berarak dan bukannya mahu menghayati cara hidup Nabi Muhammad s.a.w. Sepatutnya kita muhasabah diri kita sejauh mana kita ikut cara hidup Nabi. Jika tidak tak ada makna buat perarakan setiap tahun tetapi perangai kita macam babi.

Sabtu, Februari 18, 2012

ALFATIHAH


Timbalan Ketua Pengarang Agendadaily.com, Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz sudah tiada.Allahyarham meninggal dunia sekitar jam 3.50 petang Jumaat di Hospital Serdang.

Jenazahnya dibawa balik ke rumahnya di  Mutiara Bangi,no 12,Jalan 2/1 G,Bandar Baru Bangi,Selangor dan akan dikebumi esok.

Datuk Badrul juga adalah bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional selama dua penggal untuk kawasan Hulu Langat,Selangor.

Sebelum itu beliau adalah wartawan di Utusan Malaysia.

Allahyarham kembali aktif sebagai wartawan dengan menyertai rakan-rakan lama di Agendadaily.com setelah bersara dari politik.

Kolum tetap beliau yang popular di laman web ini ialah "Wartawan,Ahli Dewan..Tak ketahuan".-17/2/2012