Sabtu, Julai 02, 2011

SIASAT APA LAGI?


KDN ini asyik nak siasat sedangkan sudah lama akhbar Harakah dan Suara Keadilan dijual secara terbuka.

Apa pegawai KDN buat? Tidur ke? oleh itu KDN perlu ambil tindakan tegas termasuk kepada penjual Harakah yang sepatutnya untuk ahli PAS sahaja.

Akhbar Harakah dan Suara Keadilan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika benar dua akhbar milik pembangkang itu diedar dan dijual secara terbuka.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang permit ke atas akhbar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu manakala akhbar Harakah hanya boleh diedarkan kepada ahli parti Pas sahaja.

Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa akan diarahkan menyiasat perkara itu memandangkan tiada laporan atau aduan diterima setakat ini.

“Jika benar sebagaimana yang didakwa, kita akan merampas dua akhbar itu daripada ia terus diedarkan secara terbuka, tetapi kita akan tetap siasat sama ada mereka hanya mengedarkan berbentuk risalah sahaja.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu, boleh memaklumkan terus kepada pihak Kementerian atau polis atau hanya menghubungi di talian 999,” katanya di sini hari ini.