Ahad, Ogos 02, 2015

NAJIB TUNGGU RAKYAT TURUNKANNYA

Di Melaka semalam, ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka, Najib Razak berkata beliau tidak akan turun dari jawatan Perdana Menteri. Apakah beliau mahu tunggu rakyat menurunkannya pada PRU 2018? Apakah beliau mahu melihat BN tewas pada PRU yang akan datang?

Katanya, jika seorang suruh saya turun saya tidak akan turun kerana terdapat lebih 3 juta ahli di belakang saya.

Benarkah 3 juta ahli menyokongnya atas isu 1MDB? Benarkah 3 juta ahli Umno menyokongnya memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dari jawatan TPM dan menteri?

Sekurang-kurangnya 40 ketua bahagian Umno tidak menyokong Najib dalam isu ini. Mereka mahu najib menyelesaikan isu 1MDB. Ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Seremban semalam, Najib berkata isu 1MDB akan selesai dalam masa enam bulan.

Kita tunggu bulan February 2016. Jika isu 1MDB tidak selesai, adakah Najib akan turun? Atau beliau minta tempoh masa lagi untuk menyelesaikan isu 1MDB.

Belum pernah Facebook Najib menerima desakan yang begitu ramai supaya beliau turun. Sejak beliau memecat Muhyiddin dari jawatan TPM Selasa lalu, setiap hari dalam Facebook beliau, orang ramai mendesaknya meletakkan jawatan. INi menunjukkan beliau sudah tidak popular lagi di kalangan rakyat.

kalau beliau masih belum faham tanda-tanda ini, tunggulah saat kehancuran beliau pada PRU akan datang. Hussein Onn faham tanda-tanda ahli Umno tidak sukanya lagi. Beliau dicabar oleh Ketua Penerangan Umno, Haji Sulaiman palestine pada tahun 1978 bagi jawatan Presiden Umno.

Sulaiman dapat satu pencalonan sahaja tapi mampu mendapat 250 undi. Ini bermakna bahagian yang mencalonkan Hussein Onn tidak mengundi beliau. Memahami keadaan ini Husseion Onn berundur dari jawatan Presiden Umno pada tahun 1981.

PRU 2008 BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. Pak Lah memahami tanda tanda rakyat tidak mahunya lagi. maka Pak Lah berundur pada tahun 2009 apabila Rafidah Aziz dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno berkata jika Pak Lah tidak berundur, kami akan sokong Tengku Razaleigh Hamzah menentangnya bagi jawatan Presiden Umno.

Sudah setahun isu 1MDB meletus. bermula dengan pendedahan pihak pembangkang seprti rafizi ramli dan Tony Pua, najib anggap itu serangan biasa pembangkang terhadapnya. tetapi apabila Dr Mahathir Mohamad turut campur menentang Najib dengan isu 1MDB, maka ia bukan lagi serangan biasa. Najib sepatutnya sudah berundur tetapi beliau degil.

Muhyiddin yang tidak faham dengan isu 1MDB, kritikal terhadap najib. Muhyiddin tanya KSU Perbendaharaan, Dr Irwan Siregar Abdullah. Dr Irwan kata dia sendiri tidak tahu menahu dengan 1MDB sedangkan 1MDB adalah GLC di bawah Perbendaharaan.

Ini yang tidak menyenangkan najib maka najib terpaksa memecat Muhyiddin dari kabinet. Ketika berucap di Seremban, najib berkata beliau boleh duduk semeja sambil menumbuk meja bila berbincang, tetapi bila sudah buat keputusan, jangan bercakap lain pula di luar.

beliau menyindir Muhyiddin yang membangkitkan isu 1MDB ketika merasmikan persidangan perwakilan bahagian Cheras. Salahkah Muhyiddin menggunakan platform Umno untuk membangkitkan isu 1MDB? Ahli Umno sendiri tidak faham dengan isu 1MDB. Apatah lagi bekas MB Terengganu, Ahmad Said pernah mendakwa kerajaan pusat suruh terengganu cagarkan minyak dan gas untuk 1MDB.

Isu ini perlu dijelaskan kepada ahli Umno dan bukannya disembunyikan seolah-olah ada agenda terterntu. Di Kota Melaka, Najib menyindir Dr Mahathir yang bertahan sebagai Presiden Umno selama 22 tahun kerana adanya kuota pencalonan untuk jawatan Presiden Umno.

Takkan najib tidak faham kenapa Umno mengadakan kuota pencalonan kerana Umno telah diharamkan pada tahun 1988 gara-gara perebutan sengit jawatan Presiden Umno di antara Dr mahathir dan Ku Li pada tahun 1987? Adakah Umno mampu berpecah lagi? Maka untuk menyelamatkan Umno berpecah lagi, maka Umno meminda perlembagaan supaya untuk tanding jawatan presiden, timbalan dan naib presiden mesti mempunyai kuota tertentu. Yang peliknya kenapa sekarang Najib pertikai sistem kuotya sedangkan dahulu beliau menyokongnya?

najib bangga berjaya menghapuskan sistem kuota tetapi dengan sistem yang ada sekarang agak sukar bahagian hendak mencalonkan pencabar presiden. bahagian mana yang berani mencalonkan orang lain selagi undi dibuat dengan angkat tangan. kecuali undi dibuat secara sulit, banyak bahagian yang berani mencalonkan orang lain menentang najib pada pemilihan 2018.

Jika Najib benar-benar mahu telus, kekalkan sistem pemilihan seperti sebelum tahun 1987. Ketika itu sistem pemilihan Umno hanya memerlukan dua pencalonan sahaja. ini baru boleh dikatakan najib benar-benar anak jantan menang bertanding dan bukannya menang kerana ahli Umno takut mencalonkan orang lain.

Najib terpesona dengan kehadiran 50,000 rakyat melaka di majlis solidariti aidilfitri di Melaka malam tadi. jangan mudah tertipu kerana rakyat diangkut dengan bas dan diupah ke majlis Najib. Tunggulah hukuman rakyat pada PRU akan datang. Seperti kata najib, isu 1MDB tidak merungsingkan rakyat. tetapi rakyat akan menghukum BN kerana tidak mahu menerima GST. Tunggulah 2018.