Jumaat, Ogos 14, 2015

NAZRI BAGUS SANGAT KE?

Tulisan ini menjawab kenyataan Menteri Pelancongan, Nazri Aziz kepada bekas PM, Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik PM, Najib Razak dalam Malaysiakini.

Beliau berkata Dr Mahathir bagus sangat ke masa dia jadi PM sedangkan dia gunakan ISA untuk menutup mulut pembangkang apabila Dr Mahathir mendakwa demokrasi sudah mati di negara ini.

Menurut ahli parlimen Padang Rengas itu, kalau demokrasi sudah mati di negara ini, sudah lama blog Dr Mahathir yang mengkritik Najib ditutup.

Saya bukannya nak pertahankan Dr Mahathir kerana sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM, ada juga banyak perkara yang beliau buat saya tidak setuju. Tetapi setelah beliau tidak jadi PM, saya kaji banyak benda yang beliau buat betul untuk negara.

Jika bukan Dr mahathir yang kritik Pak Lah jadi PM, siapa lagi yang berani kritik Pak Lah? Kita patut berterima kasih kepada Dr Mahathir. Kerana kritikannya maka akhirnya Pak Lah yang suka tidur meletakkan jawatan. Akhirnya Pak lah yang dikelilingi oleh budak tingkat 4 akhirnya bersara dari politik.

Dr mahathir mengkritik pak lah kerana mahu pulihkan Umno. Maka najib berpeluang jadi PM apabila Pak Lah berundur. Jika Pak Lah tidak berundur sekarang, sudah tentu najib tidak merasa jadi PM. Sekali lagi Dr Mahathir mengkritik Najib bukan kerana beliau dengki dengan Najib tetapi kerana kepentingan negara.

Beliau tidak sanggup melihat BN tumbang dalam PRU akan datang selagi najib adi PM. Dalam suasana Pakatan Rakyat berpecah, PR lebih suka najib mengetuai jentera pilihanraya BN pada PRU 2018 kerana banyak peluru dapat menembak najib. Peluru itu bukan sahaja peluru asli tetapi peluru yang dilemparkan oleh ahli-ahli Umno sendiri.

Nazri kata Dr mahathir bagus sangat ke? Saya ingin bertanya Nazri bagus sangat ke jadi menteri? Dr Mahathir ada file SPRM Nazri tetapi Dr mahathir tidak arah SPRM mengambil tindakan kerana ketika itu Nazri penyokong tegar Dr mahathir.

buat apa Nazri bercakap buruk tentang  ISA, dia dulu pun sokong ISA. Yang tidak sokong ISA, Zaid Ibrahim seorang. Sebab itu Zaid letak jawatan apabila Menteri dalam Negeri, Syed hamid Albar masih menggunakan ISA terhadap seorang wartawan akhbar Cina.

memang Najib yang tidak cerdik menghapuskan ISA. Jika tidak Ghani patail, bahri mohd zain, rohaizad yaacob, johan jaafar, zeti akhtar aziz sudah disumbat ke dalam ISA kalau najib tidak hapuskan ISA. Jika kita kata najib bodoh, orang marah kepada saya tetapi bila saya kata najib tidak cerdik, orang tidak marah padahal maksud bodoh dengan tidak cerdik adalah sama.

Johan jaffar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Prima Berhad yang mengawal TV3 kerana rasa bertangungjawab buat kenyataan selaku pengerusi pemantau SPRM yang mendesak kerajaan menarik balik pertukaran dua pegawai SPRM ke JPM Isnin lepas.

Zeti pula sempat menyindir dalam sidang akhbar di bank negara semalam dengan mengatakan beliau tidak berani menyentuh tentang duit RM2.6 bilion, nanti bila keluar dari bilik sidang akhbar itu beliau akan ditangkap. Jawapan itu mendapat gelak ketawa dari pada para pemberita tetapi ia adalah sindiran yang amat tajam kepada najib.

Saya sentuh lagi tentang Nazri, dia ingat dia bagus ke? paling lama jadi naib ketua pemuda Umno, tetapi dia tak berani bertanding jawatan ketua pemuda pada tahun 1996 sebaliknya Zahid hamidi, annuar musa yang menentang Rahim Tamby chik yang tidak didakwa oleh Peguam negara kes budak bawah umur.

Bukan sahaja tidak berani tanding ketua pemuda, dia sendiri tidak berani tanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno. Dia adalah menteri najib yang tidak ada jawatan dalam Umno. Tetapi oleh kerana dia kawan najib, dia dikekalkan jadi menteri.

Sewaktu beliau jadi menteri pembangunan usahawan, semua orang tahu dia kuat menyamun. Siapa yang tidak kenal Salleh Gemuk yang pau duit bagi pihak nazri. Salleh mampu beli\ rumah yang banyak di Ipoh. Kekayaan salleh terbongkar apabila bekas isterinya menyaman beliau di mahkamah syariah.

Siapa yang tidak ingat skandal PNS sewaktu beliau jadi jadi menteri. Kononnya ada syarikat jual karpet di Hong Kong apabila siasat tak ada pun bisnes itu dibuat di Hong Kong yang sapu duit PNS yang diarah oleh Nazri. CEO yang kena buang kerja tetapi nazri yang beri arahan selamat di dunia. Siapa yang dapat kemudahan pinjaman PNS itu kalau bukan kroni nazri, seorang ketua pemuda di negeri Perak.

Banyak rahsia nazri Dr mahathir simpan tetapi beliau tidak arah SPRM bertindak kerana ketika itu Nazri penyokong kuat Dr mahathir. Beliau paling ;lambat jadi menteri walaupun lama jadi Exco pemuda umno sejak tahun 1978 kerana Dr mahathir marahi beliau ada skandal dengan anak Dr Mahathir, marina.

oleh itu tak payah seranglah dr mahathir, nazri kerana rahsia awak banyak di tangan Dr mahathir.