Ahad, September 04, 2022

CATATAN SEORANG SECURITY GUARD

Cita cita saya sejak dari kecil adalah untuk menjadi seorang Doktor.
Sebab itu saya berjaya masuk ke MRSM Seremban; MRSM pertama di Malaysia pada tahun 1972.

Tetapi saya banyak membaca novel di perpustakaan menyebabkan saya lebih cenderung kepada Aliran Sastera daripada Aliran Sains.

Cita cita saya untuk menjadi seorang Doktor terbantut. 

Saya menyambung persekolahan ke Tingkatan Enam di Kuala Terengganu.

Kawan-kawan lepasan MRSM semuanya berjaya sambung belajar di Australia dalam Bidang Perubatan.
Saya sambung belajar di Universiti Malaya; Fakulti Sastera Dan Sains Sosial pada tahun 1980.

Setelah tamat belajar, saya mempunyai dua pilihan; samada menjadi Pegawai Tadbir atau Wartawan. 

Saya berjaya menyertai FELCRA, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan juga Perbadanan Nasional Berhad sebagai Pegawai Tadbir.

Kemudian saya diserap masuk ke Akhbar Watan dan Free Malaysia Today sebagai Wartawan.

50 tahun kemudian, hasrat saya untuk bekerja di KPJ Kajang tercapai. Bukan sebagai seorang Doktor tetapi sebagai Security Guard.

Mulai 18.6.22 saya bekerja sebagai Security Guard HBT FORCE (M) SDN BHD, shift malam dari jam 7 petang sehingga jam 7 pagi.

5 org Security Guard bertugas Shift malam

Saya memperolehi gaji sebanyak RM2500 sebulan. Setiap 20hb saya akan menerima advance RM400, dan gaji bersih sebanyak RM2100 pada setiap 7hb.

Saya seronok bekerja di KPJ Kajang biarpun bertugas pada shift malam.

Malam pertama saya menjaga Tingkat Lower Ground (LG) di sebelah Bilik Mayat. Jam 2 pagi sunyi tiada orang.

Malam esoknya saya bertugas di Bahagian Kemalangan & Kecemasan (A&E), lebih sibuk dengan pesakit yang datang di sebelah malam. Ada juga pesakit yang tiba di KPJ seawal jam 4 pagi.

Kami beri bantuan dengan membawa wheel chair bagi pesakit yang tak mampu untuk berjalan.

Walaupun kami membantu pesakit, tetapi Pegawai KPJ yang ditugaskan untuk menjaga Syarikat kami telah memfitnah bahawa kami enggan membantu pesakit.

Tak logik bila dia kata ada Security Guard yang enggan tolak wheel chair pesakit.

Bertugas di A&E tak boleh tidur, sedangkan bertugas di Tingkat LG dapat curi tidur.

Walaupun tidur ayam, bila walkie talkie berbunyi perlu segera jawab dan panggil Ketua Pengawal (KP) shift malam.

Bertugas di lobi perlu bertindak pantas. Jika ada kereta yang parking terlalu lama di depan Pintu Utama KPJ, perlu beri peringatan untuk alihkan kenderaan. 

Ada juga yang memarahi kami; "Aku staff KPJ lah.." bila kami melarang untuk parking di depan Pintu Utama.

Ada juga pesakit yang baik hati dengan membawa roti kepada Security Guard.

Pesakit yang datang tanpa Touch'n'Go, kami bantu dengan membuka palang bagi membolehkan mereka masuk ke kawasan parking. Tapi itu pun ada yang tak ucap Terima Kasih.

Lokasi bertugas Tingkat LG, di sebelah Bilik Mayat

Bertugas di Tingkat LG, kami membantu untuk beri Nombor Giliran kepada pesakit Homodialisis yang datang pada jam 7 pagi. Tapi seawal jam 5 pagi mereka telah tiba untuk mengambil Nombor Giliran.

Pernah saya bertugas di Tingkat LG, Menteri Pengajian Tinggi Dato' Noraini Ahmad datang melawat kawannya di Tingkat 3. Dia tak cam saya. 

Sewaktu dia nak balik saya telah menegurnya; "..mahu balik Dato'.."

Dia terkejut kerana saya mengenalinya. Dia masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba pegawainya datang berjumpa saya. Dia kata Dato' beri. Rezeki saya malam itu.

Sebagai Security Guard, perlu clocking pada jam 9 malam dan jam 3 pagi.

KPJ Kajang ada 34 point yang perlu dikunci jam pada enam tingkat.

Sebelum ni, saya berani pergi clocking seorang diri jam 9 malam dan 3 pagi, tetapi bila Charles ajak teman naik ke Tingkat 1 dan 6 saya jadi takut pula.

Mesti security lain akan temani saya bila giliran saya clocking.
Di Tingkat 6 ada dua point. Berhampiran dengan tangga dan di luar.

Lokasi di luar agak gelap, memang takut pergi seorang diri.
Di Tingkat 1 ada tiga point. Klinik pakar memang menakutkan.

Staff bahagian Farmasi takut ambil ubat jam 3 pagi. Dia suruh saya temaninya. Saya tanya kenapa.
Dia pernah naik seorang diri ke Tingkat 1. Masuk ke dalam Farmasi dia dengar suara orang ramai di luar dan bunyi kucing mengeow sedangkan apabila dia keluar dari Farmasi, tak ada orang dan tak ada kucing di luar.

"..Seramm.." dia kata.

Saya bertugas di Tingkat LG lagi takut, tambahan pula sunyi di waktu malam.

Saya bantu menjaga Control Room  apabila KP keluar menghisap rokok.
Selesai bertugas jam 7 pagi, waktu nak balik rasa mengantuk disebabkan tak tidur satu malam.


Langit tidak selalu cerah. 

KPJ mengarahkan semua Security Guard untuk jalani medical check up.

Saya yang ada Penyakit Jantung dinasihati untuk jadi buffer dan dibayar ikut hari bekerja.
Bila ada Security Guard yang cuti, baru saya akan dipanggil bertugas dengan gaji hari. 

Maka saya meletakkan jawatan pada 31 Ogos lalu.

Saya memperolehi Lesen Security Guard pada tahun 2017, diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi tetapi partner saya tidak berlaku jujur.  

Sebab itulah 1 bulan setengah sebagai Security Guard di KPJ Kajang dari 18.6.22 hingga 31.8.22, merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi saya.


Selamat Tinggal, KPJ Kajang..












Kajang, Selangor
2 September 2022


Khamis, September 01, 2022

PERSATUAN WARTAWAN DAN PENULIS ONLINE BERI BANTUAN


Persatuan Wartawan dan Penulis Online Malaysia telah menyampaikan bantuan kepada 60 orang penghuni Apartment Seri Cempaka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Menurut Presiden Persatuan, Hidayat Fansuri Muda "Inilah julungkali Persatuan itu meraikan orang yang kurang berkemampuan dengan bantuan makanan berupa beras, gula dan gandum."

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Penaja yang sudi memberi sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut.

Turut menyampaikan bantuan ialah Pengerusi Surau Ar-Ridhuan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi, Haji Shaarani.






TAHNIAH, Persatuan Wartawan dan Penulis Online Malaysia!


Bandar Baru Bangi
Selasa, 30 Ogos 2022

Sabtu, Ogos 27, 2022

ORANG YANG PALING GEMBIRA NAJIB DIPENJARA SUDAH TENTU DR MAHATHIR

Tun Dr. Mahathir Mohamad lega kerana akhirnya Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan diatas Kes SRC.     

Oleh kerana anaknya Mukhriz Mahathir kalah bertanding Naib Presiden Umno pada tahun 2014, Mahathir memarahi Najib yang menyokong Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Afdal.       

Mukhriz kalah tipis pada nombor ke-4 di belakang Hishamuddin. 

Mahathir memarahi Najib kerana tidak menyokong anaknya sedangkan Mahathir telah menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri. Pak Lah yang mahu melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, terpaksa tunduk kepada desakan Mahathir yang mahukan Najib jadi TPM. 

Mahathir mahu Najib naik kerana ingin membalas jasa Tun Razak yang telah menaikkannya sebagai Naib Presiden UMNO 1975. 

Mahathir kalah didalam pertandingan Naib Presiden 1972, tetapi ucapan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 1975 yang mana Tun Razak telah menyebut nama Ghafar, Ku Li dan Mahathir yang menyebabkan Mahathir menang. 

Mahathir kenang jasa Tun Razak yang telah melantiknya menjadi Menteri Pelajaran selepas PRU 1974 yang memudahkannya memenangi jawatan Naib Presiden UMNO 1975. Mahathir telah membalas jasa Tun Razak dengan menaikkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

Tetapi Najib tak kenang jasa Mahathir.  Sepatutnya Najib sokong Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden. 

Apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali ke-2, maka Mahathir telah membawa Kes SRC Najib ke mahkamah. Inilah kali pertama bekas Perdana Menteri didakwa di mahkamah atas Kes Rasuah.


Kes SRC; akibat dendam Dr Mahathir kepada Najib. 


Tahniah, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Kuala Lumpur
27 Ogos 2022

30 TAHUN BERPISAH DENGAN PAK HARIS RIBUT

Saya balik ke kumpulan Karangkraf pada bulan Jun tahun 1991 dari Kota Kinabalu. Masa itu Pak Haris sudah berhenti sebagai penyunting Akhbar Watan. Saya balik ke Akhbar Watan sebagai Penolong Editor.

Pada tahun 1992 saya ditukarkan ke bahagian iklan. Saya berhenti kerana saya seorang wartawan dan bukannya orang marketing.

Baru-baru ini saya terbaca adik Pak Haris, Aloy sakit dalam group WhatsApp Kelab Alumni Karangkraf. Saya terus WhatsApp Aloy bertanyakan no telefon Pak Haris.

Petang ini jam 2.45ptg saya jumpa Pak Haris di Paradigm Mall Kelana Jaya.

Sudah 30 tahun kami terpisah. 

Pelik saya duduk di Semenyih dan Pak Haris di Shah Alam tapi kami tak pernah bertemu. Hari ini Allah temukan kami berdua.

Banyak cerita lama kami imbas kembali semasa minum di sebuah restoran di situ. Kali terakhir saya temui Pak Haris di pejabatnya Laser Skill di Jalan Imbi KL. 

Sempat saya meminta Pak Haris terbitkan buku kawan saya Dr Agus Mohamad Yusuf, Pensyarah UKM. Saya selalu lepak di pejabat Laser Skill di Jalan Imbi kerana saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti dari Akhbar Watan.

Saya dapat tahu Pak Haris jadi pelukis Perempuan Gemuk dan banyak disiarkan didalam akhbar tempatan.

Tak sangka Pak Haris bertukar profession dari sub editor kepada pelukis sepenuh masa.

Pak Haris terkenal di peringkat antarabangsa kerana lukisan perempuan gemuk. Beliau ke New Zealand, Sweden mengikuti pameran yang dijemput oleh kerajaan mereka. 

Beliau bercadang untuk jelajah serata Eropah tapi tak jadi apabila abangnya sakit. Beliau sempat balik ke Malaysia menemui abangnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Saya bangga dengan pencapaian Pak Haris yang terkenal di seluruh dunia. Lukisannya dibeli oleh pemilik hotel dan orang asing kerana menghargai seni. Kebiasaannya beliau menjual lukisan dengan harga RM12,000.


Perempuan Gemuk - trademark lukisan Haris Ribut


Hasil lukisannya menyelamatkan rumahnya dari dilelong. Public Bank hampir melelong rumahnya kerana lawyer di Public Bank kata Pak Haris tidak berupaya untuk bayar balik pinjamannya. Hakim memarahi lawyer tersebut kerana menganggap Pak Haris sebagai orang kurang upaya. Hakim memberi arahan agar Pak Haris membayar RM250 sebulan, tapi hasil jualan lukisannya menyebabkan dia membayar RM3,000 sebulan. Dalam masa 3 tahun Pak Haris berjaya menyelamatkan rumahnya dan kini rumahnya telah habis dibayar.

Walaupun Pak Haris tak pandai memandu kereta, tapi dia bangga dapat ke sana sini bila ada pameran.

30 tahun berpisah sejak 1992 memang masa yang lama, tapi pertemuan petang tadi kembali terjalin persahabatan yang hilang.


Bersama Pak Haris. Beliau kelihatan masih sihat walaupun sudah berusia 71 tahun.


Kami mengimbas kembali kenangan sewaktu dia datang ke rumah saya di Kota Kinabalu pada tahun 1990 yang mana beliau berani meninjau suasana orang Suluk hidup di Pulau Gaya.

Kawan kami Khusairi Talib (Arwah Dato) memarahi saya kerana melepaskan Pak Haris pergi seorang diri ke Pulau Gaya.

Itulah kenangan kami semasa beliau bercuti di Kota Kinabalu selama satu minggu.


Selamat Maju Jaya, Pak Haris.


Kuala Lumpur
Jumaat, 26 Ogos 2022

Jumaat, Januari 14, 2022

PAK DIN REFORMASI : DIHORMATI OLEH MUSUH DISAYANGI OLEH KAWAN


Bismillah


Tidak kira anda daripada parti politik mana atau mungkin tidak bersetuju dengan dasar perjuangan politiknya, tetapi bagi siapa yang mengenali Pak Din, pastinya berasa sedih dengan pemergiannya pada 12 Januari 2022. 


Pak Din
atau nama sebenarnya Saeden Wateh merupakan pejuang reformasi bertaraf Panglima Frontliner  yang saya kenali dan  dikenali di kalangan kita semua. Sejak bermulanya era reformasi sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, semangat yang mengalir di tubuhnya adalah semangat  yang memperjuangkan apa yang beliau percaya dan tidak pernah sesaat pun beliau menderhakai perjuangan itu.

Saya telah lama mengenali arwah dan bagi saya beliau merupakan seorang “perfect gentleman“


Walaupun  arwah merupakan pengikut setia kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) , namun Pak Din sentiasa boleh meluangkan masa berkawan dengan sesiapa sahaja , tidak kira daripada parti mana dan sama-sama menghormati perjuangan masing masing. Allahyarham sendiri bercerita pada saya dia ada lah ahli PAS zaman Ustaz Fadzil Noor dan bukan PAS sekarang dan dia juga bukan ahli PKR tapi dia ada lah sahabat setia perjuangan Anwar Ibrahim iaitu sebagai Reformist tulen.


Itu sebabnya Pak Din tidak pernah dianggap sebagai seorang musuh oleh rakan-rakan yang menyokong parti lain.  Bahkan kehadiran beliau semasa berborak atau mengeteh sesama kami telah memeriahkan lagi perbincangan antara  kami semua. Pandangan beliau adalah praktikal dan beliau ialah seorang yang “membuat kerja” dan bukan hanya pandai bercakap sahaja.  Beliau dihormati oleh musuh dan disayangi oleh kawan.


Apa yang menarik tentang perwatakan Pak Din ini ialah, dia tidak pernah mengharapkan sesuatu balasan apabila memberikan bantuan. Pak Din akan membantu seberapa yang terdaya dan memberikan tidak kurang dari 100% apabila menghulurkan bantuan. 

Saya akan rindu akan senyumannya, akan kemunculannya yang selalunya secara tiba-tiba dan akan keikhlasannya sebagai seorang kawan. 


Semoga roh Pak Din ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan semoga tenang dan aman di sana. 
Al Fatihah.



Nukilan dari Sahabat lama Pak Din Reformasi 

Shahbudin Embun

Penganalisis Politik dan Pengerusi Biro Politik MPM 


13 Januari 2022, 9.30 am 

101, Jalan Putera PWTC