Pada pemilihan UMNO 2018, Khairy Jamaluddin menentang Zahid Hamidi dan Ku Li untuk jawatan Presiden UMNO. Kalau beliau merebut kerusi Naib Presiden,saya percaya dia menang no1,Ismail SabryYaacob no 2 dan Mahdzir Khalid no 3.
Umno tak ada pilihan lain mencadangkan nama Khairy kepada MahiaddinYasin sebagai calonTPM. Oleh kerana Ismail naibpresiden no1 maka Ismail yang dapat jadi TPM dan akhirnya PM.
Malam tadi berkempen di Sungai Buloh, KJ berkata suatu hari nanti dia mahu memimpin UMno dan jadi PM. Oleh itu pengundi Sungai Buloh kena pastikan KJ menang untuk mencapai cita citanya untuk jadi PM.
Itupun kalau BN menang. JIka PH menang, KJ kena masuk PKR untuk menjadi PM. Tapi sekarang ahli parlimen tak boleh lompat parti. Memang tak ada rezeki KJ untuk jadi PM. Saya percaya jika 2018 KJ tanding Naib Presiden UMNO dan menang no 1 KJlah PM Malaysia searang dan bukannya Ismail Sabri Yaacob.