Sabtu, Julai 30, 2011

SIAPA SAPU RM40 JUTA?


Mahkamah Rayuan semalam membebaskan bekas Ketua Pengarah FELCRA,Mustapha Juman di atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM40 juta. Beliau dikatakan memindahkan wang sewaktu FELCRA sedang dalam diproses diperbadabkan menjadi FELCRA Berhad pada tahun 1997.

Semudah itu beliau dibebaskan kerana beliau berkata tandatangannya telah dipalsukan. FELCRA kononnya menggunakan wang RM40 juta itu untuk membeli sebuah bank di Afrika manakala menteri yang menjaga FELCRA ketika itu ialah Tan Sri Anuar Musa.

Tahniah kepada peguam yang berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Mustapha tidak bersalah. Yang menjadi persoalan sekarang di mana wang sebanyak RM40 juta itu. Wang itu berada di tangan siapa? Di dunia bolehlah anda tipu mahkamah tetapi jawablah di akhirat nanti.Duit rakyat hilang begitu sahaja.


Ketua Pengarah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Datuk Mustapha Juman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan RM40 juta wang milik lembaga itu, dua tahun lalu.

Mustapha, 53, yang kini telah digantung perkhidmatannya selama dua tahun, dilihat berada di pekarangan mahkamah itu sejak pukul 8 pagi.

Tuduhan pertama, Mustapha dituduh sebagai ketua pengarah yang mempunyai kuasa atas sejumlah wang RM30 juta milik Felcra telah didapati melakukan pecah amanah jenayah atas harta tersebut pada 6 Mei 1997.

Tuduhan kedua pula, Mustapha dituduh melakukan perbuatan yang sama terhadap wang RM5 juta milik badan tersebut pada keesokan harinya, pada 7 Mei tahun yang sama.

Manakala tuduhan ketiga, dia sekali lagi dituduh melakukan pecah amanah RM5 juta dua hari kemudian iaitu pada 9 Mei 1997.

Mustapha dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di Pejabat Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Jalan Bukit Bintang di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Mustapha juga mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pilihan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu menyalahgunakan wang berjumlah RM40 juta itu di antara 6 dan 9 Mei 1997 di tempat yang sama.