Isnin, April 11, 2011
JIKA BN KALAH, UMNO AKAN MASUK SARAWAK
Nampak sangat Tan Sri Taib Mahmud anti UMNO. Dia berkata rakyat Sarawak kena pilih parti yang berasal dari Sarawak seperti PBB, PBDS dan bukannya parti berasal dari Semenanjung seperti PKR, PAS dan DAP.
Bila dia suruh rakyat pilih parti asal Sarawak ini bermakna dia seakan-akan perli rakyat Sabah yang memilih UMNO di negeri itu. Sudah lama UMNO cuba bertapak di Sarawak tapi Taib Mahmud dengan tegas menolaknya.
Oleh itu jika rakyat Sarawak mahu lihat UMNO masuk ke Sarawak, rakyat kena pilih Pakatan Rakyat sepenggal sebagai kerajaan negeri. Ini memberi peluang kepada UMNO untuk bertapak di negeri bumi kenyalang itu. UMNO akan merampas Sarawak pada lima tahun akan datang.
Sebaliknya jika BN menang, selama-lamanya UMNO menggigit jari. UMNO masih tidak menjadi parti nasional sebaliknya PKR, PAS dan DAP bertapak di seluruh negara. UMNO masuk ke Sabah selepas PBS keluar dari BN. Walaupun Tan Sri Pairin sudah menyesal membawa keluar PBS dari BN, tetapi Pairinlah punca UMNO masuk ke Sabah.
Oleh itu kalau Taib tumbang, maka ada peluang untuk UMNO bertapak di Sarawak. Oleh itu rakyat Sarawak renung-renungkanlah.
Langgan:
Catatan (Atom)