Selasa, September 11, 2012
NASIR TAK WAJAR UNGKIT PERLANTIKAN MB
Ahli Parlimen Kuala Nerus Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang dikenali sebagai pemimpin yang matang dalam sepak terajang politik tidak wajar mengungkit isu perlantikan Menteri Besar lagi kerana isu lapuk itu telah dilupakan oleh semua rakyat Terengganu.
Rakyat Terengganu mahu Menteri Besar sekarang terus menerajui kepimpinan negeri.
BN Terengganu menjadi semakin hebat dan yakin mendapat sokongan padu daripada rakyat Terengganu dalam PRU ke-13 nanti.
Dalam temubual dengan Utusan Malaysia yang disiarkan pada 6 September 2012, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus itu sepatutnya tidak melayan sikap segelintir individu yang kecewa atau berniat tidak baik kepada kepimpinan sekarang.
Selaku peneraju kepimpinan UMNO di Kuala Nerus, tumpuan harus diberikan kepada memperkasakan sokongan rakyat di parlimen itu serta berusaha menyelesaikan masalah dalaman yang mungkin berbangkit dan mengembalikan DUN Bukit Tunggal kepada BN pada PRU ke-13 tidak lama lagi.
Pengalaman pahit telah mengajar kita dimana isu berkaitan tuduhan kepada seorang pegawai kerajaan negeri yang difitnah dalam isu SMS yang juga melibatkan beberapa ADUN BN di Terengganu dan akhirnya terbukti pegawai kerajaan berkenaan didapati tidak bersalah, manakala orang yang memfitnah itu telah dijatuhi hukuman penjara setahun.
Kita percaya, Dato’ Nasir tidak beranggapan kepimpinan Terengganu sekarang perlu diubah sebagaimana yang berlaku sebelum ini.
Kita amat yakin, Dato’ Nasir diambil kesempatan dan dipengaruhi oleh segelintir oleh pegawai kerajaan yang kecewa dengan kehebatan kepimpinan Dato’ Seri Menteri Besar sekarang.
Adakah isu SMS tersebut akan berulang kembali?
Harapan agar Dato’ Nasir menyemak semula artikel bertajuk Terengganu boleh menang, asalkan… dalam Utusan Malaysia dan membuat kenyataan untuk membetulkannya, melainkan beliau sanggup dipergunakan oleh pegawai kerajaan terbabit ataupun beliau sendiri berniat mahu mengganti kepimpinan negeri yang telah diterima oleh rakyat.
Biarlah pentadbiran kerajaan negeri dan politik ada sempadan tertentu supaya masing-masing dapat memberikan tumpuan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.
Kita yakin Dato’ Nasir boleh memainkan peranan yang lebih hebat untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar dan seterusnya mengukuhkan sokongan pengundi kepada BN di Terengganu khususnya di Parlimen Kuala Nerus.
Alangkah malang sekiranya Dato’ Nasir dijadikan kambing hitam oleh pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang tidak mahu melihat hubungan baik beliau dengan Menteri Besar, dan jika ia berlaku tiada pihak yang akan untung kecuali mereka yang berniat jahat seperti kata pepatah “kalah jadi abu, menang jadi arang”.
Renunglah dengan mata hati yang ikhlas demi maruah diri dan masa depan rakyat Terengganu.
http://dgp-dapgantipas.blogspot.com
Langgan:
Catatan (Atom)