Sabtu, Ogos 29, 2009

TUNGGULAH PILIHAN RAYA UMUM 2012, MCA


Benarkah MCA masih kukuh? Adakah perpecahan dalam MCA akan mengukuhlan lagi DAP? Oleh itu tunggulah pilihanraya umum 2012 untuk melihat sama ada MCA dapat merampas kembali kerusi-kerusi yang dimenangi DAP. Nampaknya MCA mahu kekal kalah. Sebab itulah MCA menambahkan beban dengan memecat Dr. Chua Soi Lek yang jelas tidak menghormati kehendak para perwakilan MCA.


MCA masih kukuh dan bersatu walaupun Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden parti berhubung skandal seks membabitkan beliau.


Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bagi menjelaskan langkah Majlis Presiden memecat Soi Lek .


Katanya, pertemuan itu turut dihadiri oleh dua Naib Presiden MCA iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Kong Cho Ha.


''Kami sangat menyedari keputusan Majlis Presiden memecat bekas Timbalan Presiden parti itu akan mewujudkan kebimbangan kepada rakan-rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN).


''Keputusan Datuk Seri Najib membenarkan MCA menyelesaikan isu dalamannya tanpa perlu beliau campur tangan adalah amat dihargai. Saya juga berterima kasih kerana beliau telah meminta agar masalah parti diselesaikan secepat yang mungkin," katanya.


Beliau berkata demikian melalui entri terbaru dalam blognya, http://www.ongteekeat.net/gogo_en/.


Rabu lalu setelah beliau didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin parti kerana mencemarkan imej parti apabila cakera padat digital (DVD) skandal seks beliau tersebar kepada umum dua tahun lalu.


Berikutan itu, terdapat usaha dalam MCA untuk mengadakan perhimpunan agung luar biasa (EGM) bagi membolehkan undi tidak percaya dikenakan ke atas Tee Keat.


Situasi itu dilihat banyak pihak, akan membawa MCA ke kancah perpecahan yang lebih teruk berbanding kini.


Tambah Tee Keat, pertemuan beliau dengan Perdana Menteri yang turut disertai beberapa kepimpinan tertinggi parti mencerminkan bahawa MCA masih kukuh.


''Fokus kita bukanlah untuk melakukan politiking yang keterlaluan tetapi untuk berkhidmat kepada rakyat dahulu.


''Saya telah menyatakan kepada Datuk Seri Najib dengan jelas bahawa MCA komited terhadap konsep 1Malaysia," katanya.