Isnin, April 25, 2011

BN BUAT KERJA BODOH DI KELANTAN


Orang Kelantan naik mua. Bila BN kalah pun, mereka dapat jambatan di Manek Urai. Oleh itu BN buat kerja bodoh. Patutnya bila BN dah kalah, tak payahlah tunaikan janji. Hukum sahaja rakyat Kelantan yang menolak BN. Sampai kiamat pun BN tak akan menang di Kelantan selagi pendekatan ini diteruskan.

BN perlu menghukum rakyat Kelantan. Jangan buat apa-apa projek. Biar mereka serik pilih PAS.BN kalah di Kelantan, tapi mereka dapat universiti sedangkan di Terengganu bila BN menang pada tahun 2004 baru dapat universiti. Itupun ambilalih dari KUSZA.Sudah sampai masanya BN menghukum rakyat Kelantan supaya rakyatnya tidak mua lagi.

Barisan Nasional (BN) mengotakan janjinya untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur bagi penduduk Kelantan dengan melaksanakan beberapa projek di negeri itu, kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata antara projek itu ialah pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manik Urai Baru dan Manik Urai Lama yang mula dibina pada Oktober lepas dan dijadualkan siap pada September tahun depan.

Projek itu yang dijanjikan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 2009 menelan kos RM14.1 juta, katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan jambatan itu di sini.

"Sepatutnya kos awal adalah sebanyak RM8 juta sahaja tetapi sudah bertambah, apa pun inilah bukti janji kerajaan BN," katanya.

Menurutnya apabila siap jambatan itu, ia bakal memberi faedah kepada kira-kira 2,000 penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

Selain jambatan, BN turut menaik taraf masjid di Kampung Temalir dan pusat rekreasi di Kampung Manjor yang kedua-duanya dianggarkan melebihi RM1 juta.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata masjid di Kampung Temalir sudah hampir siap dan boleh digunakan penduduk pada bulan Ramadan ini.