Ahad, September 09, 2012

UTUSAN MALAYSIA ADA AGENDA?

Apabila Utusan Malaysia menyiarkan rencana mengenai ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri minggu lepas, semua orang terkejut kerana Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus itu berani bersuara. Beliau mengungkitkan rasa tidak puas hati pegawai kerajaan (TCS) kerana ada yang lebih berkuasa daripada SUK, Datuk Mazlan Ngah. Malah beliau juga mengungkitkan istilah Ketua Menteri Besar yang seolah-olah menyatakan MB sekarang, Datuk Seri Ahmad Said tidak ada kuasa. Benarkah apa yang dinyatakan Nasir? Katanya, jika perkara ini dapat diselesaikan BN akan menang di Terengganu.Sejauh mana kenyataan Nasir ini benar? sama-samalah kita tunggu. Nasir adalah pilihan Sultan Mizan untuk jadi MB selepas Datuk Seri Idris Jusoh. Apabila PM ketika itu, Pak Lah menghadap Sultan Mizan yang ketika itu Yang Dipertuan Agong, Baginda telah melahirkan hasrat untuk menggantikan Idris dengan Nasie selepas pilihanraya umum 2008. Pak Lah menyampaikan hasrat Sultan Mizan kepada Idris. Apabila Idris mengetahui kedudukannya tidak selamat, maka Idris menukarkan Nasir bertanding di parlimen Kuala Nerus dengan harapan Nasir bukanlah calon MB. Idris cantas semua ketua bahagian.Terengganu ada lapan bahagian sahaja. Idris mengekalkan dirinya bertanding di DUN Jerteh. Datuk Mohd Jidin ditukarkan ke parlimen Setiu. Nasir ditukarkan ke parlimen Kuala Nerus. Datuk Wan Farid yang ketika itu Setiausaha Politik PM tidak dijadikan calon parlimen atau DUN.Datuk Tengku Putera digugurkan di parlimen Hulu Terengganu. Datuk Rahman Bakar digugurkan di parlimen Marang. Datuk Rosli Hassan digugurkan di parlimen Dungun dan Ahmad Said turut digugurkan di DUN Kijal tetapi di saat akhir beliau sempat menemui Pak Lah. oleh kerana ramai ketua bahagian menjadi mangsa cantas Idris, semua ketua bahagian menghapa Sultan Mizan tidak mahu Idris dikekalkan menjadi MB. Maka Sultan Mizan tiada pilihan melantik Ahmad said sebagai MB kerana beliau adalah ADUN paling senior (sejak tahun 1990) dan Ketua Bahagian. Maka rezeki Ahmad Said jadi Mb dan bukan Nasir yang jadi Mb selepas Idris. Apa motif Utusan Malaysia menyiarkan rencana ini? Adakah Utusan mahu menonjolkan Nasir sebagai MB baru? Kononnya Nasir mahu bertanding di DUN Seberang Takir di tempat Exco kanan sekarang, Datuk Razif Abdul Rahman. DUN Bukit Tunggal yang pernah diwakilinya pada tahun 2004 tidak selamat buat Nasir. Pada tahun 2008, PAS berjaya merampas kerusi yang ditinggalkan Nasir itu. Apa nak jadi dengan Terengganu kalau asyik bertukar MB? Idris sepenggal, Ahmad said sepenggal kalau Nasir dilantik MB baru selepas pilihanraya umum akan datang. Tidak ada kesinambungan pembangunan yang telah diasas Ahmad said sekarang jika berlaku pertukaran MB. Oleh itu apa salahnya kekalkan Ahmad Said sebagai MB untuk penggal kedua. Biarlah beliau menjadi MB selama dua penggal. Selepas itu bolehlah lantik orang lain. Apa dosa Ahmad said sehingga ramai orang umno sendiri tidak suka kepadanya? Di sana sini orang mengutuknya seolah-olah Ahmad said salah urus negeri Terengganu. Orang Umno sendiri yang tidak mahu lihat BN menang di Terengganu. Kata mereka, jika BN menang, Ahmad Said kekal MB. Mereka kata lebih baik beri PAS menang supaya Ahmad Said tidak kekal jadi Mb. Inilah yang merosakkan UMNo bila orang Umno sendiri sanggup mengundi PAS kerana hasad dengki semata-mata.

SEMUDAH ITU MOHON MAAF

Selepas 15 jam dalam tahanan polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar perdana menteri memohon maaf secara terbuka. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghasut. Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian. "Dia (Ong) memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut," kata peguam Eric Tan.