Sabtu, September 24, 2011

KENAPA TAKUT KEPADA HUDUD?


MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.

Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama.

Ulasan saya, kenapa MCA,Gerakan dan DAP takut kepada hudud? Dalam hudud, orang Islam sahaja yang dihukum. Orang bukan Islam ikut undang-undang sivil sehingga pernah dipersenda oleh Dr Mahathir, nanti semua orang Islam bertangan kudung.

Dahulu Nik Aziz kata Dr Mahathir penghalang hudud. Dr Mahathir cabar Nik Aziz kenapa tak laksanakan hudud sekarang kerana dia bukan lagi PM Malaysia. Sekarang Najib patut beri Kelantan laksanakan hudud jika benar hudud dapat mengurangkan pesakit HIV di Kelantan.

Peduli apa MCA dan Gerakan keluar dari BN kerana MCA dan Gerakan menang pun atas kerusi UMNO. Kerusi yang ditinggalkan oleh MCA dan Gerakan dapat ditandingi oleh calon UMNO.

Kalau Najib boleh batalkan ISA, apa salahnya Najib beri laluan kepada Kelantan laksanakan hudud. Bukankah hudud itu hukum Allah walaupun ada yang mengatakan Hudud Kelantan tak sama dengan Hudud Terengganu.