Selasa, Oktober 06, 2015

PENGARAH TAKAFUL IKHLAS WAJAR LETAK JAWATAN

Pengalaman saya berurusan dengan Takaful Ikhlas Berhad amat menyakitkan hati. Myvi saya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Rawang pada 24 April lalu. Anak lelaki saya memandu Myvi  sendirian ke Rawang pada jam 11 malam tersebut dalam hujan lebat.

Ini bermakna sudah enam bulan saya patah kaki tanpa Myvi. Saya berulang ke Kuala Lumpur dengan dua bas dari Bandar Tasik Kesuma, Semenyih ke Kajang dengan sebuah bas. Dari Kajang ke Kuala Lumpur, saya menaiki bas kedua. Kadang kadang saya menaiki komuter dari Bangi ke KL Sentral dan naiki LRT dari situ ke PWTC. Ini menyebabkan perjalanan dari Semenyih ke PWTC mengambil masa selama hampir tiga jam pergi dan tiga jam balik. Alangkah seksanya tanpa Myvi.

Pada malam 24 April itu, anak saya cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya menyebabkan dia terbabas melanggar pembahagi di tepi jalan. Tidak lama kemudian berhenti sebuah kereta yang menanya keadaan anak saya yang tidak cedera dalam kemalangan tersebut. Orang itu menelefon lori towing yang menghantar kereta itu ke sebuah bengkel di Bukit Beruntung, Rawang.

Bengkel itu claim sebanyak RM21,000 tetapi Takaful hanya mahu bayar RM16,000 sahaja. Takaful enggan membayar RM21,000 maka Myvi itu dianggap total lost.

Jadi pada 26 Jun lalu, saya menyerahkan segala dokumen kepada pejabat Takaful Ikhlas di Bangsar South. Sebulan kemudian saya ke pejabat itu untuk follow up bayaran kepada Bank Islam Shah Alam. Saya diberitahu bahawa ada borang yang belum lengkap.  Yang peliknya tidak ada orang takaful yang hantar surat kepada saya meminta menghantar segera borang yang tidak lengkap itu. kalau saya tidak pergi follow up, mungkin setahun borang itu tersadai di situ.

Pada 3 Ogos lalu, saya menyerahkan borang yang tidak lengkap itu. Saya diarah follow up dengan Encik Amir 0327239762 tetapi dia tak pernah ada dalam biliknya. Hari ini genap dua bulan dua hari, 5 Oktober, saya follow up dengan pejabat Takaful sekali lagi di Bangsar South. Pegawainya berkata bayaran sudah diluluskan pada 14 Ogos 1alu.

Yang peliknya, Bank Islam asyik call suruh saya bayar ansuran bulanan sedangkan Takaful sepatutnya membuat full settlement sebanyak RM34,975.00 sebelum 30 Jun.  Saya diberitahu Takaful cuba membuat bayaran secara online sebanyak tiga kali  kepada Bank Islam tetapi gagal.

Kalau benar diluluskan bayaran pada 14 Ogos lalu, kenapa Takaful cuai selama hampir dua bulan belum menyelesaikan bayaran kepada Bank Islam. Kalau benar bayaran secara online gagal sebanyak tiga kali, kenapa Takaful tidak bayar dengan cek kepada Bank Islam? Kenapa pengurusan Takaful Ikhlas amat lembab? Saya diminta follow up selepas ini dengan Encik Azhar 0327239772.

Oleh itu saya meminta Pengarah Takaful Ikhlas meletakkan jawatan terutamanya Abdul Latif Abu Bakar. Anda patut bertanggungjawab kerana kelalaian pegawai anda menguruskan bayaran dengan cepat dan cekap. Sebagai pengguna Takaful Ikhlas, saya kecewa dengan sikap pegawai anda yang tidak ikhlas. Kalau pegawai anda mahu duit kopi, boleh beritahu supaya saya dapat bayar dan tidak tertunggu-tunggu sejak 26 Jun lalu.

Sudah tiga bulan lebih, bayaran belum selesai kepada Bank Islam. Jika ia tidak selesai sehingga hari Jumaat ini, 9 Oktober, saya tidak teragak-agak akan melaporkan kepada Bank Negara di atas kelembapan pengurusan anda.

Oleh itu saya menyeru kepada semua pembaca blog ini jangan beli insuran Takaful Ikhlas kerana mereka tidak ikhlas mahu menolong anda apabila anda kemalangan.