Selasa, September 15, 2015

BAJU MERAH SUDAH HALAL, AYUH KELUAR BERAMAI RAMAI

Kementerian Dalam Negeri (KDN ) malam tadi melarang peserta "himpunan baju merah" daripada berarak di 3 lokasi panas ibu kota Kuala Lumpur yang dikatakan menjadi lokasi peserta himpunan tersebut berkumpul , kata Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri dalam negeri itu berkata, pihak polis dan KDN tidak mengizinkan 3 lokasi tersebut iaitu Bukit Bintang, Petaling Street dan Low Yat daripada menjadi lokasi utama perarakan penganjur himpunan Rabu ini.
"Yang penting kami pihak PDRM dan KDN tidak mengizinkan perarakan dibuat di Jalan Bukit Bintang atau pun di Petaling Street atau melalui Low Yat," kata Zahid yang ditemui wartawan selepas Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Putra World Trade Center malam tadi. Zahid menegaskan penganjur perlu mengadakan himpunan tersebut di lokasi yang sudah diputuskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu di Padang Merbok.
"Jadi, untuk tempat dibenarkan berkumpul itu adalah hak Dewan Bandaraya (DBKL) untuk menentukan. 
"Saya difahamkan bahawa DBKL sudah mengizinkan lokasi untuk mengadakan himpunan tersebut," kata Zahid yang merujuk kepada kelulusan permit yang diberikan oleh DBKL kepada pihak penganjur himpunan tersebut.
Perhimpunan "baju merah" atau Himpunan Rakyat Bersatu dikatakan diadakan untuk membalas perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung menjelang sambutan Hari Kebangsaan, mendesak Perdana Menteri Najib Razak meletak jawatan susulan skandal kewangan yang dikaitkan dengannya.
Perhimpunan itu juga diadakan untuk melahirkan kemarahan berikutan rakaman peserta Bersih 4 memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penganjur perhimpunan itu mendakwa ia bukan perkumpulan perkauman, tetapi pengkritik mempertikaikan slogan yang digunakan “Kebangkitan Maruah Melayu” yang menunjukkan wujudkan sentimen kaum.
Polis sebelum ini mengisytiharkan perhimpunan itu haram dan berkata ia tidak dibenarkan berhimpun apabila penganjurnya sebelum ini merancang mengadakannya di Jalan Bukit Bintang
Sementara itu Ketua Polis Negara  Khalid Abu Bakar semalam berkata Himpunan Rakyat Bersatu atau ‘himpunan baju merah’ yang dirancang pada Rabu ini dianggap sah mengikut undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman
Menurut beliau, perhimpunan itu dibenarkan selepas penganjur memperoleh kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi menganjurkan perhimpunan itu.
Katanya, pihaknya memberikan jaminan polis akan melindungi keselamatan orang ramai di Kuala Lumpur dan mendesak rakyat usah percaya khabar angin yang menyeru bukan Melayu menjauhi kawasan pusat bandar kerana akan ada kemungkinan rusuhan.
“Sekarang, perhimpunan akan dibenarkan berlangsung. Walaupun secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan demonstrasi tetapi kita akan benarkan kerana ia memenuhi kriteria mengikut undang-undnag berkenaan.
“Kita akan mengerahkan tenaga anggota secukupnya dan kita mampu memastikan keselamatan semua orang,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Khalid berkata memandangkan penganjur memperoleh kebenaran daripada DBKL untuk mengadakan perhimpunan itu di padang, polis akan membantu menyelaras perkumpulan itu dan memastikan ia berlangsung dengan aman.
“Kita kita akan pastikan ia berlangsung dengan aman dan berdisiplin,” katanya.
Beliau berkata polis akan memantau ucapan yang dibuat ketika perhimpunan itu dan berikrar akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang membuat kenyataan berunsur hasutan.
“Saya nasihatkan penganjur berkenaan. Saya minta mereka buktikan ini akan menjadi demonstrasi aman dan mereka akan mematuhi undang-undang. Kita akan memantau isi kandungan ucapan mereka,” katanya.
beliau juga mendesak orang ramai jangan mempercayai mesej yang tersebar memberi amaran kepada bukan Melayu supaya menjauhi ibu kota Kuala Lumpur pada Rabu kerana perhimpunan itu.
“Jangan percaya mesej seumpama itu. Mereka yang menyebarkan perkara ini sengaja mencetuskan ketakutan di kalangan kumpulan masyarakat tertentu.
“Saya boleh jamin, polis akan memastikan keselamatan semua orang,” katanya.
Oleh kerana pihak DBKL sudah memberi permit untuk mengadakan perhimpunan secara aman di Padang Merbok maka semua pihak hendaklah keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan halal itu.
Pedulikan jerebu kerana orang Melayu hendaklah menunjukkan kekuatan kepada bukan Melayu bahawa jangan bertindak sewenag-wenangnya di negara yang asalnya milik orang Melayu.
Walaupun bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz berkata negara ini bukan lagi Tanah Melayu tetapi perhimpunan Baju Merah ini bertujuan memberi amaran kepada pihak tertentu supaya mereka insaf bahawa di negara ini masih ada tuan.
Inilah yang dipanggil ketuanan Melayu kerana negara ini masih ada tuan walaupun semua bangsa berhak menikmati hak mereka sebagai warganegara Malaysia. Ini bermakna rakyat bukan Melayu jangan sewenang-wenangnya berlaku biadap dan mencabar hak orang Melayu.