Nizar Jamaluddin yang masih mengaku Menteri Besar Perak hendaklah percaya kepada qada dan qadar. Allah yang menaikkan seseorang dan Allah yang menurunkan seseorang dari takhta kuasa. Mungkin ada sebab kenapa Allah melucutkan kuasa Nizar yang menimbulkan kemarahan orang Islam.
Memberi geran tanah 999 tahun kepada kampung baru Cina menyebabkan orang Melayu tersinggung dengan Nizar. Mereka tuduh Nizar jadi Menteri Besar yang diremote control oleh Ngor. Apa hairannya kononnya Nizar ada darah Cina kerana emaknya orang China. Dan kononnya emaknya bersaudara pula dengan Ngor. Itu cakap orang Perak yang tidak dapat disahkan kebenarannya.
Sepatutnya beliau bersyukur kerana PAS bukan parti majoriti yang menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi Allah pilihnya sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Mujurlah perlembagaan negeri Perak menetapkan bahawa bukan Melayu tidak boleh jadi Menteri Besar. Jika tidak sudah lama Pengerusi DAP Perak, Ngor jadi Menteri Besar. Oleh itu sepatutnya Nizar bersyukur dengan pencapaian beliau. Allah pilihnya jadi Menteri Besar dan ujinya. Bila gagal dengan ujiannya maka Allah tarik balik kuasa yang dipinjamkannya kepada Nizar.
Oleh itu Nizar terimalah qada dan qadar. Allah telah tetapkan bahawa awak jadi Menteri Besar Perak selama 11 bulan. Kalau ada rezeki awak akan naik semula selepas pilihan raya umum akan datang jika rakyat Perak mengundi semula Pakatan Rakyat.
Jatuh bangun dalam politik adalah perkara biasa. Dr. Mahathir telah dipecat dari UMNO pada tahun 1969. Siapa sangka 12 tahun kemudian beliau jadi Perdana Menteri Malaysia. Pak Lah pernah dipecat menteri pada tahun 1987. Siapa sangka 16 tahun kemudian Pak Lah jadi Perdana Menteri Malaysia.
Pada 5 Februari 2009 Sultan Perak telah memecat Nizar sebagai Menteri Besar. Siapa tahu suatu hari nanti selepas menang dalam pilihan raya umum 2012, beliau akan kembali sebagai Menteri Besar Perak. Itu semua kuasa Allah. Jadi percayalah kepada qada dan qadar. Bermuhasabahlah. Mungkin sewaktu kita jadi Menteri Besar, kita ada buat silap dengan Allah yang menyebabkan Allah tarik balik kuasa yang dipinjamkannya. Taubatlah dan insya Allah Allah akan mengembalikan semula kedudukan kita. Sebagai pemimpin PAS, Nizar lebih arif tentang qada dan qadar.
Tak payahlah hasut rakyat menderhaka kepada Sultan Perak. Mujur orang Melayu masih ada Raja. Jika tidak sudah lama orang Cina jadi Menteri Besar Perak. Orang Melayu jadi Menteri Besar boleh beri geran 999 tahun kepada orang Cina, apatah lagi kalau orang Cina jadi Menteri Besar.Oleh itu fikir-fikirkanlah. Ingatlah kepada Allah. Allah yang berkuasa menaikkan dan menjatuhkan seseorang. Jika kita percaya kepada qada dan qadar kita akan terima apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah.