Rabu, Disember 31, 2014

SELAMAT TINGGAL 2014

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2014. Mengenang kembali tahun 2014, banyak peristiwa duka yang saya lalui pada tahun ini. Pada awal tahun 2014, saya masih bekerja dengan Free malaysia Today (FMT) tetapi pada 2 Julai lalu, saya terpaksa meletakkan jawatan. Pada 22 Julai pula, saya kehilangan ibu saya, Hajah zainun haji abdullah yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya. namun demikian saat suka apabila menerima duit KWSP pada 20 Mac, sempena hari jadi saya yang ke 55. tak banyak hanya RM100,000 kerana banyak tempat saya bekerja gaji potong tetapi majikan tak hantar potongan itu kepada KWSP. tambahan pula saya pernah keluarkan wang KWSP saya sebanyak RM20,000 untuk beli rumah di Tasik Puteri, rawang. Malah saya pernah ambil duit KWSP untuk skim komputer RM5,000 dan pernah keluarkan sebanyak RM13,000 untuk pengeluaran umur 50 tahun. Dengan wang KWSP itu, saya bayar RM16,000 untuk anak saya beli rumah teres dua tingkat berharga RM290,000 di Bandar Tasik kesuma, Semenyih yang kami duduki sekarang. Dengan duit KWSP juga, saya dapat beli kereta idaman saya Mercedes Benz E200. memang sedap bawa kereta Mercedes. Pergi ke mana-mana jaga tak tahan, terus dia suruh kita masuk ke dalam bangunan. kalau bawa Myvi, dia suruh kita ambil pas dahulu. Tapi bila saya pergi ke Nagas, saya pula dipau kawan-kawan kerana mereka tengok saya bawa Mercedes. dahulu apabila saya bawa Myvi saya boleh pau kawan-kawan. Saya ingatkan FMT adalah tempat terakhir saya bertugas sehingga umur 60 tahun,tetapi langit tidak selalu cerah. T
iba tiba Nelson proxy taukeh FMT bergaduh dengan Ketua Editor FMT, Kabilan. Maka semua staff FMT meletakkan jawatan beramai-ramai mengikuti Kabilan pada bulan Jun. Saya masih bekerja dengan FMT tetapi Ketua Editor FMT yang baharu, Menon suruh saya cek doktor kerana saya seringkali batuk di pejabat. Saya memang tak tahan kena air condition, habuk, asap rokok. Maka saya pergi ke klinik kesihatan Sungai Buloh buat pemeriksaan. Doktor mengesahkan saya sihat dan tidak ada penyakit batuk kering serta para-paru saya okay. Rupa-rupanya itu semua helah Menon untuk menyingkirkan saya. Bila saya bercuti cek doktor, dia masukkan pengganti saya. Maka apa pula jawatan saya? Maka fahamlah saya bahawa Menon mahu semua staf Kabilan meletakkan jawatan. Maka saya letaklah jawatan pada 2 Julai 2014 manakala Muda Mohd. Noor dan Narinder Singh menyusul kemudian. Sampai sekarangh FMT masih ada hutang dengan saya tak bayar caruman KWSP saya selama satu bulan. Maka mulai Julai saya menganggur semula. Pada Ogos, kawan lama Datuk Nordin Ahmad menawarkan saya menulis buku kampungnya AYER MOLEK. Selama tiga bulan saya duduk di Kg Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka. Saya ambil gaji bulanan untuk menulis buku itu. habis projek buku tersebut, saya menganggur semula pada bulan November lalu.Dah dua bulan saya menganggur dan saya menjadi broker pula. Sebelum saya bekerja dengan FMT pada Julai 2013, saya pernah jadi broker barang-barang mistik. Pengalaman saya menjadi broker boleh dibaca dalam buku saya TOYOL UNTUK DISEWA yang merupakan koleksi cerita misteri dalam FMT selama 25 minggu. Itu semua kisah benar angan-angan nak jadi jutawan menjual barang-barang mistik tapi angan-angan tidak pernah jadi kenyataan. Sudah dua bulan saya menganggur. Apabila Terengganu bertukar Menteri Besar, saya ada minta kerja dengan kerajaan negeri. Saya kenali abang MB, Che Azmi Abdul Rahman yang merupakan bekas ahli parlimen Kuala Nerus. Saya sms beliau. beliau suruh saya temui timbalan setiausaha kerajaan (pengurusan), samiun salleh. Saya temui Samiun pada awal Jun tetapi sampai sekarang tidak ada jawapan dari beliau. Mungkin saya sudah tua untuk bekerja di negeri Terengganu.Seperti kata Fakhrul Azman Abu Bakar, kita ni ibarat buat gabus sahaja. Jadi alat orang sahaja untuk menjatuhkan bekas MB melalui FMT. Ada orang tanya dah dua bulan menganggur, macam mana saya hidup.Datuk Rahim Husein, Datuk Bung Mokhtar, Datuk Tawfik Abu Bakar, Datuk Seri Dr Salleh Said keruak dan Datuk Ibrahim Ali banyak membantu saya sepanjang dua bulan menganggur. Saya terpaksa menjual kereta idaman saya sejak kecil, Mercedes Benz E200 untuk menyara kehidupan keluarga kami sementara saya dapat peluang lain.Pada 25 Oktober, saya menerima menantu perempuan yang pertama, Syazwani, orang Pantai Remis dan pada 22 Julai, saya berdukacita apabila emak saya, hajah zainun meninggal dunia. Sesungguhnya tahun 2014 penuh dengan suka dan duka. Semoga 2015 membawa kecemerlangan. Bunga-bunganya sudah nampak apabila koperasi menerima proposal Datuk Nik untuk membangunkan mixed development di Balik Pulau, Pulau Pinang. pada 28 Disember lalu. Seronok juga menjadi broker maut ini. Hahaha.

Khamis, Disember 11, 2014

NAJIB KENA BERUNDUR?

Seorang blogger terkenal Sang Kelembai atau Zaharin Mohd Yassin menulis dalam facebooknya bahawa setiap kali dia pergike mana mana kedai, 9 dari 10 orang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur. Zaharin yang lambat tiba di Restoran Nagas petang tadi mendengar apa yang dibincangkan oleh kami. Ramai yang hadir petang ini termasuk Jadawi, najib, din seputih, suhaimi, fakhrul azman abu bakar, malek razak, halizi datuk abu bakar, syed dollah, hamid satar, arab, faizal kudus dan pak ya tdc. jadawi sedang bercerita mengenai IMDB yang asalnya duit royalti minyak terengganu. jadawi kata rakyat Terengganu tak ada telur kerana membenarkan Najib menggunakan duit tabung warisan terengganu untuk 1MDB. Jadawi kata Najib kena berundur kerana isu 1MDB merupakan isu besar seperti isu Maminco.Satu hari 1mdb kena bayar interest kepada bank sebanyak RM1 juta dari pinjaman yang dibuat selama ini. jadawi kata IMDB tiada pilihan kena jual aset yang ada seperti IPP genting, IPP ananda krishnan dan sebagainya. IMDB kena let go semua yang ada tetapi Najib sebagai pengerusi 1MDB kena bertanggungjawab meletakkan jawatan sebagai PM. Sebab itu Najib mahu Datuk Seri Hishamuddin Hussein, sepupunya menggantikannya kerana mahu hishamuddin cover skandal 1MDB. Jutawan Pulau Pinang Jlow yang belajar sekali dengan anak Rosmah (yang jadi produser filem di Hollywood) yang menyebabkan 1MDB melabur yang bukan bukan. Mula mula mereka terlibat dalam pelaburan oil and gas di Arab saudi yang kononnya membeli telaga minyak di padang pasir. lama kelamaan IMDB melabur di cayman island yang mana pelaburan itu seperti skim cepat kaya Pak man telo. Jadawi seorang yang knowledgeable tentang skandal 1MDB yang kononnya mahu membangunkan lapangan terbang TUDM Sungai Besi. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut kecewa dengan pelaburan 1MDB dan beliau sudah bayangkan orang lain boleh ganti najib sebagai PM. Mengikut tradisi sekarang, Tan Sri Muhyiddin yassin yang wajar menggantikan Najib. Ketika Zaharin sampai, jadawi flash back peristiwa 1987 ketika Najib memangku jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Selepas perhimpunan pemuda Umno di Stadium TPCA di Kg Baru pada Oktober 1987, Zaharin dalam pertemuan dengan Najib dan Exco pemuda membalun Najib yang lambat membantu isteri dan anak anak exco pemuda yang ditahan di bawah ISA iaitu Datuk Ibrahim Ali, Datuk Fahmi Ibrahim dan Datuk Tajudin Rahman. Zaharin bercakap hampir 15 minit marahi najib yang tak pernah merasa kesusahan rakyat dan mat yahya yang marah dengan keceluparan Zaharin telah memukul Zaharin di khalayak ramai. zaharin tersenyum bila mendengar cerita Jadawi yang turut berada dalam majlis itu duduk di sebelah Zahid hamidi. Hamid Satar yang bekerja di ibu pejabat Umno rakan sekampus dengan Tan Sri Muhammad Muhd taib dan Datuk Seri Mohamad hassan(MB Ngeri Sembilan) mengimbau peristiwa siaran tergendala apabila mereka bertiga bertenu kerana ada di antara mereka yang terpegun dengan wanita cantik yang lalu di hadapan mereka. kami ketawa mendengar cerita pak hamid. lebih lucu dia kata Tun Dr ismail beritahu staff KDN dia pergi ke luar negara. maka setiausaha politikya, Ikhwan nasir parking keretanya di tempat parking timbalan perdana menteri. rupa-rupanya Dr ismail tidak pergi ke luar negara. bila dia sampai di ofis terkejut dia tengok ada kereta parking di tempat letak keretanya. Dia pun tanya polis yang bertugas kereta siapa. maka polis yang ketakutan itu jawab kereta Ikhwan nasir. Apa lagi dr ismail pun pancitkan keempat-empat tayar kereta setiausaha politiknya itu. Setiap kali berkumpul di Restoran Nagas pelbagai nostalgia Umno diceritakan oleh aktivis Umno. MereKa kata perjuangan pemimpin Umno sekarang jauh berbeza, Dahulu mereka pentingkan negara tetapi pemimpin kini mementingkan kepentingan peribadi. Ssebab itu Umno semakin luntur dan hilang kepercayaan orang melayu kerana menterinya sibuk merompak duit negara. Sebab itu orang politik dahulu tidak kaya. Sebaliknya orang politik sekarang kaya raya kerana mereka kejar kebendaan dan bukannya berjuang untuk bangsa, agama dan negara lagi. Bercakap tentang zaharin, dia tunjuk gambarnya dengan pak Lah di pesta buku di PWTC petang tadi. Suhaimi menyampuk pak lah kata kepada u zaharin, u bukan blogger, u ni berlaga (pasal suka melaga-lagakan orang). Zaharin banyak mendengar dari bercakap kerana Jadawi yang control majlis petang tadi.

Selasa, Disember 09, 2014

FUAD HASSAN DALAM KENANGAN

Semalam kita dikejutkan dengan berita kematian Ketua Pengarah JASA, Datuk Fuad Hassan.Beliau adalah bekas ADUN, bekas Exco Kerajaan Selangor dan bekas Exco Pemuda Umno Malaysia. Beliau adalah anak guru mengaji alquran, Tan Sri Hassan Azhari. tiga orang anak Hassan yang popular ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pelakon drama tv, Datuk Jalaludin Hassan dan Fuad.Fuad dikatakan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya pernah mewawancara Musa untuk akhbar Warta Parlimen Kepala Batas pada tahun 2007, Musa yang menyiasat kes liwat anwar mendapat tentangan dari Fuad yang tidak percaya bekas Presiden ABIM itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.Apabila Musa jelaskan buktinya barulah Fuad percaya dan terus beliau menyokong datuk seri dr mahathir mohamad.Musa seorang yang tegas dengan adiknya Fuad.Fuad main bola dan miss solat maghrib Musa tampar adiknya itu ketika remaja. Malam tadi kami berkumpul di Nagas bersama Shahabudin Embun, Din Seputeh, Yusof Meràh, Yusof Soulu,Najib, Mat Gonjeng, Mat Yahya, Suhaimi dan Fakhrul Azmàn Abu Bakar. Shahbudin Embun kecewa sampai lambat di kubur di Taman Teratai kerana tiga jam dia cari rumah Fuad tak jumpa. Dia call dua orang pegawai JASA nak tanya alamat rumah Fuad tapi mereka tutup handphone.Shahabudin rapat dengan Fuad. Fuad yang pemurah selalu beri duit kepadanya.Yusof Merah sempat sampai awal di rumah Fuad. Masa itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi buat tahlil untuk arwah.ramai orang politik yang datang termasuk Najib, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Tib yang kini bersama Pas.shAhabudin kata arwah orang yang baik yang perihatin dengan kawan kawan. Sewaktu saya menjadi penolong editor akhbar watan pada tahun 1987 ada wartawan kami buat tinjauan menghentam Fuad sebagai wakil rakyAt tetapi boss kami Datuk Hushamudin yaacob datang menemui kami suruh buang tinjauan satu muka penuh itu kerana fuad sudah call Husamuddin.Alfatihah buat Fuad hassan.

Sabtu, November 29, 2014

UMNO MAMPU TAWAN SEMULA SELANGOR

Malam tadi saya mengikuti rakan saya dari Sabah, Musli Oli ke rumah Setiausaha Politik Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Dr Kibin Samad di Precint 11, Putrajaya. Ketika kami sampai di rumah beliau, Hawarie Khalid masih ada. beliau adalah orang kuat Datuk Ahmad maslan. Ketika itu pengunjungnya tidak ramai kerana kami sampai dah jam 10 malam. Di Putrajaya itu juga pada malam tadi ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Mahahzir Khalid turut mengadakan jamuan untuk perwakilan dan pemerhati Umno. Setengah jam kemudian rombongan yang datang ke rumah Mahazir Khalid singgah ke rumah Dr Kibin pula. Kunjungan makin rancak dengan cerita politik apabila orang kuat Umno Selayang, Mohd Nor Rajaei baru sampai dengan Wak Din, Blue Ocean dan Syed Dollah. Mohd Nor seorang yang bersuara lantang dalam Umno tidak kira di mana sama ada di nagas atau di PWTC. Mohd Nor mendakwa Umno mampu menawan semula tawan Selangor jika setiap malam Jumaat para pemimpin Umno bermuhajadah kepada Allah.Katanya, setiap pemimpin Umno bermuhasabah diri, minta ampun dengan Allah menjauhkan segala kemungkaran. Setiap malam jumaat buat solat hajat, zikir dan sudah pasti Allah akan mendengar rintihan hambanya itu. Mohd Nor juga mendakwa kalau presiden Umno, datuk Seri Najib tUn razak beri peluang kepadanya menjadi pengerusi badan perhubungan Umno Selangor selama tiga hari, dia mampu buat perubahan di Selangor dengan memanggil semua ketua bahagian, semua ketua jabatan, semua ketua polis daerah, semua pegawai daerah melakukan perubahan dari segi integriti supaya orang yang betul-betul berwibawa sahaja mampu memimpin Selangor di semua posisi jawatan mereka.Mohd Nor berkata yang menjadi masalah umno sekarang harga baju kot Datuk Seri Noh Omar dapat buat kain kapan ratusan ahli Umno. maknanya betapa mahal baju kot Noh Omar. macam mana rakyat tak menyampah dengan Umno kerana pemimpinnya menunjuk-nunjuk kemewahan. Apabila Mohd Nor dapati Musli ada, makin rancak mereka berbual. Sevcara sinis Musli berkata sekarang Pm ialah Lim Kit Siang, itu yang Umno lantang tuntut macam macam dalam perhimpunan agung umno. begitulah tajamnya sindiran Musli kerana seolah-olah Umno tak ada kuasa sekarang sedangkan kuasa masih lagi di tangan Umno. Mohd Nor tidak peduli siapa. Ahmad Maslan dibelasahnya yang mana Blue Ocean seorang facebooker yang hebat berkata jangan belasah penaung persatuan aku, Mohd Nor. Dalam Umno orang seperti Mohd Nor Rajaei dan zaharin mohd yassin yang menghidupkan Umno kerana mereka berani menegur pemimpin umno secara terbuka walaupun ia dilihat sebagai membuka pekong di dada.

Rabu, November 26, 2014

APABILA DUA BEKAS EXCO BERTEMU

Dua hari lepas saya berada di Riverside PWTC. Apabila bekas Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Othman Daud nampak saya, dia panggil saya join mejanya. Kebetulan dia duduk bersama bekas Exco Kerajaan Melaka, Datuk Nordin Yaani. Apabila dua orang bekas Exco berjumpa, macam macam cerita kelakar yang keluar. Nordin kata kalau tan Sri Muhyuddin Yasin nampak kami berdua, mesti dia tahu kami banyak ada cerita kelakar. Kebetulan Othman tanya Nordin petua menjala pasal Nordin suka menjala ikan. nordin pun kata masa nak keluart dari rumah dinihari, tengok isteri tidur mengiring ke mana. kalau isteri mengiring ke kanan, kita tebar jalan ke kanan. Kalau isteri tidur mengiring ke kiri, kita tebar jala ke kiri. Kalau isteri tidur terlentang,maka kita jala bini. Kami ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Nordin. Selepas itu mucul Zahrin Mohd Yasin yang merupakan Facebooker yang hebat. Dia kata kalau perwakilan Umno tolak Akta hasutan, maknanya Datuk Seri najib Tun Razak kena letak jawatans ebagai Presidsen Umno kerana yang mencadangkan penghapusan ISA dan Akta Hasutan ialah Najib sendiri pada November 2012. Siapa tak kenal dengan Zaharin yang banyak menegur ketidakadilan dalam Umno. Dia tidak peduli siapa. Muhyiddin dikatanya paria. Semua menteri dibelasah termasuk hassan malek. Diakatanya semua menteri rasuah. Selepas itu mucul Datuk Nasir safar yang merupakan bekas Ketua Bahagian Pontian. Dia bekas pegawai khas PM. Akibat tidak berhati-hati, PM kena buangnya keerana berucap semangat Melayu tanpa mengira audiens. Dia dikatakan rasis. kesian Nasir. Dia yang bawak Datuk Moy jadi ajk bahagian epnaja, akhirnya Datuk Moy yang kalahkan Nasir dalam pertandingan ketua bahagian. begitulah politik tidak ada yang kekal. Sepanjang minggu ini emmang macam macam cerita yang kita akan dengar di riverside PWTC. Othman berucap di konvesyen Umno terengganu baru-baru ini menceritakan ciri-ciri menjadi calon. beliau berkata apabila Najib berkata meremajakan Umno makanya Umno mesti kuat macam orang muda dan bulkannya memberi peluang kepada orang muda jadi calon. Bila muda tu yang timbul nak rasuah kerana belum kaya dah masuk politik. sampai meluat orang kampung tengok pemimpin muda masuk kampung bawa kereta mewah. bukan sahaja orang kampung yang meluat malah pemimpin Umno sendiri meluat dengan gelagat mereka. Othman jual rumah bila kalah pilihanraya umum 1999. Tapoi bila Najib bantunya dapat PLKN di Cheneh, baru dia beli semula rumahnya yang dijualnya itu. begitu orang politik lama berbanding orang politik sekarang yang kaut harta masa ada kuasa. Datuk Shabery Cheek masuk Riverside tapi tak lalu ikut meja kami. masa ru Ayob Mamat ada bersama. dia kata bekas Menteri besar terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ajaknya bergocoh. Ahmad said kata sepanjang saya jadi YB, dah tiga orang saya katok orang. Ayob jawab sepanjang saya jadi wartawan, dah lima orang YB saya tumbangkan. Begitulah hebatnya Ayob Mamat yang juga Presiden KAWAT. YB Wan Hakim masuk sekejap menegur Ayob dan dia kata dia tidak ada di Kemaman pada 8 November lalu ketika anak saya kahwin. kalau tidak dia datang.Macam macam cerita kita akan dengar sepanjang Umno bersidang sampai Sabtu ini. Selamat bersidang.

Rabu, November 19, 2014

DATO' MAHAZAN DALAM KENANGAN

Saya terkejut menerima berita kematian Dato' Mahazan seorang kontraktor yang berjaya di Kemaman petang semalam. Mat Din, Halim Janggut yang berada di Kemaman tidak sms saya beritahu berita kematiannya dua hari lepas. Jika tidak pagi semalam saya sempat balik menghadiri majlis pengkebumian aruah. Kali terakhir saya menemuinya di Restoran Dini Chukai selepas hari raya haji lalu ketika minum bersama ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman, Kamaruddin Ali. Ketika itu tidak nampak tanda-tanda aruah sakit. Beliau meninggal petang dua hari lepas kerana sakit buah pinggang dan kencing manis. Saya mengenali beliau pada tahun 2000 ketika bekerja dengan Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman Abdullah. Ketika itu adik iparnya, Nazri Yusof memperkenalkan beliau kepada saya. Saya bawak aruah menemui Datuk Rizalman kerana aruah mahu projek direct nego membina MRSM Bentong. Entah macam mana apabila Datuk Rizalman ditukarkan ke Kementerian penerangan, projek itu tidak jadi diberi secara direct nego sebaliknya ditender. Yang dapat tender ialah bekas ahli parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang menggunakan lesen kawan saya, Essenvest Sdn Bhd. Beliau memang anak Teluk Kalung tetapi beliau tidak ngam dengan bekas Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga anak teluk kalung. Salah satu projek besarnya ialah menaik taraf Pupuk Semangat di Teluk Kalung yang mana projek itu dilobi oleh bekas Ketua pemuda umno Hulu terengganu, Zakari Ali. Aruah pernah memberitahu saya projek itu diarah buat V.O oleh orang atasan. Aruah dianggap sebagai orang Datuk Seri Idris Jusoh walaupun beliau bukan orang politik. Beliau patut dicontohi oleh anak-anak muda bagaimana beliau bermula dari bawah sehinggalah menjadi kontraktor kelas A yang berjaya. pernah saya pergi ke pejabatnya ada tiga orang polis trafik menunggu giliran menemuinya. Apabila saya tanya aruah kenapa polis itu jumpa Dato', dia jawab mereka datang ambil angpau. Betapa rendahnya moral polis beruniform masuk ofis kontraktor mengambil ang pau. Selepas gagal mendapat projek MRSM, saya kurang berurusan dengan aruah tetapi saya selalu terserempak dengan beliau di Kedai Kopi Hai Peng dan Sukiyang Kopitiam. Beliau seorang yang peramah seperti dahulu walaupun sudah mendapat gelaran Dato'. Tiga bulan lepas beliau add Facebook saya, dan saya ikuti perkembangannya. Berita petang semalam amat mengejutkan saya kerana aruah meninggalkan empat isteri dalam usia yang muda, 48 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Selasa, November 11, 2014

JATUHKAH TOK NAN?

Sesiapa yang mendokong kuat integriti, tidak akan melatah dan emosional terhadap pendedahan media. Sebab itu Awang hairan mengapa menteri besar Pahang, Adnan Yaakob mahu menghina dan memperlekehkan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhubung isu Cameron Highlands. Beliau ternyata marah dengan laporan khas Utusan tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di daerah tersebut. Seperti biasa, Adnan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup. Inilah antara cabaran media dalam memperjuangkan integriti – penyakit pemimpin politik. Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri. Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang untuk menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan. Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah. Agenda media dalam isu di Cameron Highlands adalah untuk keselamatan negara dan dan rakyat, tidak lebih daripada itu. Tiada sebarang agenda lain. Apakah kerana Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia mahu mengutamakan agenda ini, akhbar tersebut menjadi mangsa dan sasaran tohmahan Adnan? Bukan kali pertama, Adnan rakus menuding jari terhadap media. Awang selalu mendapat maklum balas termasuk daripada wartawan banyak organisasi media tentang cara beliau yang kelihatan angkuh. Tidak boleh menerima teguran – mudah melenting. Memandangkan keangkuhannya, Awang bagi pihak Utusan ada hak untuk menyanggah beliau. Menggunakan kuasa politik untuk membuli media, tidak boleh dibiarkan. Di Pahang, pelbagai pihak termasuk media lebih senang berurusan dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota, Tengku Abdullah yang lebih tahu menghormati dan menjaga aib orang lain. Benar-benar berjiwa rakyat. Bukan itu sahaja baginda berdua bersikap budiman, terbuka dan bijak mengurus kritikan. Sayangnya, ia tidak terzahir kepada menteri besar. Persoalannya hebat sangatkah Adnan sehingga kerap kali menghina dan tidak menjaga adab tutur kata sebagai seorang pemimpin? Rakyat Pahang boleh menilai. Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor 'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri. Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau, juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri. Lihatlah kes penerokaan haram di hutan simpan dan tanah kerajaan di Cameron Highlands (dan banyak lagi daerah) yang sudah lama berlarutan, yang kerap mengakibatkan banjir tetapi apa yang Adnan buat selain asyik memberi alasan. Gaya kepimpinannya juga tidak lagi sesuai meskipun bagi penyokong Adnan, beliau masih diperlukan atas hujah karismanya yang mampu mengawal politik Pahang yang unik. Lain pula di akar umbi, yang mahukan perubahan kepimpinan. Negeri lain sudah berubah menteri besar, Pahang masih orang sama yang rating dan popularitinya jatuh. Desas-desus menteri besar bakal diganti sudah lama berlegar. Walaupun Adnan tentu tidak senang dengan hal tersebut tetapi Awang yakin beliau bukanlah jenis yang tidak boleh menerima realiti. Lagipun Adnan pasti sudah puas duduk di kerusi menteri besar. Sebagai pemimpin politik, sesiapa pun termasuk beliau seharusnya boleh menerima sebarang kemungkinan naik, turun dalam karier politik kerana ia lumrah. Sebagai pemimpin yang bijaksana, beliau sepatutnya sudah boleh membaca dan memahami isyarat termasuk implikasi kepada politik negeri jika tiada perubahan menteri besar. Jangan biar diri menjadi liabiliti kepada parti dan negeri. Walaupun khabarnya, Adnan dikatakan bergantung kepada Sultan Pahang untuk survival politiknya namun dalam soal menjaga kepentingan rakyat Pahang, baginda akan mengambil pendirian terbaik. Lagipun yang akan mengundi atas nama demokrasi pada pilihan raya nanti ialah rakyat. Pada pilihan raya umum lepas, faktor Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak memainkan peranan besar kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Rakyat Pahang lebih menghargai Najib, yang merupakan Ahli Parlimen Pekan. Tanpa mahu menafikan peranan dan kerja keras Adnan, ramai berpendapat Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13. Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak. Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, Don't overstay your welcome, yang beliau lebih arif maksudnya. (PETIKAN DARI AWANG SELAMAT, MINGGUAN MALAYSIA, 9 NOVEMBER LALU)

Sabtu, Oktober 25, 2014

YAYASAN PENULIS MALAYSIA WAJAR BANTU PENULIS UZUR

JITRA, 25 Okt (Bernama) -- Aktiviti yang bakal dirancang oleh Yayasan Penulis Malaysia tidak akan bertindih dengan kegiatan persatuan penulis di seluruh negara malah ia akan menjadi saluran tambahan bagi meningkatkan kegiatan masing-masing. Presiden Persatuan Penulis Malaysia (Pena) Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata Pena mengalu-alukan penubuhan yayasan itu kerana ia akan menjadi wadah tambahan untuk menyatupadukan penulis pelbagai kaum di seluruh negara. "Ketika ini, persatuan sedia ada hanya menjalankan kegiatan khusus untuk anggota persatuan masing-masing mengikut daerah atau negeri,” kata Saleeh kepada Bernama pada hari kedua sidang kemuncak Penulis Malaysia 2014 (SKPM 2014) di Darulaman Golf and Country Club, Jitra dekat sini hari ini. Saleeh yang mengulas pengumuman penubuhan yayasan itu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir pada pelancaran SKPM 2014 malam tadi berkata, Pena masih belum memikirkan struktur yayasan yang bakal ditubuhkan itu walaupun perkara itu pernah dibincang secara tidak rasmi. "Terpulanglah kepada pihak berkenaan iaitu Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat kerajaan negeri yang mengusulkan perkara itu, untuk menyediakan kertas kerja penubuhan yayasan itu," kata Saleeh. SKPM 2014 adalah sidang kemuncak yang julung-julung kali diadakan bagi menghimpun para penulis, wakil penerbit, aktivis sastera, bahasa serta budaya dari seluruh negara. Program tiga hari ini merupakan tanggungjawab sosial korporat BDB dan merupakan sinergi pintar antara BDB, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta Pena. Ulasan saya, YPM (YPM) sepatutnya membantu penulis yang uzur di seluruh negara. Ramai di antara mereka terutamanya bekas wartawan hidup dalam keadaan melarat dan terpinggir. Sehubungan itu PENA seharusnya membuka keahlian kepada semua penulis tidak semestinya penulis kreatif sahaja sebaliknya termasuk penulis non-kreatif. YPM seharusnya memberi bantuan kepada semua penulis tanpa mengira kaum.

Sabtu, Oktober 18, 2014

HISHAMUDDIN GANTI MUHYIDDIN

Pagi ini Ustaz Yunus yang sudah lama tidak hubungi saya telah menelefon saya pada jam 8.00 pagi. Walaupun hari Sabtu tidak bekerja, saya terpaksa turun ke KL sejauh 60 km dari Bandar Seri Putera (BSP). Ustaz Yunus dari Puchong menunggu saya di surau stesen KTM Putra. Dia ingat saya masih duduk di Batu Caves sedangkan sejak awal tahun ini saya sudah pindah ke BSP. Seperti biasa anak murid Abu Ya Ustaz Ashaari Darul Arqam menceritakan kisahnya membawa pulang MH370 dari alam ghaib. menurut beliau, MH370 tidak terhempas tetapi disembunyikan oleh jin. Malah dia tunjuk youtube dari Sepanyol yang berjaya mengesan radar MH370. Dalam radar itu nampak dua objek yang mengepung MH370. katanya, jin yang menyamar sebagai burung garuda mahu mengambil MH370 tetapi dihalang oleh jin yang menyamar sebagai naga. Sebab itu Kapten Zahari berpatah balik bila dia melihat burung garuda. Di zaman Nabi Sulaiman semua binatang tunduk kepada Nabi Sulaiman kecuali burung garuda. Jin yang menyamar sebagai burung garuda mahu mengambil MH370 tetapi sempat dipintas oleh jin yang menyamar sebagai naga dari tasik Chini. Jin itu yang menyembunyikan MH370 di lautan Hindi pintu masuk ke Bermuda Triangle. ustaz Yunus diminta oleh pihak atasan bersama Skylab untuk berunding dengan jin itu untuk mengembalikan semula MH370 ke alam nyata. Sudah tujuh bulan berlalu tapi di alam ghaib bersamaan dengan tujuh minit. Semua anak kapal sedang tertidur dalam kapal terbang tersebut. Bulan depan ustaz Yunus dan Skylab kena bertapa lagi untuk berunding dengan alam jin. Maka sesiapa yang mahu berzakat kepada kumpulan ini dapatlah berbuat demikian kepada ustaz Yunus kerana mereka akan berzikir selama empat bulan di sebuah gunung di terengganu. Selama empat bulan mereka tak dapat keluar kerana mereka perlukan bekalan makanan yang secukupnya. Selesai dengan ustaz yunus, saya pergi ke restoran nagas. kebetulan Zaharin Mohd yasin ada bersama Sufian Kemaman, Suhaimi Kuala Pilah, Fakhrul Kuala Terengganu dan Kahar manan. Zaharin mengesahkan Tan Sri Muhyiddin yassin akan melepaskan jawatan TPM dan Datuk Seri najib Tun Razak akan melantik sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai TPM yang baharu. Sekarang ini heboh di facebook Zaharin menyerang Hishamuddin mengatakan Hishamuddin kaki minum dan adiknya pula dapat kontrak melabel botol arak. Sebut sahaja nama Zaharin, semua orang kenalinya sebagai Setiausaha kerja BN bandar Tun Razak. Dahulu beliau hentam Muhyiddin, dia kata Muhyiddin anak paria. Muhyiddin hubungi boss Zaharin, Datuk Seri tengku adnan mansor yang juga setaiuasaha agung Umno. Muhyiddin suruh Ku Nan nasihati zaharin jangan hentamnya lagi. Ku nan sendiri tak berani, kerana nanti saya dimakinya. Muhyiddin tidak gamit Zaharin. zaharin dianggap sebagai orang najib kerana sewaktu dia aktif dalam pemuda Umno bersama Najib yang menjadi Exco pemuda sejak tahun 1978. najib banyak bantu zaharin kerana Najib tahu Zaharin buat kerja di pejabat BN Bandar Tun Razak. Zaharin balik muncul pula Haji Pa pegawai tugas tugas khas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. tak lama dia di Nagas kerana sibuk dengan urusan menteri. kemudian muncul seorang facebooker yang hebat yang rapat dengan Datuk Seri dr Ahmad zahid hamidi. Dia yang mendamaikan zahid dengan zaharin. zaharin marahi pegawai khas Zahid, ku kamal dan sejak itu zaharin menyerang zahid dalam Facebook setiap hari dengan mengatakan menteri cap ayam dan sebagainya. Akhirnya Zahid menghubungi faceboor ini dan dia hantar Mat yahya menemui zaharin. Maka berdamailah Zahid dengan Zaharin dibawa Mat yahya di hotel IOI Putrajaya. Kini giliran Hishamuddin pula dibalun Zaharin. facebooker itu yakin sebagai anak bangsawan Hishamuddin tidak akan memanggil Zaharin. facebooker itu yakin Zaharin akan dimarahi Najib kerana Najib sudah beritahu Zaharin tolong Hishamuddin. zahid walaupun dia naib presiden umno yang paling popular akan sokong Hishamuddin sebagai TPM yang baru. Kalau pemilihan Timbalan Presiden Umno dibuat, sudah tentu zahid mampu mengalahkan hishamuddin tetapi kalau Hishamuddin menjadi TPM terlebih dahulu, sukar bagi zahid menewaskan Hishamuddin tambahan pula beliau akan berpindah dari kementerian pertahanan kepada kementerian kewangan. menurut facebooker itu lagi, dahulu ada seorang kawan Najib yang bebas masuk ke rumahnya. Bila laporan sampai kepada najib bahawa kawan itu menghadiri muktamar PAS, sejak itu naib marahinya dan dia tak dapat menemui Najib lagi. Serangan zaharin kepada Hishamuddin sudah tentu melukakan hati najib. Apakah zaharin akan menerima nasib seperti kawan Najib itu? Adakah najib sanggup kehilangan Zaharin dan mempertahankan sepupunya itu? Bila lagi nak naikkan Hishamuddin sebagai TPM kalau bukan di zaman Najib ini. maka Umno akan terus dikuasai oleh anak cucu Datuk Onn jaafar.

KONSPIRASI JATUHKAN MUSA AMAN?

OLEH ZABIDI SAIDI dan MUSLI OLI (dipetik dari http://www.suarasabah.com/konspirasi-jatuhkan-musa/)
Selepas jatuhnya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 13 Mei 2014, saya bertan (ya dalam Facebook, adakah selepas ini giliran Ketua Menteri (CM) Sabah pula? Lima bulan sudah berlalu, nampaknya khabar-khabar angin Musa akan melepaskan jawatan CM pada akhir Disember ini semakin kencang. Benarkah ada konspirasi menjatuhkan Musa? Musa menjadi CM Sabah pada April tahun 2003. Sudah 11 tahun berkuasa. Beliau seorang ahli politik yang cerdik. Orang lain jadi CM selama dua tahun tetapi beliau berjaya menyakinkan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi untuk menghapuskan Dasar Penggiliran Jawatan CM. Khabar-khabar angin bertiup kencang mengatakan umur Musa sebagai CM semakin pendek. Tambahan pula beliau tidak hadiri majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Miri pada 16 September lalu. Maka ramai mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu Musa lagi. Pada tahun 2008, Musa berjaya menyingkirkan tiga pemimpin utama Persatuan Bajau Bersatu Sabah (USBO) sebagai calon BN. USBO adalah pertubuhan NGO suku kaum Bajau yang merupakan kaum dominan dalam Umno Sabah. Presiden USBO, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said, timbalannya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bendahari USBO Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha digugurkan walaupun masih berpengaruh. USBO mendapat sokongan Datuk Seri Shafie Afdal, salah seorang Naib Presiden Umno sebagai Penasihat. Musa dan Shafie dikatakan tidak ngam. Musa benci Shafie kerana menyokong USBO. Musa amat tidak senang dengan kemunculan USBO, walaupun pada hakikatnya NGO tersebut telah ditubuhkan sejak 1965 dengan nama PSBB atau Persatuan Sabah Bajau Bersatu. PSBB merupakan tonggak kekuatan parti USNO pada ketika itu terutama di 17 kawasan majority pengundi Bajau. Pada 2008, Musa dengan sokongan Datuk Musbah Jamli, Ketua Umno Kota Belud pada ketika itu menganjurkan satu majlis besar-besaran menjemput 30 persatuan-persatuan kaum dari seluruh Sabah di Kota Belud. Majlis itu dibuat sebagai tanda sokongan mereka kepada Musa. Dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Musa secara terang menyokong Datuk Musbah sebagai Ketua Bahagian menentang Dr Salleh yang mendapat sokongan Shafie dan Pandikar Amin. Salleh menang dalam pertandingan itu walaupun beliau bukan lagi ahli parlimen Kota Belud dan ADUN Usukan. Pada tahun 2009, Shafie mencadangkan kepada Najib supaya melantik Dr Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah. Pada mulanya pemilihan Salleh kurang disenangi Musa tetapi beliau telah dapat memujuk Salleh untuk bekerjasama. Semasa pilihan raya kecil Manik Urai, mereka berdua ke Kelantan dengan jet peribadi bersama Ketua Umno Bahagian Kudat, Datuk Bolkiah Ismail yang juga Pembantu Menteri Pelancongan Sabah pada ketika itu. Semasa dalam jet tersebut Musa meyakinkan Salleh agar berkerjasama dengannya untuk menjadi orang nombor dua dalam parti UMNO di Sabah. Dr Salleh dilantik sebagai Penasihat Sains, jawatan bertaraf menteri sebelum dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Pada tahun 2013, Dr Salleh dipilih sebagai calon BN bagi DUN Usukan tetapi dikekalkan sebagai Speaker yang dilihat sebagai usaha Musa mengekang pengaruh Salleh jika dilantik menteri sesuai dengan hirarki dalam parti sebagai orang nombor dua. Walaupun Salleh sudah berbaik dengan Musa, gerakan menjatuhkan Musa diteruskan dengan usaha yang diketuai oleh Datuk Jumat Idris, ketua Umno Bahagian Sepanggar. Musa menamakan kumpulan ini sebagai “Kumpulan Pendek” yang turut disertai tujuh orang ketua Umno Bahagian termasuk Datuk Rubin Balang (Tenom) Datuk Sairin Karno (Keningau), Datuk Ghani Yasin (Pensiangan), Datuk Bolkiah Ismail (Kudat), Datuk John Ambrose (Penampang), Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu) dan Datuk James Ratib (Beluran). James Ratib dan Bolkiah kemudiannya membuat kenyataan mereka terperangkap dan tidak tahu tujuan sebenar pertemuan dengan PM untuk mencadang pelan peralihan kepimpinan Sabah. Turut sama dalam perjumpaan mereka dengan Najib adalah beberapa orang pemimpin dari pemimpin komponen BN dari parti UPKO, PBS dan MCA. ADUN Kuala Penyu dari parti UPKO, YB Limus Juray turut dituduh sebagai orang yang menaja pertemuan dengan PM itu. Nama lain yang disebut mengeluarkan perbelanjaan ialah ADUN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal, adik Datuk Shafie Apdal. YB Limus yang mempertahankan diri mencabar Musa untuk memecatnya atau dia meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana Musa hanya berjanji tetapi sehingga hari ini tidak diberi sebarang jawatan sedangkan sejak PRU lalu, dia mengeluarkan wang dari poket sendiri di Kuala Penyu. Maklumat juga mengesahkan Datuk Jumat Idris mencabar Musa memecatnya dan dia sendiri sedia melepaskan jawatan sebagai MP Sepanggar jika itu yang dikehendaki CM itu. Sampai keperingkat itu pertelingkahan tersebut. Dengan cabaran Jumat, mengesahkan dia bukan ketua tetapi ada orang lain yang lebih berpengaruh dibelakangnya. Apakah usaha menjatuhkan Musa merupakan satu konspirasi? Siapa MASTERMIND konspirasi itu? Pertemuan kumpulan yang mencadangkan pelan peralihan kepada Najib tidak berakhir. Baru-baru ini bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis (JJ) turut membawa enam pemimpin Sabah menemui Najib. Selaku Pengerusi PR1MA, JJ dikatakan tidak puas hati dengan pemilihan kontraktor yang dibuat oleh Musa. Benarkah konspirasi ini didalangi dua Naib Presiden Umno dan direstui Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor . Pertelingkahan Ku Nan dan Musa merupakan Open Secret. Pernah dalam mesyuarat MKT kedua-dua pemimpin ini bertegang leher sehingga peringkat membaling fail. Sumber juga memberitahu Ku Nan begitu kecewa bila Musa membantah nama-nama calon yang dicadang Ku Nan pada PRU 2013. Sebagai contoh, Jamawi Jaafar sebagai calon Parlimen Tenom tetapi Musa memotong nama Jamawi yang sudah dapat watikah dari Ku Nan. Pemerhati berpendapat, Musa tahu kedudukannya sebagai CM Sabah ada kuasa autonomi seperti CM Sarawak tetapi malangnya kuasa otonomi itu beliau gunakan bukan untuk kepentingan negeri dan rakyat tetapi untuk mempertahankan kedudukannya sebagai CM. Baru-baru ini Ghani Yasin ditahan SPRM kononnya pecah amanah sebanyak RM300 juta. Adakah Musa terlibat kerana selaku Timbalan Pengerusi SLDB, Ghani bukannya ada kuasa eksekutif sebaliknya Pengerusi SLDB, Datuk Rahim Ismail dikatakan kini menyokong kuat Musa. Dahulu beliau selaku menteri meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan Musa. Adakah kes Ghani ini sebagai pukul anak sindir menantu? Ini yang menjadi tanda tanya kepada kita. Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) jelas menggambarkan rasa tidak puas hati rakyat Sabah bukan sahaja terhadap Kerajaan Persekutuan tetapi juga kepada Musa. Kenapa masalah ini timbul sekarang? Adakah SSKM sengaja diwujudkan oleh puak anti Musa. Tidak mustahil jika ada yang berteori kewujudan SSKM didalangi kumpulan yang mau Musa berundur dengan segera. Usaha menjatuhkan Musa, bukan sahaja mendapat sokongan Shafie dan Ku Nan malah seorang lagi Naib Presiden Umno , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membangkitkan soal Tanah Rakyat. Kes tanah rakyat juga berlaku di Ranau, Kudat dan Kota Marudu. Apakah isu tanah adat ini juga merupakan sesuatu yang di okestra kumpulan yang mahu Musa berundur? Musa dalam PRU lalu gagal mempertahankan BN. BN kalah 12 kerusi DUN dan tiga kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat. Belum pernah dalam sejarah BN selepas PBS menyertai BN, keputusan PRU seburuk ini. Maka ia jadi alasan yang kukuh untuk menukarkan Musa dengan pemimpin lain. Atau adakah Musa sudah bersedia berundur apabila beliau tidak bertanding sebagai AMKT Umno pada pemilihan lalu? Adakah pemilihan anaknya Hafiez Zamani, Ketua Pemuda Umno Bahagian Sipitang sebagai Ketua pemuda Umno Sabah merupakan satu persediaan awal pengunduran beliau. Kini Musa bukan sahaja ada anak yang aktif dalam politik malah ada menantu, Datuk Arifin Arif (ADUN Membakut) serta adiknya Datuk Seri Anifah Aman sebagai Menteri Luar dan anak saudaranya Datuk Hasnol Ayub Khan yang memegang pelbagai jawatan penting dalam GLC dan kerajaan Sabah. Terbaru timbul pulak isu Pan Borneo yang dibangkitkan Datuk Ghafur Saleh. Kegagalan kontraktor tempatan mendapat kontrak dilihat sebagai kegagalan Musa. Menurut seorang anggota kabinet Sabah, Musa katanya telah berjumpa sendiri dengan PM Najib mencadangkan Konsortium Kontraktor Tempatan Sabah. Menteri JKR, Tan Sri Pairin Kitingan juga dikatakan telah menulis surat rasmi kepada Datuk Seri Fazilah Yusof dan Setausaha Kerajaan Negeri memohon secara rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara agar syarikat dari Sabah diberi keutamaan. Persoalannya kenapa Sarawak Berjaya tetapi Sabah gagal? Bagaimana masa depan Musa? Kita tunggu akhir bulan Disember ini sama ada Musa berundur atau tidak atau adakah konspirasi menjatuhkan Musa ini hanya gimik politik semata-mata. Musa dikatakan salah seorang penyumbang utama kepada dana BN dan dikatakan mempunyai hubungan cukup baik dengan Tan Sri Muhyiddin. Dalam banyak perkara Muhyiddin akan mempertahan Musa. Jika Najib berundur sebelum Musa, maka konspirasi itu tentu sekali tidak akan berjaya jika Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru.Konspirasi Jatuhkan Musa Aman ? Selepas jatuhnya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 13 Mei 2014, saya bertanya dalam Facebook, adakah selepas ini giliran Ketua Menteri (CM) Sabah pula? Lima bulan sudah berlalu, nampaknya khabar-khabar angin Musa akan melepaskan jawatan CM pada akhir Disember ini semakin kencang. Benarkah ada konspirasi menjatuhkan Musa? Musa menjadi CM Sabah pada April tahun 2003. Sudah 11 tahun berkuasa. Beliau seorang ahli politik yang cerdik. Orang lain jadi CM selama dua tahun tetapi beliau berjaya menyakinkan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi untuk menghapuskan Dasar Penggiliran Jawatan CM. Khabar-khabar angin bertiup kencang mengatakan umur Musa sebagai CM semakin pendek. Tambahan pula beliau tidak hadiri majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Miri pada 16 September lalu. Maka ramai mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu Musa lagi. Pada tahun 2008, Musa berjaya menyingkirkan tiga pemimpin utama Persatuan Bajau Bersatu Sabah (USBO) sebagai calon BN. USBO adalah pertubuhan NGO suku kaum Bajau yang merupakan kaum dominan dalam Umno Sabah. Presiden USBO, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said, timbalannya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bendahari USBO Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha digugurkan walaupun masih berpengaruh. USBO mendapat sokongan Datuk Seri Shafie Afdal, salah seorang Naib Presiden Umno sebagai Penasihat. Musa dan Shafie dikatakan tidak ngam. Musa benci Shafie kerana menyokong USBO. Musa amat tidak senang dengan kemunculan USBO, walaupun pada hakikatnya NGO tersebut telah ditubuhkan sejak 1965 dengan nama PSBB atau Persatuan Sabah Bajau Bersatu. PSBB merupakan tonggak kekuatan parti USNO pada ketika itu terutama di 17 kawasan majority pengundi Bajau. Pada 2008, Musa dengan sokongan Datuk Musbah Jamli, Ketua Umno Kota Belud pada ketika itu menganjurkan satu majlis besar-besaran menjemput 30 persatuan-persatuan kaum dari seluruh Sabah di Kota Belud. Majlis itu dibuat sebagai tanda sokongan mereka kepada Musa. Dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Musa secara terang menyokong Datuk Musbah sebagai Ketua Bahagian menentang Dr Salleh yang mendapat sokongan Shafie dan Pandikar Amin. Salleh menang dalam pertandingan itu walaupun beliau bukan lagi ahli parlimen Kota Belud dan ADUN Usukan. Pada tahun 2009, Shafie mencadangkan kepada Najib supaya melantik Dr Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah. Pada mulanya pemilihan Salleh kurang disenangi Musa tetapi beliau telah dapat memujuk Salleh untuk bekerjasama. Semasa pilihan raya kecil Manik Urai, mereka berdua ke Kelantan dengan jet peribadi bersama Ketua Umno Bahagian Kudat, Datuk Bolkiah Ismail yang juga Pembantu Menteri Pelancongan Sabah pada ketika itu. Semasa dalam jet tersebut Musa meyakinkan Salleh agar berkerjasama dengannya untuk menjadi orang nombor dua dalam parti UMNO di Sabah. Dr Salleh dilantik sebagai Penasihat Sains, jawatan bertaraf menteri sebelum dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Pada tahun 2013, Dr Salleh dipilih sebagai calon BN bagi DUN Usukan tetapi dikekalkan sebagai Speaker yang dilihat sebagai usaha Musa mengekang pengaruh Salleh jika dilantik menteri sesuai dengan hirarki dalam parti sebagai orang nombor dua. Walaupun Salleh sudah berbaik dengan Musa, gerakan menjatuhkan Musa diteruskan dengan usaha yang diketuai oleh Datuk Jumat Idris, ketua Umno Bahagian Sepanggar. Musa menamakan kumpulan ini sebagai “Kumpulan Pendek” yang turut disertai tujuh orang ketua Umno Bahagian termasuk Datuk Rubin Balang (Tenom) Datuk Sairin Karno (Keningau), Datuk Ghani Yasin (Pensiangan), Datuk Bolkiah Ismail (Kudat), Datuk John Ambrose (Penampang), Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu) dan Datuk James Ratib (Beluran). James Ratib dan Bolkiah kemudiannya membuat kenyataan mereka terperangkap dan tidak tahu tujuan sebenar pertemuan dengan PM untuk mencadang pelan peralihan kepimpinan Sabah. Turut sama dalam perjumpaan mereka dengan Najib adalah beberapa orang pemimpin dari pemimpin komponen BN dari parti UPKO, PBS dan MCA. ADUN Kuala Penyu dari parti UPKO, YB Limus Juray turut dituduh sebagai orang yang menaja pertemuan dengan PM itu. Nama lain yang disebut mengeluarkan perbelanjaan ialah ADUN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal, adik Datuk Shafie Apdal. YB Limus yang mempertahankan diri mencabar Musa untuk memecatnya atau dia meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana Musa hanya berjanji tetapi sehingga hari ini tidak diberi sebarang jawatan sedangkan sejak PRU lalu, dia mengeluarkan wang dari poket sendiri di Kuala Penyu. Maklumat juga mengesahkan Datuk Jumat Idris mencabar Musa memecatnya dan dia sendiri sedia melepaskan jawatan sebagai MP Sepanggar jika itu yang dikehendaki CM itu. Sampai keperingkat itu pertelingkahan tersebut. Dengan cabaran Jumat, mengesahkan dia bukan ketua tetapi ada orang lain yang lebih berpengaruh dibelakangnya. Apakah usaha menjatuhkan Musa merupakan satu konspirasi? Siapa MASTERMIND konspirasi itu? Pertemuan kumpulan yang mencadangkan pelan peralihan kepada Najib tidak berakhir. Baru-baru ini bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis (JJ) turut membawa enam pemimpin Sabah menemui Najib. Selaku Pengerusi PR1MA, JJ dikatakan tidak puas hati dengan pemilihan kontraktor yang dibuat oleh Musa. Benarkah konspirasi ini didalangi dua Naib Presiden Umno dan direstui Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor . Pertelingkahan Ku Nan dan Musa merupakan Open Secret. Pernah dalam mesyuarat MKT kedua-dua pemimpin ini bertegang leher sehingga peringkat membaling fail. Sumber juga memberitahu Ku Nan begitu kecewa bila Musa membantah nama-nama calon yang dicadang Ku Nan pada PRU 2013. Sebagai contoh, Jamawi Jaafar sebagai calon Parlimen Tenom tetapi Musa memotong nama Jamawi yang sudah dapat watikah dari Ku Nan. Pemerhati berpendapat, Musa tahu kedudukannya sebagai CM Sabah ada kuasa autonomi seperti CM Sarawak tetapi malangnya kuasa otonomi itu beliau gunakan bukan untuk kepentingan negeri dan rakyat tetapi untuk mempertahankan kedudukannya sebagai CM. Baru-baru ini Ghani Yasin ditahan SPRM kononnya pecah amanah sebanyak RM300 juta. Adakah Musa terlibat kerana selaku Timbalan Pengerusi SLDB, Ghani bukannya ada kuasa eksekutif sebaliknya Pengerusi SLDB, Datuk Rahim Ismail dikatakan kini menyokong kuat Musa. Dahulu beliau selaku menteri meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan Musa. Adakah kes Ghani ini sebagai pukul anak sindir menantu? Ini yang menjadi tanda tanya kepada kita. Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) jelas menggambarkan rasa tidak puas hati rakyat Sabah bukan sahaja terhadap Kerajaan Persekutuan tetapi juga kepada Musa. Kenapa masalah ini timbul sekarang? Adakah SSKM sengaja diwujudkan oleh puak anti Musa. Tidak mustahil jika ada yang berteori kewujudan SSKM didalangi kumpulan yang mau Musa berundur dengan segera. Usaha menjatuhkan Musa, bukan sahaja mendapat sokongan Shafie dan Ku Nan malah seorang lagi Naib Presiden Umno , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membangkitkan soal Tanah Rakyat. Kes tanah rakyat juga berlaku di Ranau, Kudat dan Kota Marudu. Apakah isu tanah adat ini juga merupakan sesuatu yang di okestra kumpulan yang mahu Musa berundur? Musa dalam PRU lalu gagal mempertahankan BN. BN kalah 12 kerusi DUN dan tiga kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat. Belum pernah dalam sejarah BN selepas PBS menyertai BN, keputusan PRU seburuk ini. Maka ia jadi alasan yang kukuh untuk menukarkan Musa dengan pemimpin lain. Atau adakah Musa sudah bersedia berundur apabila beliau tidak bertanding sebagai AMKT Umno pada pemilihan lalu? Adakah pemilihan anaknya Hafiez Zamani, Ketua Pemuda Umno Bahagian Sipitang sebagai Ketua pemuda Umno Sabah merupakan satu persediaan awal pengunduran beliau. Kini Musa bukan sahaja ada anak yang aktif dalam politik malah ada menantu, Datuk Arifin Arif (ADUN Membakut) serta adiknya Datuk Seri Anifah Aman sebagai Menteri Luar dan anak saudaranya Datuk Hasnol Ayub Khan yang memegang pelbagai jawatan penting dalam GLC dan kerajaan Sabah. Terbaru timbul pulak isu Pan Borneo yang dibangkitkan Datuk Ghafur Saleh. Kegagalan kontraktor tempatan mendapat kontrak dilihat sebagai kegagalan Musa. Menurut seorang anggota kabinet Sabah, Musa katanya telah berjumpa sendiri dengan PM Najib mencadangkan Konsortium Kontraktor Tempatan Sabah. Menteri JKR, Tan Sri Pairin Kitingan juga dikatakan telah menulis surat rasmi kepada Datuk Seri Fazilah Yusof dan Setausaha Kerajaan Negeri memohon secara rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara agar syarikat dari Sabah diberi keutamaan. Persoalannya kenapa Sarawak Berjaya tetapi Sabah gagal? Bagaimana masa depan Musa? Kita tunggu akhir bulan Disember ini sama ada Musa berundur atau tidak atau adakah konspirasi menjatuhkan Musa ini hanya gimik politik semata-mata. Musa dikatakan salah seorang penyumbang utama kepada dana BN dan dikatakan mempunyai hubungan cukup baik dengan Tan Sri Muhyiddin. Dalam banyak perkara Muhyiddin akan mempertahan Musa. Jika Najib berundur sebelum Musa, maka konspirasi itu tentu sekali tidak akan berjaya jika Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru.

Sabtu, Oktober 11, 2014

TELEMOVIE SALOMA MAKIN DAPAT SAMBUTAN EKORAN BANTAHAN WARIS TOMPEL

Astro telah menyiarkan telemovie Saloma arahan Melisa Saila sejak 28 Ogos lalu. Kini Astro menayangkan semula telemovie itu dalam Astro First yang mendapat langganan ramai penonton. Minggu ini keluarga A R Tompel buat bantahan dan meminta Astro menghentikan tayangan teledrama tersebut. Sejak bantahan ini dibuat oleh anak anaknya A R Badul, Adlin Aman Ramli dan Amran tompel serta isterinya Rusminah Sidek, makin ramai orang melanggan telemovie tersebut dengan harga RM20.00 dengan dua siri, mencuri guruh dan pandang kaseh di mana setiap siri mengambil masa tayangan selama satu jam setengah. Siri pertama bermula Saloma dan kakaknya mariani sejak kecil. Ayahnya minat menari di kelab malam dan akhirnya bercerai dengan emak mereka bila ayahnya menikahi perempuan lain. Ayah mereka membawa mereka berdua ke Tanjung Karang. tetapi mereka lari ke Kuala Lumpur dengan menumpang lori sayaur dan menaikki kereta api kargo ke Singapura balik ke rumah emaknya. Logikkah dua budak perempuan yang baru berusia 10 tahun berani lari sejauh itu dari Tanjung Karang ke Singapura. cerita ini berdasarkan penyampain Mariani kepada anaknya Melisa saila yang mengarah telemovie ini. Ayah tiri Saloma mengalakkan Saloma menyanyi dan bakatnya dikesan oleh A R Tompel yang ada lumpulan sandiwara. Emaknya sudah melarang Saloma jangan rapat dengan Tompel yang sudah ada isteri tetapi tanpa restu keluarga, mereka berkahwin. tompel digambarkan tidak ada duit nak bayar sewa rumah dan kaki perempuan. Ini yang menimbulkan kemarahan anak anak Tompel. Akhirnya mereka bercerai. saloma dapat seorang anak dengan Tompel yang bernama Armali yang dikatakan penagih dadah. Saloma yang sudah jadi janda digelar Marilyn Monroe. Siri pertama mencuri guruh berakhir dengan perkahwiannya dengan Tompel dan akhirnya saloma menjadi penyanyi kelab malam. Siri kedua pandang kaseh merupakan hubungan Saloma dengan P Ramlee. P ramlee menawarkan Saloma berlakon dalam Seniman Bujang Lapok. Dalam adegan P Ramlee dan Saloma di taman bunga, Norizan isteri P Ramlee yang cemburu datang menyerang P ramlee. P Ramlee akhirnya bercerai dengan Norizan dan P Ramlee yang sudah jadi duda akhirnya menikah dengan Saloma. Mereka tidak dapat anak kecuali mengambil anak angkat seperti Dian P Ramlee. Seronok menonton telemovie ini walaupun bukan semua yang digambarkan oleh Melisa tepat. pada malam akhir kematian P Ramlee, beliau berbincang dengan H.M. Shah tentang filemnya Air Mata di Kuala Lumpur. Mereka bukan minum kopi tetapi minum arak tetapi melisa tidak gambarkan yang sebenarnya. memang seronok menonton telemovie ini kerana tidak sangka nabila huda dan tony eusofe dapat membawa watak saloma dan p, ramlee. yang paling mencuri perhatian sudah tentu azhan rani yang membawa watak a r tompel dengan sebaiknya. walau bagaimanapun tahniah kepada melisa saila yang berjaya mengarah telemovie ini. selepas
ini diharapkan lebih banyak biopic yang dapat kita tonton seperti kisah hidup sharifah aini.

Selasa, September 30, 2014

TIMBALAN SPEAKER JEJAS ADUN, JADI EXCO TAK JEJAS ADUN PULA

SHAH ALAM: Kesibukan tugas seorang timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan faktor PAS mungkin menolak kerusi itu, lapor portal Selangor Kini. Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata meskipun keputusan belum dibuat mengenai perkara tersebut, jika PAS menolak tawaran itu, ia kerana faktor kesibukan kerja. Katanya jawatan itu dilihat bakal menjejaskan peranan mereka untuk berkhidmat sepenuhnya sebagai wakil rakyat. "Jika PAS menolak, ia kerana PAS mahu semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang tidak dilantik menjadi exco berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam Sidang Dewan Negeri dan tidak sibuk dengan tugas timbalan speaker,” dia dipetik sebagai berkata. Katanya keputusan untuk tawaran tersebut akan diumumkan sebelum Sidang DUN Selangor pada November akan datang. Pelantikan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali minggu lalu menyaksikan rombakan barisan kepimpinan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Dalam barisan exco negeri terbaru, tiga Adun PAS dilantik sebagai exco berbanding empat sebelum ini. Ini dilihat menimbulkan lagi konflik sedia ada Pakatan Rakyat dalam isu Selangor. Namun Azmin mempertahankan tindakannya dengan menyatakan kerusi tersebut akan diberikan kepada exco PAS yang tidak dilantik semula. Jawatan timbalan speaker dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR. Semalam, memetik daripada laman Facebook beliau, Iskandar yang juga Adun Chempaka turut membuat kenyataan sama dengan menegaskan masih belum ada sebarang kata putus berhubung tawaran tersebut. Perkara itu juga tidak dibangkitkan dalam pertemuan exco dan mantan exco PAS dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam semalam, kata Iskandar.

Khamis, September 25, 2014

KISAH SEORANG SETIAUSAHA POLITIK

Hari ini saya bersama Abdullah Karim (Tapa) menemui bekas Setiuasaha Politik Ketua Menteri Melaka, Datuk Nordin Yaani di rumahnya di Alor Gajah, Melaka. Ketika Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menjadi Ketua Menteri Melaka (1982-1994), Nordin menjadi setiausaha politiknya. Beliau begitu dipercayai oleh Rahim. Sesiapa yang mahu menemui Rahim, tidak perlu menemui Rahim, cukup menemui Nordin sahaja untuk menyelesaikan masalah. Pernah orang mengadu kepada Rahim mengenai tindak-tanduk Nordin, Rahim jawab," apa yang Nordin cakap itu adalah cakap sayalah". Jadi orang tak bernai menyanggah Nordin kerana apa sahaja tindakan Nordin adalah direstui Rahim. Begitu besarnya peranan setiausaha politik menteri di zaman dahulu seperti mana peranan Tan Sri Abdullah Ahmad (Dolah Kok Lanas) ketika menjadi Setiausaha Politik Tun Razak. Mengimbau kembali peranannya di zaman Rahim, Nordin berkata Rahim beritahunya selagi saya jadi ketua menteri, kamu ikut saya sebagai setiausaha politik. Nordin patuh kepada Rahim sehinggalah Rahim jatuh, barulah Nordin mendapat tempat bertanding di DUN Sungai Udang pada tahun 1995 hingga 1999. Beliau menang dan terus dilantik Exco Pertanian Negeri Melaka sepenggal. Nasibnya kurang baik kerana pada pilihanraya umum 1999, beliau digugurkan bertanding. Kini berusia 73 tahun beliau kelihatan sihat dan ketika kami sampai di rumahnya, beliau sedang berkebun di balakang rumahnya. Apa yang menarik pada tahun 1994, Rahim mahu Tan Sri Ali Rustam menjadi Ketua Menteri selepas beliau tetapi ada orang menasihati Rahim supaya melobi Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melantik timbalan ketua bahagian alor gajah, Datuk Mohd Zain sebagai Ketua Menteri yang baru. Katanya, jika Ali jadi Ketua menteri susah bagi rahim mahu kembali semula dalam politik Melaka. Sebaliknya kalau zain yang jadi ketua menteri, senang bagi Rahim muncul kembali dalam politik kerana sebagai timbalan ketua bahagian sudah pasti Zain setia kepada Rahim. Tapi Ali sudah ditakdirkan Allah menjadi Ketua Menteri juga selepas Datuk Abu Zahar Isnin pada tahun 1999. Lambat lima tahun kerana sepatutnya pada tahun 1994 beliau yang menggantikan Rahim Thamby Chik. Rahim berjaya membersihkan namanya apabila kesnya tidak dibawa oleh Peguam Negara ke mahkamah. Peguam Negara dapati tidak ada kes. maka Rahim mahu kembali aktif semula menjadi ketua bahagian alor gajah yang kini diketuai Zain yang juga Ketua Menteri Melaka pada tahun 1995. Rahim bercadang melawan Zain tetapi Nordin menemui Zain dan beritahunya bahawa dia cadang pujuk Rahim tanding timbalan dan beri laluan percuma kepada Zain yang sudah jadi ketua menteri. Nordin pergi temui Rahim di rumahnya di Melaka. Nordin tawarkan jawatan yang disandangnya timbalan ketua bahagian kepada Rahim dan beliau sedia tidak bertanding sebarang jawatan asalkan zain menang tanpa bertanding sebagai ketua bahagian. Sebagai ketua menteri tidak manis jawatan ketua bahagian dicabar. rahim setuju dengan kompromi itu di mana zain kekal ketua bahagian, rahim bertanding timbalan dan Ibrahim durum sebagai naib ketua. tetapi Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden Umno tidak mahu Rahim aktif semula dalam politik. Anwar arahkan Zain supaya memanggil Nordin bertanding timbalan menentang Rahim. Sebagai Exco yang patuh kepada ketua menteri, Nordin terpaksa melawan bekas bossnya Rahim. Sebenarnya bukan Nordin lawan rahim tapi Rahim yang mencabar Nordin kerana ketika itu beliau adalah penyandang jawatan timbalan ketua bahagian. Rahim dapat 90 undi manakala Nordin mendapat 220 undi. Beliau dianggap sebagai melawan taukeh walaupun Rahim tahu Nordin melawannya kerana arahan Anwar ibrahim. Begitulah politik tidak ada kawan yang kekal dan musuh yang abadi. Tapa rapat dengan Nordin sewaktu beliau jadi setiuasaha politik ketua menteri. Suatu hari Nordin beritahu Tapa supaya isi borang untuk dicalonkan pingat PJK. tapa sebagai wartawan majalah perempuan menerima PJK dari Yang Dipertua Negeri Melaka atas cadangan Nordin Yaani. Begitulah kawan yang menolong kawan. Walaupun kawan saya pernah jadi srtiausaha politik menteri besar tapi dia tak pernah panggil saya supaya ambil pingat walaupun kami sama sama aktif dalam politik. Tapi ketika anak saya minta kerja, dia tolong anak saya dapat kerja. Menurut Nordin Yaani, jadi setiausaha politik dahulu seronok menolong orang. Berbeza dengan sekarang ramai setiausaha politik menteri ada kepentingan perniagaan dan mereka bukan ikhlas mahu menolong rakyat.Katanya, jadi setiausaha politik lebih seronok dari exco. beliau kini menerima pencen exco dan setiuasaha politik lebih kurang RM6,00sebulan dan tak berniaga pun. Hanya beliau aktif dalam Perkasa negeri melaka sebagai Y
ang Dipertua.

Rabu, September 24, 2014

AZMIN TAKKAN LANTIK BEKAS EXCO PAS PENGKHIANAT?

PETALING JAYA, 24 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali hari ini enggan mendedahkan barisan Exco kerajaan negeri bayangannya sehingga Jumaat. Beliau berkata ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendapatkan persetujuan daripada parti sekutunya iaitu DAP dan PAS. "Adalah tidak adil untuk saya dedahkan butiran perbincangan, kerana ini melibatkan semua ketiga-tiga parti, bukan PKR sahaja," kata ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini. Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan barisan Exco kerajaan negeri Selangor, Jumaat ini. Menurut beliau, mesyuarat mengenai calon barisan Exco yang pertama sudah diadakan semalam dan kini di peringkat kedua dengan keputusan akhirnya akan dicapai esok. Ditanya respons DAP dan PAS, Mohamed Azmin berkata biarpun pemimpin tertinggi PAS sedang sibuk bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan, namun beliau sentiasa berkomunikasi tentang senarai Exco. Pilihan raya kecil itu akan berlangsung esok berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) pada 20 Ogos lepas. Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. -- BERNAMA NMA NAA RV RHM

Selasa, September 23, 2014

MB TAK MAHU TASIK KENYIR JADI GAJAH PUTIH

KUALA TERENGANU, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu akan meneruskan segala projek yang dirancang sebelum ini dengan menambah baik atau disesuaikan mengikut keperluan serta keadaan semasa. Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata segala perancangan perlu ada penambahbaikan dan penyesuaian termasuk dari segi pelaksanaannya. "Sebab itu kerajaan bercadang untuk menubuhkan Majlis Pembangunan Pelancongan Negeri Terengganu, yang berperanan membantu kerajaan bagi mengenal pasti apakah keperluan yang akan dilaksanakan di Tasik Kenyir untuk memastikan tasik itu tidak menjadi projek Gajah Puteh. "Kita tidak mahu perkara yang telah kita laksanakan (zon bebas cukai Tasik Kenyir), tidak diteruskan yang nanti akan menimbulkan masalah kerana rakyat akan melihat bahawa projek itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan ada lagi yang belum dilaksanakan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13 di sini hari ini. Ahmad Razif berkata beliau turut mendapat komitmen daripada kerajaan pusat yang akan membantu bagi membangunkan Tasik Kenyir yang dijangka akan dibuka pada Sept tahun depan. "Kita mahu pelabur-pelabur dari luar dan dalam negara untuk sama-sama membangunkan tasik itu bagi memastikan impaknya nanti akan dapat dinikmati negeri ini dan rakyat keseluruhannya. Menjawab soalan tambahan Hanafiah Mat (PAS-Cukai) yang mencadangkan kerajaan supaya semua kerja perlu dilakukan secara tender terbuka, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan memberi perhatian serius mengenai perkara ini. Katanya ini kerana dasar kerajaan negeri Terengganu sekarang ialah berbelanja secara berhemah.

AKHIRNYA ANAK SINGAPURA JADI MB SELANGOR

SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pelantikan itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama di sini petang ini. "Ya saya sahkan surat pelantikan (sebagai menteri besar baharu) telah diserahkan kepada Mohamed Azmin padas Isnin. "Pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Mohamed Azmin dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu," katanya ketika diminta mengesahkan pelantikan Mohamed Azmin berikutan surat pelantikan itu yang tersebar luas di media sosial pada Isnin. Mohamed Azmin ketika ditemui oleh wartawan di Ibu Pejabat PKR di Damansara, lewat petang ini, turut mengesahkan menerima surat pelantikan tersebut dan menerima secara positif jawatan itu. Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 Selasa pagi. Pengesahan daripada Mohamed Azmin dan Mohamad Munir itu sekali gus menamatkan teka teki siapa pengganti Abdul Khalid bagi mengisi jawatan tertinggi pentadbiran Selangor itu. Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu awal hari ini memberitahu Bernama bahawa nama menteri besar Selangor yang baharu hanya akan diumumkan Selasa pagi. Ini kerana Sultan Sharafuddin Idris Shah belum memberi perkenan untuk pihaknya mengumumkan pelantikan itu, katanya. Ketika ditanya mengenai penyebaran surat pelantikan itu di media sosial, Mohamad Munir berkata ia berada di luar kawalannya. "Kita memang ingin umumkan nama menteri besar yang baharu esok sekali dengan penjelasan mengapa pihak istana memilih Mohamed Azmin sebagai menteri besar Selangor yang baharu. Saya tidak boleh halang jika perkara ini (penyebaran surat pelantikan) berlaku," katanya. Difahamkan, salinan surat berkenaan turut diedarkan kepada pihak media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya Isnin petang. Kandungan surat bertarikh 22 Sept (Isnin) yang ditandatangani Mohamad Munir itu antara lain memaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat kuasa Selasa (23 Sept). Surat berkenaan juga meminta Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak hadir ke Istiadat Angkat Sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan menteri besar di Istana Alam Shah pada pukul 10.30 pagi pada Selasa. Sebelum ini, nama Mohamed Azmin serta dua lagi iaitu Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Selangor yang ke-15 itu. Bagaimanapun, ramalan lebih tertumpu kepada Adun Bukit Antarabangsa itu, yang genap mencapai usia 50 tahun pada 25 Ogos lepas. Ketiga-tiga Adun berkenaan telah diterima mengadap Sultan Sharafuddin baru-baru ini yang disifatkan pemerhati politik sebagai langkah untuk baginda membuat penilaian. Penggantian Abdul Khalid berlaku selepas pakatan rakyat mengambil tindakan yang dikenali sebagai "Langkah Kajang" di mana Adun Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. Bagaimanapun Anwar hilang kelayakan bertanding apabila Pendakwa Raya menang rayuan dalam kes liwat membabitkan Anwar dengan seorang pembantunya. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar bertanding dan memenangi kerusi itu. Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu tetapi tidak diperkenan oleh pihak istana. Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke-14 pada 13 Mac 2008. Dalam reaksi kepada pelantikan Mohamed Azmin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub meminta semua pihak supaya menghormati keputusan istana melantik Adun Bukit Antarabangsa itu. "Kami di pihak PAS mengambil pendekatan setiakawan dalam Pakatan Rakyat dan menghormati konsep raja berperlembagaan. "Kedua-dua pendekatan itu harus seimbang, jadi apabila pihak istana telah membuat keputusan semua pihak harus akur," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin. Sehingga berita ini ditulis, Bernama belum mendapat reaksi daripada DAP terhadap pelantikan Mohamed Azmin. Sementara itu, Naib Presiden Gerakan Datuk A.Kohilan Pillay yang menyambut baik pelantikan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor berkata timbalan presiden PKR itu kini memikul tugas besar untuk menangani kes denggi yang semakin meningkat di Selangor yang telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk. "Pelantikan menteri besar yang baharu tepat pada masanya tatkala pelbagai isu mendepani rakyat Selangor," katanya kepada Bernama. Kohilan, yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Gerakan Selangor berkata kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang itu perlu membina lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah untuk keperluan anak Selangor dan penduduk dari negeri lain yang telah berhijrah ke Selangor. Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Tan Sri M. Kayveas berkata semua orang perlu akur dengan perintah dan perkenan Sultan Selangor. Bagaimanapun, beliau berharap Azmin Ali dapat meneruskan usaha-usaha yang ditinggalkan oleh Abdul Khalid serta dapat melaksanakan tugas dengan baik. -- BERNAMA

Sabtu, September 20, 2014

MH370: ANIFAH SELAR LAPORAN AKHBAR ASING

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menolak dakwaan yang disiarkan sebuah akhbar asing berhubung juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Beliau merasa kecewa dengan akhbar berkenaan yang menerbitkan berita yang tidak sah yang semata-mata berdasarkan dakwaan seorang penyiasat kemalangan udara dari New Zealand. "Teori Ewan Wilson mengenai keadaan mental Kapten Zaharie Shah adalah tidak berasas yang hanya boleh menimbulkan rasa sedih dan trauma kepada anggota keluarga dan rakan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mengulas artikel yang diterbitkan The Huffington Post UK pada 16 Sept yang memetik seorang pakar penerbangan sebagai mendakwa kemungkinan kapten pesawat MH30 'membunuh diri' kerana sakit mental dan tindakan beliau telah menyebabkan mereka di dalam pesawat terkorban. "Tiada perasaan dan pertimbangan diberikan kepada orang tersayang mangsa yang masih menunggu khabar berita tentang kehilangan pesawat dan kesedihan yang timbul. "Ketika pengakhiran kepada peristiwa itu belum dicapai dan siasatan masih dijalankan, namun Huffington Post merasa sesuai pula untuk menerbitkannya tanpa memikirkan tentang perasaan dan kesedihan mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan," katanya. Wilson, seorang juruterbang komersial veteran yang juga penulis buku 'Good Night Malaysian 370: The Truth Behind The Loss Of Flight 370', turut mendakwa terdapat lima lagi insiden pembunuhan dan membunuh diri melibatkan penerbangan komersial. Pesawat Malaysia Airlines MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL menuju Beijing. -- BERNAMA NAN RV HM

Selasa, September 16, 2014

TPM LANCAR PERODUA AXIA

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Perodua Axia, model terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd., (Perodua) yang merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama negara dilancarkan secara rasmi hari ini. Pelancaran tersebut yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, melambangkan kejayaan Perodua dalam menghasilkan model ke-10 syarikat itu sejak ditubuhkan pada tahun 1993. Model Axia yang turut digelar kereta kompak hijau didatangkan dalam empat varian iaitu Standard E, Standard G, Edisi Khas dan Advance dengan jaminan pengeluaran selama lima tahun. Berkonsepkan EEV, Perodua Axia dengan kuasa enjin 1.0 liter mampu memberi penjimatan bahan api sehingga 21.6 kilometer bagi setiap liter dan ditawarkan dengan pelbagai fungsi unik. Dengan menyasarkan pengguna daripada pelbagai peringkat kumpulan, Perodua Axia ditawarkan pada harga atas jalan bermula serendah RM24,900 hingga RM45,300 sebuah bagi pasaran Semenanjung Malaysia. Perodua Axia merupakan model pertama dihasilkan di kilang baharu Perodua yang juga berkonsepkan cekap tenaga iaitu Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. dengan sokongan syarikat pengeluar kereta Jepun, Daihatsu Motor Company. Yang turut hadir sempena pelancaran itu ialah Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin; Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa dan Pengerusi Daihatsu Motor, Koichi Ina. Muhyiddin ketika berucap dalam majlis itu berkata, kesanggupan untuk melabur dalam industri automotif seperti yang dilakukan Perodua mampu membantu mencapai sasaran menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan EEV menjelang 2020 seperti termaktub dalam Polisi Automotif Kebangsaan (NAP) 2014. "Bagi Malaysia, harapan kami bukan sahaja menjadi hab EEV pada tahun 2020 tetapi merangkumi kitaran industri automotif hijau. "Model baharu ini akan meletakkan penanda aras dalam soal kualiti, pengurusan kos serta produktiviti dalam pasaran EEV dan Perodua telah membuktikan kemampuannya untuk bersaing serta berkembang di negara ini," katanya. Sementara itu, beliau berkata, industri automotif merupakan antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan jumlah RM30 bilion pada tahun lalu serta menawarkan sebanyak 550,000 peluang pekerjaan. Menurutnya, sebanyak 150,000 peluang pekerjaan baharu dalam industri itu dijangka diwujudkan menjelang 2020 dengan 80 peratus daripadanya merupakan pekerja mahir dan separuh mahir tempatan.

Isnin, September 15, 2014

PAS SENGAJA PERLEKEH GELARAN USTAZ CALON BN

TUMPAT, 15 Sept (Bernama) -- Tindakan PAS memperlekehkan gelaran ustaz pada Mat Razi Mat Ail disifatkan sebagai sengaja untuk menghina calon Barisan Nasional (BN) kerana calon mereka bukan dalam kalangan ustaz pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata tindakan PAS itu juga menunjukkan kedangkalan parti itu tentang gelaran sebenar ustaz yang merujuk kepada maksud sebagai tuan, guru, ketua ataupun profesor jika di Mesir. "Tak perlu timbul masalah ini. Yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa dirinya ustaz. Mungkin dia buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustaz. "Artis-artis yang masuk PAS juga digelar ustaz dan ustazah...tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya," katanya kepada pemberita di Pusat Daerah Mengundi Telaga Bata di sini, hari ini. Sebelum ini PAS mempertikaikan gelaran ustaz diberikan kepada Mat Razi yang disifatkan tidak layak diberi gelaran itu kerana calon BN itu bukan seorang guru agama sepenuh masa. Fathul Bari mendakwa tindakan PAS itu juga sebenarnya bertujuan untuk membunuh karektor calon BN. "Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN. Ini bukan cara Islam yang sepatutnya kita bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu atau cara memakai jubah dan berkopiah calon BN ini," katanya. Beliau berkata PAS perlu melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebelum ini yang menyebut syarat menjadi menteri besar sendiri tidak menyebut ia semestinya seorang ulama. PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 25 Ogos lepas akibat kanser hati. Mat Razi akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. Hari pengundian ditetapkan 25 Sept ini. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. -- BERNAMA ZBI AZE RHM

HADI DAKWA PAS TAK BERANI SALAHGUNA WANG RAKYAT

TUMPAT, 15 Sept (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu berjaya memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun kerana pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan. Beliau berkata itulah rahsia pimpinan PAS di Kelantan yang menurutnya tidak berani menyalahgunakan wang kerana bimbangkan dosa dan pahala. "Inilah rahsianya, (pemimpin PAS) tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan salah laku dan tidak terlibat dengan macam-macam lagi," katanya dalam ceramah pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini lewat malam tadi. Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan tidak melakukan perkara yang salah dan mendakwa hanya parti itu yang memperjuangkan agama Islam di negara ini yang tidak memisahkan antara agama dan politik. Beliau kemudian menggunakan pentas ceramah tersebut untuk mencaci Umno dengan mengatakan anggota parti itu boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka kerana Umno memisahkan agama dan politik. Walaupun sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa isu royalti minyak tidak harus dijadikan modal untuk berkempen pada pilihan raya kecil ini kerana ia sudah menjadi kes mahkamah, namun Abdul Hadi masih berdegil dan menyentuh perkara itu. Pada PRK DUN Pengkalan Kubor, calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, 48, akan ditentang calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47. PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. Hari pengundian ditetapkan 25 Sept. -- BERNAMA RHO BD RHM

Ahad, September 14, 2014

GELARAN USTAZ DIBERI OLEH MASYARAKAT KATA MAT RAZI

TUMPAT, 14 Sept (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail berkata beliau tidak meminta dipanggil 'ustaz', namun itu gelaran yang diberikan masyarakat atas khidmat bakti beliau membina Pondok Agama Simpangan di sini. Mat Razi berkata walaupun beliau merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah) Tumpat dan berpakaian formal ketika berada di pejabat, namun ia tidak menghalang beliau memakai jubah di rumah. "Soal panggilan adalah perkara biasa dan bukan satu masalah kepada saya. Kita sebagai pegawai kena pakai pakaian rasmi bila bertugas. Bila di rumah saya berjubah dan perkara ini bukan dilakonkan. Kalau esok nak diumum jadi calon hari ini baharu nak berjubah, ia akan nampak 'kekok'," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Telok Jering di sini, hari ini. Mat Razi, 48, menjawab tuduhan dilemparkan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang menganggap beliau tidak layak dipanggil ustaz kerana pernah bekerja sebagai penjawat awam dan berpakaian formal ketika menjalankan tugas. Laporan media sebelum ini melaporkan Wan Rosdi memperlekehkan Mat Razi dengan menuduh bekas pegawai kerajaan itu sebagai ustaz yang kurang kewibawaannya seperti digembar-gemburkan. Mengulas mengenai penerimaan masyarakat terhadap beliau, Mat Razi berkata penerimaan masyarakat setakat ini amat baik dan ada yang bersyukur selepas beliau diumumkan sebagai calon BN bagi DUN itu. "Ini mungkin kerana saya sentiasa bersama Allahyarham (Datuk Noor Zahidi Omar) membantu penduduk terutama dalam soal pendidikan anak-anak di sini," katanya. Dalam pada itu, Mat Razi sekali lagi mengulangi pendirian beliau untuk terus membantu masyarakat dalam DUN Pengkalan Kubor bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Noor Zahidi. "Insya Allah jika saya dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), saya akan teruskan projek-projek terbengkalai yang tidak sempat disempurnakan oleh Allahyarham selepas beliau jatuh sakit," katanya.
PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, Wan Rosdi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47. PRK DUN itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 25 Sept ini. -- BERNAMA FBA BD MK

Sabtu, September 13, 2014

PRK PENGKALAN KUBOR: PEMUDA TIDAK KECEWA

TUMPAT, 13 Sept (Bernama) -- Pemuda Umno tidak seharusnya patah semangat apabila Ketua Pemuda Umno Bahagian Tumpat Rosidi Kamarudin Mahmod tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor. Sebaliknya Ketua Pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail untuk memenangi pilihan raya PRK itu pada 25 Sept ini. "Kita sokong siapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti," katanya semasa berucap melancarkan skuad pemuda bermotosikal di perhentian bas Tumpat di sini, Sabtu. Turut hadir Rosidi yang sebelum ini disebut-sebut antara mereka yang layak bertanding pada PRK itu. Mat Razi, 48, bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47. PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. Khairy berkata mulai hari ini jentera pemuda mesti bekerja kuat sehingga ke hari pengundian bukan sahaja setakat untuk menang sahaja tetapi mahu kemenangan dengan mendapat majoriti yang lebih besar. Beliau berkata undi dari golongan muda boleh menjadi penentu kemenangan disebabkan 45 peratus daripada jumlah pengundi di kawasan itu terdiri daripada golongan muda. Sejumlah 24,039 pemilih berdaftar terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) layak mengundi pada PRK itu. Katanya pemuda mesti menjadi benteng di hadapan untuk menghadapi parti lawan termasuk penyebaran fitnah sepanjang kempen seperti tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri. -- BERNAMA

Sabtu, Ogos 30, 2014

CADANGAN IDRIS HARON ADA WOW FAKTOR KATA AHMAD MASLAN

MELAKA, 30 Ogos (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Melaka akan mencadangkan penubuhan cawangan Umno Maya yang disasar kepada golongan muda dan kumpulan profesional bagi menarik mereka ke dalam perjuangan parti serta mengundi Barisan Nasional (BN). Ketua Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron, yang juga Ketua Menteri, berkata penubuhan cawangan itu adalah bersyarat iaitu memiliki sekurang-kurangnya 100 ahli dan mereka dikehendaki memberi jaminan akan mengundi BN pada pilihan raya umum. "Kita menyasarkan keahlian cawangan itu terdiri daripada pelajar kolej dan universiti yang layak mengundi, yang tidak dapat memasuki satu-satu cawangan secara fizikal kerana sesuatu sebab tertentu. "Mereka dibenar menubuhkan cawangan maya itu kerana terdapat cawangan yang ada mempunyai 'pintu', ini tak boleh, esok nak lawan aku, jadi mereka ini akan kecewa. "Kita tidak mahu mereka yang kecewa tidak dapat menganggotai cawangan akan beralih menyokong parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tangga Batu di Dewan Kompleks Penjara Sungai Udang hari ini, yang dirasmikan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Turut hadir bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Sementara itu, Ahmad berkata cadangan penubuhan cawangan Umno Maya akan diperhalusi daripada aspek kebaikan dan keburukan selepas Umno Melaka menghantar permohonan bertulis. "Secara peribadi, (saya berpendapat) cadangan ini mempunyai faktor 'wow' untuk membantu parti dan kerajaan," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata anggota Umno berdiri teguh bersama-sama Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Najib. "Tugas saya sebagai Ketua Penerangan ialah menjelaskan perkara-perkara yang ditegur oleh Tun Dr Mahathir, dan penjelasan perlu dibuat tanpa kita memburukkan beliau yang kita amat-amat hormati sebagai negarawan negara," katanya. Antara isu yang dibangkit bekas perdana menteri itu ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). -- BERNAMA NO NO SBB

Jumaat, Ogos 29, 2014

MINGGU TERAKHIR MENGUMPUL BAHAN

Minggu ini adalah minggu terakhir saya mengumpul bahan-bahan untuk buku Ayer Molek Menuju Pemodenan. Minggu hadapan, mulai 1 September, saya mula menulis buku tersebut setelah mengumpul bahan selama empat minggu di kg ayer molek, masjid tanah. Seronok berada di kg ayer molek di mana masyarakat berbilang kaum hidup dalam aman damai. Di sini lahirnya sebuah cinta di mana cucu cicit Tok Kamad yang membuka kg ayer molek telah mencipta sejarah tersendiri di daerah alor gajah ini. Isnin lalu saya tak dapat ke melaka kerana Dol sibuk di ofis. hari selasa baru kami ke Melaka meneruskan penghumpulan bahan. hari Rabu kami ke pejabat perbadanan kemajuan negeri melaka di MITC mencari abdul rahim ibrahim anak ayer molek yang bekerja di situ. Rupa-rupannya beliau sudah pencen. kami berjaya dapat nombor handphone rahim dari rakan sepejabat tetapi tersalah orang abduk rahim orang tangga batu sedangkan kami mencari abdul rahim orang ayer molek. kami singgah di PLKN Warisan yang terletak di pinggir kg ayer molek menemui pengurus kem, sabani orang alor gajah yang duduk di semenyih. kebetulan pelatih plkn baru tiga hari masuk jadi kami berpeluang melihat mereka belajar berkawad. operator plkn orang kl menyewa tanah milik ayah ahli parlimen masjid tanah, yb mas ermieyati seluas 25 ekar. panorama plkn itu amat menarik di tepi sungai Linggi. Sering kelihatan buaya timbul di sungai tersebut tetapi buaya itu tidak ganas. Namun demikian Othman penduduk kampung ayer molek pernah digigit buaya ketika menjala ikan. Sejak itu osman dikenali sebagai Man Buaya. Esoknya saya pergi ke FELCRA RAmuan China bertemu pengurusnya Encik Rozi untuk mengetahui perkembangan FELCRA Ayer Molek I dan Ayer Molek II. Saya tak perasan FELCRA Ramuan China adalah rancangan tanah belia seperti FELCRA Bukit kepong dan FELCRA Sungai Ara. Ketika saya bekerja dengan FELCRA pada tahun 1983-1986 saya tak pernah melawat rancangan FELCRA Ramuan China kerana yang sering saya lawati ialah FELCRA Sungai Ara dan FELCRA Bukit Kepong.Tak sangka pula berhampiran Ayer Molek ada rancangan tanah belia FELCRA. Saya sempat menemui Isa Ahmad abang Datuk Nordin, owner Vas Aero Sdn Bhd. menurut Isa, adiknya Datuk Nordin duduk bersamanya dan beliau lebih rapat dengan isterinya berbanding dengannya yang kelihatan serius dengan adik-adiknya Datuk Nordin dan Zakaria. Ibu mereka, che Mah berasal dari Kg ayer Molek Melaka yang berhijrah ke kg ayer molek,kuala sungai baharu. rupa-rupanya Hajah Kamariah atau Kontek yang kami temui di kg Ayer Molek, melaka minggu lepas adalah kakak iparnya. Sema;lam Imam Bahari berangkat ke kelana jaya untuk menunaikan fardhu haji. masjid mengadakan majlis melepaskan Imam Bahari yang berangkat ke Kelana jaya dari masjid. Orang ramai yang menghantar Imam Bahari sambil berarak ke hujung jalan dan sudah tentu majlis ini amat memilukan kerana belum tentu orang yang pergi ke Mekah akan kembali dengan selamat. Namun demikian kami mendoakan beliau selamat pergi dan kembali. Minggu ini adalah minggu terakhir mengumpul bahan. Minggu depan saya mula menulis hasil koleksi bahan-bahan yang dikumpul selama sebulan kecuali wawancara dengan ketua menteri, datuk seri idris harun; ahli parlimen masjid tanah, yb mas ermiyati; pegawai daerah alor gajah yang belum diadakan lagi. Diharapkan ketiga-tiga wawancara ini dapat diadakan dalam masa terdekat. Hari ini kami tiba di Kl jam 4 petang kerana temujanji dengan prof Madya Dr Ramli khamis,74, anak ayer molek yang pertama masuk universiti di Equin park. beliau pernah bekerja dengan Felda dan MAS akhirnya membuka syarikat pendidikan yang menguruskan pelajar ambil MBA dari Universiti of Buckingham,UK. Beliau merupakan anak ayer molek yang memasuki MCKK di mana sebelum diterima belajar di situ, beliau kena lulus tiga peperiksaan.

Rabu, Ogos 27, 2014

PROSES MENUKAR MB MAKAN MASA TUJUH BULAN

SHAH ALAM, 26 Ogos (Bernama) -- Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu. 27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu. Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu. 26 FEBRUARI: Abdul Khalid mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka. 26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam. 21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid. 22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. 25 JULAI: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. 1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. 4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana. 5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. 6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab. 9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta. Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang. 10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos. 11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar. 11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya, Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau. 12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu. Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Selain itu, keenam-enam exco itu dilaporkan berkata dalam urusan yang membabitkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. 12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya. Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor. 13 OGOS: Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat MMKN dengan dihadiri empat anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS dan tiga pegawai ex-officio. 13 OGOS: Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Khalid mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa semalam (12 Ogos). Beliau turut mengesahkan surat pemecatan kepada seorang anggota Exco daripada PKR Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara. Abdul Khalid juga berkata jumlah korum yang menghadiri mesyuarat MMKN memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah. 14 OGOS: Abdul Khalid mengesahkan pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada Rodziah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) berkuat kuasa hari ini (14 Ogos). 14 OGOS: Dr Wan Azizah pada sidang akhbar di Subang Jaya hari ini mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti daripada 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor. Turut menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu ialah Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin, kedua-duanya daripada PAS. Abdul Khalid bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata dakwaan Dr Wan Azizah itu perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di DUN Selangor, sebagaimana yang termaktub mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. 14 OGOS: PAS Selangor dalam satu kenyataan memberi tempoh 24 jam kepada Hasnul dan Saari untuk menarik balik pendirian mereka yang menyokong Dr Wan Azizah atau berdepan dengan tindakan disiplin daripada parti. 15 OGOS: Sultan Selangor telah menitahkan Abdul Khalid supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman mengenai jawatan menteri besar sehingga baginda pulang ke tanah air pada 27 Ogos ini. 17 OGOS: PAS mengumumkan tidak menyokong lagi kepimpinan Abdul Khalid dan mencalonkan dua nama, Dr Wan Azizah dan Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid. 17 OGOS: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bermesyuarat kemudiannya memutuskan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar Selangor. 20 OGOS: PKR dipanggil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 28 Ogos ini berhubung aduan Abdul Khalid yang menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR memecat beliau dari parti pada 9 Ogos lepas melanggar perlembagaan parti. 21 OGOS: PAS Selangor mengumumkan tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. 23 OGOS: Abdul Khalid berkata beliau akan memutuskan tarikh untuk menghadap Sultan Selangor berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar pada Isnin ini. 24 OGOS: PKR mengakui wujud situasi ketidaktentuan dalam Pakatan Rakyat berikutan masih belum menerima sokongan sepenuhnya daripada PAS berhubung keputusan mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. 24 OGOS: Anwar berkata kelemahan Abdul Khalid dalam menangani masalah perbandaran di Selangor merupakan sebab utama beliau perlu melepaskan jawatan sebagai menteri besar. 25 OGOS: Abdul Khalid mengesahkan beliau akan menghadap Sultan Selangor pada 26 Ogos bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berkata 13 Adun PAS Selangor tidak akan menandatangani surat akuan bersumpah yang diminta oleh PKR bagi mengesahkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor. 26 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan Shah Alam. Dalam sidang media kemudian, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau telah memohon untuk meletak jawatan sebagai menteri besar tetapi Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya itu sehingga pelantikan baharu ditentukan. Abdul Khalid berkata baginda menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti itu sebagai calon menteri besar Selangor. Ini bagi memudahkan baginda menentukan dan memberi perkenan kepada calon yang berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar. -- BERNAMA