Memaparkan catatan dengan label hassan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hassan. Papar semua catatan

Selasa, Disember 09, 2014

FUAD HASSAN DALAM KENANGAN

Semalam kita dikejutkan dengan berita kematian Ketua Pengarah JASA, Datuk Fuad Hassan.Beliau adalah bekas ADUN, bekas Exco Kerajaan Selangor dan bekas Exco Pemuda Umno Malaysia. Beliau adalah anak guru mengaji alquran, Tan Sri Hassan Azhari. tiga orang anak Hassan yang popular ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pelakon drama tv, Datuk Jalaludin Hassan dan Fuad.Fuad dikatakan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya pernah mewawancara Musa untuk akhbar Warta Parlimen Kepala Batas pada tahun 2007, Musa yang menyiasat kes liwat anwar mendapat tentangan dari Fuad yang tidak percaya bekas Presiden ABIM itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.Apabila Musa jelaskan buktinya barulah Fuad percaya dan terus beliau menyokong datuk seri dr mahathir mohamad.Musa seorang yang tegas dengan adiknya Fuad.Fuad main bola dan miss solat maghrib Musa tampar adiknya itu ketika remaja. Malam tadi kami berkumpul di Nagas bersama Shahabudin Embun, Din Seputeh, Yusof Meràh, Yusof Soulu,Najib, Mat Gonjeng, Mat Yahya, Suhaimi dan Fakhrul Azmàn Abu Bakar. Shahbudin Embun kecewa sampai lambat di kubur di Taman Teratai kerana tiga jam dia cari rumah Fuad tak jumpa. Dia call dua orang pegawai JASA nak tanya alamat rumah Fuad tapi mereka tutup handphone.Shahabudin rapat dengan Fuad. Fuad yang pemurah selalu beri duit kepadanya.Yusof Merah sempat sampai awal di rumah Fuad. Masa itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi buat tahlil untuk arwah.ramai orang politik yang datang termasuk Najib, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Tib yang kini bersama Pas.shAhabudin kata arwah orang yang baik yang perihatin dengan kawan kawan. Sewaktu saya menjadi penolong editor akhbar watan pada tahun 1987 ada wartawan kami buat tinjauan menghentam Fuad sebagai wakil rakyAt tetapi boss kami Datuk Hushamudin yaacob datang menemui kami suruh buang tinjauan satu muka penuh itu kerana fuad sudah call Husamuddin.Alfatihah buat Fuad hassan.

Khamis, September 02, 2010

MUSA HASSAN KPN YANG BERJAYA


Tan Sri Musa Hassan mengakui masanya sudah sampai untuk beliau berundur sebagai Ketua Polis Negara atas faktor usia.

Dalam raut wajah ceria tanda puas, kata Musa, beliau tidak sedikitpun berasa kecewa sepanjang 41 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PRDM).

''Saya telah memberikan seluruh jiwa raga saya sepenuhnya kepada pasukan polis dan sampai masanya saya berundur oleh kerana telah cukup umur.

'Di sini, saya juga telah melatih timbalan saya (Tan Sri Ismail Omar) dan saya berharap dia akan meneruskan kesinambungan kepimpinan untuk memperbaiki lagi pasukan polis.

''Mengenai perancangan yang telah kita lakukan termasuklah penyusunan semula pasukan polis, saya telah memberitahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalan saya untuk meneruskan perancangan yang kita lakukan," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Nasihat Musa kepada Ismail yang bakal menggantikannya menerajui kepimpinan PDRM selepas 12 September ini, supaya menerajui pasukan itu dengan baik.

''Pasukan polis kita kena elok untuk menjaga keselamatan negara dan menjalankan tugas dengan baik serta mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat," katanya.

Menurut Musa, memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara merupakan cabaran terbesar namun beliau tidak pernah gentar menghadapi semua cabaran itu.

''Kita perlu kuat untuk menghadapi cabaran dan selagi kita melakukan tugas dengan ikhlas mengikut peruntukan undang-undang, maka kita tidak perlu takut kepada sesiapa dan saya rasa telah menghadapi semua di sini.

''Apa yang penting ikhlas. Kalau kita nak cakap apa pun kita kena cakap ikhlas, jangan selindung nanti orang tidak percaya kepada kita," katanya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan apa jua cadangan yang diberikan untuk penambahbaikan pasukan polis sepanjang perkhidmatan beliau.

''Itu merupakan satu sokongan kuat kerajaan kepada pasukan polis dan saya ingin menentukan pasukan polis dalam keadaan yang terbaik supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan mendapat kepercayaan daripada masyarakat," katanya.

Sewaktu menjadi editor akhbar Warta Parlimen Kepala Batas, saya pernah menemubual eksklusif dengan Tan Sri Musa Hassan. Pada hemat saya, beliau adalah orang yang cool menjawab soalan-soalan panas dari saya.

Kita tidak akan temui lagi seorang KPN yang warak seperti beliau. Beliau adalah anak sulung kepada Tan Sri Hassan Azahari seorang guru agama yang terkenal di Kuala Lumpur. Nama beliau menonjol setelah menjadi pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999.

Sudah tentu apa yang disiasatnya tidak dipercayai oleh ahli keluarga kerana adiknya, Datuk Fuad Hassan adalah kawan baik Anwar. tetapi demi tugas, Musa telah menjalankan siasatannya sehingga Anwar didakwa di mahkamah dalam kes liwatnya yang pertama.

Sebagai orang yang tegas, Musa digeruni oleh anak-anak buahnya. Apatah lagi beliau begitu serius membenteras rasuah di kalangan anggota polis. Malah beliau begitu serius mahu melihat anggotanya berdisiplin. Mana-mana anggotanya yang engkar diambil tindakan disiplin termasuk buang kerja.

Jasa beliau di Bukit Aman amat besar. Oleh itu beliau tetap dikenang dalam sejarah sebagai salah seorang KPN yang banyak membawa perubahan dalam pasukan polis. Selamat bersara Tan Sri!