Khamis, Julai 14, 2011

APA MOTIF PAK LAH?


Dua hari lepas dalam posting saya, Bekas Menteri Pengkhianat Bangsa? saya tak sebut nama bekas menteri yang mengatur temujanji si pundek Ambiga dengan Yang Dipertuan Agong. Tetapi oleh kerana semua orang sudah tahu bekas menteri kanan yang dimaksudkan itu ialah Pak Lah, maka kita tertanya-tanya apa motif Pak Lah berbuat demikian.

Malah dalam Malaysiakini Pak Lah mengaku ada menemui Ambiga sebelum perhimpunan haram 9 Julai itu dan kononnya beliau telah menasihati Ambiga jangan adakan demonstrasi jalanan.

Menurut sumber, Pak Lah begitu kecewa apabila Najib tidak lantik menantunya, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri atau menteri. Kata sumber itu lagi, Pak Lah dikatakan setiap dua minggu sekali mengadap Najib minta Najib lantik menantunya sebagai timbalan menteru atau menteri.

Najib tidak respon kepada permintaan Pak Lah kerana kuasa melantik menteri adalah prerogatif beliau. Siapa sahaja mahu jumpanya, Najib layan tetapi Najib ada pertimbangan sendiri untuk lantik siapa sebagai menteri dan timbalan menteri.

Sebagai ketua pemuda, KJ sepatutnya tidak perlu memburu jawatan menteri. Buktikan diri anda hebat sebagai ketua pemuda, barulah Najib boleh pertimbangkan untuk melantiknya sebagai menteri selepas pilihanraya umum akan datang. Kenapa Pak Lah bimbang dengan kedudukan menantunya.

Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Marah kepada Najib tak lantik menantunya sebagai menteri, Pak Lah sanggup bersekongkol dengan Ambiga. Sewaktu Pak Lah jadi PM, Dr Mahathir sering mengkritiknya, kini giliran Pak Lah pula mengganggu Najib sebagai PM. Oleh itu Pak Lah cukuplah buat kerja mengarut.

Kerana andalah, Pak Lah, BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum 2008.Belum pernah BN menang sebegini teruk. Lima negeri kalah. Itu pun Pak Lah yang khayal dengan Islam Hadhari masih mahu memegang jawatan. Selepas diberi kata dua oleh Rafidah dalam mesyuarat majlis tertinggi UMNO kononnya Ku Li akan mendapat pencalonan bagi jawatan Presiden UMNO, barulah Pak Lah setuju untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Pak Lah gagal sebagai PM kerana di zaman Dr Mahathir Raja tidak berani bersuara. Sebaliknya di zaman Pak Lah, Raja berani menolak cadangan UMNO untuk melantik menteri besar.Inilah kelemahan Pak Lah.

Zaman awak sudah berlalu pak lah. Tak payah ganggulah Najib yang sibuk buat transformasi walaupun transformasi semestinya bermula di pejabat PM sendiri seperti kata Sang Kelembai dalam blognya, www.zaharinmy.blogspot.com

GARA-GARA BERSIH: PAVILION KL RUGI


Gedung beli-belah mewah Pavilion KL menganggarkan kerugian kira-kira 60 peratus pengunjung Sabtu lepas ekoran perhimpunan haram di pusat bandar.

Ketua pegawai eksekutif runcit Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Joyce Yap berkata perniagaan di gedung itu terjejas teruk pada hari Sabtu memandangkan kebanyakan peruncit memilih untuk menutup premis masing-masing atas sebab keselamatan dan pekerja mereka juga gagal hadir bekerja pada masa yang ditetapkan.

"Dalam perjanjian, sebenarnya tiada satu penyewapun dibenarkan menutup kedai tetapi di bawah situasi ini, kami tiada pilihan. Disebabkan alasan keselamatan ini, mereka dikecualikan," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan "Global Footprint: A Photography Exhibition" oleh Yang Yuan Xing di gedung itu di sini Rabu.

Beliau berkata gedung beli-belah itu juga menanggung kos tambahan kerana ia perlu mengambil lebih ramai tenaga kerja dan meletakkan lebih banyak penghalang bagi memastikan keselamatan di pusat beli-belah.

Ditanya sama ada Pavilion KL akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi itu, Yap berkata perkara itu perlu dirujuk kepada jabatan litigasi jika ada asas untuk berbuat demikian.

"Jika peruncit tidak menuntut apa-apa, kami juga tidak akan berbuat demikian."

Sementara itu Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melancarkan pameran fotografi yang berlangsung selama dua hari itu. Kutipan hasil jualan foto akan disalurkan kepada Persatuan Austime Kebangsaan Malaysia.