Khamis, Jun 20, 2013
GUNA KU LI UNTUK JATUHKAN NAJIB
Seorang blogger mencadangkan satu kaedah untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno yang dijadual Oktober depan.
Mohd Sayuti Omar dalam blognya Merah Tinta MSO di antara lain menulis, formula ini boleh digunakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
“Memandangkan Anwar sendiri tidak boleh bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno kerana beliau kini berada di luar parti itu maka orang yang paling sesuai ialah Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra disebut Ku Li.
“Anwar dan Pakatan boleh memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk berdepan dengan Najib untuk jawatan tersebut. Ini bermakna Anwar dan Pakatan harus bersekongkol dengan Ku Li,” terangnya.
Menurutnya, masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta.
Ujarnya, “sikap keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Umno lain.
“Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta.
“Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno,” katanya lagi. (dipeik dari free malaysia oday)
Langgan:
Catatan (Atom)