Sabtu, Julai 28, 2012
BELUM MEMERINTAH SUDAH GILA
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membayangkan kemungkinan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan mengadakan hari kemerdekaan dengan tema yang berlainan, kata Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di ibunegara hari ini, Mahfuz berkata, tema tersebut masih belum diputuskan memandangkan pertandingan merekacipta tema dan logo hari kebangsaan akan diadakan.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai tema hari kemerdekaan tahun ini ''Janji Ditepati'', yang dianggap berat sebelah.
"Kita akan mengadakan satu tema lain dan juga akan mengadakan pertandingan untuk cipta tema dan logo.
"Kita juga akan melantik panel bagi pertandingan ini. Ia akan dilancarkan dalam dua tiga hari lagi. Dan pertandingan ini akan melalui Facebook," kata Mahfuz.
Jelas Mahfuz, tema yang perlu direka mestilah bersifat patriotik dan mengajak orang ramai agar cintakan negara dan bukan melambangkan mana-mana parti.
"Tema itu mestilah patriotik yang mengajak orang ramai. Bukan macam 'Janji Ditepati' yang orang akan terbayang BN.
"Itu slogan BN tapi pakai untuk hari merdeka," katanya.
Ulasan saya, kenyataan mahfuz Omar ini menunjukkan Pakatan rakyat belum memerintah tapi sudah gila.macam mana tak gila, kerajaan sudah umumkan janji ditepati tema hari kebangsaan tetapi mahfuz kata empat negeri akan guna tema lain.
hai macam macam gila nampaknya pemimpin pakatan rakyat.
Jumaat, Julai 27, 2012
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TAKKAN KEKAL LAMA
Pas tetap berkeras akan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun tidak dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP.
Menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kaum Cina terutama yang kaya-raya akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan hukum tersebut kerana ia dapat menjaga keselamatan dan harta benda mereka.
Menurutnya, kebanyakan kes kecurian yang berlaku di negara ini melibatkan orang kaya dan jika dilihat taraf sosial masyarakat, lebih ramai individu kaya datang daripada kaum Cina berbanding Melayu.
"Seperti saya sebut di Ipoh mula-mula dulu, kalau pencuri, dia curi rumah orang miskin ke orang kaya? Sudah tentu curi rumah orang kaya.
"Melayu dengan Cina ini, kaya Cina lagi, jadi mereka lebih mustahak untuk hukum hudud ini kerana mereka ramai orang kaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu hukum hudud yang timbul sekali lagi antara pemimpin pembangkang terutama Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.
Karpal baru-baru ini menafikan dakwaan Nasrudin kononnya beliau sedia berkompromi dalam soal hudud.
Ia berikutan kenyataan Nasrudin ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya minggu lalu yang mendakwa Karpal bersedia melaksanakan hukum berkenaan bersama Pas.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Nasrudin bahawa Karpal menyokong hukum hudud merupakan satu sindrom keyakinan palsu.
Jelas Mohd. Puad, ia bukan sekadar sindrom keyakinan palsu sebaliknya satu pembohongan yang menyebabkan Pas kelihatan selalu dibuli oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata, isu tersebut tidak akan selesai selagi DAP tidak memberi persetujuan, namun ia bukan halangan untuk Pas melaksanakannya.
''Saya tegaskan sekali lagi hukum gantung lagi kejam daripada hukum kerat tangan tetapi tiada siapa bantah. Jadi kalau hukum gantung orang boleh terima, kerat tangan apa salahnya (hudud dilaksanakan).
''Karpal tidak setuju apa boleh buat, tetapi kami nak laksanakan hudud kami untuk
orang Islam. Bukan Islam, kalau dia mahu guna hudud tidak mengapa," katanya.
Ulasan saya, jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke 13, kerajaan Pakatan Rakyat tak akan kekal lama kerana mereka akan bergaduh sesama sendiri. PAS kata tetap nak buat hukum hudud sedangkan DAP tentang. Jadi DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat maka tumbanglah kerajaan Pakaran Rakyat.
Pada masa itu kerajaan BN akan memerintah semula negara kecuali BN tidak cukup untuk bentuk kerajaan maka perlu adakan kerajaan campuran dengan PAS. MCA mungkin tidak setuju jika PAS masuk dalam BN kerana bimbang PAS desak buat hukum hudud. Atau adakah ini gimik PAS semata-mata untuk menang pilihanraya sedangkan mereka tahu mereka tak mapu laksanakan hukum hudud.
Rabu, Julai 25, 2012
KERAJAAN MAHU STRUKTUR SEMULA SUBSIDI
Kerajaan sedang meneliti untuk menstruktur semula pemberian pelbagai bentuk subsidi terutama berkaitan minyak dan gas, agar dapat memenuhi matlamat membantu golongan berpendapatan rendah.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata setakat ini kerajaan belum memutuskan mekanisme terbaik mengenai perkara itu.
"Kita mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan daripada mana-mana pihak untuk dimasukkan dalam pembentangan bajet tahun 2013," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Perupuk, Bachok.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Pergerakan Pemuda Umno yang mahu kerajaan menstruktur semula pemberian subsidi kepada rakyat bagi membolehkannya disalur terus kepada golongan sasar.
Ketuanya Khairy Jamaludin dilapor berkata langkah itu perlu memandangkan kaedah sedia ada dilihat tidak begitu proaktif kerana lebih memberi faedah kepada golongan berpendapatan tinggi terutama subsidi petrol dan diesel.
Mengulas lanjut, Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata banyak pihak bersuara mengenai perkara itu namun tidak mengemukakan cadangan mereka.
Katanya langkah kerajaan mengapungkan petrol RON97 dan mengekalkan subsidi bagi RON95 dengan harapan dapat membantu golongan berpendapatan rendah juga tidak banyak membantu.
Ini kerana katanya sebilangan besar golongan berpendapatan tinggi turut menggunakan RON95 untuk kereta mewah mereka yang memerlukan petrol pada kuantiti besar.
Akibatnya kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan besar kira-kira RM30 bilion setahun manakala RM20 bilion daripada itu bagi tujuan subsidi minyak dan gas, kata beliau.- Bernama
Selasa, Julai 24, 2012
JANGAN LAYAN ORANG GILA
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu.
Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan.
''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami.
Ulasan saya, tak payah layan orang gila. Kalau dilayan orang gila, kita jadi gila. Semua orang tahu karpal Singh kata langkah mayat aku dulu, baru boleh buat hudud tapi nasrudin gila kata karpal terima hudud. Bukankah gila namanya ini?
Dia cabar adakan debat kedua pula. Tak payahlah Sunar harian layan orang gila nanti Sinar harian pun jadi gila.
(dipetik dari www.pantangdicuit.blogspot.com)
Jumaat, Julai 20, 2012
SELAMAT BERPUASA
Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca beragama Islam. Semoga ibadah puasa kita mulai esok diterima Allah.
Khamis, Julai 19, 2012
RAJESH KHANNA DI ZAMAN KEAGUNGANNYA
Pelakon filem Hindustan pertama yang mendapat gelaran Superstar, Rajesh Khanna meninggal dunia di Mumbai semalam dalam usia 69 tahun.
Rajesh Khanna atau nama sebenarnya Jatin Khanna dilahirkan pada 29 Disember 1942 pernah menjadi produser filem dan ahli politik. Dia muncul dalam 163 buah filem yang mana menjadi hero dalam 128 buah filem.
Rajesh Khanna menang tiga kali hadiah pelakon terbaik Filmfare Award.Pada tahun 1991, Filmfare menganugerahkannya hadiah Khas kerana berjaya berada dalam industri filem selama 25 tahun dengan 106 buah filem sebagai hero.
Dia muncul kali pertama sebagai pelakon pada tahun 1966 dalam filem Aakhri Khat dan mucul dalam Raaz, Baharon ke sapne, Ittefaq dan aradhana.
Sebanyak 73 filem lakonannya mendapat sambutan Golden Jubilee Hits manakala 22 Silver Jubilee Hits.
Saya mengenali rajesh Khanna atau kaka melalui filem Haathi Mere Saathi pada tahun 1972 ketika berusia 13 tahun. Saya rasa lima kali saya menontonnya di pawagam Rex, Kuala Terengganu.
Sejak itu saya banyak menonton filem lakonan rajaesh Khanna seperti Amar prem, Apna Desh. Dia menjadi kegilaan ramai tetapi popularitinya merudum apabila dia berkahwin dengan pelakon Bobby, Dimple Kapadia. Dengan Dimple dia memperolehi dua orang anak, Twinkle dan Tina.Perkahwinannya dengan Dimple tidak kekal lama dan akhirnya mereka bercerai. Pelakon popular kini, Aksyay Kumar adalah menantu rajesh Khanna.
Di zaman keagungannya sebanyak 15 buah filemnya mendapat sambutan box office berturut-turut yang jarang dibuat oleh pelakon masa kini. Rajesh Khanna lebih dikenali sebagai pelakon romantik dan kemunculan Amitabh bachchan menenggelamkan populariti Rajesh Khanna.
Bila dia kahwin dengan Dimple, popularitinya jatuh mendadak yang menyebabkan ada gadis yang bunuh diri. Itulah kehebatan rajesh khanna di zaman kegemilangannya.
Rabu, Julai 18, 2012
MAHFUZ BATU API NOMBOR SATU
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) boleh diadakan tahun ini, menunjukkan bahawa timbalan perdana menteri itu “tidak sabar untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.”
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin, yang juga merupakan Timbalan Presiden Umno itu adalah jelas “bercanggah” dengan Najib yang menurutnya mahu melengkapkan tempoh mandat lima tahun yang tamat April tahun hadapan.
“Timbalan perdana menteri mungkin ada perkiraan bahawa BN tidak akan menang dua pertiga majoriti. (Jadi) Najib mesti turun macam mana Pak Lah turun,” katanya.
Muhyiddin sebelum ini melahirkan pandangannya PRU13 tidak akan diadakan tahun depan memandangkan tahun ini merupakan masa yang lebih sesuai.
“Saya tak fikir ia akan berlarut sehingga tahun 2013, wallahua’lam. Tetapi itu terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Tapi saya bagi tahu, saya kata yang paling baik adalah tahun inilah,” kata Muhyiddin dipetik Bernama Online.
Tambah pemimpin PAS itu lagi, Muhyiddin juga berkemungkinan mempunyai perkiraan Barisan Nasional (BN) tidak akan memperolehi dua pertiga majoriti seperti pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Najib.
“Mungkin Muhyiddin juga mengharapkan BN tidak akan menang dengan majoriti besar, dan beliau akan menjatuhkan Najib seperti mana Najib jatuhkan Pak Lah.
“Kenyataan timbalan perdana menteri itu seolah-olah mengulangi zaman peralihan kuasa Pak Lah selepas pilihan raya 2008,” katanya merujuk kepada Abdullah.
Malah, Mahfuz juga turut menegaskan, Muhyiddin seharusnya menyokong kenyataan Najib selaku Presiden Umno dan bukan mengeluarkan sebaliknya.
Beliau turut menambah, situasi ini juga bakal menimbulkan krisis kepimpinan dalaman kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Ini pertentangan yang sangat jelas,” tambahnya lagi.
Ulasan saya, Mahfuz adalah batu api nombor 1. Bila PM lambat bubar parlimen, orang PAS kata BN takut hadapi pilihanraya umum sehingga genapkan tempohnya pada tahun depan. Bila Muhyiddin kata pilihanraya akan diadakan pada tahun ini, Mahfuz kata Muhyiddin taksabar nak jadi PM.
Nampaknya Mahfuz ni memang gila orangnya sedangkan dia sendiri lebih suka pilihanraya lebih cepat diadakan kerana pembangkang sudah lama menunggu mahu menduduki Putrajaya.
Bagi saya, BN tetap akan dipilih rakyat kerana mereka tahu hanya kesederhanaan BN sahaja yang mempu memerintah Malaysia dengan lebih aman dan lebih adil.
Selasa, Julai 17, 2012
TAHNIAH KEPADA PASUKAN TERENGGANU
Bukannya mudah mengekalkan kejuaraan. Apatah lagi kalau menjadi juara untuk empat kali berturut-turut. Itu sudah menjadi kejayaan yamng luar biasa. Tahniah kepada pasukan Terengganu yang menjuarai Sukan Sukma untuk empat kali berturut-turut. tahniah kepada MB terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad said yang memang peminat sukan nombor satu terengganu yang sentiasa memberi sokongan kepada atlet Terengganu. tahniah!
Rabu, Julai 11, 2012
DR HASSAN ALI GELI NAK KONGSI ISTERI
Malam tadi bertempat depan rumah saya di Taman Samudra, Batu Caves, Selangor Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hassan Ali berceramah menerangkan kenapa dia bergiat dalam Jati selepas dipecat dari PAS.
Katanya, dia memilih JATI (Islam, Melayu, Raja) sebagai asas perjuangan Jati kerana PAS sudah tidak mahu Islam lagi. PAS juga tidak mahu Melayu lagi. PAS juga tidak mahu Raja lagi bila bersengkongkol dengan DAP yang anti Raja.
Saya kenali Dr hassan Ali pada tahun 1999 selepas PAS menang di Terengganu. Ketika itu saya bertugas dengan Yayasan pembangunan Keluarga terengganu (YPK)sebuah agensi kerajaaan negeri. Bila PAS menang, kami terpaksa bekerja dengan kerajaan PAS pula. Dr Hassan Ali ketika itu ADUN Sungai Burong dan Ketua Pembangkang di Selangor serta ahli parlimen Parit Buntar, Perak.
Dia masih lagi mengendalikan syarikat motivasinya, Sabha ketika itu. Maka dengan YPK beliau cari makan. Sekali buat program YPK bayar RM8 ribu dan saya selaku Penolong Pengarah Program yang jadi pegawai pengiringnya sambut di airport dengan Volvo YPK. Sepanjang dua malam dia menjelajah setiap daerah di Terengganu setiap bulan maka sayalah pegawai pengiringnya. Maka rapatlah saya dengan dia.
Setiap kali program YPK, penuh dewan. Dia memang pandai pidato. Sebab itu ramai yang nak dengar Dr Hassan Ali berceramah. Tapi di sebalik kehebatannya berpidato, dia orang yang kedekut.Setiap kali makan, saya yang bayar. Saya tak kesah saya yang bayar kerana bukan duit saya, itu duit YPK atau saya boleh claim semula dengan YPK tetapi belum pernah saya jumpa orang politik yang kedekut sepertinya.
Ketika itu YPK beri tiket kapal terbang tapi dia tak ambil sebaliknya dia beli tiket kapal terbang sendiri. Rupa-rupanya selaku ahli parlimen dia boleh claim naik kereta dari Parit Buntar ke Kuala Terengganu berceramah motivasi. Dia claim pergi balik dengan naik kereta sedangkan dia datang naik kapalterbang. Apakah maksudnya ini? Adakah ia claim palsu? Apa hukum makan duit claim palsu? saya tak tahu nak jawab pasal dia kata dia hebat tak pernah terlibat dengan dosa besar.
Kembali semula kepada ceramah Jati, Dr Hassan menjelaskan Jati tak nak bersuhabat dengan PAS dan PKR kerana Azmin Ali sanggup kongsi bininya, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim. Tak geli ke Azmin, tanya Dr hassan. Katanya kalau kongsi berniaga bolehlah, ini bini pun nak kongsi sama. Di manakah letaknya maruah umat Islam bila berzina dengan bini orang?
PAS pula bila Lim Guan Eng kata jangan cakap hal Islam pasal dalam buku Jingga tidak ada hukum hudud, pemimpin pAS semua senyap kecuali Ketua Ulamanya, Datuk Harun Taib.Bila Karpal Singh kata langkah mayatnya terlebih dahulu kalau PAS nak buat hukum hudud, pemimpin pAS tak berani bersuara.
Malah bila DAP dilaporkan akan bertanding 90 kerusi melebihi PAS dan PKR, semua pemimpin pAS diam kecuali Harun Taib yang mengatakan kuota itu belum disahkan lagi. Bayangkan jika Pakatan menang, siapa yang jadi parti dominan? Sudah tentu DAP. Sudah tentu Lim Guan Eng jadi PM dan Karpal Singh yang jadi TPM.
Dr Hassan Ali berkata usianya sudah 60an jadi dia harap dapat gunakan usia yang berbaki ini untuk mengajak anak-anak muda berfikir bagaimana masa depan orang Islam dan orang Melayu bila DAP memerintah Malaysia nanti.
Sayangnya dalam ceramah itu beliau tidak menceritakan usaha pihak gereja mengkristiankan umat Islam di Selangor dan usaha Ronnie Liu yang membantah JAIS menyerbu kedai yang jual arak di Shah Alam.
Sebagai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor beliau puas hati pada tahun 2004, PAS menang 4 kerusi dan kini PAS ada 8 kerusi yang mana di bawah kepimpinannya PAS menang dengan peningkatan 100%.
Ada yang mengatakan Dr Hassan Ali gila meroyan. Sebenarnya baguslah dia buat JATI kerana sebagai NGO dia akan pertahankan Islam, Melayu dan Raja sementara Perkasa dianggap rasis kerana berjuang hal ehwal orang Melayu sahaja.
Akhir sekali dia mengajak semua pengundi Gombak Setia memilih calon yang boleh mempertahankan Islam, melayu dan Raja walaupun beliau tidak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Katanya, satu undi amat penting dalam pilihanraya uumum 13 nanti supaya jangan sampai DAP menduduki Putrajaya. Bila DAP menang, maka nasib orang Melayu akan menjadi seperti Melayu Singapura.
Selasa, Julai 10, 2012
PEMBANGKANG SILAP CATUR
Pembangkang disifatkan sebagai tersilap percaturan sekiranya bercita-cita menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat di negeri ini sudah kenal dengan sikap sebenar parti berkenaan yang lebih dikenali sebagai ‘saudagar janji’.
Katanya, pembangkang gagal melunaskan janji pada pilihan raya lalu, sebaliknya terus menabur janji baru sebagaimana yang terjadi di Perak dan Selangor.
"Kita dapat tahu pemimpin parti pembangkang ini kerap turun ke Johor setiap minggu untuk ambil alih negeri ini, tetapi mereka silap percaturan sekiranya mahu menjadikan Johor seperti Perak dan Selangor.
"Rakyat keseluruhannya sudah mula sedar dengan sikap sebenar ‘saudagar janji’ ini. Mereka hanya tahu menabur janji. Oleh itu, saya yakin Johor akan terus menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di UniKL MITEC di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, Johor dilihat cukup kuat untuk mempertahankan negeri ini daripada dirampas pembangkang di bawah kepimpinan sedia ada serta jalinan di peringkat bahagian hingga ke akar umbi.
“Apa berlaku di akar umbi, sokongan terhadap Umno dan BN kukuh. Biarpun diakui ada masalah sedikit, tapi sikap orang Johor berbeza. Mereka mungkin ada berbalah tetapi menjelang pilihan raya mereka akan bersatu.
“Apa berlaku di Selangor dan Perak amat dikesalkan rakyat kerana program dirancang tidak dapat dilaksanakan. Saya harap Johor dengan kepimpinan yang ada terus kukuh kekalkan kerusi dan merebut kerusi yang kecundang pada PRU12,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut menggesa pemimpin dan ahli Umno agar bersatu kerana ia adalah asas kekuatan parti ini dalam menghadapi sebarang cabaran.
Ahmad Zahid turut meminta jentera parti di semua peringkat supaya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya.
"Pada pilihan raya lalu, pembangkang berjaya menawan beberapa negeri dan mereka mahu ia berulang pada pilihan raya akan datang. Justeru, kita harus melipatgandakan usaha bagi memastikan kemenangan di tangan BN," katanya.
Selasa, Julai 03, 2012
SHABERY MAHU ORANG MUDA TANDING DI KEMAMAN
Ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio menteri belia dan sukan.
Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.
Katanya beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.
"Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata anggota Parlimen Kemaman itu.
"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno," katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily semalam mengenai rancangan itu.
Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai menteri besar sekiranya BN mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini.
Ini kerana, Ahmad Shabery dianggap faktor pengimbang antara dua kumpulan Umno yang bertelingkah di negeri ini iaitu kumpulan Ahmad dan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon menteri besar Terengganu adalah anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.
an saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang' (calon) baharu.
"Tetapi kepimpinan Umno Terengganu sentiasa ada pelapis di mana selepas kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada wajah-wajah baru (menjadi menteri besar)," katanya lagi.
Menurutnya, di peringkat Kemaman sendiri sentiasa ada ramai pemimpin pelapis termasuk yang boleh menggantikan tempat beliau sendiri.
Isnin, Julai 02, 2012
DR CHUA YANG HILANG AKAL
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.
Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.
"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.
Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.
Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.
Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).
Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.
Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.
MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.
MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP.
Ulasan saya, nampaknya Dr Chua Soi Lek yang terlibat dengan skandal sex yang hilang akal bila menentng cadangan ADUN Umno yang mahu hukum hudud dilaksanakan di Johor.
Hukum hudud adalah hukum Allah. Bila orang kafir macam Dr Chua menebtang hudud dengan sendirnya orang Islam tidak akan mengundi MCA dalam pilihanraya umum ini.
Jadi siapa yang hilang akal, Dr Chua atau Ayub rahmat.
Langgan:
Catatan (Atom)