Memaparkan catatan dengan label tahniah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahniah. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 06, 2016

TAHNIAH KEPADA SABRI ALWI DAN WAN HAKIM

Dalam suasana tersepit macam ini, tidak ramai ketua bahagian Umno yang menyokong MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman. Nampaknya Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Sabri Alwi yang berani bersuara menyokong Ahmad Razif.

Beliau tidak ada kepentingan kerana beliau bukan ADUN atau ahli parlimen. Jadi beliau bukan macam YB lain suka play safe. Jadi saya tabik kepada keberanian Adik Mat menyokong Razif di saat saat genting ini.

Begitu juga kepada ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar yang menyelar Exco Kerajaan Negeri, Ghazali Taib yang mempertikaikan MB di dalam media. Wan Hakim yang juga Ketua Penerangan Umno Terengganu berkata Ghazali sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Exco sekiranya beliau mahu menegur MB secara terbuka dalam media.

Kita bersetuju dengan pandangan beliau. Ghazali ada saluran untuk kritik MB. Kenapa beliau tidak gunakan mesyuarat Exco untuk kritik MB. Jadi saya tabik kepada Wan Hakim. Keberanian Wan Hakim membidas Ghazali bukanlah bermakna beliau mahu ambil tempat Ghazali tetapi untuk bercakap benda yang benar.Tahniah kepada Adik Mat dan Wan Hakim.

Isnin, Ogos 01, 2016

Khamis, Mac 05, 2015

TAHNIAH SHAHBUDIN

Petang semalam saya hadiri majlis pelancaran buku terbaru Shahbudin Husin "Membongkar Skandal Deepak &; Bank Rakyat" di sebuah restoran di Damansara. Ramai kawan yang datang. Ketika saya parking kereta, tiba tiba Zaharin turut parking Rextonnya. dia datang dengan isterinya Suraya.  Saya bersalam dengan Zaharin yang saya kenali sejak 27 tahun lalu. Walaupun dia tuduh saya pemilik Facebook Kerat Lapan Belas, ia tidak menghalang saya untuk bersalam dengannya. Saya tidak campur urusan peribadinya apabila dia ditumbuk oleh Din Seputih. Itu salah dirinya sendiri kerana mulutnya celupar menuduh Din seputih macam macam. Siapa tak berang kerana keceluparan mulutnya. Saya duduk semeja dengan Zaharin dan Suraya. Turut duduk semeja ialah Shahbudin husin, yahya ismail, Shamsul Hazli, Norzah kepol, Imlan Adabi. Pak Yahya yang saya kenali pada tahun 1970an dengan membaca novel Langkah Kiri masih bergaya orangnya. Di meja VVIP ialah Tan Sri Sanusi Junid yang melancarkan buku tersebut bersama Tan Sri Sabaruddin Chik. Sebenarnya dalam kes ini Zaharin orang pertama yang mendedahkan kes skandal bank Rakyat dalam Facebooknya. Saya selaku bekas Editor BM Free Malaysia Today memetiknya dan siarkan dalam bentuk berita dalam FMT. Selepas itu shahbudin mendedahkannya dalam blognya yang turut dipetik dalam FMT. Kes ini meletup apabila Lembaga pengarah Bank Rakyat menolak surat arahan menteri yang jaga Bank rakyat, datuk seri Hassan Malek yang mahu pinjaman RM32 juta Deepak dibayar secara ansuran selama 10 tahun melalui post dated cheque. Bank Rakyat rugi kerana ia tidak untung dengan cara arahan yang dibuat Hassan malek itu. Itu yang buat Lembaga Pengarah tolak surat arahan Hassan yang menyebabkan hassan marah dan ugut mahu pecat semua ahli lembaga Pengarah Bank rakyat. Shahbudin bernasib baik berpeluang menemubual Sabaruddin dalam kes ini menyebabkan ia menjadi perbualan ramai apabila dicatat dalam blognya. Kebetulan isteri Shahbudin Noraini Nordin pernah menulis buku biografi Sabaruddin pada tahun 2007. Maka apabila Noraini mencadangkan kes skandal Bank rakyat dibukukan, maka Noraini mencadangkan nama Shahbudin. Sabaruddin dalam ucapannya mengakui dia tak kenal Shabuddin sebaliknya lebih mengenali Noraini isteri shabudin. Maka pertemuan shahbudin dengan Sabaruddin menghasilkan buku ini. sabaruddin berkatya jika berlaku saman menyaman dia bertanggungjawab kerana ia merupakan isi hati beliau kerana beliau ditamatkan sebagai pengerusi Bank Rakyat secara memalukan atas dendam menterinya. Dengan terbitnya buku ini ia dapat membersihkan nama Sabaruddin. Sanusi dalam ucapannya berkata pemecatan Sabaruddin memalukan sejarah Setiausaha Agung Umno kerana daripada 21 orang setiausaha Agung Umno, sabaruddin yang mendapat malu seolah olah sabaruddin tidak ada jasa pada bangsa, agama dan negara. Sebagai sahabat baik, sanusi tidak dapat menolak tawaran Sabaruddin melanvarkan buku ini walaupun Sanusi belum membaca buku tersebut seperti mana Tun dr Mahathir Mohamad melancarkan buku Rosmah tanpa sempat membaca buku berkenaaan. Sanusi adalah junior sabaruddin di MCKK. Mereka bertemu semula di seremban apabila Sabaruddin bekerja sebagai Penolong SUK Negeri Sembilan manakala sanusi bekerja di Charted Bank di Seremban. Sanusi menang pilihanraya tahun 1978 dan dilantik setoausaha parlimen makala Sabaruddin menang tahun 1982 dan dilantik Timbalan Menteri Kewangan. mereka sama sama pendek tapi sanusi ulat buku manakala Sabaruddin main golf yang dianggapSanusi  sebagai glongan orang lemah fikiran (GOLF). Di mejja Sanusi selain Sabaruddin turut serta Presiden perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Tamrin Ghafar, datuk Kadir Jasin, Datukosu sukam., Datuk aziz Yasin, Datuk dr Sulaiman Mohamed, Syed husain alatas. Di luar terkumpul kumpulan Nagas jadawi, Faizal udus, blue Ocean dan Musli Oli. Sekali sekala seronok bergaul dengan kawan-kawan lama dalam majlsi seperti semalam. tahniah shah
budin!

Selasa, Julai 17, 2012

TAHNIAH KEPADA PASUKAN TERENGGANU

Bukannya mudah mengekalkan kejuaraan. Apatah lagi kalau menjadi juara untuk empat kali berturut-turut. Itu sudah menjadi kejayaan yamng luar biasa. Tahniah kepada pasukan Terengganu yang menjuarai Sukan Sukma untuk empat kali berturut-turut. tahniah kepada MB terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad said yang memang peminat sukan nombor satu terengganu yang sentiasa memberi sokongan kepada atlet Terengganu. tahniah!

Ahad, Mac 25, 2012

TAHNIAH KEPADA MB


Tahniah kepada MB Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Said yang telah menyambut ulang tahun keempat sebagai MB pada 23 Mac lalu. Sudah empat tahun beliau menjadi MB yang ke 13. Dalam masa empat tahun ini beliau banyak membawa perubahan kepada pentadbiran negeri Terengganu.

Kalau MB dahulu dikaitkan dengan projek mega yang tidak menguntungkan rakyat Terengganu, MB baru kini lebih turun ke bawah, merakyatkan pentadbiran. Kini beliau memberi keutamaan untuk memajukan Tasik kenyir sebagai kawasan pelancongan. Salah satu lagi produk pelancongan yang diperkenalkan MB ialah Zoo Kemaman.

Kebetulan minggu lepas saya menerima jemputan dari Majlis Perbandaran Taiping (MPT)untuk mempromosi Zoo Taiping bagi majalah Agro Malaysia yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Oleh itu Zoo Kemaman perlu belajar dari Zoo Taiping bagaimana mereka memajukan Zoo Taiping. Zoo Kemaman diurus oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) seperti mana MPT mengurus Zoo Taiping.

Dengan persamaan ini Zoo Kemaman perlu belajar dari Zoo Taiping untuk mempromosi Kemaman sebagai kawasan pelancongan. Saya menerima jemputan dua hari satu malam dari MPT untuk mempromosi Zoo Taiping.

Kelebihan Taiping ada pusat peranginan Bukit Larut yang merupakan kawasan peranginan bukit tinggi yang tertua di Malaysia. Taiping juga ada kilang kopi Antong yang dibuka sejak tahun 1933. Kemaman pun apa kurangnya ada Kopi Hai Peng yang terkenal. Oleh itu MPK perlu membuat pakej pelancongan selain dari melawat Zoo kemaman, ia juga termasuk mengunjungi Kedai Kopi Hai Peng dan melihat kunang-kunang di Kampong Yak Yoh, Ibok.

Banyak benda yang boleh dipakejkan oleh Zoo Kemaman atau MPK untuk menarik pelancong ke Kemaman. MPT mempromosi Taiping Golf Resort untuk menarik pelancong dari Korea untuk main golf di situ. Dalam pakej pelancongan ini MPK boleh tarik pelancong luar untuk main golf di Awana Kijal.Maknanya banyak persamaan antara Taiping dengan Kemaman.

Oleh itu MPK kena berurusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk kami buat promosi ini. Kalau MPT boleh mencari kami,Agro Malaysia, apa salahnya MPK mencari kami untuk membantu promosi Zoo Kemaman.

Ahad, Oktober 23, 2011

TAHNIAH DR HASSAN ALI


Kehadiran beberapa pemimpin PAS di Perhimpunan Sejuta Umat menjadi perhatian wartawan dan pemerhati di Stadium Shah Alam hari ini.

Antara pemimpin berkenaan ialah exco hal ehwal agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali dan juga ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Khimpun rally hasan ali speakingehadiran pemimpin berkenaan menjadi perhatian ekoran keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Hasan langsung tidak memberikan sebarang ucapan dan hanya mengetuai bacaan doa munajat sebelum majlis berkenaan berakhir tepat waktunya pada jam 6 petang.

Kamaruzaman pula telah menyampaikan ucapan, tetapi memberitahu Malaysiakini bahawa berbuat beliau berbuat demikian dalam kapasitinya sebagai ketua Front Anti-Murtad (Forkad).

Beliau turut membacakan satu sajak nukilan ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan di akhir ucapannya.

Nasrudin merupakan penasihat Forkad, katanya terdahulu ketika ditemui Malaysiakini.

Seorang lagi pemimpin PAS - bekas timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa - turut dikatakan akan muncul dalam program berkenaan hari ini.

Malaysiakini bagaimanapun tidak menyaksikan beliau berada di program berkenaan hari ini.

Mengulas kehadiran pemimpin PAS itu, penganjurnya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Hasan tidak bersalah dalam soal kehadiran sebagai seorang individu Islam ke majlis berkenaan.

"Saya tidak rasa dia melanggar disiplin parti," katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas perhimpunan itu berakhir lewat petang ini.

Ulasan saya, tahniah kepada Exco Agama Slam Selangor,Dr Hassan Ali yang turut hadiri majlis HIMPUN semalam. Walaupun PAS sudah buat pendirian tidak akan hadiri HIMPUN tetapi apa yang dilakukan oleh Dr Hassan menunjukkan bahawa beliau bersikap waras dalam isu murtad ini.Keberanian Dr Hassan mengarahkan JAIS menyerbu gereja di Petaling Jaya adalah satu tindakan murni untuk menyelamatkan akidah orang Islam.

Ada seorang penulis tersohor mempertikai kenapa HIMPUN tidak dapat sambutan berbanding dengan BERSIH. Macam mana nak dapat sambutan kerana PAS tidak arah ahli-ahlinya sertai HIMPUN. Begitu juga UMNO tidak arah ahli-ahlinya sertai HIMPUN.Sebaliknya PAS arah ahli-ahlinya sertai Bersih manakala Pemuda UMNO sertai perarakan untuk halang BERSIH. Jadi ramailah yang datang.

Walau tidak ramai yang datang, yang penting matlamat HIMPUN susah tercapai.

Sabtu, Oktober 08, 2011

TAHNIAH KEPADA PERSATUAN BELIA ANAK KURAU




Sudah lima hari saya tidak update blog ini kerana saya berada di Batu Kurau, Perak mengikuti ekspedisi jungle trekking dari Batu Kurau ke Bukit Larut (Bukit maxwell), Taiping selama empat hari tiga malam dari Selasa hingga Jumaat lalu.

Kami dari majalah Agro Malaysia tiba di chalet Teratak Afrina di Anak Kurau pada petang Selasa. Program untuk media itu diikuti oleh wartawan Berita Harian, Ipoh Echo, majalah Santai dan majalah Agro Malaysia. Semua jabatan turut mengikuti jungle trekking sejauh 22km ini iaitu Jabatan Hutan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, TDC, Travel Agensi, Majlis Perbandaran Taiping dan Zoo Taiping serta belia-belia dari Persatuan Belia Pro Aktif Anak Kurau.

Petang Selasa kami seramai 48 orang berbasikal keliling kampung Anak Kurau melihat Gua Kelawar serta ladang herba milik orang kampung yang menanam pokok roselle dan misai kucing.

Sebelah malam Ketua Kampung, Wahab Mat Yunus menceritakan pengalaman orang kampung melombong bijih timah di Bukit Pelita yang akan kami daki pada hari Rabu. Bijih timah didapati dalam batu. Orang kampung terpaksa menebuk batu itu sejauh satu rantai untuk dapatkan bijih timah. Biasanya mereka naik ke bukit selama seminggu untuk mencari bijih timah.

Pagi Rabu kami naik Bukit Pelita sejauh 15 km selama lima jam dari jam 10 pagi hingga 3 petang. Ada kumpulan yang sampai lambat dua jam dari kami. Malam itu kami bermalam di Bukit Pelita mendirikan khemah. Belia yang pandai memasak menyediakan makanan untuk kami. Kami terhibur dengan lawak Pak Yah, 58 tahun atau nama sebenarnya Alias yang pernah melombong bijih timah di situ pada tahun 70an. Malam itu Pak Yah tidur lewat menghiburkan kami dengan cerita-cerita lucunya.

Pada tahun 70an melombong bijih timah menjadi punca pendapatan orang kampung. Pagi Khamis kami ditunjuk Pak Yah terowong lombong bijih timah yang sudah terbiar. Kami sempat memasuki satu terowong. Petangnya selepas makan nasi, kami mendaki Bukit Tonggek yang lebih tinggi. Empat jam kami berjalan sampai ke Banglo Speedy di Bukit Maxwell pada jam 6 petang.

Banglo Speedy atau banglo Frank Swettenham dibina pada tahun 1800an ketika beliau bertugas di Perak. Kini banglo itu dijadikan Pusat Biodiversiti yang diselenggara oleh Persatuan Belia Pro Aktif Anak Kurau dengan mendapat geran dari Jabatan Langskap.

Siapa Frank Sweetenham? Menurut Wikipedia, Sir Frank Athelstane Swettenham GCMG CH (28 March 1850 – 11 June 1946) was the first Resident General of the Federated Malay States (part of the then Royal Colonies, now independent Malaysia) which was formed by combining a number of sultanates. He served from 1 July 1896 to 1901. He was also an amateur photographer. He was born in Belper, Derbyshire,[1] Britain.

He was one of close to forty former British empire officials to actually oppose the Malayan Union.

He created a dictionary "Vocabulary of the English and Malay languages". He also published two books "Malay Sketches" and "Unaddressed Letters".

Swettenham was a British colonial official in British Malaya, who was famous as highly influential in shaping British policy and the structure of British administration in the Malay Peninsula.

In 1871 Swettenham was first sent to Singapore as a cadet in the civil service of the Straits Settlements (Singapore, Malacca, and Penang Island). He learned the Malay language and played a major role as British-Malay intermediary in the events surrounding British intervention in the peninsular Malay states in the 1870s.

He was a member of the Commission for the Pacification of Larut set up following the signing of the Pangkor Treaty of 1874 and he served alongside John Frederick Adolphus McNair, and Chinese Kapitan Chung Keng Quee and Chin Seng Yam. The Commission was successful in freeing many women taken as captives during the Larut Wars (1862–73), getting stockades dismantled and getting the tin mining business going again.

More than a decade later, in 1882, which he was appointed as resident (adviser) to the Malay state of Selangor. In Selangor office, the development of coffee and tobacco estates had successfully promoted by him, while in the meantime, helped boost tin earnings by constructing a railway from Kuala Lumpur (it was capital of Selangor at that time), to the port of Klang, which was later named Port Swettenham in his honour.

He was attended the federation, along with the title of resident-general after secured an agreement of federation from the states of Perak, Selangor, Negri Sembilan, and Pahang in 1895, when the time he served as resident of Perak state. In 1897 he was knighted by Queen Victoria, and in 1901, three years before his retirement, he was appointed high commissioner for the Malay states and governor of the Straits Settlements.

Through Swettenham's huge efforts to convince that the British Foreign Office reversed its policy of accepting Siamese control of the northern tier of Malay states. His portrayal of their maladministration under native rulers and his warnings of possible intervention by rival European powers led to British penetration of those states in the early 1900s.

Pagi Jumaat kami turun dari Bukit Larut dengan Land Rover. Jalannya sempit hanya muat satu kereta sahaja sejauh 10 km dengan 92 selekoh. Tiba di kaki bukit kami naik bas ke Zoo Taiping untuk ikuti majlis penutup oleh Pengarah Zoo Taiping, Dr Kevin Lazarus.

Sesungguhnya jungle trekking dari Batu Kurau ke Bukit Larut sejauh 22 km ini amat menyeronokkan tapi memenatkan. Bagi pencinta alam semulajadi, mereka blehlah datang ke sini mengikuti pakej yang disediakan oleh Persatuan Belia Anak Kurau. Bukit Larut adalah hutan dara. Jadi pokok-pokoknya terpelihara dengan udara yang segar.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan ekspedisi ini terutamanya Majlis Perbandaran Taiping yang menjemput kami.

Ahad, Jun 12, 2011

TAHNIAH PASUKAN TERENGGANU


Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Terengganu yang berjaya menjulang Piala FA di Stadium Bukit Jalil malam tadi.Walaupun stadium dibanjiri 60,000 penyokong Kelantan sedangkan hanya 30,000 penyokong Terengganu berada dalam stadium, ia tidak mematahkan semangat juang pasukan Terengganu.

Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira Terengganu apabila gol kemenangannya pada minit ke-109 masa tambahan membawa skuad Putih Hitam itu menjulang Piala FA 2011 dengan menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang dramatik, semalam.

Dia yang masuk menggantikan Ismail Faruqi Ashari, merembat masuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat selepas mendapat umpanan tandukan Joseph Kallang Tie daripada satu sepakan sudut sebelah kiri.

Terdahulu perlawanan itu terikat 1-1 selepas 90 minit permainan masa sebenar dengan Kelantan membuka tirai gol menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum diikat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dengan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin.

Nurul Azwan menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli menerusi sepakan lambung selepas melakukan larian kencang dan menyambung lorongan bola daripada Shakir Shaari pada minit ke-79.

Ketika perlawanan berlanjutan ke masa kecederaan lima minit dan mencecah penghujungnya dan seolah-olah Kelantan akan merangkul trofi itu kali pertama, anak buah Datuk M. Karathu dikejutkan dengan gerakan Abdul Manaf dari sebelah kanan.

Penyerang Terengganu itu mengutip lorongan bola daripada Ashari Samsudin dari sebelah kanan sebelum menolak menewaskan Khairul Fahmi yang kemudiannya tertanduk ke gawang Kelantan oleh pemainnya, Daudsu.

Kejayaan menjulang trofi pertandingan kalah mati kebangsaan itu sekali gus mengulangi kejayaan Sang Penyu melakukannya buat kali terakhir pada 2000 dengan menewaskan Pulau Pinang menerusi penentuan penalti 4-3.

Menariknya ialah Piala FA kali ini dimenangi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti yang secara kebetulan berasal dari Kelantan dan melatih Pulau Pinang yang ditewaskan lawan dalam perlawanan akhir, 11 tahun lalu.

Sebaliknya kekalahan tipis ini langsung meranapkan impian Kelantan untuk menambah koleksi gelaran kedua Liga Malaysia musim ini selepas menjulang Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0 pada awal tahun.

Kelantan turut terus kempunan Piala FA selepas dihampakan Selangor menerusi penentuan penalti 4-1 juga di Bukit Jalil, dua tahun lalu selepas mereka terikat 1-1.

Perlawanan akhir edisi ke-22 ini turut disaksikan oleh tetamu kenamaan seperti Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, jurulatih Terengganu Irfan Bakti memuji pemain yang bangkit untuk menenangi perlawanan.

“Pemain berjuang sehingga ke minit akhir (masa sebenar) untuk mencari gol penyamaan dan mengheret permainan ke masa tambahan, seterusnya memenangi perlawanan,” katanya.

Jurulatih Kelantan, Karathu pula mengakui jaringan penyamaan pada minit akhir masa kecederaan, melemahkan semangat pemain.

“Apabila permainan berlanjutan ke masa tambahan, adalah sukar untuk pemain mengekalkan semangat seperti masa pada masa sebenar,” katanya.

Rabu, Januari 26, 2011

TAHNIAH BUAT SEMUA






Tahniah buat semua yang dilantik sebagai setiausaha, bendahari dan ketua penerangan UMNO Terengganu yang baru seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan, Datuk Seri Ahmad Said semalam.

Pengekalan Datuk Tengku Putera Awang sebagai setiausaha perhubungan tidak memeranjatkan kerana beliau adalah penyokong setia Ahmad Said. Beliau aktif dalam politik pada tahun 1993 sebagai ketua pemuda UMNO Hulu Terengganu yang mana ketika itu Ahmad Said adalah ketua pemuda UMNO Bahagian Kemaman.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Zaaba Datuk Adib dilantik sebagai bendahari perhubungan yang baru menggantikan Datuk Abdul rahin Datuk Said manakala Razif Abdul Rahman pula dilantik sebagai ketua penerangan perhubungan yang baru menggantikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk seri ahmad Shabery cheek.

wajarlah Shabery digantikan kerana beliau terlalu sibuk dengan tugas di kementeriannya. Saya masih ingat Datuk Seri idris Jusoh ketika mwnjadi pengerusi perhubungan UMNO Terengganu pada tahun 2004-2008 pernah bersungut Shabery sebagai ketua penerangan jarang buat program kerana dia sibuk di Kuala Lumpur sedangkan ketika itu beliau adalah Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar.

Dengan Yahya Khatib sebagai timbalan pengerusi, ini bermakna tiga orang Exco Kerajaan negeri berada dalam pucuk pimpinan UMNO negeri. Semoga mereka dapat bertugas dengan baik dalam kerajaan dan dalam parti.

Perlantikan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan sebagai pengarah strategik merupakan satu jawatan baru. sebagai bekas setiausaha perhubungan, Rosli amat berpengaruh dan memang orang yang boleh buat kerja. oleh itu beliau sesuai menyandang jawatan tersebut walaupun sebelum ini beliau ditohmah dengan pelbagai gelaran termasuk sebagai timbalan menteri besar.

Siapa yang digugurkan jawatan tidak perlu dijadikan isu. Yang penting yang dapat jawatan kena kerja kuat untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Tak ada makna dapat jawatan tapi bila pilihanraya negeri Terenganu jatuh semula ke tangan PAS.

sampailah masanya bagi kita semua bersatu kembali. jangan fikirkan soal calon. kalau majoriti ketua cawangan dalam DUN kita masih mahu kita, selamatlah kita sebagai calon. Pengerusi perhubungan kena akur kepada kehendak majoriti ketua cawangan walaupun calon itu tidak ngam dengan pengerusi perhubungan. dan sudah sampai masanya bagi kita jangan fikir dia ini orang Ahmad Said atau orang idris, kerana kita perlu kena ambil iktibar dari kekalahan pada tahun 1999.

Selasa, Januari 04, 2011

Selasa, Disember 28, 2010

TAHNIAH AHMAD SAID


Pelbagai ramalan dibuat menjelang pengumuman ibupejabat UMNO mengenai pertukaran pengerusi perhubungan UMNO negeri. Presiden UMNO dan timbalannya mengekalkan jawatan pengerusi Selangor (Najib Tun Razak) dan pengerusi Wilayah Persekutuan (Muhyiddin Yassin).

Tiga orang Naib Presiden kehilangan jawqatan pengerusi kepada timbalannya. Di Pulau Pinang, Dr Zahid Hamidi memberi laluan kepada timbalannya, Zainal Abidin Osman yang baru menduda akibat kematian isterinya. Jika BN menang semula di Pulau Pinang pada tahun 2012, beliau adalah bakal Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Di Terengganu, Hishamuddin memberi laluan kepada MB, Ahmad Said. Inilah kali kedua Ahmad Said mengetuai Perhubungan Negeri setelah dilucutkan ke jawatan timbalan pengerusi buat seketika. Di Kedah, Shafie Afdal beri laluan kepada Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan UMNO yang baru.

Dengan perlantikan tiga pengerusi perhubungan UMNO negeri yang baru, ini bermakna pilihanraya tidak akan diadakan pada tahun 2011. Mereka perlukan sekurang-kurangnya setahun untuk kuatkan UMNO masing-masing sebelum bersedia bertempur dalam peperangan akan datang. Maka pilihanraya wajarlah diadakan pada tahun 2012. Apatah lagi MIC baru diketuai oleh Presiden baru, palanivel.

Tahniah buat mereka semua terutamanya kepada Ahmad said yang diberi peluang semula mengetuai UMNO Terengganu.