Jumaat, Ogos 22, 2014
MINGGU KETIGA SAMPAI KE BATU PAHAT
Minggu ketiga kami berdua menjejaki anak ayer molek yang berjaya sampai ke Batu Pahat, Johor. Di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) kami menemui pakar nuklear, Prof Madya Dr Zaidi Embong. Jarang anak Melaka bernama Embong kerana biasanya yang bernama Embong adalah anak terengganu. hanya beliau seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang nuklear di Malaysia. Dahulu beliau seorang olahragawan. Apabila beliau berhenti bersukan secara mendadak, akhirnya beliau mendapat penyakit saraf. Selepas tamat Ph D di Bristol university England, beliau menjadi pensyarah OKU. Namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus terlibat dalam bidang akademik. Walaupun beliau menerima tawaran untuk bekerja di London dengan gaji RM40 ribu sebulan tetapi beliau menolaknya kerana lebih suka berada di negara sendiri. Ayahnya Embong seorang bekas pesara polis pernah jual tikar naik basikal dari ayer molek ke kuala lumpur semata-mata untuk menyara Dr zaidi belajar. Selepas kematian ibunya, dr zaidi dibela kakaknya jamiah yang baru bercerai dengan suaminya. menurut jamiah, adiknya cerdik dan suka belajar. Dia tidak pernah menduga adiknya akan belajar sampai ke tahap PhD kerana dia ingat adiknya habis setakat SPM sahaja. Seorang lagi anak Ayer Molek yang ditemui di parit Sulong, batu Pahat ialah ustaz Maruan yang merupakan anak ayer molek pertama belajar di India dan mesir. Selepas balik dari Mesir beliau mengajar di MRSM sehinggalah pencen di MRSM batu pahat. Ustaz Maruan mengenali Tapa dari kecil dan mereka sering kali bermain badminton dan ustaz maruan mengakui dia selalu kalah di tangan Tapa. alang alang kami dah sampai di Batu Pahat saya sempat menemui emak sepupu saya, Kak hasanah abu bakar yang duduk di simpang lima, batu pahat. dia kahwin dengan cikgu abdullah orang batu pahat. anaknya baru habis belajar perubatan di Makasar, Sulawesi. keturunan kami memang berasal dari Bugis. Mengikut salahsilah keturunan kami Haji Muslimin yang berasal dari Bugis duduk di Paloh, Kuala terengganu dan hari ini cuit puit haji muslimin berkembang ke seluruh malaysia. pada masa yang sama saya singgah di rumah Tan Sri Mohamad Aziz di parit Raja. Tapi beliau yang juga speaker dewan undangan negeri Johor belum balik dari JB. saudara mara beliau ramai di kampung saya di pasir Gajah, kemaman kerana beliau adalah orang jambi. Orang jambi yang membuka pasir gajah. Mereka dari keturunan Raja jambi sebab itu tempatnya dinamakan Parit Raja,Tapi orang Jambi yang berada di Parit Raja tak pakai nama Tengku sebaliknya Sultan terengganu membenarkan orang jambi yang duduk di pasir gajah menggunakan nama Tengku. Sebab itu Mohamad Aziz tidak ada nama Tengku Mohamad di hadapan namanya sedangkan saudara maranya di Pasir Gajah semuanya bernama Tengku. Minggu ini kami menghantar surat untuk wawancara ketua Menteri, Datuk Seri idris harun. begitu juga saya sudah e mail soalan kepada ahli parlimen Masjid Tanah, YB Mas Ermieyati Shamsudin. Malah temujanji dengan Pegawai daerah Alor Gajah, Daud Hamzah sudah dibuat pada minggu pertama September kerana minggu hadapan beliau berkursus di tokyo, Jepun. Siapa kamad? Siapa Rahmat? Mereka adalah adik beradik yang datang dari palembang ke ayer molek. rahmat ialah penghulu kuala sungai baru, seperti mana tercatat dalam buku Sekolah menengah kebangsaan rahmat. Kami sempat menemui pengetua sekolah, Hamdan hashim yang pernah belajar di situ. Sekolah tersebut merupakan sekolah tapa malah Datuk Nordin Ahmad yang berjaya dalam bidang perniagaan menjadi ikon sekolah tersebut. Ada orang bertanya saya sampai bila saya berada di ayer molek. mengikut perancanngan saya, bulan pertama mengumpul bahan. bulan kedua, menulis dan mengedit bahan. bulan ketiga, buat grafik dan mencetak buku. Insya allah buku ini berada di pasaran pada bulan November ini jika jadual asal tidak berubah.
Langgan:
Catatan (Atom)