Sabtu, April 27, 2013

PAS KETANDUSAN CALON TEMPATAN

"PAS ketandusan calon tempatan sehingga terpaksa mengimport Ketua Pemuda PAS Melaka, Mohamad Idris Ahmad bertanding di DUN Hulu Bernam di Selangor," kata calon BN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar. Beliau yang juga Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia berkata beliau yakin BN dapat mengekalkan kerusi tersebut. Rosni bertanding buat kali pertama menggantikan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar yang tidak mempertankan kerusi yang dimenanginya selama tiga penggal. Rosni yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian yakin pengundi Hulu bernam akan menolak calon luar kerana mereka tidak memahami masalah yang dihadapi oleh masyarakat Hulu Bernam. Pada tahun 2008,BN menang dengan majoriti 3,549 undi.Rosni ibu kepada enam orang anak bersuamikan Aziz Deraman, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan. Beliau dilahirkan di Kampung Baru A, Hulu Bernam. Beliau pernah menjadi guru di Kuching, Sarawak dari tahun 1976 hingga 1982.Rosni yakin tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS tidak akan memberi kesan kepada pengundi Hulu Bernam. "Pemimpin datang pemimpin pergi. Kita hargai jasa beliau ketika menjadi MB Selangor dahulu tetapi kita tidak dapat menerima tindakannya mengkhianati UMNO," tegasnya lagi.

PENGGANTI DR HASSAN ALI AKTIF DI GOMBAK

Pengganti Datuk Dr Hassan Ali di DUN Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan, 38 tahun, merupakan seorang yang aktif dalam PAS Gombak.Berasal dari Kg Nakhoda, Batu Caves, beliau adalah calon anak tempatan menentang calon BN, Datuk Said Anuar Said Othman.Tugas Hasbullah memang berat kerana pada tahun 2008 PAS menang melalui Dr Hassan Ali dengan majoriti 2,797 undi.Beliau yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Selangor merupakan lulusan UM dalam bidang Pengajian Islam. Pada tahun 2000 beliau diamanahkan sebagai Pengerusi PASTI Gombak yang membangunkan PASTI di sleuruh Gombak. Sehingga kini, sudah 20 buah PASTI ditubuhkan di seluruh Gombak. Dengan pencapaian tersebut, beliau dilantik sebagai Pengarah PASTI Selangor sejak tahun 2009.Sebaik saja tamat belajar di UM, beliau silantik Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak sejak tahun 1999 hingga 2009 dan pada tahun 2009 hingga sekarang beliau mengetuai Pemuda PAS Selangor. Hasbullah menyifatkan pencalonannya sebagai satu amanah yang perlu dipikul. Beliau telah lama menjaga kawasan Gombak, maka sudah ramai orang mengenalinya termasuk masyarakat Cina dan India.Sebagai anak jati Gombak, beliau sudah tahu denyut nadi masayarakat Gombak. Selepas Pakatan memerintah Selangor pada tahun 2008, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang. Banyak aduan masyarakat yang berjaya diselesaikannya sepanjang beliau memegang jawatan tersebut seperti masalah banjir kilat, masalah sampah, penurapan jalan dan lain-lain lagi. Beliau berazam mengekalkan kerusi PAS di Dun Gombak Setia."Insya Allah tanpa Dr Hassan Ali, PAS tetap menang di Gombak Setia<" katanya.