Ahad, Julai 13, 2014
SAMYHIM MAHU DATING DENGAN AMBIGA
KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merombak semula anggota NUCC. Katanya, Barisan Perpaduan Nasional (BPN) dan Perkasa bersyukur menyambut baik dan menghargai kenyataan Najib dan keputusan Majlis Tertinggi Umno yang telah memberi jaminan bahawa kerajaan sahaja yang berkuasa memuktamadkan Akta Keharmonian selain menegur tingkahlaku NUCC yang dihijack oleh golongan tertentu yang ada kepentingan jahat. "Hal ini awal-awal lagi Perkasa jangkakan kerana amat mengenali sangat individu-individu dalam NUCC selain yakin wakil Melayu dalam NUCC tidak akan berperanan secara berkesan selain dari pekakdan diperalatkan," katanya dalam satu kenyataan. Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas menambah jumlah orang Melayu dalam NUCC lebih kecil dari puak yang ada niat tertentu. Katanya lagi, teguran PM mesti disusuli dengan tindakan. "Ini yang dikatakan kepimpinan yang berwibawa dan tegas.
"BPN mengucapkan setinggi tahniah dan akan mengemukakan pandangan serta cadangan mengikut saluranyang betul," katanya. Dalam pada itu beliau menjelaskan BPN dalam proses menyiapkan memorandum dan akan menghasilkan yang terbaik dan tidak terburu-buru. "Ia akan diserah kepada kerajaan mengikut cara yang betul". Tambahnya lagi, jaminan PM untuk menjaga Islam sebagai agama persekutuan,Bahasa melayu, institusi Raja dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi asas perlembagaan negara adalah prinsip yang tidak akan digugat sama sekali amat-amat BPN dan Perkasa junjung dan julang. "Selain itu, Perkasa ingin mengusulkan supaya PAS memohon pada Majlis Peguam supaya melantik Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai pegawai barua Majlis Peguam supaya peranannya lebih berkesan," tegasnya. Katanya lagi, namanya juga patut ditukar kepada nama baru Muntahik sebagai menghargai cadangannya Perkasa dan Isma diharamkan. "Saya juga bersetuju menukar nama saya kepada Samyhim untuk memenuhi syarat Perkasa diterima kumpulan Negaraku yang dinaungi Ambiga," katanya lagi. Ibrahim menambah Perkasa ada hak , the right to be heard" kerana Perkasa pertubuhan halal. "Ianya juga untuk menjaga kredibiliti Ambiga supaya tidak dicap double standard bila bersyarat dengan Perkasa. Mana dia demokrasi, hak asasi, telus yang diperjuangkan oleh Ambiga?" soal beliau. Katanya, beliau berharap satu hari nanti beliau dapat dating dengan Ambiga untuk bertukar-tukar pendapat. "Nama saya Samyhim dan Ambiga saya beri nama Aminah. Proses integrasi nasional. Kepada puak DAP dan Majlis Peguam, jangan hentam saya kerana saya sudah lama tukar nama dari Ibrahim Ali kepada Ah Him," katanya.
Ibrahim menambah beliau lakukan ini sebagai pengorbanan untuk memuaskan nafsu mereka ini.
Langgan:
Catatan (Atom)