Jumaat, Mac 22, 2013

BERHATI-HATI DENGAN AMIL BIN LIMAN@ AMIR

Banyak kali sudah saya masuk multi-level marketing. Siapa sahaja orang datang berkempen asmuk MLM, saya masuk walaupun saya tidak aktif dalam MLM yang disertai selepas itu. Saya masuk semata-mata nak ambil hati kawan yang selalu datang berkempen di pejabat atau di rumah.Pada bulan lepas 12 Februari saya pergi ke rumah seorang kawan di Bukit Permata. Dia ada bela kuda dan saya bercadang nak belajar menunggang kuda di kediaman Abang Zaini, 75 tahun, seorang pesara di jabatan kerajaan. Tiba-tiba datang kawannya dari Sabah, Amil bin Liman @Amir yang membahasakan dirinya sebagai Amirul yang kononnya sudah menyertai Eurovac satu marketing plan untuk bercuti di Eropah dengan caravan. Oleh kerana sudah lama saya tidak ke Eropah saya memang berhasrat untuk melabur sebanyak RM500 untuk jadi ahli Eurovac. Kali terakhir saya melawat Eropah (London, Paris, Zurich pada tahun 1997 dengan rombongan pemuda UMNO Kemaman). Dah 16 tahun.Jadi dengan RM500 dapat semula pergi Eropah amat menerujakan saya. Setiap orang boleh menaja empat orang. Setiap tajaan kita dapat RM200. Empat orang kita dapat RM800. Maknanya sudah untung RM300 dengan modal RM500. Skim ini amat bagus tapi tak sangka pula Amirul ini penipu. Saya segan pada Abang Zaini, bila Amirul desak jadi ahli Eurovac saya terus masuk ahli dan bayar RM100. Bakinya RM400 dimasukkan dalam akaun bini Amirul pada hujung bulan Februari. Genap sebulan jadi ahli Eurovac, saya pergi ke ofis Eurovac di Bandar Baru Bangi dengan Abang Zaini untuk semak keahlian kami. Rupa-rupanya Amirul menipu kami. Wang kami semua termasuk wang kawan-kawan Abang Zaini tidak dimasukkan dalam akaun Eurovac. Kami berpuas hati kerana petang itu pengasas Eurovac ada. Dia menyuruh kami buat laporan polis kerana Amirul tidak kena mengena dengan Eurovac. Yang lucunya kad keahlian Abang Zaini pun ditipu oleh Amirul. Amirul beri kad orang lain bernama Aishah. Saya sudah buat laporan polis. Kalau terjumpa dengan Amirul ini cepat-cepat hubungi balai polis berdekatan. Saya buat laporan polis kerana tidak mahu orang lain jadi mangsa Amirul. Saya ada sms dengannya 0132846161 tapi dia kata nak bayar semula duit saya pada 20 Mac lalu. Saya sudah beri masa kepadanya sehingga 20 Mac. Oleh kerana dia tak bayar semula duit saya, maka saya dedahkan penipuan ini dalam blog saya dan facebook saya supaya orang lain tidak tertipu dengannya. Saya percaya hampir RM10,000 yang telah dipungut dari kawan-kawan saya serta kawan Abang zaini yang menyertai Eurovac melalui Amirul. Nampaknya harapan saya untuk melawat Eropah berkecai lagi.

PAPAGOMO DIHUKUM KES RASUAH?

KUALA LUMPUR: Beberapa blog hari ini menyiarkan satu maklumat berkaitan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan sebagai pengendali blog Papa Gomo yang disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di sini. Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu. Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah. Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov. Berikut adalah maklumat penuh: Pangkalan Data Pesalah Rasuah No Pengenalan Diri : RF 142863 Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris No Kes : B-06B-68-2011 Mahkamah : Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah PeguamBela : Samsul Sulaiman Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) Jantina : Lelaki Warganegara : Malaysia Negeri : Selangor Kategori : Penjawat Awam Majikan : Polis Di Raja Malaysia Jawatan : Koperal Tarikh sabitan : 06/09/2012 Pertuduhan : Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. " Hukuman : "Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"