Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yasin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak mengejutkan kerana sebagai TPM beliau kena menyokong PM, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB. Sepatutnya beliau yang meletakkan jawatan apabila tidak bersetuju dengan isu 1MDB dan bukannya menunggu dipecat dari kabinet.
Muhyiddin redha dengan pemecatannya jika kerana isu 1MDB jadi punca dia dipecat. Mujur pemilihan Umno tahun hadapan sudah ditangguhkan selepas PRU 2018. Jika tidak sudah tentu Muhyiddin akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno pada tahun hadapan.
Sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin kini bebas bergerak ke seluruh negara menjelajah Bahagian Umno. Soalnya tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, berapa ramai ketua bahagian yang sudi menjemputnya merasmikan persidangan Umno bahagian. Malah Bahagian Raub sudah membatalkan menjemput muhyiddin selepas beliau begitu lantang mengkritik 1MDB pada persidangan perwakilan Umno bahagian Cheras Ahad lalu.
Menurut ahli majlis tertinggi, Datuk puad zakarshi. selepas PRU ke 13 pada tahun 2013, Muhyiddin sudah memberitahu Najib mahu meletakkan jawatan tetapi najib suruh teruskan. Akhirnya Najib tak tahan dengan tindakan Muhyididn dan terpaksa memecatnya kerana beliau tidak sehaluan dengan kabinet.
najib berkata dia boleh menerima perbezaan pendapat tetapi apabila sudah buat keputusan hendaklah diterima sebagai tanggungjawab bersama. Maka Najib tidak ada pilihan terpaksa memecat timbalannya dari kabinet bersama seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Najib membuat keputusan yang bijak melantik naib presiden no 1, Datuk Seri Dr Ahmad zahid hamidi sebagai TPM yang baharu. Jika beliau melantik sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Husein sebagai TPM, sudah tentu ahli Umno marahi beliau.
Perlantikan Zahid tepat kerana dua kali menang no. 1 sebagai naib presiden Umno. Sebagai bekas ketua pemuda, Zahid ada kekuatan untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat kepada Umno dalam tempoh tiga tahun sehingga PRU akan datang. Jika Najib didakwa atas isu 1MDB, maka Muhyidin sebagai timbalan presiden Umno akan memangku jawatan PM.
Hishamuddin meminta semua menteri yang dipecat tidak emosional. jika Muhyiddin dan Shafie terus setia kepada parti, maka Muhyiddin ada peluang jadi PM jika Najib didakwa dalam isu 1MDB. Oleh itu peluang Muhyiddin untuk jadi PM masih ada kerana beliau masih timbalan presiden Umno kecuali majlis tertinggi Umno yang bersidang Jumaat ini memecatnya dari jawatan timbalan presdien Umno.
Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim dari jawatan TPM, BN hilang Kelantan dan Terengganu pada PRU 1999. Sejauh mana pemecatan Muhyiddin memberi kesan kepada PRU 2018. Berapa negeri BN akan hilang kali ini? Isu 1MDB belum selesai, Najib berani memecat timbalannya. Adakah ini tanda-tanda kehancuran Umno sepertimana teori RAHMAN mengatakan najib PM terakhir BN?
Salah seorang penyelamat Najib dalam isu 1MDB yang banyak mempertahankan Najib ialah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Setiap kali beliau buat statementt atau menulis dalam blognya, saya bergurau dengan beliau nanti najib akan lantik Datuk Seri sebagai menteri.
Ternyata hari ini beliau dilantik Menteri Komunikasi dan Multi media kerana banyak mempertahankan Najib. Ahmad Shabery Cheek yang gagal mempertahankan najib ditukar ke kementerian pertanian dan industri asas tani menjaga petani di DUN Air Putih dan nelayan di DUN Chukai.
Rakyat Sabah yang terkejut dengan pengguguran Shafie Apdal sekurang-kurangnya lega apabila bekas Ketua Menteri Sabah dilantik sebagai menteri penuh. Salleh kena lepaskan jawatan Speaker dan dilantik Senator.
Pada tahun 2008 beliau digugurkan sebagai calon parlimen Kota belud diganti oleh Datuk rahman Dahlan calon import dari Tuaran. Pada tahun 2013 beliau dipilih semula sebagai calon DUN Usukan dan dikekalkan sebagai Speaker Dewan Undangan negeri Sabah.
Sebagai timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, salleh disenangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang memang tidak ngam dengan Shafie Apdal, Justru itu gugurnya Shafie dan terlantiknya Salleh melegakan rakyat Sabah.
Sejauh mana kabinet baru dapat melahirkan imej yang baik buat BN menjelang PRU 2018. Sama samalah kita tunggu sejauh mana keputusan siasatan 1MDB. Jika isu 1MDB tidak selesai, maka agak sukar untuk BN mendapat majoriti dua pertiga seperti yang dibimbangi oleh Muhyiddin.