Sabtu, Disember 10, 2022

SHAHRIL HAMDAN PATUT BUAT POST MORTEM KALAH DI ALOR GAJAH

 Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan hairan UMNO tak buat post mortem kenapa BN menang 30 kerusi sahaja dalam PRU lalu. Sepatutnya beliau yang buat post mortem kenapa dia kalah di parlimen Alor Gajah,  Melaka.


Beliau kalah 890 undi kepada calon PH, Adly Zahari bekas Ketua Menteri Melaka. Kenapa dia tak buat post mortem. Adly dapat 28,178 undi manakala Shahril dapat 27,288 manakala Mohd Redzuan Yusof, PN dapat 17,211 dan calon Pejuang , Mohd Nazriq Abdul Rahman dapat 323 undi.


Antara faktor kekalahan Shahril ialah pertama, sebagai Naib Ketua Pemuda Umno  beliau gagal menarik pengundi umur 18 untuk undi BN. Tidak ada program pemuda UMNO buat untuk mereka.

Faktor kedua,  beliau orang Selangor bukan orang Melaka. UMNO Bahagian Alor Gajah mesti kecil hati seolah olah tidak ada calon tempatan untuk lawan calon PH. Kenapa perlu import orang luar sedangkan dulu dia kalah di Kuala Langat. Orang Selangor dah reject beliau masakan orang Melaka nak terimanya.

Faktor ketiga, bila penamaan calon baru Hamdan muncul di Alor Gajah. Orang kampung tak kenal. Sepatutnya kalau nak tanding di Alor Gajah, tahun lepas dia dah turun padang menemui semua PDM buat program.

Faktor keempat, BN tiada wang maka jentera BN tak dapat mewah macam dahulu.

Faktor kelima, muka Shahril yang sombong tidak mesra pengundi menyebabkan orang Alor Gajah menolaknya.




SHAMSUL ANUAR NAZARAH JANGAN TERIMA JAWATAN TIMBALAN MENTERI

 Malam tadi Perdana Menteri umum barisan timbalan menteri untuk bantu 27 orang menteri kabinet kerajaan perpaduan.  Saya ingin sentuh enam timbalan menteri dari UMNO iaitu abdul Rahman Mohamad, Shamsul Anuar Nazarah, Ahmad Maslan,  Mohamad Alamin, Siti Aminah Aceh dan Arthur Joseph Kurup (PBRS)

Saya rasa Shamsul yang pernah dilantik menteri tak payah terima jawatan timbalan menteri dalam negeri. Jawatan itu boleh diberi kepada ahli parlimen Umno yang lain. Rasa janggal pula dulu menteri kini timbalan menteri. Lebih baik dia terima jawatan Pengerusi GLC.

Dalam kabinet baru,  bekas ketua menteri Melaka, Adly Zahari terima jawatan timbalan menteri. Dah biasa ketua menteri atau menteri besar yang bertanding parlimen jadi timbalan menteri seperti Kamaruddin bekas menteri besar Perak kecuali Rais Yatim, Tajol Rosli dan Adib Adam.

Semoga enam timbalan menteri ini dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada semua rakyat tanpa mengira parti.