Selasa, Ogos 06, 2013
NAJIB TAK PERLU BERUNDUR
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tak perlu berundur walaupun BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu.
Menurut ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, walaupun prestasi Najib (133 kerusi) lebih teruk dari prestasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (140 kerusi) pada pilihanraya umum 2008 tetapi Umno menang besar kali ini.
“Maka senario yang dihadapi Pak Lah tak sama dengan Najib,” kata beliau dalam satu wawancara khas dengan FMT di pejabat FMT Jumaat lalu.
Sebaliknya, katanya, apa yang berlaku pada tahun 2008 menyebabkan BN “terkejut badak” kerana BN tak pernah gagal dapat majoriti dua pertiga.
Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menambah pada pilihanraya umum lalu BN tidak mengharapkan kemenangan besar.
“Maka BN tetap menang walaupun tidak dapat majoriti dua pertiga,” katanya.
Beliau tidak nampak Najib akan dicabar dalam pertandingan Presiden Umno pada 5 Oktober nanti.
Katanya, Najib lebih terbuka kerana berani menghapuskan kuota pencalonan yang membolehkan sesiapa sahaja mencabar kedudukannya sebagai Presiden Umno.
“Najib sejak tahun 1978 sentiasa berada dalam kerajaan, maka beliau mempunyai kelebihan untuk mempertahankan jawatan berbanding Pak Lah yang pernah ada cuti sabastikal (tidak berada dalam kabinet selama tiga tahun),” katanya lagi.
Saifuddin menambah satu lagi kelebihan Najib ialah beliau pernah jadi Ketua Pemuda Umno manakala sebahagian besar Ketua Bahagian sekarang adalah bekas ketua pemuda di zamannya.
“Oleh itu saya tak nampak beliau akan dicabar. Tambahan pula ahli-ahli Umno merasakan gandingan Najib-Tan Sri Muhyidin Yasin adalah gandingan yang paling baik untuk menghadapi perang besar pada tahun 2018,” katanya lagi.
MB TAK PERLU TANDING MAJLIS TERTINGGI
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata semua Menteri Besar tidak perlu bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada 5 Oktober ini.
Katanya, mereka selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri secara automatik akan dilantik sebagai ahli majlis tertinggi.
“Oleh itu saya rasa mereka tak perlu bertanding,” katanya dalam satu wawancara khas dengan FMT di pejabat FMT di sini Jumaat lalu.
Menurut ahli majlis tertinggi Umno itu, perwakilan biasanya akan memilih menteri terlebih dahulu di peringkat pertama, di peringkat kedua mereka mengundi timbalan menteri dan menteri besar dan di peringkat ketiga baru orang yang tidak ada jawatan.
“Kali ini saya masuk bertanding di peringkat ketiga, tak ada jawatan dalam kerajaan,” katanya yang berharap perwakilan dapat mengundinya untuk terus bersuara dalam majlis tertinggi.
Saifuddin mengakui bahawa tanpa jawatan dalam kerajaan, ia akan menjejaskan undi beliau tetapi dengan pertolongan kawan-kawan dalam Majlis Belia Malaysia (MBM) dahulu, beliau berharap mereka dapat berkempen untuknya.
Beliau yakin cara baru pemilihan Umno dapat menghapuskan politik wang.
“Perwakilan seramai 146,000 orang. Mana mampu calon tabur duit kepada semua,” katanya lagi.
Mengulas kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu di Temerloh, beliau tidak nampak sebarang konspirasi di kalangan pemimpin Umno Bahagian Temerloh untuk mengalahkannya.
“Di mana-mana pun ada orang tak keluar mengundi. Maka ia adalah fenomena biasa,” katanya yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh. Bahagian itu diketuai Datuk Sharkar Shamsudin yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Beliau kalah kepada calon PAS, Nasrudin Hassan dengan majoriti 1,070 undi. Nasrudin mendapat 28,267 undi manakala Saifudin mendapat 27,197 undi.(dipetik dari freemalaysiatoday.com)
KENAPA PERLU ADA PAKATAN?
Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa beliau dan dua lagi rakan naib presiden akan bekerjasama rapat bagi mendepani cabaran pada pemilihan parti itu akan datang menimbulkan tanda-tanya.
Hal demikian itu timbul selepas beliau dan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam Umno.
Kenapa tiga orang calon naib Presiden Umno ini perlu ada pakatan seolah-olah menyekat calon lain mahu bertanding.Sehingga kini dua orang bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam dijangka turut bertanding.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dijangka bertanding juga jika Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman tidak berminat.
Kenyataan Hishamuddin ini.seolah-olah memberi indikasi bahawa tiga calon ini direstui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jika ia benar, ia adalah tidak sihat kepada Umno yang tidak beri kebebasan kepada 146,000 perwakilan memilih Naib Presiden menurut selera mereka.
Kenapa kita mahu kembali kepada pemilihan 1975? Ketika itu Tun Razak menyebut tiga nama, Tun Ghafar Baba, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai naib presiden dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno yang menyebabkan perwakilan marah.
Kenapa Hishamuddin tak berani bertarung secara sendirian? Kenapa perlu berpakat dengan Zahid dan Shafie? Adakah kerana beliau sepupu Najib yang seolah-olah Najib merestui mereka bertiga terus kekal sebagai Naib Presiden Umno?
Najib sepatutnya membuat kenyataan supaya calon-calon yang bertanding tidak menjaja namanya untuk meraih undi.
Bagi saya, pertandingan ini biarlah terbuka kepada semua. Perwakilan hendaklah diberi peluang memilih tokoh terbaik sebagai Naib Presiden Umno dan bukannya menang kerana pasukan.
Oleh itu jangan buat pakatan seperti pasukan wawasan pada tahun 1993- Najib, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berjaya menyingkirkan dua penyandang jawatan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Sanusi Junid.
ADIK MUSA SOKONG MUSA TANDING
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bercanggah pendapat dengan abangnya Datuk Ayub Aman mengenai sama ada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman patut bertanding jawatan Naib Presiden Umno atau tidak.
Ayub yang juga abang sulung Musa dan Anifah mahu Musa mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno sahaja tetapi adiknya, Anifah optimis bahawa Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah akan menerima sokongan padu daripada Umno Sabah sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
Dalam FMT semalam, Ayub berpendapat Musa patut bertanding kerusi ahli majlis tertinggi sahaja kerana beliau tidak bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya Anifah percaya sekiranya ketua menteri mahu bertanding jawatan naib presiden, beliau pasti Musa akan mendapat sokongan padu dari Sabah,
Anifah, adik Musa, diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said pada Sabtu bahawa Musa adalah pilihan tepat dari negeri ini untuk bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden.
Salleh dipetik sebagai berkata bahawa Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, seorang pemimpin yang berwawasan dan berpengalaman dengan kualiti kepimpinan baik.
“Setiap orang mempunyai pendapat sendiri tetapi saya tidak fikir setiap orang dalam parti berhak untuk bertanding.Apa pun, ketua menteri akan buat keputusan — apa yang terbaik untuk parti dan apa yang terbaik untuk rakyat,” kata Anifah di majlis berbuka puasa di kementeriannya malam tadi.
Pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini, BN Sabah diterajui Musa, mengekalkan kuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri. BN negeri juga memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN di peringkat persekutuan.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan di peringkat Majlis Tertinggi Umno, Anifah berkata kemungkinan tidak kerana beliau akan mendapati agak sukar untuk membahagikan masa sebagai menteri kabinet dan mengendalikan hal ehwal parti.
Katanya beliau juga tidak pasti sama ada akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kimanis.
SALLEH MASIH BERDIAM DIRI
KOTA BELUD : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak, yang diwar-warkan mendapat sokongan lebih separuh bahagian UMNO di Sabah untuk bertanding jawatan naib presiden UMNO masih mengambil sikap berdiam diri.
Hari ini Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan di sini menjawab teks FMT dengan sekadar berkata: “Tiada apa-apa komen ketika ini”.
Kenyataan beliau menimbulkan tanda-tanya kempen politik yang sedang mula hangat diperkatakan di sini kemungkinan beliau akan berentap dengan seorang lagi pemimpin Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan naib presidennya.
Walaupun ramai berpendapat Salleh, juga seorang bekas ketua menteri, dan dilihat penyokong Ketua Menteri sekarang Musa Aman, namun Salleh juga dikatakan tiada masalah hubungan malah sentiasa berhubung dengan Shafie, Ahli Parlimen Semporna itu.
Para pemerhati politik tempatan berpendapat Salleh dan Musa sedang menguji keadaan sama ada terdapat sokongan yang kuat kepada rancangan meletakkan dua calon naib presiden dari Sabah kali ini.
Ini kerana, menurut beberapa pemimpin UMNO di sini itu bukan perkara mustahil sedangkan Johor juga pernah mengemukakan tiga calon dari negeri itu untuk jawatan naib presiden suatu masa dulu.
“Kalau Johor pernah mengemukakan tiga calon Naib Presiden iaitu Hishamudin Hussein, Khalid Nordin dan Syed Hamid Albar, apa salahnya Sabah mengemukakan dua calon Shafie dan Salleh,” hujah beberapa ahli UMNO Sabah.
Para pemerhati juga sependapat sekiranya ada sokongan yang baik, maka Salleh akan turut serta bertanding naib. Sebaliknya jika kelak sokongan tidak seberapa, pemimpin UMNO itu dijangka bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi sahaja, dan berharap mendapat undi yang tinggi.
“Salleh seorang veteran politik UMNO tidak akan membiarkan dirinya sebagai bidak semata-mata kepada seseorang, beliau sendiri mahu menjadi raja umpama dalam permainan catur,” kata seorang pemerhati politik Sabah sambil menambah Salleh tidak akan berani bertanding jawatan itu jika tahu peluang meraih undi sangat tipis.
Sebaliknya, menurut beberapa pemimpin UMNO, Salleh berkemungkinan mendapat sokongan dari beberapa negeri di Semenanjung sebagai “persiapan” percaturan politik negeri Sabah pada masa terdekat.
“Ada juga pihak di Semenanjung tidak mahu soal kepimpinan UMNO Sabah ini selalu dikaitkan dengan hanya dua personaliti berkuasa, Musa dan Shafie, mungkin perlu ada pihak ketiga, begitulah kebiasaan percaturan dalam politik,” kata seorang pemerhati.
Menurut beliau, para pemimpin bahagian UMNO di Sabah juga sudah mula “menari” ikut rentak dengan sesetengah bahagian menyatakan sokongan kepada Salleh tetapi pada masa yang sama menyokong hasrat Shafie mempertahankan jawatannya.
“Semua mereka ada kepentingan dalam percaturan UMNO ini. Banyak senario boleh anda bayangkan ekoran penyertaan Salleh dan Shafie bertanding naib presiden ini.
“Katakan menjadi, dan kedua-dua Salleh dan Shafie kalah, siapalah yang untung di Sabah? Kalau kedua-dua mereka pula menang, siapalah yang akan terasa tergugat? Mungkin mereka semua ada formula cuba mencapai suatu kedudukan yang lebih kukuh, tak mungkin untuk mencapai kedudukan yang rapuh,” hujahnya lagi.
Apa pun, di Sabah, ramai berpendapat ia merupakan pertembungan antara Musa dan Shafie. Salleh berada di tengah-tengah sedang memikirkan untung nasib terus memberikan khidmat bakti kepada parti kesayangannya UMNO dan para pengikutnya sendiri.
PELUANG SHAFIE TIDAK TERJEJAS
SANDAKAN: Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Sapi, Sapari Idal menolak dakwaan penyertaan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dalam pertandingan Naib Presiden Umno pada 5 Oktober ini akan menjejaskan peluang Menteri Pembangunan Luar Bandar,Datuk Seri Shafie Afdal.
Katanya, undi Shafie tidak terjejas kerana sebagai menteri, beliau dikenali di seluruh negara.
“Sebaliknya Salleh yang sudah lama tidak berada dalam majlis tertinggi Umno kena bekerja kuat jika beliau mahu menang dalam pertandingan tersebut,” katanya mengulas kemungkinan Salleh turut bertanding merebut kerusi itu.
Salleh yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno pada tahun 1996-1999 dan 1999-2004.
“Perwakilan yang memenangkan Salleh pada tahun 1999 sudah ramai yang tidak jadi perwakilan sekarang. Tambahan pula perwakilan dahulu seramai 2,500 orang sudah meningkat kepada 150,000 orang. Maka Salleh perlu kerja kuat jika beliau mahu menang,” katanya lagi.
Namun demikian beliau menambah Salleh yang kini adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah tidak perlu bimbang kerana semua penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Shafie juga mengejar undi daripada 150,000 orang perwakilan.
Sehingga ini Shafie dan Zahid sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatan manakala Hishamudin masih membisu. Tan Sri Isa Samad sudah memberitahu jenteranya akan bertanding tetapi Salleh masih berdiam diri.
Sapari yakin ia tidak akan menjejaskan undi dari Sabah walaupun dua calon bertanding dari negeri itu.
“Mereka perlu cari undi dari Semenanjung untuk menang. Jadi berapa orang calon dari Sabah bertanding tidak akan memberi kesan kepada mereka kerana majoriti pengundi terletak di Semenanjung,” katanya lagi.
MUSA TIDAK MAHU TERPERANGKAP
KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, yang mula dicanang sesetengah kumpulan dalam Umno Sabah, sebagai calon naib presiden Umno, tahu benar ada pihak yang mahu sangat jatuhkannya dari tampuk kekuasaan di negeri di bawah bayu itu.
Musa juga tahu kumpulan yang hendak menjatuhkannya itu mungkin mereka yang berpura-pura menyokongnya, termasuklah untuk bersaing dengan Datuk Seri Shafie Apdal, seorang lagi pemimpin Umno Sabah, untuk jawatan naib presiden.
Musa pun tahu bukan senang menjatuhkan Shafie. Tiada jalan memujuk Shafie jangan bertanding sebab Shafie sendiri pun dikatakan telah
beberapa kali berkata dia bukan hendak merebut jawatan orang lain, hanya mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya sebelum ini.
Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah nyata memberi sindiran kepada mereka yang cuba “merebut” jawatannya.
Yang gah mencadang nama Musa bertanding naib presiden Umno ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak, yang juga merupakan timbalan Musa dalam Umno Sabah.
Sebelum cadangan itu, ditimbulkan pula entah dari mana ura-ura Salleh yang akan bertanding naib presiden. Bagaimanapun, hanya beberapa hari khabar itu bertiup di media dan mendapat sokongan beberapa bahagian, Salleh terus menyentap lamunan orang-ramai dengan membuat kenyataan bahawa Musalah yang paling layak bertanding jawatan naib itu.
“Permainan wayang politik” Umno Sabah ini sedang diikuti rapat oleh pemerhati Umno. Umum mengetahui Musa dan Shafie tidak serasi, walau apapun alasan dan penafian mereka, itulah hakikatnya.
Sedangkan Salleh pula cuba menggambarkan kepada dunia bahawa beliau boleh bekerjasama dengan kedua-dua pemimpin itu dan mengelak daripada bermusuh politik dengan mana-mana kumpulan dalam Umno Sabah.
Senarionya jika Musa dan Shafie bersaing, dan Musa kalah, sudah tentu musuh Musa akan berkata pengaruh Musa tidak kuat dan mungkin selepas itu ditimbulkan rombakan kabinet Sabah. Salleh adalah Ahli Dewan Undangan Negeri manakala Shafie bukan.
Jika Musa menang dan Shafie gagal mempertahankan kedudukannya, maka golongan yang mencanang Musa akan tersenyum menuntut “habuan” dan pelbagai laluan untuk keselesaan masing-masing, sama ada menerusi projelkatau kedudukan dan pangkat baru dalam parti dan kerajaan negeri!
Sekarang, kalau Musa menolak bermakna beliau memberi laluan kepada Shafie mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden Umno, sesuatu yang besar kemungkinan akan berlaku. Jika enggan bertanding, Musa bakal dicap sama ada sebagai pengecut atau seorang yang berjiwa besar, tetap ada pihak dalam Umno Sabah membuat cerita, bergantunglah kepada kiblat politik mereka.
Biasanya golongan oportunis ini mengubah kiblat kepada yang menang kerana di situlah mereka boleh menikmati kesenangan. Bagi yang selalu mempermosi situasi menang-menang, apa pun terjadi tidak menjadi masalah bagi mereka.
Ada kemungkinan persaingan calon dari Sabah ini hanyalah wayang untuk menguji tahap penerimaan bahagian-bahagian Umno termasuk di Semenanjung, siapa yang lebih popular dan berada di barisan “hadapan” Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum mencadangkan Musa, Salleh mengeluarkan kenyataan mengesyorkan agar kementerian persekutuan terutama sekali kementerian
yang dipegang Shafie menyalurkan terus peruntukan kementeriannya untuk Sabah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Musa.
Yang sebenarnya ini adalah antara punca Musa dan Shafie dikatakan “bertelagah” memandangkan Musa tidak mempunyai pengaruh menentukan projek dan kontraktor untuk projek-projek pembangunan luar bandar di bawah kementerian Shafie.
Shafie pula tahu kuasa itulah yang boleh meletakkanya pada kedudukan selesa “mengatur” perkembangan politiknya di Sabah, sesuatu yang telah ditafsirkan sebagai ingin mencabar pengaruh Musa sebagai pemimpin nombor satu Sabah.
Kementerian Shafie merupakan salah satu kementerian pusat yang memiliki dana terbesar iaitu kira-kira RM6 bilion setahun, suatu jumlah yang boleh mempengaruhi suasana politik pembangunan di Sabah.
Baru-baru ini pula, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pakatan NGO Pro-BN yang dilihat pro-Musa, mengeluarkan amaran akan mendedahkan pihak yang membuat rancangan menjatuhkan Musa, termasuk melalui laman-laman sosial seperti facebook.
Presidennya Zulkarnain Mahdar berkata, kumpulan itu sangat aktif sebelum pilihan raya sehinggalah sekarang dan menyebarkan pembohongan mengenai Musa.
Katanya kumpulan tersebut seharusnya membantu Ketua Menteri untuk membangunkan Sabah dan bukannya menjatuhkannya. Kenyataan Zulkarnain itu membayangkan kumpulan berkenaan juga turut berada dalam kerajaan.
“Mereka harus ingat bahawa Musa dipilih oleh kerajaan pusat kerana mereka nampak kebolehan Musa dan sebab itulah Musa dikekalkan sebagai Ketua Menteri Sabah.
“Musa telah memberi perkhidmatan kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Pencapaian Sabah di bawah pimpinan Musa sangat menyerlah setelah beliau mengambil alih daripada bekas Ketua Menteri, Chong Kah Kiat,” katanya lagi.
Zulkarnain yang kerap memuji Musa di media massa Sabah berkata simpanan Kerajaan Negeri ketika Musa mengambil alih hanya berjumlah RM184 juta tetapi selepas 10 tahun di bawah Musa, simpanan Kerajaan Negeri Sabah meningkat sekitar RM3.2 bilion.
“Bahkan di bawah pimpinan Musa, indeks kemiskinan di Sabah telah menurun daripada 19,7 peratus kepada 8.1 peratus antara 2009 dan 2012, manakala kadar kemiskinan di kawasan luar bandar pula menurun daripada 32.8 peratus kepada 12.9 peratus bagi tempoh yang sama di bawah pentadbiran Musa.
“Sabah menerima pelaburan asing bernilai RM10.2 bilion yang tertinggi di negara ini pada tahun 2012. Pada masa yang sama juga, tanah Sabah tidak seincipun diluluskan kepada individu atau syarikat besar,” kata Zulkarnain lagi tanpa memberi sedikitpun kredit kepada kementerian luar bandar yang diterajui Shafie.
UMNO NEGERI SEMBILAN SOKONG MUSA TANDING
SEREMBAN : Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengalu-alukan cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 5 Oktober ini.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan berkata lebih ramai pemimpin yang hendak menawarkan diri ke jawatan Naib Presiden adalah lebih baik.
“Ini kerana ia akan dapat memberikan ahli-ahli Umno banyak pilihan bagi memilih pemimpin untuk menentukan masa depan parti,” kata beliau kepada FMT ketika mengulas cadangan Salleh bahawa Musa adalah calon yang paling layak dari Sabah bertanding jawatan tersebut.
Menurut Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, dengan kepimpinan dinamik Musa, BN Sabah berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum lalu. BN menang 48 kerusi manakala pembangkang menang 12 kerusi sahaja.
Sehingga ini tiga penyandang jawatan telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Shafie Afdal: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Dijangka Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam akan bertanding juga kali ini
ABANG MUSA TAK SETUJU MUSA TANDING NAIB PRESIDEN UMNO
KOTA KINABALU: Pemimpin yang bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri wajar bertanding jawatan Naib Presiden Umno.
Menurut bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Ayub Aman (gambar) jawatan Naib Presiden Umno adalah langkah pertama sebelum bertanding jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya jawatan Presiden parti.
“Kalau setakat mahu jadi Ketua Menteri Sabah, tak payahlah Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno,” kata beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak bahawa Musa adalah calon yang paling sesuai bertanding jawatan tersebut.
Semalam Salleh berpendapat Musa yang memimpin BN Sabah menang dengan majoriti dua pertiga wajar diketengahkan sebagai calon Naib Presiden Umno.
Ayub yang juga abang Musa berpendapat adiknya itu hanya wajar mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno sahaja.
“Saya pun tak pernah terfikir adik saya akan jadi Ketua Menteri kerana beliau diminta aktif dalam Usno sedangkan Usno ketika itu adalah parti pembangkang di Sabah,” katanya yang pernah menjadi menteri di zaman kerajaan Berjaya (1976-1995).
Selain Ayub dan Musa aktif dalam politik, seorang lagi adiknya Anifah Aman adalah Ahli Parlimen Kimanis dan Menteri Luar.
Menurut Ayub lagi, Ketua Menteri atau Menteri Besar tak perlu tanding jawatan Naib Presiden Umno kecuali beliau mahu jadi nombor satu.
“Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pernah jadi Naib Presiden Umno tetapi akhirnya tak ke mana juga,” katanya.
Katanya, dalam sejarah Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin seorang Menteri Besar yang berjaya jadi Timbalan Presiden Umno kerana beliau menang Naib Presiden Umno pada tahun 1993 ketika masih jadi Menteri Besar Johor.
“Oleh itu, bagi saya, Musa yang tak pernah berhasrat jadi nombor satu negara tak payah bertanding jawatan Naib Presiden Umno,” tegasnya.(dipetk dari freemalaysiatoday)
MUSA THE IDEAL CANDIDATE
Chief Minister Musa Aman is an ideal candidate to run for one of the three Umno vice-president posts in the coming party elections, said Sabah Umno liaison deputy chief Salleh Said Keruak.
Sabah Umno deputy liaison chief Salleh said Musa, who is the state Umno liaison chief and state Barisan Nasional (BN) chairman, is a visionary and experienced leader with good leadership qualities.
He added that Umno Sabah will be solidly behind the chief minister “if he decides to bid for Umno vice-president post.”
“Musa is a committed party worker and delivers what he promises unlike some leaders who just play politics and create his own grouping,” he told reporters after meeting a group of Umno grassroot leaders at his residence in Likas, near here today.
Spearheaded by Musa, BN retained Sabah with a two-third majority in the 13th general election by winning 48 of the 60 state seats.
The state BN also won 22 of 25 parliamentary seats in Sabah, leading to the formation of the BN government at federal level.
Salleh, who is also the State Legislative Assembly Speaker, said Umno Sabah is not aiming for higher positions in the party.
“What we want is for the top leadership to recognise our struggle and the unique political situation in Sabah.
“We also want to bring development to our people and more de-centralisation and delegation of power to the state government led by Umno,” he said.
Salleh added that this is what Sabahans are fighting for and that, whenever possible fund must be channelled to the state government.
“Sabah has been part of Malaysia for 50 years and we, Sabahans, are capable of bringing about development in the state,” he said.
Salleh has recently called on the federal government to streamline the rural infrastruture allocation system for Sabah with federal government channelling funds directly to the state government to boost the effectiveness of project implementation, particularly the four components of rural development projects.
The four are Rural Roads (JLB), Rural Water Supply (BALB), Rural Electricity Supply (BELB) and Housing Aid Programme (PBR).(dipetik dari freemalaysiatoday)
SOKONGAN BUAT SALLEH KIAN MENINGKAT
KOTA KINABALU: Sungguhpun Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak belum lagi mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 5 Oktober ini tetapi sokongan kepada beliau semakin meningkat.
Sehingga kini 15 Bahagian di Sabah sudah menyokong hasrat Salleh itu iaitu Tenom, Tuaran, Pensiangan, Keningau, Kota Belud, Sipitang, Sandakan, Batu Sapi, Kinabatangan, Sepanggar, Penampang,Beaufort, Papar, Kalabakan dan Kudat.
Umno Sabah mempunyai 25 Bahagian. Sungguhpun 15 Bahagian ini menyokong hasrat Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri bertanding, mereka juga menyokong hasrat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Afdal mempertahankan jawatan.
Menurut sumber, kemasukan Salleh bukannya mahu menipiskan peluang Shafie mempertahankan jawatan tetapi ia adalah untuk menawarkan seorang lagi calon dari Sabah.
“Kalau Johor pernah mengemukakan tiga calon Naib Presiden iaitu Datuk Seri Hishamudin Hussein, Datuk Khalid Nordin dan Datuk Seri Syed Hamid Albar, apa salahnya Sabah mengemukakan dua calon Shafie dan Salleh,” hujah sumber.
Sehingga ini tiga calon sudah mengesahkan akan bertanding iaitu Shafie, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Samad.
Sumber itu menambah bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah memenangi kerusi ahli majlis tertinggi Umno selama dua penggal.
“Beliau sudah ada sokongan dari seluruh negara. Maka tidak ada sebab perwakilan tidak mengundi Salleh jika beliau berhasrat bertanding jawatan Naib Presiden Umno,” kata sumber itu lagi.(dipetik dari freemalaysiatoday)
UMNO TUARAN SOKONG SALLEH
Umno Bahagian Tuaran sedia menyokong Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak jika beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno.
Menurut Timbalan Ketua Bahagiannya, Datuk Aliasgar Basri Salleh bukan orang baru dalam politik maka beliau wajar bertanding jawatan nombor tiga itu kerana beliau pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno selama dua penggal.
“Rangkaiannya di seluruh negara ramai kerana beliau pernah menjadi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Maka saya menyokong penuh hasratnya untuk bertanding,” katanya kepada FMT.
Beliau yang pernah menjadi ahli majlis tertinggi Persatuan Belia Sabah (SANYA) bersama Salleh ketika Salleh mengetuai SANYA.
“Jika bekas Ketua Menteri Sabah itu menawarkan diri maka ia bukanlah berniat untuk menyekat kemenangan calon penyandang dari Sabah, Datuk Seri Shafie Afdal tetapi ia bertujuan untuk memberi pilihan kepada 150,000 orang perwakilan dari seluruh negara untuk memilih Naib Presiden Umno yang terbaik,” tegasnya.
Sehingga ini tiga calon sudah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut. Mereka ialah Shafie Afdal, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Samad.
Manakala seorang lagi penyandang jawatan, Datuk Seri Hishamudin masih belum membuat pengumuman. Salleh juga masih membisu sama ada beliau akan bertanding atau tidak.
“Saya percaya jika dua calon bertanding dari Sabah di peringkat Naib Presiden Umno, ini bermakna Sabah tidak ketandusan calon untuk diketengahkan sebagai pemimpin nombor tiga di peringkat nasional,” kata Aliasgar Basri yang sama sekali tidak kecewa tidak dipilih sebagai calon BN di DUN Sulaman baru-baru ini menggantikan ketua bahagiannya, Datuk Hajiji Mohd. Noor (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
PECAH UNDI TAK TIMBUL
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Umno Bahagian Tenom, Datuk Rizalman Abdullah (gambar) berkata soal pecah undi tidak timbul jika dua calon dari Sabah bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 5 Oktober ini.
Katanya, perwakilan memilih Naib Presiden bukan kerana soal kenegerian tetapi kerana kelayakan mereka.
“Malah perwakilan Umno pernah memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Naib Presiden Umno pada tahun 1987 sedangkan mereka dari negeri yang sama, Pulau Pinang,” kata beliau kepada FMT ketika mengulas desas-desus Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak akan menyertai pertandingan Naib Presiden Umno.
Semalam FMT menyiarkan kemungkinan Salleh yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah akan turut bertanding jawatan tersebut yang memungkinkan perpecahan undi dari Sabah.
Datuk Seri Shafie Afdal merupakan pemimpin Sabah yang pertama memenangi jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2009 selepas Umno bertapak di Sabah pada tahun 1991.
Sehingga ini, dua calon Naib Presiden, Shafie Afdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengesahkan mereka akan mempertahankan jawatan manakala Datuk Seri Hishamudin Husein belum lagi mengesahkannya.
“Jika Shafie dan Salleh bertanding, ia tidak akan memecahkan undi dari Sabah,” kata beliau.
Rizalman yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan berkata perwakilan menilai pemimpin yang layak jadi Naib Presiden Umno berdasarkan ketokohan mereka dan bukannya kerana soal kenegerian.
“Kalau dua calon dari Sabah ini layak duduk di situ, tidak mustahil mereka menang kerana perwakilan bijak membuat keputusan,” katanya lagi. (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
Sehingga ini Salleh tidak dapat dihubungi untuk pengesahan sama ada beliau akan merebut kerusi Naib Presiden Umno itu atau tidak.
SALLEH TANDING NAIB PRESIDEN UMNO?
KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak dikatakan akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan Umno 5 Oktober ini.
Menurut sumber, beliau yang pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno selama dua penggal akan bertanding jawatan tersebut untuk menggagalkan hasrat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Afdal mengekalkan jawatan.
Pada tahun 2009, Shafie menang jawatan tersebut selain dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamudin Hussein.
Sumber itu menambah Salleh akan menjadi proksi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Musa dan Shafie memang dikatakan tidak sehaluan. Musa menyuruh Salleh bertanding kerana jika Musa bertanding tetapi kalah, Musa akan kehilangan jawatan Ketua Menteri tetapi jika Salleh kalah, ADUN Usukan itu tidak akan kehilangan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri.
Salleh telah digugurkan sebagai calon BN bagi parlimen Kota Belud pada pilihanraya umum 2008. Beliau digantikan oleh Datuk Rahman Dahlan yang kini menjadi ahli parlimen Kota Belud buat penggal kedua.
Pada pilihanraya umum dua bulan lepas, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud dipilih semula sebagai calon BN bagi DUN Usukan.
Salleh yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah (1997-1998) pernah menjadi Presiden Persatuan Bajau Bersatu Sabah (PBBS) pada tahun 1990 manakala Shafie pernah menjadi Timbalan Presidennya.
Shafie merupakan pemimpin Sabah yang pertama memenangi jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2009. Sebelum itu Umno Sabah pernah mencalonkan Ketua Menterinya, Datuk Osu Sukam bertanding jawatan tersebut pada tahun 2000 tetapi gagal.
Osu mendapat tempat keempat kalah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
FMT cuba menghubungi Salleh untuk pengesahan tetapi beliau tidak dapat dihubungi (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
Langgan:
Catatan (Atom)