Selasa, November 03, 2015

MENCARI CALON KETUA PEMUDA

Pemuda Umno di zaman Khairy Jamaluddin amat mengecewakan. Sudah dua penggal beliau mengetuai pergerakan tersebut sejak tahun 2009. Beliau menang setelah menewaskan Mukhriz Mahathir dan Dr Khir Toyo. Selepas menang beliau yang baru jadi ahli parlimen Rembau tidak dapat jadi menteri sebaliknya naib ketua pemuda, Razali Ibrahim yang dilantik timbalan menteri.

Pada tahun 2013 beliau mengalahkan ramai calon termasuk anak Sanusi Junid dan Syed Rosli Jamalulail. Semua calon lain tidak mendapat undi kerana sistem pemilihan yang ada diundi di peringkat bahagian. Bila seseorang itu menang di satu bahagian, maka menanglah calon tersebut. Sistem ini menyebabkan calon baru yang tidak dikenali sukar mendapat undi.

Maka menanglah Khairy buat kali kedua. Kali ini beliau dilantik Menteri Belia dan Sukan selepas menang PRU 13. Khairy dikatakan akan bertanding kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan 2018 kerana ada kekosongan akibat Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno.

Maka kerusi ketua pemuda Umno pada tahun 2018 dijangka kosong. Mampukah naib ketua sekarang, Bro Azwan menjadi ketua pemuda yang baru? Maka calon calon ketua pemuda hendaklah dicari dari sekarang supaya dalam masa dua tahun lagi calon itu dapat memperkenalkan diri kepada semua bahagian.

Saya nampak Ali Tinju ketua gerakan merah yang sesuai dijadikan ketua pemuda. Sejak mengetuai gerakan baju merah, beliau dikenali dan menjadi tokoh kontroversial dan rasis. Pemuda Umno memerlukan orang yang berani seperti Ali Tinju atau Ali Baharom yang berasal dari Melaka. Bukannya senang nak mengumpulkan 50,000 orang dalam satu perhimpunan yang besar tetapi Ali Tinju berjaya dalam masa 21 hari. Ini kejayaan yang besar bagi tokoh kecil seperti Ali Tinju.

menyedari keberanian Ali Tinju beliau yang layak mengetuai pemuda Umno pada tahun 2018 seperti cadangan bekas calon ketua pemuda, Syed Rosli. Soal beliau sudah berumur lebih 40 tahun tidak timbul kerana jawatan Ketua Pemuda tidak ada had umur.