Khamis, Februari 21, 2013

KONTRAKTOR YANG CUAI ATAU PEMBERI PROJEK YANG CUAI? (SIRI DUA)

Seorang ahli perniagaan, Mohamed Salleh atau Din yang mempersoalkan kontraktor yang dapat projek membina semula bumbung Stadium Sultan Mizan dalam blog ini pada 16 Januari lalu bertanya siapa yang cuai bila berlaku peristiwa semalam yang melaporkan bahawa stadium yang sedang dibina semula runtuh? katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kontraktor yang cuai menyebabkan lima pekerja cedera tetapi bagi saya kerajaan negeri yang cuai kerana memilih kontraktor yang tidak layak untuk membuat kerja tersebut. "MME memang tak layak dan tidak ada kepakaran tetapi oleh kerana kroni, projek itu diberikan kepada MME," katanya sambil mempertahankan kerajaan negeri rela membazirkan RM25 juta sedangkan syarikat Jepun yang dibawanya sedia membina semula stadium itu secara percuma. Katanya lagi, dalam soal ini bukan kontraktor yang cuai tetapi kerajaan yang cuai kerana memilih kontraktor yang tidak ada kepakaran. Beliau menggesa SPRM menyiasat cara pemberian tender kerana kononnya tender sudah ditutup tetapi oleh kerana ia hendak diberi kepada MME, ia dibuka semula. bila stadium runtuh semula, ia menjadi bahan jenaka dalam laman sosial semalam.Katanya, syarikat Jepun yang bercadang membina smeula stadium itu secara percuma ada kepakaran dalam bidang tersebut.