Sabtu, Oktober 31, 2015

TAK SALAH GUNA TELEGRAM SINGKIR PEMIMPIN

Dikatakan seramai 80 peratus ketua bahagian Umno di seluruh Malaysia bersetuju menyingkirkan pemimpin yang derhaka melalui applikasi telegram. Apa salahnya menggunakan sembang telegram untuk menyingkirkan pemimpin kerana 170 yang bersetuju itu adalah suara majoriti daripada 191 ketua bahagian.

Walaupun dalam telegram itu tidak sebut nama pemimpin, adalah dijangka yang akan dipecat ialah Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yasin dan Shafie Apdal. Inilah duri dalam daging dan api dalam sebut yang disebut PM ketika membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat lepas.

Kenapa harus pertikai media sosial sedangkan ia adalah cara tercepat untuk menghubungi semua orang dalam masa yang singkat. Ia adalah kemudahan masa kini yang wajar dimanafaat oleh semua parti politik dalam mengambil sesuatu keputusan yang urgent.

Terpulang kepada pucuk pimpinan sama ada mahu menggunakan keputusan telegram itu untuk melaksanakan keputusan itu. Kononnya telegram itu diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Temerloh, Sharkar Shamsuddin. Yang buat keputusan itu adalah ketua bahagian. Tak perlu dipertikaikan kerana majoriti ketua bahagian bersetuju menyingkirkan pemimpin yang derhaka.

Perlu diingat semua ahli majlis tertinggi Umno juga adalah ketua bahagian. Ini bermakna majoriti ahli majlis tertinggi pun setuju pucuk pimpinan menyingkirkan duri dalam daging. Nazri Aziz yang mahu Muhyiddin kekal sehingga pemilihan 2018 juga mungkin mengundi juga dalam telegram selaku Ketua Umno Bahagian Padang Rengas.