Rabu, Ogos 19, 2015

BUBARKAN PARLIMEN JALAN TERBAIK BAGI NAJIB

Dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang, dalam suasana RM jatuh menjunam, untuk menyakinkan kembali keyakinan rakyat kepada Najib Rajak, jalan terbaik bagi beliau ialah membubarkan parlimen pada bulan hadapan.

Muhyiddin yasin kata jika diadakan PRU sekarang, BN akan kalah tetapi keadaan kucar-kacir dalam Pakatan Rakyat menyebabkan BN tidak akan kalah.

Keadaan sekarang 50:50. Kalau BN kalah, Umno parti komponen BN mampu mengadakan kerajaan campuran dengan parti-parti lain. oleh itu untuk menjawab segala persoalan, sudah sampai masanya bagi Najib membubarkan parlimen.

Sebaliknya jika Najib membubarkan parlimen pada tahun 2018, harapan BN untuk menang makin tipis. Rakyat makin marah kepada BN. Jadi suasana sekarang jka diadakan PRU, semua pihak terperangkap. Pembangkang terperangkap kerana GHB belum didaftarkan. PAS terperangkap kerana ia terpaksa berhadapan tiga penjuru dengan BN dan GHB.

Di kwasan yang ramai Cina, GHB mampu menang tetapi di kawasan ramai Melayu, PAS menang. Sebaliknya di kawasan yang 50:50 dalam pertandingan tiga penjuru, BN akan menang.

Sebab itu perpecahan PAS menguntungkan BN. Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua. pengalaman pahit PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 menyebabkan ahli Umno yang marah kepada GST, 1MDB tidak sanggup membakar kelambu. Mereka lihat hanya Umno yang mampu menyelamatkan orang Melayu walaupun Umno di bawah najib tidak bersemangat melayu seperti Umno di bawah Dr Mahathir.

Pengumuman Najib setiap ahli parlimen BN dapat peruntukan sebanyak RM5 juta merupakan motivasi bagi ahli Umno berkempen kuat untuk mempastikan BN dapat menang di 88 buah kerusi. Inilah peluang terbaik bagi Najib menyingkirkan pengkritiknya sebagai calon BN.

Gantikan Muhyiddin Yasin dengan timbalan ketua bahagian bertanding di parlimen pagoh. Muhyiddin yang berikrar akan sehidup semati dengan Umno takkan mahu sabotaj timbalannya sendiri sebagai calon BN. begitu juga ganti Shafie Apdal dengan sepupunya Nasir sakaran. Takkan ahli Umno Semporna mahu sabotaj anak Sakaran Dandai, bekas Raja Sabah.

Di DUN Kijal, ganti Ahmad Said dengan Dr Ngah Ismail orang kuat Ahmad ismail. Masakan Ahmad Said yang kata dia setia dengan Umno sanggup khianati kawan baiknya. PRU yang diadakan sekarang adalah untuk membersihkan pengkritik Najib.

Di parlimen Kota belud, Dr Salleh Said Keruak boleh bertanding semula di situ manakala penyandang sakarang, Abdul Rahman Dahlan boleh bertanding di Kimanis menggantikan Anipah Aman yang kurang sihat.

najib perlukan mandat baru. Jadi ini adalah peluang terbaik bagi BN untuk membentuk kerajaan baru dalam suasana pakatan rakyat tidak bersedia. Tambahan pula BN banyak duit kerana baki RM2.6 billion itu masih ada.

Rakyat yang sedang marah kepada Najib kerana isu duit derma dan 1MDB tidak akan marah lagi kepada Najib kerana ternyata najib selaku pahlawan Bugis bukan sahaja berani memecat menterinya malah berani membubarkan parlimen untuk mendapatkan mandat baru.

Cuma kerusi DAP kekal menang di kawasan Cina kerana Najib tidak boleh berharap kepada MCA. PKR sendiri belum tentu dapat mengekalkan prestasi kerana selama ini calon PKR kerana dibantu oleh penyokong parti PAS. Apabila PAS menarik sokongan kepada pakatan rakyat, maka calon PKR, calon PAS dan calon GHB yang kurang dapat mengekalkan kerusi. BN dijangka dapat menawan lebih banyak kerusi PAS dan PKR.

Oleh itu ini masa terbaik bagi Najib membubarkan parlimen. Kalau Dato Seri tunggu sehingga 2018 baru nak bubar parlimen, rakyat akan menghukum BN. Tepuk dada tanya selera.