Sabtu, Julai 08, 2017

DAP SEPATUTNYA BERSYUKUR TIDAK DIBATALKAN PENDAFTARAN



KUALA LUMPUR: Keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dianggap berniat untuk mensabotaj persiapan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Membuat kenyataan itu selepas empat tahun bertujuan melumpuhkan pengurusan parti kami dan merisikokan persiapan kami untuk PRU14," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kepimpinan tertinggi DAP hari ini mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu bagi membincangkan arahan ROS semalam yang tidak mengiktiraf pemilihan CEC pada 2013.

Sementara itu Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, DAP masih belum menerima surat rasmi daripada ROS untuk memaklumkan keputusan mereka itu.

Lim juga menegaskan isu pemilihan baru tidak seharusnya timbul kerana parti itu telah mengadakannya pada 29 September 2013, mengikut arahan asal ROS.

ROS dalam satu kenyataan semalam mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa eksekutifnya.

Ketua Pengarah ROS Mohammad Razin Abdullah berkata keputusan itu dibuat selepas ROS mendapati bahawa pemilihan semula DAP yang diadakan pada 29 September 2013, tidak mengikut undang-undang.

Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo, pula berkata ROS sepatutnya menyatakan keputusan itu terus kepada parti dan bukannya mengeluarkan kenyataan umum.


"Tanpa surat kami tidak pasti butiran sebenar (mengenai arahan berkenaan) dan terpaksa bergantung kepada kenyataan tersebut.

"Jadi kami harap surat maklumat itu akan dihantar kepada kami secepat mungkin," katanya.

Ulasan saya, DAP sepatutnya bersyukur ROS tidak membatalkan pendaftaran parti tersebut sebaliknya mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan CEC.

Apa salahnya mengadakan pemilihan menjelang PRU. Kalau tak nak buat pemilihan semula, jangan salahkan ROS selepas ini. Hanya orang yang takut dengan bayang bayang tak mahu adakan semula pemilihan CEC.

KENAPA LIM GUAN ENG TAKUT MENGADAKAN SEMULA PEMILIHAN CEC



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata  pihaknya berasa pelik apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu membuat pemilihan semula hanya selepas empat tahun.

"Setakat ini berdasarkan kepada apa yang kita baca dalam kenyataan (ROS) itu, kami rasa pelik sedikit kerana sudah mengadakan pemilihan semula. Itu sudah lamalah.

"Mengapa mereka mengarahkan DAP membuat pemilihan semula sekarang?" katanya pada sidang media di George Town, Pulau Pinang hari ini.

ROS awal petang tadi menyatakan DAP perlu mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semula kerana pemilihan pada 29 September lalu sebagai tidak sah.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid kemudian menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh ROS hendaklah mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.

Bagaimanapun Mohammad Razin berkata ROS tetap menganggap DAPsebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini tidak berniat untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan itu.

Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo pula berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan berkenaan namun belum menerima surat rasmi daripada ROS.

"Saya harap ROS akan menulis surat secara rasmi supaya kami boleh melihat isu itu sebelum membuat keputusan lanjut.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata DAP beliau sendiri tidak tahu sama ada kandungan surat rasmi itu sama dengan kenyataan dikeluarkan hari ini atau tidak.

"Namun ini adalah tindakan serius dan DAP akan menanganinya dengan serius juga," katanya.

Menurut anggota parlimen Bagan itu, DAP juga akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur petang esok.

Parti itu juga akan mendengar semua pandangan anggota CEC dalam pertemuan berkenaan.

Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat berakhir.

"Saya ingin menegaskan, keputusan akhir akan dibuat CEC. Memang kami tidak puas hati tetapi sama ada pemilihan baru akan dibuat atau tidak, ia bakal diumumkan esok berdasarkan kepada surat ROS," katanya.

Ulasan saya, kenapa Lim Guan Eng takut mengadakan pemilihan semula CEC. Lim Guan Eng tak perlu pertikai ROS lambat membuat arahan baru kerana ROS menyiasat aduan ahli DAP secara teliti yang makan masa yang lama.