Isnin, Ogos 01, 2016

DATANG BERAMAI RAMAI KE MAJLIS HARI RAYA ANAK TERENGGANU SABTU INI


TAHNIAH KEPADA DATUK WAN NAWAWI


RATING TERTINGGI BAGI BULAN JULAI 2016

Setiap hari posting Bekas suami Sahara Yaacob beli pasukan bola sepak Itali bertarikh 16 April 2016 mendapat rating tertinggi maka posting ini dipilih sebagai posting tertinggi bagi bulan Julai 2016 di mana seramai 4,639 orang sudah membaca posting tersebut.

Sekali lagi posting mengenai bekas MB Terengganu, Ahmad Said mendapat sambutan yang hangat. Semua empat posting mengenai beliau mendapat tempat ke 2, ke 4, ke 5 dan ke 7. Terima kasih kepada para penyokong Ahmad Said yang tidak memulau blog saya walaupun mereka akan anggap saya sebagai blogger cap ayam.

10 rating tertinggi bagi bulan Julai adalah seperti berikut:-

1. Bekas suami Sahara Yaac0b beli pasukan bola sepak Itali (16 April)
2. Mencari pengganti Ahmad Said di DUN Kijal (18 Julai)
3. Melabur dalam FX United menguntungkan (27 Julai)
4. Apa nasib Ahmad Said petang ini?  (29 Julai)
5. Kisah Ahmad Said lagi (1 Julai)
6. Keluarga Haji Saidi (17 Julai)
7. Apa agenda Ahmad Said ambilalih Perkasa Terengganu? (28 Julai)
8. Pengesahan Husni tepati tulisan blog ini (3 Julai)
9. Muda dalam kenangan (16 Julai)
10.Takziah buat Kisfi (12 Julai)

PARTI MAHATHIR AKAN BUAT BN LEBIH BERJAYA

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Parti baharu yang akan ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi UMNO dan Barisan Nasional (BN) persaingan untuk menjadi lebih berjaya, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang menyambut baik langkah Dr Mahathir berkata negara seperti Jepun dan Jerman cemerlang kerana mereka terpaksa berjuang untuk terus hidup manakala empayar seperti Britain semakin menghilang akibat kemusnahan dan bersikap puas hati.

"Kadang-kadang persaingan adalah baik apabila ia membuat anda sedar, melainkan jika anda
bersemangat dan bekerja lebih keras anda menghadapi risiko kekalahan.

"Jadi mungkin Mahathir sedang menolong UMNO dan Barisan Nasional dengan menawarkan kami beberapa persaingan kerana persaingan sentiasa baik untuk mengecapi kejayaan," katanya dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com.

Bendahari UMNO yang baru dilantik itu bagaimanapun berkata, keputusan Dr Mahathir membuktikan pendiriannya dengan jelas bahawa beliau tidak berusaha untuk menyelamatkan UMNO, sebaliknya memusnahkan parti berkenaan.

"Dr Mahathir akhirnya mengakui bahawa satu-satunya cara untuk mengubah kerajaan adalah melalui pilihan raya umum. Sudah pastinya, Mahathir tidak akan mengakui bahawa beliau sedang berusaha untuk menukar kerajaan.

"Beliau mendakwa, beliau hanya berusaha untuk membuang Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak untuk menyelamatkan UMNO, Barisan Nasional dan Malaysia.

"Adalah pelik, Seseorang mahu menyelamatkan parti yang didakwa masih menyayangi parti berkenaan dengan berusaha untuk memusnahkannya. Ia seperti mengatakan bahawa anda mahu menyelamatkan manusia dengan memusnahkan dunia," kata Salleh.

-- BERNAMA