Jumaat, November 25, 2016

LUCU DAP TOLAK RUU355 MAHU BINA HOSPITAL ISLAM

GEORGE TOWN, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan DAP Pulau Pinang akan membina sebuah Hospital Islam Pulau Pinang berkonsepkan patuh syariah yang pertama di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata hospital itu akan dibina di atas tanah kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Bayan Baru.

"Tapak cadangan pembangunan Hospital Islam Pulau Pinang terletak di persimpangan Jalan Mayang Pasir 1 dan Jalan Mayang Pasir 2, di Bayan Baru dengan keluasan 10,265 meter persegi," katanya ketika menggulung Bajet 2017 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini semalam.

Ulasan saya, lucu juga DAP tolak RUU355 yang dibentangkan oleh ahli parlimen Marang, Haji Hadi Awang tetapi nak bina Hospital Islam di Pulau Pinang. Agak-agaknya doktor wanita bukan Islam yang bertugas di situ pakai tudung dan tidak memakai skirt.

Tak payahlah DAP mahu mengaburi umat Islam kononnya nak bina hospital yang patuh syariah yang pertama di Pulau Pinang sedangkan RUU355 yang bertujuan untuk mengurangkan jenayah tidak disokong pula.

Kenapa DAP takut sangat kepada RUU355 sedangkan ia untuk orang Islam sahaja. Oleh itu jangan double standard tolak RUU355 tetapi kononnya mahu bina hospital Islam.


MALAYSIA NAIK LIMA TANGGA DALAM INDEKS PEMBANGUNAN ICT 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia naik lima anak tangga dalam ranking global Indeks Pembangunan ICT (IDI) 2016 iaitu kedudukan kedua di Asia Tenggara, kelapan di rantau Asia Pasifik dan ke-61 daripada 175 ekonomi dunia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Dr Salleh Said Keruak.

"Kedudukan yang lebih baik ini menyaksikan peningkatan 10.3 peratus nilai IDI daripada 5.64 kepada 6.22. Ini adalah sangat menggalakkan bagi Malaysia dan membuktikan kerajaan berada pada landasan yang betul dalam menyediakan Malaysia ke arah ekonomi itu," katanya.

Salleh berkata demikian ketika mengulas laporan tahunan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) mengenai "Laporan Mengukur Masyarakat Bermaklumat" (MIS2016) di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 yang bermula di sini hari ini.