Ahad, November 20, 2022

HAJI HADI PATUT JADI PM

 Zahid tidak belajar dari sejarah pru 2018. Najib Razak enggan berundur sebelum pru 2018 maka BN kalah pru buat kali pertama. BN dapat 79 kerusi sahaja. Sepatutnya Zahid yang masih ada kes mahkamah berundur sebelum pru 2022. Oleh kerana beliau enggan berundur maka BN menang 30 kerusi sahaja.

Kesilapan Zahid cantas ramai pemimpin Umno maka BN kalah teruk kali ini buat kali kedua. Perlis ditawan  Perikatan Nasional (PN) setelah ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim tidak dipilih menjadi calon BN. Kali pertama PN menang di Perlis dan ADUN PAS akan dilantik Menteri Besar. Oleh itu Zahid perlu letak jawatan dan serah memangku jawatan Presiden Umno  kepada Mohamad Hassan untuk overhaul Umno.

Kenyataan Muhyidin jangan undi PH yang mahu kristianisasi negara ini membuatkan 6 juta pengundi umur 18 tahun ke atas terpengaruh dengan kenyataan ini yang menyebabkan PAS menang besar dengan 49 kerusi. DAP menang40 kerusi. Bersatu menang 24 kerusi. Takkan PAS nak serah jawatan PM kepada Muhyiddin yang dikenali sebagai PM PKP.

Ini peluang terbaik kepada Haji Hadi nak jadi PM Malaysia. Jika PN bergabung dengan BN dan GPS, Haji Hadi mampu jadi PM. Tak perlu beri jawatan itu kepada Muhyiddin.

PRU ini menyaksikan Dr Mahathir dan Ku Li kalah buat kali pertama. Pengasas parti Pejuang dimalukan pengundi Langkawi yang kalah wang pertaruhan. Ku Li kalah tipis tapi SPR enggan kira semula undi. Maka Ku Li boleh buat petisyen dalam masa dua minggu.

Ramai tokoh besar kalah dalam PRU ini seperti KJ, Ku Nan, Nurul Izzah, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa, Tengku Zafrul. KJ kalah bermaruah kerana beliau bertanding di kubu kuat PH. Dulu PH menang besar tapi kini menang dengan majoriti 2,000 undi.