Ahad, Januari 11, 2009

DAP TERUS MELATAH


Pengerusi DAP Karpal Singh semalam menafikan dakwaan kononnya parti itu tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.


"Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain di fikiran PAS, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran.PAS tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP. DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," menurutnya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur Sabtu lalu.


Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS sudah menjelaskan isu berkenaan kepada DAP sebelum ini dan tahu bahawa parti itu tiada sebarang masalah dengan perlaksanaan hukum hudud dan qisas.


Sementara itu berhubung gesaan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya DAP menjelaskan pendiriannya berhubung hasrat PAS melaksanakan hudud, Karpal berkata ia 'bukan isu'."DAP membantah pengubalan dan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS sebaik sahaja hasratnya itu diumumkan kepada orang ramai," katanya.


Baguslah DAP terus berbalah dengan PAS. Jadi BN ada peluang untuk menang pada pilihan raya kecil 17 Januari ini. Kenyataan pemimpin DAP itu menyebabkan pengundi bukan Melayu tidak berminat mengundi PAS. Maka mereka tidak ada pilihan sama ada memangkah BN atau calon Bebas.


Jika isu hukum hudud terus dimainkan oleh BN, ia dapat mematikan PAS dalam pilihan raya kecil ini. Oleh itu syukurlah dengan sikap Karpal Singh yang terus melenting dan melatah mengenai isu hukum hudud tersebut.