LABIS, 6 Okt (Bernama) -- Tanaman Jagung bijirin mampu menjadi sumber kekayaan baharu negara pada masa akan datang apabila ia terbukti sesuai ditanam di mana-mana tempat di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata kejayaan beberapa projek perintis seperti di Terengganu, Johor dan Kedah berjaya memecah tembok tanggapan negatif segelintir pihak bahawa tanaman untuk menghasilkan makanan haiwan ternakan itu tidak sesuai ditanam di negara ini kerana faktor cuaca.
"Kami bersama agensi berkaitan akan berusaha untuk membaiki beberapa kelemahan yang ada bagi menambah baik tanaman jagung bijirin di negara ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penuaian jagung bijirin oleh Pertubuhan Peladang di Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) Chempelak di sini hari ini.
Katanya kejayaan tanaman jagung bijirin akan mengurangkan pergantungan negara terhadap import jagung bijirin daripada negara luar yang melibatkan nilai sebanyak RM3.1 bilion setahun.....
Jumaat, Oktober 06, 2017
PAHANG SIASAT DIMP BOY IMAN
PEKAN 5 Okt. - Kerajaan negeri sedang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman yang menjadi pertikaian terutama di media sosial ketika ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya kini membuat semakan sama ada penama berikut menerima atau tidak penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.
“Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.
“Jika benar gelaran tersebut diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman.
Beliau ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di sini hari ini.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)